SEARCH

Wednesday, August 15, 2012

Rafi, Tip: "Motivasi bermula di Minda" & Ucapan Selamat Hari Raya!

Rafi,
 
Isi kandungan email ini:
 
  1. Ucapan Selamat Hari Raya dari saya & pemberian percuma!
  2. Tip: Motivasi bermula di Minda
  3. Majalah IK isu ke #5 kini di pasaran! 
  4. Jawatan kosong di Irfan Khairi Sdn Bhd - Junior Trainer
 
Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan kepada anda (sebelum mula cuti!) Selamat Hari Raya Aidilfiri, Maaf Zahir & Batin sekiranya ada salah silap sepanjang anda membaca email saya ini.



Semoga aidilfitri ini dipenuhi dengan pelbagai kenikmatan, kebahagiaan dan keberkataan untuk anda sekeluarga.

Balik kampung nanti, berhati-hati di jalan raya ya. Kalau seperti saya, kampung di KL ;) Mudahan ceria ceriakan KL selalu!

Di kesempatan ini juga saya ingin mewar-warkan satu pemberian percuma, kursus 3 hari keusahawanan Internet  tajaan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi di bawah 1Nita (khas untuk wanita sahaja) - untuk lelaki kita tunggu lain ya... khas kepada pembaca-pembaca email saya! Hadiah raya ;) (nak beri duit raya, ramai sangat... ;))

Mengapa anda perlu sertai?

  • Teknik perniagaan Internet praktikal
  • 100% percuma selama 3 hari
  • Termasuk Makan dan minum
  • Kursus diadakan serata Malaysia
  • Anda akan pelajari teknik perniagaan Internet secara praktikal!
Untuk menyertai dan syarat penyertaan, layari http://www.internet-webhosting.com/1nita.php
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir & Batin

*kursus di atas bukan dibawah Irfan Khairi Sdn Bhd, tetapi dari SKSA, rakan niaga kami. Kami mewar-warkan sahaja ;) Terima kasih kepada SKSA kerana membuka peluang ini kepada pembaca-pembaca email saya!


Motivasi bermula di minda
Oleh: Irfan Khairi
 

Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

goal-setting1.png

Punyai matlamat dalam minda

Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas dan tuliskan dengan spesifik apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.

Komitmen kepada kecemerlangan

Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industry mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan kearah itu.

Dalam apa sahaja industry sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Minda hebat, kejayaan pun pastinya hebat!




Majalah IK isu #5 kini berada di pasaran! Dapatkan di kedai-kedai majalah yang berhampiran.  


 
Menarik dalam Isu #5
  • Percuma pemberian bernilai RM20! "Nak Jual Apa?"
  • 7 Magnet Murah Rezeki
  • Tangisan ikon usahawan Islam, Abdul Rahman Bin Auf
  • Cara mudah untuk dapat RM1 juta
  • 5 Strategi tawan pasaran anda
  • ... dan banyak lagi!
Dapatkan di kedai-kedai berhampiran, atau sekiranya anda ingin melanggan isu-isu lepas dan yang akan datang, lakukan di http://www.ik.com.my hari ini.
 


SEGERA!- Jawatan Kosong di Irfan Khairi Sdn Bhd sebagai Internet & Social Media Junior Trainer
 
Mencari kerja? Kami di IKSB mengalu-alukan untuk anda memohon tempat sebagai Internet & Social Media Trainer secara fulltime. 2 tempat untuk junior trainer kini dibuka.


 
 
Kami memerlukan junior trainer untuk turut serta membantu dalam perihal kursus dan juga training yang dikendalikan oleh IKSB. Latihan akan diberikan, tetapi, junior trainer perlu...
  • Minat dalam bidang keusahawanan Internet
  • Tahu selok belok penggunaan Wordpress
  • Tahu selok belok media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube
  • Minat membantu dan mengajar peserta kursus
 
Berminat? Sila hantar resume/cv anda kepada zulfadli@iksbmail.com hari ini. Temuduga akan berlangsung pada minggu ini.



Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jKxMzOxMnOw=

No comments: