|
|
co-ademin 12 May, 2012
co-ademin 12 May, 2012
co-ademin 12 May, 2012
Kelab Greenboc |
Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta Posted: 11 May 2012 04:40 PM PDT Protes di Mekah, Arab Saudi hantar nota diplomatik Kerajaan telah menerima nota diplomatik daripada Kedutaaan Arab Saudi yang menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengambil bahagian dalam demonstrasi dan mematuhi undang-undang dan norma di Arab Saudi. Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata, protes BERSIH yang dianjurkan di Mekah dan Madinah telah menimbulkan kebimbangan kerajaan Arab Saudi yang mungkin mengugat kuota jemaah Malaysia untuk pergi menunaikan ibadat haji. Katanya, Malaysia akan menghoramti tindakan kerajaan Arab Saudi yang akan diambil terhadap rakyat Malaysia yang terbabit dalam protes di bawah apa jua undang-undang. "Kita akan memberi kerjasama penuh," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur petang ini. Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu mendakwa kerajaan Arab Saudi sedang memburu pemimpin pembangkang yang didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH pada 28 April di kota suci Mekah dan Madinah. Memetik sumber yang tidak dinamakan, akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana "dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah." Sementara itu, Anifah juga berkata tidak ada keperluan untuk orang luar menyiasat Prhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mampu menjalankan penyiasatan sendiri yang saksama dan yakin dengan pihak berkuasa dan polis. "Bagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya tidak fikir ini adalah satu isu," tambahnya. Jamil Khir: Arab Saudi sedang mempertimbangkan kena sekatan kepada jemaah haji, umrah Malaysia Bersih Perlu Bertanggungjawab Jika Arab Saudi Sekat Jemaah Malaysia Ulasan GB Ketiga-tiga berita di atas cukup meragukan. Kerana tiada sebab untuk kerajaan Arab Saudi berasa bimbang terhadap sekumpulan rakyat malaysia yang sekadar bergambar sambil memegang bendera kuning BERSIH tanda sokongan mereka terhadap perjuangan BERSIH 3.0 yang diadakan di Kuala Lumpur. GB cukup yakin bahawa ketiga-tiga menteri di atas berdusta, semata-mata untuk memburukkan BERSIH di mata masyarakat kita. Nota diplomatik? Kalau serius mengapa sekadar nota? Betul-betul menteri luar punya auta! Menteri-menteri yang cuba membodohkan rakyat menyangkakan penduistaan mereka boleh menyebabkan rakyat akan merenggangjkan diri denagn BERSIH. Sebenarnya sesiapa punboleh membuat semakan di Kedutaan Arab Saudi apakah benar ada nota diplomatik dikeluarkan khusus kerana BERSIH. Dan juga, sebenarnya buang masa untuk pihak keselamatan Arab Saudi hendak pergi memburu pemimpin pembangkang yang kononnya didakwa menganjurkan perhimpunan pro-BERSIH seperti dilaporkan akhbar pencacai, Mingguan Malaysia. Beberapa orang sahabat GB yang berkebetulan sedang mengerjakan umrah di Mekah menyatakan tidak ada apa-apa pun berlaku di sini. OK sahaja. Mengenai berita tentang sekatan kuota haji & umrah, cuma akhbar dan agensi berita di Malaysia sahaja yang sengaja menggembar-gemburkannya untuk memburukkan BERSIH. Ini disokong pula oleh kenyataan Ustaz Zamri di dalam FBnya yang GB kutip dari ASD: |
[Video] 939 Peguam Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0 Berbanding 16 Menentang Posted: 11 May 2012 08:31 AM PDT Hanya 16 peguam tolak usul kutuk keganasan polis Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi. "Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan," kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan daripada usul itu selepas selesai mesyuarat. Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut. Lim berkata berbeza dengan polis, peserta BERSIH yang menuju ke arah Dataran Merdeka bersurai secara aman walaupun selepas polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata terhadap mereka. "Peserta berpusing dan mula beredar. Tiada pijak memijak berlaku. Ia satu bukti bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," katanya. Lim juga berkata Majlis Peguam menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas insiden itu. Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa. "Kami gesa polis mengenal pasti anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang, terutamanya yang menyerang peserta himpunan, didakwa," kata Lim. Resolusi yang diusulkan Lim hari ini hasil daripada laporan pemerhatian 78 pemerhati dari Majlis Peguam sewaktu himpunan BERSIH anjuran gabungan 84 NGO itu. -mk Set up IPCMC, tender apology |
Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Gagal Isytihar Keanggotaan Ahli UMNO Posted: 11 May 2012 06:32 AM PDT PKR dakwa Aziz tidak isytihar status keahlian Umno selepas dilantik PETALING JAYA, 10 Mei — PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak mengisytiharkan keanggotaan sebagai ahli Umno selepas dilantik menganggotai badan pengendali pilihan raya itu. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR. "Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik," kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Berdasarkan Perkara 114 Fasal 4A Perlembagaan Persekutuan berkenaan pelantikan keanggotaan SPR, Saifuddin menjelaskan, "pengerusi SPR itu hilang kelayakan jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi mana-mana anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sama ada mendapat keuntungan atau tidak." "Tuntutan itu jelas menunjukkan selepas tiga bulan dilantik, beliau perlu menarik diri daripada menganggotai mana-mana badan pertubuhan dengan membatalkan keahlian, atau beliau akan terlucut jawatan secara automatik dalam menganggotai SPR. "Sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan," tegas Saifuddin lagi. Menurut Saifuddin ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam berkenaan keahlian Umno Abdul Aziz, "setelah mana-mana pihak membayar yuran keahlian parti, beliau adalah ahli parti dan tidak akan terlucut." Tambah Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan yang mana yuran tahunan membolehkan ahli mengundi dan diundi serta boleh dipilih menjadi perwakilan parti, sedangkan yuran keahlian hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran sebagai ahli. "Yuran tahunan perlu bagi ahli itu untuk menyertai perhimpunan dan mesyuarat parti. Malah dia boleh dipilih atau menggunakan hak ahli untuk memilih penjawat jawatan dalaman parti. "Seseorang tidak akan terlucut sebagai ahli, dia hanya tidak boleh ambil bahagian mengundi dan diundi jika hanya membayar yuran keahlian semasa pendaftaran," katanya lagi. Tambah Saifuddin, walaupun Nazri sudah sahkan status Aziz semalam, tapi hakikatnya beliau pernah menjadi ahli Umno dan itu tidak menafikan keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno. "Apabila yuran keahlian sudah dibayar, beliau akan menjadi ahli Umno selama-lamanya, kecuali apabila beliau dipecat atau menghantar surat untuk keluar parti," katanya lagi. Nazri Aziz semalam berkata pengerusi SPR itu kini bukan lagi ahli Umno apabila Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit. "Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno. "Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli," katanya dalam satu sidang media semalam. Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali. Nazri turut berkata Aziz memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya. Sehubungan itu, Saifuddin telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat perkara ini yang turut melibatkan Naib Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. -TMI PKR : Tubuh Tribunal Siasat Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Persekutuan |
Mahathir Lebih Rela Belasah Marina Untuk Selamatkan Kareer Mukhriz Posted: 11 May 2012 04:52 AM PDT Mahathir selar Marina, apa keganasan polis? KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0. Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0. "Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu," tulis beliau. "Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu," kata Marina lagi. Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas. "Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku," selar Mahathir yang dipetik The Star. Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS "yang berbaju merah" dan "dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan" turut terlibat. Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut "arahan". "Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera," hujah Mahathir lagi. Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa "benteng diceroboh", "cermin kereta polis pecah" dan "kereta polis diterbalikkan". Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai "akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi." -HD Ulasan GB Sebenarnya, Mahathir khuatir gelombang BERSIH 3.0 yang lalu akan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO/BN dan yang menerima kesan lansungnya ialah anaknya yang kini menjadi Timbalan menteri MITI, Mukhriz Mahathir. Bersusah payah untuk Mahathir melobi Najib supaya anaknya yang tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO itu untuk mendapat tempat di dalam kabinet Najib dengan menepis menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO untuk satu kerusi di dalam kabinet. Mahathir sendiri tahu bahawa keganasan polis memang berlaku. Beliau juga tahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 dihuruharakan oleh tindakan provocator, seperti kejadian peristiwa "benteng diceroboh", "cermin kereta polis pecah" dan "kereta polis diterbalikkan", bukan oleh peserta BERSIH. Tetapi mengakui secara berterus-terang kenyataan Marina bererti menyembelih masa depan Mukhriz. Cukup sekadar "membela" Marina dengan menyatakan bahawa beliau mengikut "arahan". Mahathir membuat tuduhan kononnya Unit Amal PAS "yang berbaju merah" dan "dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan". Mahathir perlu dibawa ke majlis Unit Amal PAS untuk melihat sendiri aktiviti Unit Amal PAS sebelum membuat tuduhan berat tersebut atau sebelum diheret untuk kemukakan bukti-bukti nyata terhadap tuduhannya itu. Apa-apa pun, Mahathir sebenarnya sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menyaksikan parti yang pernah dipimpinnya itu kini sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. klik untuk baca |
Lebih Banyak Pihak Tolak Haniff Sebagai Pengerusi J/K Siasatan BERSIH 3.0 Posted: 11 May 2012 02:29 AM PDT Siapa tak sokong Hanif angkat tangan' Ribuan mengangkat tangan tanda menentang pelantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel siasatan berhubung dakwaan kekasaran polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Dalam ceramah di Subang Jaya malam tadi, kira-kira 2,000 orang berbuat demikian selepas ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang menyoal siapa yang menentang pelantikan bekas ketua polis negara itu. Ditanya kenapa mereka hadir dalam program jelajah PKR di seluruh negara pasca-BERSIH, mereka menjawab kerana tidak percaya pada Hanif. Lim berkata, selepas apa diucapkannya sebelum ini, Hanif sepatutnya menjadi saksi dan bukannya pengerusi panel siasatan itu. -mk Pelantikan Tun Haniff Omar: AMK mengajak rakyat Malaysia untuk tolak hasil siasatan panel Bersih 3.0 NUJ juga tolak Haniff Omar Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel |
[TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua Posted: 10 May 2012 11:56 PM PDT Tuan Pengetua, Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur. Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan. Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya. Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat... Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan. Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif. Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian. Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka. Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain. Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit... Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR *Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis. |
UMNO Yang Bersorak Lebih Apabila Karpal Singh Menentang Hudud Posted: 10 May 2012 07:49 PM PDT Hudud: Karpal tegur Presiden Pas KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat. Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi. "Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu. DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. - Bernama Ulasan GB Akhbar-akhbar perdana hari ini menyiarkan muka depan terhadap tentangan Karpal Singh mengenai kenyataan Presiden PAS, TG Abd Hadi Awang berkenaan dengan hudud. Dan seperti biasa juga, agensi berita BERNAMA tidak ketinggalan untuk mebesarkan hal tersebut kerana dilihat boleh membantu UMNO BN sedikit laba hasil dari kenyataan Karpal tersebut. Yang jelas, UMNO menumpang untuk bersorak terhadap kenyataan Karpal tersebut, sama keadaan mereka sebelum ini yang bersorak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek menentang hudud. Yang bukan Islam menentang hudud amat kita fahami. Ia adalah kerana kurang fahamnya mereka terhadap islam dan PAS terpaksa bekerja keras untuk memahamakan bukan Islam terhadap hukum Islam tersebut. Tetapi yang nyata dari senario yang ada, ialah sikap UMNO yang semakin terserlah bahawa UMNO sememangnya menentang hukum Allah ditegakkan di atas mukabumi ini. Mereka rupanya lebih jahil dari yang bukan Islam mengenai hukum Islam tersebut. Kita akan sama-sama menunggu jawapan terus dari Allah swt nanti. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
co-ademin 11 May, 2012