| Semoga Tun/Tan Sri/Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sentiasa dalam perlindungan dan redha Allah sentiasa. Disini kami dengan penuh takzim ingin memohon sokongan tuan/puan untuk; 1. Menghulurkan sumbangan kepada Dana Pembangunan Fasa 1 Masjid dan Maahad Tahfiz Al-I'tisam. 2. Membantu menyebarkan e-mail ini kepada 5 orang yang lain. Assalamualaikum w.b.t Tuan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian, "Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 butir, pada tiap-tiap butir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 261) Semoga tuan puan dan keluarga sentiasa dalam redha dan keberkatan Allah. Masjid Al-I'tisam dibangunkan daripada sebuah surau dalam tahun 1997. Bangunan masjid diperluaskan dan pelbagai fasiliti ditambah dari masa ke semasa seiring dengan keperluan jemaah hasil sumbangan orang ramai. Kami Ahli Jawatankuasa Masjid Al-I'tisam Taman TTDI Jaya, Shah Alam menyeru dan merayu kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama membantu kami mengumpul Dana Pembangunan Masjid dan Maahad Tahfiz baru untuk kariah kami. "Barangsiapa yang mendirikan masjid kerana Allah walaupun hanya memberikan sesuatu benda sebesar sarang merpati, nescaya Allah akan mendirikan untuknya rumah di syurga" (Hadis Riwayat Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban). Tuan/Puan boleh meyalurkan sumbangan ke akaun kami seperti berikut; NAMA AKAUN : DANA KOMPLEKS ISLAM AL-I'TISAM NO. AKAUN : MAYBANK - 5624 7813 0016 CIMB - 1261 0001211 102 BIMB - 12-038-01-010864-7 BANK MUAMALAT -1211 0000408 711 Jika tuan puan memerlukan resit rasmi, maklumat sumbangan seperti nama penyumbang, alamat, no telefon, rujukan sumbangan boleh dihantar melalui emel ke info@kiai.com.my atau sms ke no. 012-268 9872. Resit rasmi akan dikeluarkan setelah penerimaan sumbangan disahkan dan akan dihantar melalui pos ke alamat yang dikehendaki. Dalam Mesyuarat Penyelarasan Masjid dan Perunding pada 26hb September 2011 yang lalu, telah diputuskan bahawa untuk pembangunan Fasa 1, tumpuan akan diberikan kepada pembinaan Aras 1 Ruang Solat Utama dan Ruang Podium. Keperluan dan kedudukan dana terkumpul setakat 1 Janiari 2012 ialah seperti berikut; Kos Pembangunan Fasa 1 RM 5,000,000 Dana Terkumpul RM 600,000 Jumlah Diperlukan RM 4,400,000 Seperti yang tuan puan dapat lihat, sasaran dana terkumpul untuk Fasa 1 masih jauh dan sangat memerlukan sokongan padu daripada semua pihak. Sekali lagi kami menyeru tuan puan untuk bermurah hati membantu pembinaan masjid ini seperti yang disebutkan diatas. Selain daripada menyumbang kepada dana pembangunan ini pihak tuan puan juga diharap dapat membantu kami menyebarkan emel ini kepada kenalan lain supaya kempen ini dapat disebarkan bagi sama - sama membantu dan memperoleh rahmat Allah S.W.T "............. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) ............... " (Al-Maidah : 22) Tuan Puan boleh juga menelefon kami ditalian 03-7846 1880 atau mengunjungi kami pada bila-bila waktu bekerja daripada jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Pejabat kami juga dibuka pada setiap hari Sabtu sehingga jam 12.30 tengahari. Penutup Kami lampirkan disini maklumat-maklumat projek, Surat kebenaran dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk brosur keseluruhan projek kami yang dijangka menelan belanja RM 29.0 juta dan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Setelah siap nanti, projek ini yang dikenali sebagai Kompleks Islam Al-I'tisam atau ringkasnya KIAI, akan menjadi sebuah pusat tumpuan masyarakat untuk beribadah, menuntut ilmu dan bermuamalat. Sama-samalah kita berdoa agar usaha ini dipermudahkanNya dan setiap orang yang menyumbang dibalasi dengan kebahagiaan didunia dan diakhirat, AMIN. Lampiran / Link http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Brochure_Kompleks_Islam_Al-Itisam/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Concept%20drawing%20KIAI/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Gambar%20Model%20KIAI/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Press%20Conference%20Pelancaran%20Pengumpulan%20Dana%20KIAI/ http://s1091.photobucket.com/albums/i381/Kompleks_Islam_Al_Itisam/Surat%20Kebenaran%20Mengutip%20Sumbangan/ |
| PEJABAT PROMOSI DAN DANA KIAI, NO.20-1, JALAN OPERA J U2/J, TAMAN TTDI JAYA, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR D.E, MALAYSIA. TEL: +6 03 7846 1880 FAX: +6 03 7846 0447 E-MAIL: info@kiai.com.my |
No comments:
Post a Comment