Sepeda Motor has posted a new item, 'CHARGER HANDPHONE LIGHTER USB'
Charger Handphone USB Motor
Untuk brother & sister yang suka travelling dengan motor, pasti terkadang di
repotkan dengan battray handphone yang suka drop atau lowbat. Mau ngecharge
handphone di pom bensin takut kehilangan handphone kesayangannya...
You may view the latest post at
http://sepedamotor.biz/charger-handphone-lighter-usb/
Best regards,
Sepeda Motor
http://sepedamotor.biz
SEARCH
Saturday, January 5, 2013
[Sepeda Motor] CHARGER HANDPHONE LIGHTER USB
Health Screening/Loong Kee Meat Floss/350Th Count Bed Sheet Set/Car Tinting
If this e-mail is not displayed properly, use the following link: http://newsletter.mydeal.com.my/u/gm.php?prm=VGtSqAtWud_112645434_303836_211917 |
If you want to unsubscribe from our mailing list, use the following link: http://newsletter.mydeal.com.my/u/un.php?par=VGtSqAtWud_303836_211917_$sid$ |
| ||||
Re: tak punya apa apa
Saya takde jual box.. Sory..
2013/1/5 Mohd Rafiee Amri <rafieeam@gmail.com>
salam...Ada astro jer saya ni...skybox atau apa apa box ada tak? mana tau dapat special price--
Rafie
0195535423
Kelab Greenboc
Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Himpunan Sejuta Rakyat: Pengurusan Dataran Merdeka Usah Kemuka Alasan Lagi
- Pengetua Sekolah Agama Ditangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapa Kes Ini Cuba Dirahsiakan!
- Selebriti Haire & Aishah Gesa Rakyat Bangkit Tumbangkan UMNO BN
- Najib Beri Projek Pusat Pertahanan (Puspahanas) Kepada Awan Megah & Syarikat Berus Gigi
- SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang
- Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran
[VIDEO] Himpunan Sejuta Rakyat: Pengurusan Dataran Merdeka Usah Kemuka Alasan Lagi Posted: 04 Jan 2013 05:09 PM PST HKR: Pengurusan stadium diminta percepat kelulusan KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) hari ini meminta pihak pengurusan Stadium Merdeka mempercepatkan proses kelulusan menggunakan stadium itu bagi himpunan 12 Januari ini. Pengerusinya Mohamad Sabu, berkata desakan itu dibuat memandangkan pihaknya mendapat maklumbalas positif dari pihak polis untuk berbincang berhubung penganjuran Himpunan 1 Juta Rakyat itu. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini. Mohamad berkata, himpunan di Stadium Merdeka ini menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menawarkan kepada Bersih 3.0 agar himpunan dibuat di situ. "Kita menghormati seruan Perdana Menteri untuk membuat Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka," katanya. Menurut Mohamad, pihaknya telah menghantar surat permohonan kepada pengurusan Stadium Merdeka pada 26 Disember lalu malah dua kali membuat tindakan susulan, malangnya masih belum ada jawapan sehingga kini. Sebaik ditanya apakah alternatif tempat lain sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka tidak membenarkan, Mohamad menegaskan pilihan kedua, ketiga dan seterusnya tetap di Stadium Merdeka. Mohamad turut memberitahu polis Dang Wangi menerima surat pemakluman dan bersedia membuat pertemuan dengan mereka untuk membincangkan soal keselamatan dan perjalanan himpunan. "Kita hantar surat pada 2 Januari untuk maklumkan kita hendak adakah himpunan, jadi mereka sudah respons dan bersedia membuat perjumpaan,"katanya. Tambahnya, jam dua petang tadi pihak jawatankuasa telah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara meminta mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal keselamatan dalam perhimpunan. Sekali lagi Mohamad menegaskan Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu depan adalah himpunan paling aman dan berkonsep santai juga boleh membawa keluarga. Mohamad yakin dan percaya himpunan ini bakal memberi keuntungan berganda kepada para peniaga di ibu kota. "Peniaga di Kuala Lumpur akan lihat rekod peniagaan mereka akan mencatat keuntungan besar-besaran, hotel pun akan penuh," katanya. Beliau turut memaklumkan Pihak jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat telah menyediakan 10,000 anggota keselamatan termasuk Unit Amal, Briged AMK dan Pemuda Sosialis DAP (DAPsy). Seramai 150 pegawai perubatan dan pembantu, serta pasukan peguam turut bersedia dalam himpunan itu nanti. Turut bersama dalam sidang media ini, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin, Aktivis Hishamuddin Rais dan barisan mahasiswa serta beberapa wakil Ngo. Ulasan GB Rakyat masih menunggu apa riaksi pengurusan Dataran Merdeka kali ini. Apa lagi alasan yang hendak digunakan untuk menolak permohonan. Apakah kemungkinan pihak polis akan ke mahkamah lagi untuk mendapatkan waran bagi menghalang perhimpunan kali ini. GB ingin mengingatkan semua pihak yang cuba menghalang kebangkitan rakyat dengan memetik kata-kata TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang pernah menyatakan bahawa kebangkitan rakyat adalah umpama air yang mengalir dari gunung... dan barangsiapa yang cuba menyekat dan menghalangnya pasti hanyut dan musnah dibawa arus yang deras itu... |
Pengetua Sekolah Agama Ditangkap Khalwat, Ramai Musykil Kenapa Kes Ini Cuba Dirahsiakan! Posted: 04 Jan 2013 04:14 PM PST Kuantan, 4 Dis - Ramai pihak yang menghubungi kami dan terkejut dengan berita seorang pengetua sebuah Sekolah Menengah Agama Pahang ditangkap khalwat dalam sebuah hotel di bandar ini. Paling panas ialah pasangan pengetua berkenaan adalah seorang wanita berbangsa Cina yang dipercayai merupakan seorang GRO. Gambar sekadar hiasan Berdasarkan kepada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, individu terbabit hanya di tukar ke jabatan lain dan tiada tindakan displin mahu pun mahkamah yang dikenakan ke atasnya. Inilah yang mengecewakan ramai pihak sebenarnya. Seorang pegawai kerajaan bergelar "Pengetua Sekolah Agama" ditangkap khalwat dilepaskan daripada hukuman, sedangkan jika ia terkena kepada pegawai bawahan sudah pasti tindakan displin yang tegas termasuk pecat akan dibuat oleh majikannya. Dipercayai, tangkapan berlaku beberapa hari menjelang Hari Raya Aidil Adha yang lalu, namun isu ini sengaja disembunyikan oeh pihak yang berkenaan untuk menutup malu. Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendakwa, kes yang melibatkan lelaki itu bukanah yang pertama kalinya. Sebelum ini beliau juga pernah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa JAIP ketika sedang asyik bermain "judi siber". Malah, beliau juga telah banyak terlibat dengan kes "pecah amanah" di sekolah lain sebelum diangkat sebagai Pengetua di sekolah agama berkenaan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan jabatan agama di Pahang. Malah, lebih teruk lagi apabila semua pihak termasuk JAIP sendiri tidak mendedahkan berita ini kepada media untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain. Jika ini keadaannya, sudah pasti selepas ini ramai pegawai tinggi kerajaan berani melakukan kesalahan yang sama kerana imej mereka akan dipeliharan oleh jabatan agama bagi mengelakkan malu besar. Soalnya, kenapa Pengetua terbabit boleh terlepas dan hanya mendapat hukuman ringan?. Ditukar jabatan bukanah satu hukuman yag berat jika dibandingkan dengan tindakan displin seperti turun pangkat, tahan gaji atau pun dipecat. Kenapa pegawai berkenaan dilindungi? Inilah yang memusykilkan kita semua sekarang ini. Siasatan yang rapi bagi mengenalpasti individu berkenaan sedang dilakukan melalui sumber dari jabatan berkaitan seperti Jabatan pelajaran Negeri Pahang (JPNP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP). Nantikan pendedahan panas tentang siapakah individu terbabit. Siasatan lanjut sedang dijalankan. NOTA: Pengajaran terbaik di sebalik apa yang berlaku ini ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) wajar melantik pengetua sekolah agama di kalangan ustaz atau guru yang ada latar belakang dan sirah Islam. Tindakan melantik guru biasa (sekular) menjadi pentadbir di sekolah agama seluruh Pahang pada masa ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar. Selama ini, sejak zaman berzaman semamangnya guru-guru agama dan ustaz yang diangkat sebagai Pengetua semua sekolah agama. Namun, peraturan itu bertukar apabila adanya campurtangan politik yang kononnya tidak mahu agama Islam itu dijumudkan dengan pemikiran politik. Malah, mereka tidak mahu golongan ustaz terbabit merosakkan minda para pelajar ke arah mencintai Islam yang akhirnya menyebabkan mereka menolak kerajaan sedia ada dengan menyokong parti yang memperjuangkan Islam. Akhirnya, mungkin atas arahan pihak atasan maka guru-guru biasa dilantik sebagai pengetua sekolah agama. Inilah yang menyebabkan gejala sosial dikalangan pelajar sekolah agama semakin menjadi-jadi sekarang. Apatah lagi bila ada pengetua seperti dalam kes ini yang gemar masuk pusat hiburan (dangdut), berkaraoke, bermain judi dan termasuk jugalah berbuat maksiat. Justeru JAIP digesa kembalikan hak sebagai Pengetua sekolah agama kepada guru-guru agama dan ustaz agar Islam terus gemilang. Malah, hanya itu caranya pelajar sekolah agama dapat dibentuk sahsiah mereka. Kembalikan agama kepada yang hak! sumber : PahangDailyOnline |
Selebriti Haire & Aishah Gesa Rakyat Bangkit Tumbangkan UMNO BN Posted: 04 Jan 2013 06:23 AM PST Saya Leftenan Adnan moden menentang BN" Pelakun terkenal Haire Othman bertekad berjuang sehingga ketitisan darah terakhir sebagai 'Leftenan Adnan Moden' untuk membetulkan senario politik sekarang agar bebas dari belenggu pemikiran jumud pemerintah Barisan Nasional (BN). Semasa membintangi filem 'Leftenan Adnan' iaitu seorang Tentera Melayu yang bekerja dengan British menentang Jepun sekitar tahun 1940 jelas beliau, jiwa serta semangatnya begitu tinggi bangga terhadap perjuangan yang ditunjukan oleh Leftenan Adnan yang sanggup bermati- matian menentang kemaraan Jepun. "Semasa memegang watak Leftenan Adnan jiwa dan semangat saya begitu tinggi walau pun waktu itu saya sendiri kurang arif siapa sebenarnya Leftenan Adnan yang kuat membantu British menentang Jepun. "Selepas membaca dan menyelidik akhirnya tahu dan sekarang berminat menjadi 'Leftenan Adnan' baru dan moden untuk menentang Umno dan BN, " jelasnya ketika berucap di majlis minum petang di Dewan Haji Taib, Tasek Gelugor semalam. Semangat Leftenan Adnan tetap berkobar di dalam sanubari sehingga kini, cuma bezanya dulu dalam lakunan menentang Jepun tetapi sekarang bersama PAS menentang Umno dan BN. Bagi beliau, menentang kepimpinan Umno satu kewajipan kerana menyalahgunakan kuasa yang diberikan, menyelewengkan wang rakyat dan bersikap zalim dengan rakyat seperti bertindak merampas hak sedia ada. Memandangkan rakyat telah sedar jelas Haire lagi, kepimpinan BN terpaksa mengalih strateji menghulurkan tangan persabatan dengan memberikan segala macam bantuan yang tidak pernah dibayangi rakyat. "Sekarang ini rakyat telah diberikan terlalu banyak wang sebagai umpan politik. Dulu tidak pun. Inilah yang dikatakan rasuah politik menjelang pilihanraya umum ke 13," tegasnya. Turut berucap dalam program anjuran Unit Amal Tasek Gelugor dan Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Tasek Gelugor, Haji Abdul Rahman Kasim, Naib Pengerusi Kerabat Kedah, Zamri Ibrahim, Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Abdul Rahman Maidin dan Ketua PAS Cawangan Permatamg Berangan, Haji Rosli Hasbullah.
|
Najib Beri Projek Pusat Pertahanan (Puspahanas) Kepada Awan Megah & Syarikat Berus Gigi Posted: 04 Jan 2013 03:21 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan. Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005. "Projek itu libatkan mereka bentuk dan membina sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan, Kementerian Pertahanan berjanji akan pindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 seluas 96.825 ekar, Lot 1158 (45.42 ekar) dan PT216 (81.085 ekar). "Ramai lupa, ia adalah tanah yang mahal (prime land) di Shah Alam…di kelilingi kawasan perumahan mahal yang baru naik dan kawasan perindustrian. Tanah seluas 223.3 ekar ini yang asalnya untuk bina kem tentera, kini jadi tanah yang cukup mahal dan diberi kepada Awan Megah," katanya. Awan Megah dimiliki Raja Roopiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor. Menurut Rafizi, maklumat kewangan terakhir Awan Megah yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 dan menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti. "Oleh kerana Awan Megah adalah syarikat Ali Baba, ia terpaksa lantik GuppyUnip Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk biaya dan siapkan projek. "GuppyUnip dikuasai Cheong Chow Koh, melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya, Unip Berhad. Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah pengilang berus gigi," dedah Rafizi di ibu pejabat parti. Tambah beliau, semakan melalui SSM menunjukkan GuppyUnip ditubuh pada 9 Disember 2009 dan tiada pengalaman dalam bidang pembinaan. -KD Disebalik perjanjian tanah Raja Ropiaah, Puspahanas masih belum berada ditapak |
SPR Menipu Untuk Pastikan Umno Menang Posted: 04 Jan 2013 01:07 AM PST AJawatankuasa Pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat , Hishamuddin Rais berkata pengunaan dakwat kekal masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi. Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat. Dalam ceramah Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat 'Menuju #KL 112-Sejuta Rakyat' di sini malam kelmarin, Hishamuddin berkata tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza. "Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi. "Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu. "Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi. "Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi. "Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang. "Maka desakan kami meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali," kata Hishamuddin. Hishamuddin berkata antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah. Letak jawatan Sementara itu bercakap berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini; Hishamuddin dengan nada lantang mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada 12 Januari ini. "Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno. "Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun," katanya. Hishamuddin juga menggamatkan lebih 500 orang ramai yang hadir pada malam itu apabila berkata: "Jika ayah-ayah dan ibu-ibu yang berada malam ini takut dengan ucapan saya, maka letaklah jawatan sebagai manusia." Ucapan itu menyebabkan orang ramai ketawa besar. "Saya begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13. "Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap. "Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja. "Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa. Bukan itu sahaja kematian di dalam balai polis bukan drama tetapi hakikat. "Kalau tuan-tuan dan puan-puan tidak marah, maka letaklah jawatan sebagai manusia," kata Hishamuddin yang menyebabkan tapak ceramah gamat dengan gelak ketawa orang ramai. BN dalam keadaan keliru Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam ucapan berkata kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi. "Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. "Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini. "Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus. "Saya yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini," katanya. Turut berceramah ialah Adun Teja, Chah Li Kang; Khalid Ismath dari Solidariti Mahasiswa Malaysia dan S Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia. -FMT |
Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran Posted: 03 Jan 2013 10:16 PM PST Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut. "Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung. "Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi. Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak. Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu. Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu. "Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Mohd Rafiee bin Amri, here's what's happening on Twitter
|
Subscribe to:
Posts (Atom)