Kelab Greenboc |
- Beza Dua Baju, Yang Satu Hormati Hudud, Yang Satu Lagi Ini Menentangnya
- Untuk Irfan, Sebab Pulut Santan Binasa...
- Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan
- Kes Dana RM40 juta: Najib Sudah Kantoi, Tuduh Pula Pakatan Juga Terima Dana
- [PUN ADA] Bomba Selamatkan Lelaki ‘Anu’ Bengkak Pakai Gelang
- APA SUDAH JADI? Mesin ATM Di Malaysia Paling Banyak Berjaya Dipecahkan Penyamun
- Minta Perhatian - Sekarang Dah Tukar: Undi Najib Bermakna Undi Soros!
Beza Dua Baju, Yang Satu Hormati Hudud, Yang Satu Lagi Ini Menentangnya Posted: 14 Oct 2012 05:02 PM PDT Gempar!!! MB Negeri Sembilan datang merasmikan Dinner "say no to Hudud" anjuran MCA, kita tidak marahkan MCA sebab mereka tidak beriman dengan Islam, tapi yang menjadi masalahnya muslim dari BN sokong mereka. Karpal sendiri pun telah mengingatkan BN jangan manipulasi kenyataannya (hudud' over my dead body) awal 90an dulu, bermakna kenyataan itu telah ditarik semula dan beluau sendiri mengakui yang perundangan sivil juga menggunakan kaedah dalam Al Quran. Sememangnya pimpinan Umno berlidah biawak, bagaimana mungkin perjuangan BN dirahmati Allah SwT seperti yang disebut PM Najib jika menjadi 'Syaitan bisu' apabila rakan non muslim mereka tolak, hina, perlekeh Hukum Al Quran? Berbeza sungguh dengan kaum Tionghua di dalam Pakatan Rakyat seperti di bawah ini: |
Untuk Irfan, Sebab Pulut Santan Binasa... Posted: 14 Oct 2012 03:48 PM PDT Irfan: 'Saya amat kecewa' "KEKALAHAN ini amat mengecewakan. Itu keluhan jurulatih Selangor, Irfan Bakti selepas menyaksikan pasukan bimbingannya menamatkan kempen Piala Malaysia musim ini dengan tewas kepada Kelantan semalam. Kelantan mengatasi Selangor dengan agregat 3-0. Jelasnya, kekecewaan itu bertambah perit apabila kegagalan tersebut berlaku di Stadium Shah Alam, di hadapan ribuan penyokong skuad The Red Giants. "Saya amat kecewa. Kita melepaskan banyak peluang untuk mencipta kemenangan. "Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah, malah apabila jaringan Ghaddar dihasilkan, ia terus memusnahkan segala-galanya. Ia sama berlaku ketika beraksi di Kota Bharu," kata Irfan ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan antara Selangor dan Kelantan. Tambah Irfan: "Meskipun kita menguasi separuh masa pertama, tetapi momentum separuh akhir kedua menurun, pemain bahagian tengah kurang membantu pemain lain. " "Disebabkan itu kita banyak melepaskan peluang," katanya. Katanya, beliau juga sedih sebab apabila dilihat pada kehadiran penonton malam tadi, hampir 30,000 penonton memberikan sokongan. "Mereka nyata bersemangat, saya betul-betul minta maaf sebab mengecewakan mereka, tapi nak buat macam mana, setakat ini sahaja kami mampu," jelas beliau lagi. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depannya di Selangor, Irfan bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada pengurusan. "Terpulang kepada pihak pengurusan, saya terima apa sahaja keputusan daripada mereka. Keputusan mungkin akan diketahui dalam masa terdekat," kata Irfan yang turut menyifatkan pasukan Selangor harus mencari pemain-pemain yang berkualiti untuk dibawa masuk bagi memantapkan lagi skuad itu musim depan. "Untuk musim depan, kita kena cari beberapa pemain yang berkualiti dalam pasukan Selangor. "Dan setahu saya pihak pengurusan telah mengenal pasti beberapa pemain untuk bermain dengan Selangor dan semuanya tengah diuruskan. "Selain itu, kita juga harus memberi tumpuan di bahagian tengah yang dilihat longgar bagi memperbaiki menjadi lebih kemas," katanya yang mengucapkan tahniah kepada Kelantan setelah berjaya mara ke final. -SH
Ulasan GB Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa... GB sudah dapat merasakan kekalahan Selangor apabila sehari sebelum perlawanan Irfan Bakti telah mengeluarkan perkataan angkuhnya: Kelantan, jangan berimpi di siang hari. Di dalam apa jua keadaan, kita tidak pasti dan tiada siapa yang dapat tahu dengan pasti untung rugi, kalah menang kita di esok hari. Kalau ada pun kita hanya boleh membuat "pemerhatian" dari pengalaman silam... dengan dibantu oleh observasi dari ilmu-ilmu berkaitan, TETAPI tidak sekali-kali kita boleh mengeluarkan perkataan-perkataan yang takbur dan angkuh.. kelak memakan diri. |
Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan Posted: 14 Oct 2012 08:00 AM PDT Seremban – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah 'disambut' dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan. Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR. "PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah. "Saya percaya ia dilakukan antara jam 11 hingga 11.30 malam kerana melihat keadaan cat yang masih baru. Saya rasa pihak terbabit mahu mencampakkan cat itu ke atas kereta, tapi tidak mengenai sasaran menyebabkan ia jatuh ke atas jalan raya," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Loke berkata, pihaknya tidak menolak berkemungki-nan ia dilakukan 'orang suruhan' parti lawan yang dilihat semakin terdesak untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. "Saya nampak isu baling cat ini semakin berleluasa menjelang PRU13 dan bagi saya, ia adalah amalan politik samseng dan perlu dihakis segera agar tidak berlakunya insiden lebih buruk ketika waktu PRU nanti," katanya. Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, PR akan meningkatkan tahap keselamatan pada setiap program anjuran mereka pada masa akan datang. "Hentikanlah amalan politik samseng seperti ini kerana rakyat sudah bijak membuat penilaian. Apa pun saya tegaskan PR tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang membuat ugutan bagi menakutkan kami," katanya. -SH |
Kes Dana RM40 juta: Najib Sudah Kantoi, Tuduh Pula Pakatan Juga Terima Dana Posted: 14 Oct 2012 03:52 AM PDT PM: Dana RM40 juta Sabah hanya derma politik Pemberian dana berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah hanya derma politik kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurut beliau, setiap parti politik mempunyai hak menerima derma politik selagi ia dilakukan melalui saluran yang betul. Ditanya mengenai di mana beliau memperolehi dana tersebut, Najib bagaimanapun enggan membuat pendedahan. Beliau berkata bahawa pembangkang didakwa turut menerima derma politik sedemikian. "Kita tidak sewenang-wenang mendedahkan kerana pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehinya. "Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik. Pemberian dana ini dilakukan dengan cara yang betul untuk kebaikan parti," katanya. Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia yang pernah ditahan pada 2008 kerana cuba menyeludup wang haram berjumlah RM40 juta. Namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. -FMT Ulasan GB Apabila sudah terkantoi, Najib menuduh dan memfitnah pula PR juga menerima derma politik. Dasar penipu yang cuba melepaskan diri apabila tersepit. Sebenarnya, jika SPRM bebas dan adil, UMNO sudah boleh dibatalkan penyertaannya di dalam pilihanraya umum dengan pengakuan penerimaan dana RM40 juta itu. |
[PUN ADA] Bomba Selamatkan Lelaki ‘Anu’ Bengkak Pakai Gelang Posted: 14 Oct 2012 01:38 AM PDT Ipoh: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka. Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an. Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar. Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan. Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam. -HM |
APA SUDAH JADI? Mesin ATM Di Malaysia Paling Banyak Berjaya Dipecahkan Penyamun Posted: 13 Oct 2012 11:06 PM PDT Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan. Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya. "Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini. Awang Adek berkata, sehingga ini, sebanyak 17 kes rompakan mesin ATM telah dilaporkan dengan kerugian bernilai jutaan ringgit, yang sebilangan besarnya berlaku kerana pihak bank tidak melakukan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi. "Malah bangunan yang tempatkan mesin ATM itu juga tidak dibina dengan mempunyai unsur kekebalan menyebabkan ia mudah dipecahkan," katanya. Beliau turut berkata, kes mesin ATM dipecahkan jarang berlaku di negara lain dan kes yang berlaku di negara ini menghairankan para pakar keselamatan dalam dan luar negara dengan kejadian seperti ini mesti dibendung segera. – Bernama |
Minta Perhatian - Sekarang Dah Tukar: Undi Najib Bermakna Undi Soros! Posted: 13 Oct 2012 08:08 PM PDT MP Pakatan Rakyat berkata sekiranya dakwaan hubungan NGO Suaram dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut. "Saya mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat. "Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros," kata MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli kepada Malaysiakini. Hatta menekankan bahawa Pakatan Rakyat tidak ingin membangkitkan isu tersebut. Namun, dakwaan kaitan Soros yang ditimbulkan BN itu kini nampaknya menjadi "senjata makan tuan", kata Hatta. Jadi, mereka perlu jelaskan kepada rakyat sekarang," katanya. Hatta berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuan peribadi antara Najib dan Soros di sebuah hotel terkemuka di New York, sejurus sebelum perdana menteri menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dua tahun lalu. Sementara itu MP Batu Tian Chua pula memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan Najib itu merupakan petunjuk utama kepada "hipokrasi" BN. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment