Kelab Greenboc |
- Najib Bakal Jadi Duta Di Mongolia Selepas PRU13?
- [VIDEO & BERGAMBAR] Sejarah Tercipta, Zulfahmi Naiki Podium Moto3 Malaysian GP 2012
- Jui Meng : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam
- [DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami
- Terima Kasih MCA kerana Hina & Tentang Hudud!
- [VIDEO] Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol-gol Menarik
Najib Bakal Jadi Duta Di Mongolia Selepas PRU13? Posted: 21 Oct 2012 05:24 PM PDT Najib tak akan dipenjara, tapi jadi duta di Mongolia- Anwar JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai 'duta di Mongolia'. "Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting. "Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia," katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam. Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN. "Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat. "Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan 'edan', iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila," katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin. Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain. -KD Anwar: Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Diri Dan Negara.. |
[VIDEO & BERGAMBAR] Sejarah Tercipta, Zulfahmi Naiki Podium Moto3 Malaysian GP 2012 Posted: 21 Oct 2012 06:13 AM PDT Sepang: Sejarah tercipta petang ini apabila pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo berjaya menaiki podium dengan menduduki tempat kedua di dalam kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa 40'54.151s. Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123. Manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s. Sejak semalam lagi sejarah telah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin memulakan perlumbaan di Motogp Sepang di petak pertama. Zulfahmi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini dan pada hari ini sekalipun menduduki tempat kedua, tetap merupakan satu sejarah kerana ini merupakan kali pertama Malaysia menaiki pentas podium di dalam mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix. Pemimpin politik muda negara ucap tahniah kepada Zulfahmi |
Jui Meng : Umno Makin Lemah Punca Soi Lek Sanggup Hina Islam Posted: 21 Oct 2012 03:42 AM PDT Datuk Chua Jui Meng mengesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada umat Islam kerana mengeluarkan kenyataan menghina Islam di dalam blog video dan Facebook. Sebelum ini, Soi Lek yang juga Presiden MCA mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Soi Lek yang memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali, menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas dengan kehilangan pekerjaan sekiranya hudud dilaksanakan. Jui Meng yang juga Naib Presiden PKR menambah Presiden MCA itu sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Soi Lek sendiri tidak memahaminya. "Dia dan pemimpin MCA sekarang semakin lebih keras 'menyerang' agama(Islam) dan saya pada hari ini menuntut beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia," kata Jui Meng ketika dihubungi TVSelangor. Tindakan ini ujarnya, disebabkan kegagalan pemimpin Umno memberikan penjelasan kepada Soi Lek sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan tidak berasas berkenaan pelaksanaan hukum hudud. "Pemimpin Umno kini semakin lemah dalam medan politik, Umno kini sudah tidak mampu memperjuangkan sesiapapun sehingga untuk partinya sendiri. "Dalam keadaan ini, MCA sudah naik kepala terhadap Umno dan tidak peduli sekarang, keadaan Umno akan semakin lemah di masa akan datang dengan MCA berterusan menyerang Islam," katanya. Jelasnya, sehingga kini tiada seorangpun kalangan pemimpin Umno yang berani menegur sikap Soi Lek yang secara terang-terangan banyak kali memperlekeh agama Islam dan pelaksanaan hukum hudud. "Umno sudah tidak ada pendirian sendiri untuk berhadapan dengan MCA dan membiarkan MCA menyerang agama Islam," katanya. |
[DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami Posted: 20 Oct 2012 11:43 PM PDT Pakatan madu di laman sosial KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini. Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai. Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah. Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin. Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit. Lelaki lebih empat isteri persenda agama |
Terima Kasih MCA kerana Hina & Tentang Hudud! Posted: 20 Oct 2012 10:26 PM PDT Tatkala MCA berjuang habis-habisan menghina dan menentang hudud, di sana terdapat beberapa orang non-muslim yang erpandangan positif terhadap undang-undang Islam tersebut. Membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Barisan Nasional yang diterajui UMNO itu bukan hanya menyentuhi sensitiviti umat Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga. Kini, MCA dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM. Ia juga petanda tamatnya era pemerintah BN menjelang PRU13 nanti. Justeru itu, terima kasih MCA kerana sumbangan bermakna anda untuk tumbangkan BN!
|
[VIDEO] Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol-gol Menarik Posted: 20 Oct 2012 08:02 PM PDT Kelantan membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini. Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008. Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas. Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan. Tahun lalu, Kelantan kalah dengan Negeri Sembilan. Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar. ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam. Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol. Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13. Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi. Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun. Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43. Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48. Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua. Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM. Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit. Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan. Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka. Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali. Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali. -SH Berikut kedudukan jaringan: ATM (2) mln Kelantan (3) Jaringan ATM: Rezal Zambery Yahya minit ke-48 Marlon Alex James minit ke-61 Jaringan Kelantan: Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49 Indra Putra minit ke-95 |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment