SEARCH

Wednesday, August 15, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Oki Setiana Dewi: Untuk Apa Cantik Di Mata Manusia Tetapi Tidak Di Mata Allah?

Posted: 14 Aug 2012 04:36 PM PDT



Bagi saya kecantikan sebenar seorang Mukmin adalah ketaatan pada Allah. Jika seseorang mentaati Allah dengan mengerjakan perintahnya dan menjauhi larangannya, maka seseorang itu akan terlihat cantik di mata manusia," begitulah antara pandangan yang dilemparkan oleh Oki Setiana Dewi ketika ditanya mengenai keindahan dan kecantikan seorang Muslim. Beliau ditemui semasa kunjungan khusus ke pejabat editorial majalah i, Kumpulan Media Karangkraf.

Menurutnya lagi, ramai yang menilai 'kecantikan' itu dengan berdasarkan kepada sifat fizikal seseorang. Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk dilihat, iaitu sifat yang lahir dari dalam diri, yang mampu untuk mendorong seseorang ke arah kebaikan.

"Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya, mampu untuk memiliki kecantikan pada sifat dalamannya juga. Kadang kala mereka hanya cantik pada luarannya tetapi memiliki akhlak yang tidak elok.

"Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman, adalah lebih baik jika kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerana ia akan kekal lama selamanya,"
jelasnya.

Bagaimanapun Oki juga tidak menolak bahawa kecantikan luaran juga amat penting. Katanya mementingkan kecantikan dalaman tidak bermakna mengabaikan kecantikan luaran seperti kebersihan diri dan pakaian kerana Rasulullah s.a.w ada mengingatkan umatnya supaya mengambil berat terhadap penampilan diri yang bersih dan menyenangkan mata memandang.

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal yang bermaksud 'Allah itu indah, dan sukakan keindahan'. Setiap manusia harus senantiasa menjaga kebersihan dan keindahan dirinya. Berbusana yang baik dan sopan, menjaga kebersihan sehingga kecantikan yang berada di dalam pun akan semakin terpancar.

"Orang mengatakan 70 peratus kesan pertama akan diperoleh seseorang ketika melihat penampilan orang lain. Untuk itu alangkah baiknya jika seseorang itu menjaga penampilannya agar terlihat baik dan menyenangkan. Sehingga orang pun akan senang bercakap dan berinteraksi dengannya. Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat, kerana itu lambang pakaian takwa yang dianjurkan agama, dan bersikaplah yang baik kepada sesama insan," pesannya pada hadirin semasa majlis sidang media di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.

Pandangan Oki jelas memperlihatkan bahawa beliau amat menitikberatkan aspek kecantikan luaran dan dalaman dalam diri. Sepertimana yang diperkatakannya seperti itulah juga keadaan dirinya.

Petang itu busananya nampak sopan. Walaupun hanya berjubah dan bertudung labuh, tetapi jelas terpancar sinar keindahan pada penampilannya. Malah beliau berulang kali menegaskan bahawa pakai tudung dan menutup aurat tidak menghalang seseorang untuk mencapai kejayaan.

Dakwah Melalui Lakonan

Nama Oki Setiana Dewi tidak asing di kalangan remaja Muslimah di Malaysia terutamanya bagi mereka yang meminati filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Lakonannya sebagai 'Ana athaful nisa' seorang Muslimah yang solehah, betul-betul telah memberikan impak yang sangat besar kepada penonton, terutamanya kepada golongan remaja Islam. Sehingga kini ramai yang telah menjadikan dirinya sebagai ikon dan ada yang memanggilnya dengan panggilan 'Ana' sebagaimana nama yang beliau lakonkan dalam filem KCB.

Ditanya kesan atas kunjungan kali pertamanya ke Kuala Lumpur, Oki tidak menafikan beliau berasa janggal sehingga pernah melarikan diri tatkala peminat sibuk ingin merakam gambarnya. Namun beberapa hari selepas itu dirinya mula terbiasa dengan keadaan itu.

Walaupun usianya masih muda, semangat Oki di dalam meningkatkan pencapaian diri cukup memberikan inspirasi. Jelasnya kini beliau tengah mempersiapkan dirinya untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana (Master) setelah menamatkan Ijazah Sarjana Mudanya. Bukan itu sahaja, kegiatannya seharian juga banyak dihabiskan untuk belajar dan mengajar.

"Saya saat ini banyak mengisi acara seperti bedah buku, kajian tentang wanita Islam, seminar-seminar motivasi, baik dalam mahupun di luar negera. Saya juga sedang mengikuti program hafalan al-Quran dan tengah menyiapkan penulisan buku saya yang ke-empat," jelas Oki yang juga sering melawat ke penjara untuk memberi motivasi serta berdakwah kepada warga banduan dalam penjara.

Sebagai seorang pendidik, penulis buku dan pelajar, minat Oki terhadap dunia lakonan masih belum padam. Katanya, dia masih minat untuk berlakon tetapi mengakui agak selektif kerana hanya menerima tawaran daripada filem mahupun drama yang mempunyai unsur mendidik.

Memutar semula penglibatannya di dalam filem ketika Cinta Bertasbih (KCB), ujarnya ia adalah merupakan satu hikmah yang terbesar buat dirinya. Pembabitan beliau di dalam filem berkenaan bukan sebagai pelakon semata-mata tetapi juga merupakan satu proses pembelajaran untuk lebih memperbaiki diri.

"Saya sangat bersyukur sekali ketika mendapatkan peluang untuk berlakon sebagai Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Syukur alhamdulillahlah, dengan lakonan itu, membawa saya ke arah yang lebih baik.

"Saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berada dalam satu komuniti yang baik, berlakon dalam adegan-adegan yang baik. KCB telah membuat saya tahu lebih banyak tentang agama Allah dan lebih dekat dengan-Nya. Saya juga memperoleh banyak ilmu, mulai dari bagaimana menjalankan peranan dan berlakon dengan baik, sehingga berpeluang mendalami ilmu-ilmu agama yang belum pernah saya diketahui sebelumnya," kongsinya

Memulakan Karya Penulisan

Sebagai seorang ikon Muslimah, Oki sentiasa memikirkan jalan yang terbaik untuk dirinya melakukan usaha dakwah terutamanya kepada remaja yang kini dilihat lebih cenderung untuk ke arah hiburan berbanding program agama. Sebab itu Ok menceburkan diri dalam dunia penulisan.

"Dengan menulis saya cuba untuk menyentuh sanubari kawan-kawan remaja yang berjiwa muda khususnya, untuk lebih mengenal agama dan senantiasa berusaha memperbaiki ke arah kehidupan yang lebih baik.

"Pada waktu yang sama, saya juga selalu berusaha memperbaiki diri sendiri. Mulai cara berbicara, berpakaian, dan melakukan apa saja. Kerana bagi saya perbuatan adalah lebih efektif dari kata-kata sehingga seseorang itu boleh berubah ke arah yang lebih baik jika melihat contoh yang baik," jelasnya yang kini baru sahaja melancarkan buku keduanya yang bertajuk 'Sejuta Pelangi'.

Penulisan buku keduanya itu adalah rentetan daripada kejayaan buku pertamanya yang bertajuk 'Melukis Pelangi'. Buku tersebut telah pun dicetak balik sebanyak lapan kali. Menurut Oki, jikalau buku pertamanya lebih mengisahkan mengenai dirinya, buku yang keduanya adalah lebih kepada kisah-kisah yang berlaku di sekelilingnya.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Oki sempat berpesan kepada remaja Muslim agar sentiasa berjuang sehabis baik menegakkan agama Islam melalui bidang dan potensi masing-masing, selain mengekalkan rasa bangga sebagai seorang Muslimah.

"Bersyukurlah pada Allah atas kurnianya yang luar biasa iaitu menjadi seorang Muslim. Jadilah Muslim yang taat kepada-Nya. Tunjukkanlah identiti kita sebagai Muslim dan Muslimah sejati yang menjadi kebanggaan Islam, Berkaryalah, berprestasilah dan berbuat baiklah kepada sesama. Jadilah pemuda pemudi yang menginspirasi dunia dengan prestasi yang luar biasa.

"Bangkit dan lakukanlah yang terbaik dalam hidup. Tak ada kejayaan yang boleh dicapai melainkan dengan perjuangan, dan semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang senantiasa berada dalam kebenaran,"
doa dan harapan Oki Setiana Dewi mengakhiri pertemuan. -majalah i

Nasaruddin Sertai Rombongan Najib Ke Mesyuarat OIC

Posted: 14 Aug 2012 08:02 AM PDT



Bkeas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa mengikuti rombongan PM Najib Tun Razak ke Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di Mekah.

Berikut ialah laporan capton bagi foto di atas oleh BERNAMA:

MAKKAH, 14 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan dari Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat di sini pagi ini.

Turut hadir (dari kiri) Mufti Masjid Haram Makkah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi dan Anggota Parlimen Bachok " Ustaz Nasharudin Mat Isa.


Sebelum itu, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf dilaporkan telah memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah.



Ulasan GB

Semakin terdedah, tokoh-tokoh UG di dalam PAS. Mujur kalah di dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dahulu.

Biarkanlah dia, penipuan terhadap jemaah amat besar akibatnya. Serahkan kepada Allah swt untuk menguruskan hal beliau.

Lihat saja apa yang telah berlaku kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali. Semakin hari semakin gila, semakin hari semakin hina.

Dan Najib sanggup melakukan apa saja, belanja seberapa banyak yang ada kerana telah menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku... kini membilang hari UMNO BN dicampak keluar dari Putrajaya!


PRU13: Najib tertekan, perisik lapor peralihan kuasa

KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.

Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.

"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.

"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.

Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.

"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.

"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.

Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
-HD


Panas!!! Ditangkap Berkhalwat Di Bulan Puasa Kerana Terlalu Letih Bershopping!

Posted: 14 Aug 2012 05:44 AM PDT


Kuala Lumpur – Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

"Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas," katanya.

Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.

"Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta," katanya.

Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.

"Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya," katanya.

Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.

Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.

"Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet," katanya.

Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. –SH

Boleh Merogol Jika Anda Seorang Ahli Sukan Atau Punyai Masa Depan Yang Baik?

Posted: 14 Aug 2012 02:09 AM PDT

Mahkamah kekal perintah berkelakuan baik ke atas Noor Afizal

PUTRAJAYA – Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel.

Pada 5 Julai tahun lepas, Mahkamah Sesyen Melaka melepaskan Noor Afizal dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun 2009.

Mahkamah Sesyen dalam perintahnya itu menimbang beberapa faktor termasuk ia adalah hubungan seksual tanpa paksaaan antara dia dan gadis itu.

Dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 September tahun lepas yang membenarkan rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengikat jaminnya.

Dia dibenar ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sehingga rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Noor Afizal mewakili negeri Sembilan antara 2004-2010 dan pada masa sama mewakili Malaysia dalam kategori remaja selama lima tahun antara 2004-2008. Dia juga bertanding dalam kejohanan terbuka antarabangsa Thailand, April lalu.

Dia dijangka meakili Kedah dalam beberapa kejohanan akan datang seperti kejohanan terbuka antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Mohd Tajuddin.- Bernama

Ulasan GB

Pelik sungguh keputusan para hakim Mahkamah Rayuan.

kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik

Kepentingan awam dikorbankan kerana ahli sukan itu dikatakan mempunyai masa depan yang baik!

Semua orang boleh dakwa mempunyai masa depan yang baik bukan sekadar ahli sukan. Oleh itu undang-undang "merogol bawah umur" sudah tidak lagi relevan?

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1809.
Daripada 'Aisyah r.a. bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian. Mereka mengatakan: "Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah saw. (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah saw," Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. dan beliau menjawab: "Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?" Kemudian itu Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: "Hai orang ramai! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Kalau seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu. "


Bangunan UMNO Port 'Selamat' Lepas Nafsu

Posted: 14 Aug 2012 12:28 AM PDT

Bandar Temerloh - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka.

Gambar: Bangunan Umno ini dikatakan menjadi tempat pasangan kekasih melepaskan nafsu mereka.

Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib.

Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.

"Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja.

"Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai.

Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya.

"Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik.

"Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya," katanya. -SH

MISTERI - 1000 Tanda Nama Polis Disorok Bunian

Posted: 13 Aug 2012 09:39 PM PDT

Seorang pegawai polis yang bertanggungjawab ke atas operasi pasukan itu di Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 berkata beliau tidak mengetahui bagaimana tanda nama anggotanya tertanggal ketika perhimpunan tersebut memuncak.

ASP Ahmad Jais Usang, yang mengetuai operasi di zon Dataran Merdeka semasa perhimpunan tersebut berkata, semua 1,000 pegawai itu memakai tanda nama ketika beliau memberi taklimat pada pagi 28 April.

"Pada waktu pagi semasa taklimat semua mereka memakai tanda nama," katanya kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam inkuiri yang dijalankan pagi semalam.

Bagaimanapun, pakaian seragam itu hanya menunjukkan nama anggota dan tidak menunjukkan nombor anggota terbabit.

Ahmad Jais menjelaskan bahawa sesetengah tanda nama itu dijahit di pakaian seragam tertentu manakala yang lain menggunakan kancing velcro yang boleh dipasang dan ditanggalkan pada bila-bila masa.

Inkuiri yang masuk hari ke-13 semalam bertujuan untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 3.0.

Ulasan GB

Dimana logiknya sehingga begitu ramai polis yang tercicir tag nama?

Bukankah sebenarnya ia satu taktik polis sendiri supaya tidak dicam oleh rayat dengan menanggalkan tag nama tersebut?

Dan kedua, polis yang memberi keterangan semalam, masih berupaya untuk terus berbohong dan berdusta di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di bulan puasa?


[GAMBAR SEBENAR] Siling Hospital Serdang Runtuh, 4 Cedera

Posted: 13 Aug 2012 07:21 PM PDT


Projek 1 Malaysia! Keselamatan Rakyat Dibahlulkan Kekayaan Kroni Diutamakan!! Siapa punya kroni agaknya yg buat Hospital Serdang ni? Berapalah untung mereka dapat? Sehingga siling Hospital Serdang ni pun boleh runtuh!! INI BUKAN KALI PERTAMA!!

Ini merupakan kejadian kedua di Hospital Serdang, yang beroperasi sejak Disember 2005, selepas insiden siling di kawasan lobi utama runtuh pada Januari tahun lepas.

SERDANG – Tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita Jabatan Kecemasan Hospital Serdang cedera selepas 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi Isnin.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.

"Ketika kejadian, terdapat tiga jururawat wanita dan seorang pegawai perubatan wanita berusia 20-an sedang betugas di bahagian kaunter meja jururawat manakala pesakit berada di bilik masing-masing.

"Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

Ulasan GB

Berikut ialah berita kejadian siling runtuh di hospital yang sama yang dilaporkan pada 31 Januari 2011

Siling Lobi Hospital Serdang Runtuh

Siling berukuran di kawasan lobi utama Hospital Serdang dilaporkan runtuh tengah malam tadi, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

Jurucakap hospital tersebut ketika dihubungi berkata tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.

"Kami juga telah kerahkan pengawal untuk menutup kawasan itu sebaik sahaja kejadian sampai kepada pengetahuan kami. Satu lencongan juga telah dibuat bagi tujuan keselamatan," katanya.

Jurucakap itu berkata satu siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kejadian telah dilakukan, katanya. --Bernama


No comments: