SEARCH

Thursday, February 23, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PANAS: Laporan Polis Oleh Jurusolek Dakwa Dicabul Pemimpin BN

Posted: 22 Feb 2012 04:44 PM PST

Jurusolek dakwa dicabul pemimpin MCA

MCA kini berdepan dengan satu lagi skandal yang melibatkan pemimpinnya, kali ini Ng Tian Poh (gambar), ahli jawatankuasa Perhubungan MCA Perak. Ng Tian Poh dituduh mencabul seorang jurusolek bernama Ng Sook Mei pada 30 Disember 2010, dan isu ini menjadi hangat di dunia internet, baru-baru ini.

Ibu pejabat polis daerah Ipoh telah mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa satu surat telah dikeluarkan untuk memaklumkan Ng Sook Mei bahawa polis telah menjalankan siasatan rapi terhadap aduan beliau, malah tangkapan telah dibuat ke atas Ng Tian Poh, yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Bagaimanapun, Ng Tian Poh ketika dihubungi MerdekaReview, menafikan dirinya telah ditangkap. Ng Tian Poh bagaimanapun mengakui dirinya pernah disiasat sekali sahaja pada tahun 2010. Ng Tian Poh enggan mengulas apabila wartawan menyusul dengan soalan sama ada beliau mencabul wanita tersebut.

Dalam aduan polis oleh Ng Sook Mei pada 31 Disember 2010, Ng Tian Poh dituduh memasukkan tangan ke dalam baju Sook Mei, meraba buah dadanya dan membuka kancing baju dalamnya. Sook Mei, 29 ketika itu, menolaknya tetapi Ng Tian Poh terus memasukkan tangan ke dalam seluar pendeknya. Seorang kawannya, Ranjit yang berada bersama mereka ketika itu, di Ipoh Royal Club menolong Sook Mei untuk membebaskan diri dari terus dicabul Ng Tian Poh.

Ng Sook Mei memanggil sidang media pada 17 Februari 2012 untuk menjelaskan apa yang berlaku pada malam itu. Beliau bersama teman lelakinya berada di tempat kejadian semasa pencabulan berlaku. Mereka pergi ke Ipoh Royal Club atas undangan kawan, dan diperkenalkan kepada Ng Tian Poh. Ng Sook Mei dan teman lelakinya hanya tahu identiti Ng Tian Poh selepas kad namanya dihulurkan kepada mereka. Bagaimanapun, ketika pencabulan berlaku, teman lelaki Ng Sook Mei tidak terdaya untuk berbuat apa-apa, setelah mengambil minuman keras yang diberikan kawannya. Begitu juga dengan Ng Sook Mei yang merasakan tubuhnya hilang tenaga.

Beberapa akhbar Cina membuat liputan untuk sidang media itu, tidak menyebut "pemimpin MCA" sebagai orang yang disyaki terlibat, melainkan Oriental Daily dan Guang Ming Daily yang menyebut "pemimpin MCA" dalam laporannya. Menurut teman lelaki Ng Sook Mei, terdapat sesetengah pihak yang berlatarbelakangkan parti politik pernah memujuk agar tidak dibuat aduan polis, dan menawarkan wang kepadanya agar kes ini "diselesaikan". Bagaimanapun, beliau menolak tawaran tersebut.

Peguam Ng Sook Mei, iaitu Leong Cheok Keng (gambar kanan) turut berkata dalam sidang media itu, bahawa pihak polis pernah mendakwa pihaknya memiliki rakaman video kejadian tersebut, lantas mempertikaikan mengapa tindakan tidak diambil sehingga hari ini. Leong berkata beliau pernah menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Polis Negara Ismail Omar, Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara bagi pihak anak guamannya, menyeru agar pihak berkenaan memandang serius kes ini, menurut laporan. -MR




[Video] Demo Anti Israel Di Pelabuhan Klang

Posted: 22 Feb 2012 03:03 PM PST

NGO berdemo di Pelabuhan Klang bantah kapal Israel

Sekumpulan NGO dan aktivis mahasiswa hari ini berhimpun di Westport dekat Pelabuhan Klang bagi membantah dakwaan akses kapal Israel di situ.

Kumpulan kira-kira 80 orang yang diketuai Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa itu berhimpun sejam sambil melaungkan slogan anti-Israel.

Perhimpunan itu berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang bertugas.

Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri dan aktivis popular siswa Adam Adli.

Fariz ketika dihubungi selepas itu berkata, perhimpunan itu dianjurkan hari ini kerana mereka mendapat maklumat terdapat lagi kapal dari Israel yang berlabuh di situ hari ini.

"Kita kesal dengan hubungan dagang ini kerana ia seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin," katanya.

Katanya, banyak lagi perhimpunan akan diadakan selepas ini, bermula dengan perhimpunan di kedutaan Palestin pada 29 Februari.

Pada tarikh itu, katanya, mereka akan menghantar memorandum memaklumkan perkara itu dan menyerahkan bukti yang dikumpul pada negara itu.

"Kita pilih tarikh itu kerana berdasarkan maklumat kita, pada hari itu ada lagi kapal akan masuk ke sini," katanya.

Bagaimanapun kumpulan itu tidak dibenarkan masuk ke kawasan pelabuhan dan tidak dapat memastikan sama ada kapal dari Israel ada berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini.

Isnin lalu, sambil mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 berkata kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Ini termasuk kapal, Zim Atlantic, yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu yang datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel. -mk




Najib Kata ISA Mansuh Tetapi Mahkamah Jatuhkan Hukuman Kepada Penentang ISA

Posted: 22 Feb 2012 08:27 AM PST

ISA: Tidak selaras dengan pengumuman Najib

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyifatkan keputusan kepada 14 individu kerana terbabit dengan perhimpunan membantah ISA tidak selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ISA dimansuhkan.

"Perdana menteri sendiri sudah pun mengumumkan bahawa ISA dimansuhkan dan pada masa sama kerajaan telah membuat pindaan terhadap akta polis. Tapi mereka dijatuhkan hukuman di bawah seksyen 27 Akta polis," kata pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh ketika ditemui di luar kamar Mahkamah Sesyen Jalan Duta, hari ini.

Beliau juga berkata, kesemua mereka berjuang menentang akta yang zalim.

"Perjuangan mereka ini adalah satu perjuangan yang mulia iaitu untuk memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA," katanya.

Kekesalan itu turut dikongsi Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata, meskipun menghormati keputusan mahkamah, pihaknya tetap berpendapat ianya tidak wajar.

"ISA kini sudah dimansuhkan dan kita ada akta perhimpunan awam," katanya.

Sementara itu, Bad Latif, suami kepada OKT Nashita Md Noor pula berkata, hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan ternyat dinafikan.

Katanya, penghujahan peguam bela juga juga jelas menyatakan mereka ditangkap sebelum perhimpunan bermula.

"Kita menjangkakan yang terbaik, kalau boleh bebas tanpa penjara atau denda. Walau bagaimanapun, hukuman satu hari dan denda 2,000. Kita tak puas hati sebab hak kita untuk berhimpun seperti dalam artikel 10 Perlembagaan yang membenarkan perhimpuan menyuarakan pandangan dinafikan.

"Kita tak melakukan apa-apa kesalahan dan dalam hujah tadi peguam bela sebut mereka ditangkap bukan masa perhimpunan,"
katanya.

Terdahulu, 14 daripada 16 tertuduh dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 oleh Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Manakala kes terhadap dua lagi yang tidak hadir hari ini akan diputuskan kemudian.

Waran tangkap dikeluarkan kepada tiga lagi yang tidak hadir hari ini. -HD

Kutipan derma kilat untuk sampaikan mesej: Mereka tidak keseorangan!

Sebaik sahaja keputusan mahkamah sesyen diumumkan, sekumpulan warga internet melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu mereka yang disabit kesalahan kerana terlibat dalam perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009. Antara yang melancarkan kutipan derma ini, Koh Wee Sun berkata, usaha ini sekadar untuk menyampaikan satu mesej, "Mereka tidak keseorangan!"

Secara terus terang, Koh Wee Sun mengakui bahawa dirinya tidak pasti sama ada mereka mampu untuk mencapai angka yang diperlukan. Bagaimanapun, usaha ini bukan sekadar kutipan wang semata-mata, tetapi untuk menunjukkan kepada mereka yang didenda, bahawa ramai lagi yang nampak dan menghargai perjuangan mereka.

Koh Wee Sun ialah seorang suri rumah tangga. Beliau pernah memberikan sejambak bunga kepada Muhammad Safwan Anang melalui Chua Yee Ling ketika aktivis siswa itu dimasukkan ke dalam wad kecemasan, lantaran kejadian pertembungan fizikal dalam satu perhimpunan pada awal pagi 1 Januari 2012, di luar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mengapa saya terfikir untuk beri bunga kepada Safwan.

Koh Wee Sun terharu apabila membaca tulisan salah seorang tertuduh, Nashita Md Noor di MerdekaReview, semalam. Koh menganggap Nashita yang juga seorang ibu, telah ke depan untuk memperjuangkan isu-isu keadilan sosial, sedangkan dirinya masih selesa dalam zon yang selamat. Semalam, Koh yang berada di Johor Bahru, menyeru dalam laman sosial Facebooknya, agar rakannya hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Nashita, pada hari ini.

Sehingga jam 4 petang, Koh memaklumkan kepada MerdekaReview bahawa beliau telah berjaya mengutip lebih RM12,000, dan angka ini masih bertambah. 11 orang tertuduh dijatuhkan hukuman denda RM2000, dan penjara sehari. Mereka wajib menjelaskan denda RM2000 pada hari ini, atau akan dipenjarakan 7 hari. Untuk menangguhkan hukuman penjara, mereka perlu membayar wang jaminan RM500. -MR


Saya antara yang gagal gembira menyambut pemansuhan ISA

1 Ogos 2009. Kami ditahan selama tiga hari dua malam di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang baru dibuka pada 27 Julai 2009, maka kami bernasib baik kerana tandas yang terbuka dan terdedah itu masih bersih. Kami hanya dapat mandi pada jam 1.00 pagi hari Isnin (3 Ogos). Dua hari tidak dapat mandi dan tiga hari menahan diri dari membuang air besar! Syukur dengan tidak memakan nasi selama tiga hari kami selamat dari menyimpan makanan berat di dalam perut untuk diproses menjadi bahan buangan. Kami hanya menjamah sedikit roti yang dikongsi bersama dan sedikit air kosong yang juga turut dikongsi.

Ini adalah sebahagian pengalaman yang berharga yang telah saya (gambar kanan, kanan) kongsikan pada tarikh 4 Ogos 2009 sebaik dibebaskan dari Penjara. Berpeluang menghuni sebuah penjara. Dipenjarakan kerana kami berani melawan.

Apa yang kami lawan hingga kami tertangkap pada tarikh tersebut 1 Ogos 2009? Apakah signifikannya tarikh tersebut yang berjaya menarik perhatian puluhan ribu rakyat turun memenuhi segenap jalan di Kota Raya tanpa ada rasa gentar walau amaran demi amaran diberikan oleh pihak Polis untuk tidak turun ke jalanraya pada tarikh tersebut.

1 Ogos 2009 adalah hari ulangtahun ISA digubalkan pada tahun 1960, maka tarikh tersebut telah dipilih oleh GMI, Gerakan Mansuhkan ISA untuk menjadi lambang kebencian rakyat yang membuak kepada sikap pemerintah yang masih mahu mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang zalim dan kuno.

Pada 1 Ogos 2009 dilaporkan puluhan ribu orang turun ke jalanraya di Kuala Lumpur walaupun pelbagai sekatan dijalankan dan amaran dikeluarkan. Himpunan dicadangkan bermula pada jam 2.30 petang, namun seawal jam 3 pagi telah berlaku tangkapan oleh pihak polis ke atas mereka yang dipercayai datang ke perhimpunan tersebut.

ISA Zalim. Saya tidak mempunyai ahli saudara yang pernah ditahan ISA, namun saya tetap berkongsi penderitaan mangsa kezaliman ISA khususnya yang menimpa para isteri tahanan ISA serta anak-anak mereka. Saya melihat dan berkongsi penderitaan mereka. Sebagai AJK Gerakan Mansuhkan ISA kami merancang pelbagai aktiviti seperti menghantar memorandum kepada SUHAKAM, Kementerian Dalam Negeri, PDRM termasuk cubaan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri. Malah GMI juga membuat pertemuan dengan pihak Mufti setiap negeri di Malaysia bagai menjelaskan bahawa ISA juga adalah haram di sisi Islam dan mesti dimansuhkan. Semuanya gagal.

Maka dengan kefahaman rakyat tentang betapa zalimnya ISA dan menghayati penderitaan keluarga maka rakyat berani untuk meluahkan rasa mereka di secara terbuka bagi membuat desakan.

Pada hari tersebut sejumlah 589 orang telah ditangkap dan dikumpulkan di Pusat Gerakan Am Cheras. 489 orang telah dibebaskan pada tarikh yang sama, 91 orang dihantar ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk dilokapkan. Akhirnya 29 orang telah didakwa di mahkamah dan dibicarakan. 16 orang didakwa menyertai perhimpunan haram dan 13 orang didakwa di bawah akta Pertubuhan.

Saya bersama anak lelaki, Ammar (gambar kanan, kanan), adalah antara yang ditangkap pada tarikh tersebut. Ammar yang ketika itu baru berusia 13 tahun telah dipenjarakan di Penjara Juvenil Sri Petaling bersama seorang rakannya yang berusia 16 tahun, Suhaib Mat Sah (gambar kanan, kiri), yang merupakan anak kepada seorang tahanan ISA yang masih meringkuk di dalam Kem Tahanan Kamunting ketika itu. Anak saya melalui pengalaman yang perit dengan mereka digari dan dipakaikan pakaian lokap. Dihalang dari berjumpa dengan peguam dan tidak diberikan makanan sehingga peguam menemui mereka pada jam 10 malam sedangkan kami ditangkap sejak jam 12.30 tengahari. Ammar dan Suhaib dibebaskan keesokan harinya setelah dibawa ke hadapan majistret.

Saya dan empat orang lagi wanita ditangkap ketika kami duduk-duduk di bangku di hadapan Pertama Kompleks. Perhimpunan dijangka bermula pada jam 2.30 petang. Pada jam 12.30 tengahari sekumpulan polis yang berpakaian preman datang menghampiri kami dan mengepung kami sehingga sekumpulan polis yang beruniform datang dan mengarahkan kami menaiki sebuah trak polis. Makluman awal mereka hanya mahu membuat sedikit dokumentasi ke atas kami.

Seterusnya kami dibawa dengan trak ke Cheras. Di sana kami melihat ramai pihak polis telah bersedia ada di sana di satu tempat yang sungguh besar. Proses dokumentasi dijalankan di sana. Walaupun berada di bawah kawalan polis saya dan empat orang lagi sahabat wanita tetap menjalankan tugas kami menyampaikan maklumat kepada semua yang ditangkap dan dibawa ke sana.

"Jangan beri apa-apa keterangan kepada polis. Kita hanya beri keterangan bila peguam kita ada bersama." Kami berusaha menyampaikan kepada seramai mungkin akan hak mereka untuk berdiam diri. Kami memberikan semangat kepada mereka. Kami lantang, kami melawan apabila polis gagal menunaikan permintaan asas kami iaitu hak kami untuk bertemu dengan peguam yang setia menanti kami di luar pusat tahanan.

Akhirnya kami 29 orang, 24 lelaki dan lima wanita dipenjara dan didakwa di Mahkamah. Perbicaraan berjalan hampir dua tahun. Pada November 2011 Hakim membebaskan 13 orang yang dituduh di bawah akta Pertubuhan dan 16 orang lagi termasuk saya dan empat wanita yang lain diperintah untuk membela diri.

Dengan membuat pilihan untuk memberikan keterangan dari kandang salah dan tidak boleh disoal balas kami memberikan kenyataan bela diri kami pada 16 Januari 2012. Kami bersyukur kerana ianya selesai dengan pantas. Tiada siapa yang suka didera terpaksa turun naik mahkamah berkali-kali bertahun-tahun lamanya. Kami berpendapat tujuan sebenar peserta perhimpunan aman ditangkap, dipenjara dan didakwa tiada lain selain dari mahu mendera dan menyusahkan rakyat yang berani bangun melawan.

Pada malam 15 September 2011, bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, dengan bangganya Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman bahawa Akta ISA akan dimansuhkan, begitu juga Seksyen 27 Akta Polis. Ini memang satu pengumuman yang agak mengejutkan namun saya adalah salah seorang yang tidak menyambutnya dengan gembira dan bertepuk tangan. ISA masih wujud, masih ada yang ditangkap dan ditahan di bawah ISA, kini ada seramai 13 keluarga yang baru menjadi mangsa kezaliman ISA di Tawau Sabah.

22 Februari 2012, esok adalah tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman ke atas kami 16 orang bagi dakwaan di bawah Seksyen 27 Akta Polis. Ironi bukan? Ianya sudah diumumkan untuk dimansuhkan namun kami masih menjadi mangsanya.

Apakah hukumannya pula?

"Hukuman - Mana-mana orang yang melakukan satu kesalahan di bawah seksyen ini boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada RM10,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun."

Kami? Pasrah kepada Allah Yang Maha Esa. Kami tidak bersalah, kami bertujuan berhimpun dengan aman dengan peruntukan yang ada di bawah Perlembagaan. Kami ditangkap sebelum perhimpunan berlangsung. Kami rakyat biasa yang mahu bangun menentang kezaliman atas rakyat.

Atas prinsip ini kami tidak pernah mengaku bersalah atau terlintas di hati untuk mengaku bersalah. Jika denda yang dikenakan atas prinsip perjuangan kami rela dipenjarakan demi sebuah perjuangan!

*Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga barangan dan himpunan Mansuh ISA.
-MR


Taklimat KPF Kecoh: Isa Samad Halau Keluar Peneroka

Posted: 22 Feb 2012 07:14 AM PST

Taklimat KPF Felda kecoh

PETALING JAYA: Taklimat antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan kira-kira 500 pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dikhabarkan kecoh apabila salah seorang peneroka dihalau keluar daripada dewan kerana mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, taklimat antara Isa dan sebahagian pemegang saham diadakan di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur petang tadi susulan pembatalan Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF pada saat-saat akhir yang sepatutnya dijadual berlangsung hari ini.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, insiden itu terjadi apabila soalan yang dikemukakan salah seorang pemegang saham daripada Felda Sendayan di Negeri Sembilan itu gagal dijawab dengan baik oleh Isa.

Katanya, semasa sesi dialog generasi kedua Felda yang berumur dalam lingkungan 50-an itu bangkit bertanyakan Isa mengenai jaminan yang akan diperoleh pemegang saham KPF jika ia disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Namun, menurut Mazlan jawapan yang diberikan Isa hanyalah "Perdana Menteri akan bagi jaminan".

Isa Samad angkuh

"Lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan Isa kemudian bertanya lagi kalau Najib lepas ni tak jadi Perdana Menteri dan digantikan dengan orang lain, kalau berlaku masalah dalam KPF siapa yang nak bertanggungjawab?

"Isa kemudiannya menjawab 'kalau awak tak percaya Najib sila keluar daripada dewan'," kata Mazlan ketika dihubungi.

Menurut Mazlan, lelaki yang menetap di Felda lebih 50 tahun dan memiliki saham KPF melebihi RM250,000 itu kemudiannya dibawa keluar oleh polis bantuan dalam keadaan dimalukan dan disaksikan pemegang saham yang lain.

Mengulas mengena kejadian terbabit, Mazlan berkata tindakan Isa itu adalah tidak wajar dan tidak profesional memandangkan beliau sendiri yang mahukan dialog itu dijalankan.

"Hasil dialog petang tadi menunjukkan kecenderungan peneroka yang hadir memihak kepada peneroka yang dihalau itu.

"Namun Isa sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggambarkan sikap pemimpin yang angkuh, ego dan tidak boleh terima teguran," katanya yang turut kesal dengan kejadian itu. -FMT

Kecoh: Isa halau ahli KPF keluar dewan

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Seorang perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini meluahkan rasa kecewa apabila dihalau keluar oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ketika satu sesi taklimat di Dewan Perdana Felda petang ini.

Sanggam a/l Raju (gambar) yang juga peneroka dari Felda Sendayan dihalau keluar dewan selepas bangkit menanyakan soalan kepada Isa ketika sesi soal jawab dibuka.

"Saya tanya dia (Isa), Tan Sri, saya bukan menghalang penyenaraian ke bursa saham ini, tetapi saya nakkan satu jaminan daripada Suruhanjaya Koperasi atau Koperasi Permodalan Felda tentang aset itu semua.

"Dia jelaskan dengan saya, jaminan daripada kerajaan, tak percaya dengan PM (Perdana Menteri) ke, PM jamin," kata Sanggam.

"Saya kata hari ini PM boleh jamin la sebab dia perdana menteri, tapi besok bila dia dah tak jadi perdana menteri nanti jadi dolak dalih.

"Lepastu dia (Isa) kata, kamu tak percaya PM kamu keluar dewan," ceritanya lagi ketika ditemui di luar dewan.

Difahamkan taklimat hari ini dibuat sebagai menggantikan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas yang sepatutnya diadakan tetapi dibatalkan.

Ia kerana mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan melarang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dibincangkan.

"Kemudian saya kata pada dia, saya ini sudah 50 tahun dalam felda, kamu (Isa) ini cap jari pun belum kering baru setahun lebih, patutnya kamu yang keluar dewan," katanya sambil menambah beliau kemudian bertindak keluar dari dewan itu.

Menurutnya, suasana ketika itu bertukar kecoh apabila ada peneroka turut marah kepada Isa.

Beberapa orang lain juga katanya turut bertindak keluar dewan bersamanya kerana tidak berpuas hati dengan sikap Isa itu.

Selain menuntut soal jaminan terhadap aset mereka, Sanggam dalam soalannya juga turut mempersoal tawaran bayaran durian runtuh yang dijanjikan kepada peneroka sekiranya FGVH disenaraikan kelak.

Beliau mempersoal tawaran itu yang disifatkannya tidak kekal lama berbanding aset tanah yang bakal dicagarkan.

Tambahnya lagi, pada sesi yang dikatakan 'taklimat' itu, Isa mengambil kesempatan itu memburuk-burukkan pakatan pembangkang.

Sebelum ini, Isa pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan kata-kata menghina Ketua peneroka Felda, Shamsuddin Othman yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu.

Antara lain Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Sam dihambur oleh Isa dengan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia".

Kata-kata penghinaan itu didakwa dinyatakan Isa ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian FGVH di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November tahun lalu.
-HD




Ku Li Bidas Kenyataan Najib: 'Buat Malu Sahaja Kata Kelantan Termiskin'

Posted: 22 Feb 2012 05:26 AM PST

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

"Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak.

"Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut.

Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.

"Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain.

"Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Sebelum ini, beberapa pihak turut menyelar kenyataan perdana menteri itu.

Ianya termasuk Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendakwa kenyataan Najib itu hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Abu Hassan berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Perangai UMNO: Depan Rakyat Maki Israel, Belakang Rakyat Cium Bontot Israel

Posted: 22 Feb 2012 03:45 AM PST

Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja. -HD

Mahathir Terlupa UMNO Berbai'ah Di Perhimpunan Yang Lalu

Posted: 22 Feb 2012 01:55 AM PST

Tak perlu bai'ah, kata Tun Mahathir

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. -SH

Hadi: Calon PAS pada pilihan raya wajib berbai'ah

Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata presiden parti parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya
.- Bernama


Ulasan GB

Kerana nak hentam PAS, Mahathir terlupa bahawa ahli-ahli UMNO di dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 telah melakukan bai'ah - sesuatu amalan yang dilihat oleh banyak pihak, meniru kaedah PAS.


Perwakilan Umno Sumpah Bai'ah Taat Setia


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.
-mstar 3/12/2011




Perjuangan Perkauman: Dr. Asri Bidas Panjang Hujjah Harussani

Posted: 21 Feb 2012 11:54 PM PST

Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?

Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman?

Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan 'jihad perkauman' yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah?

Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?

Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.

Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.

Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi SAW:
"Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal 'I have a dream' menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character".

Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan sosial yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.

Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah: (maksudnya) "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.

Tiada kaum yang boleh menganggap mereka 'lebih tuan' dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi: "Para pemimpin dari Quraish" (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.

Dalam masa yang sama Nabi bersabda:"Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim).

Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.

Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.

Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam).

Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali 'Imran ayat 103).

Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.

Menolong Kaum Dalam Islam

Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga.

Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) "Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)

Nabi juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi: "Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang 'asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.

Sabda Nabi: "Sesiapa yang berperang di bawah rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada 'asabiyyah atau marah kerana 'asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah". (Muslim).

Rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu 'asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi 'asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan 'asabiyyah.

Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy'ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.

Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam. -Mohd Asri Zainul Abidin

Harussani: Nabi anjur pertahan Raja, kaum

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.
-mk


Kes Simbah Asid Di Marang: Janda 24 Thn Terkilan Jika Beliau Jadi Penyebabnya

Posted: 21 Feb 2012 10:07 PM PST

Marang: "Saya kesal kalau benar saya yang menjadi punca mereka bergaduh," kata janda berusia 24 tahun yang enggan dikenali dari Kampung Serating, Merchang, di sini, yang terkilan kerana dikatakan penyebab kejadian simbah asid di kampung terbabit, pagi Ahad lalu.

Bagi mengelak prasangka buruk terhadapnya, ibu kepada dua anak itu menjelaskan salah seorang suspek dan mangsa adalah bekas teman lelakinya dari kampung sama.

Menurutnya, mereka bersengketa apabila mengetahui seorang daripada mangsa iaitu Sharul Zaman Salim, 38, cuba melamarnya beberapa minggu lalu.

"Memang dia (Sharul Zaman) melamar saya minggu lalu, tetapi saya menolak kerana beranggapan mereka hanya sebagai kawan saja.

"Kejadian itu juga menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada saya selain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja sebagai pembantu kedai makan dan sangat terkilan seandainya betul kejadian itu ada kaitan dengan saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, susulan tangkapan terhadap dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun yang dipercayai terbabit mencederakan dua mangsa dalam kejadian di Kampung Padang, Merchang, di sini, Ahad lalu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

"Lelaki terbabit seorang buruh binaan dari Kampung Padang, Merchang ditahan di premis mencuci kereta di kampung berkenaan kira-kira jam 4.30 petang semalam (kelmarin) dan penahanan terhadap lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan yang kini hampir selesai," katanya. -HM

Mangsa simbah asid dibedah esok

MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.


KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.

Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.

"Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur," tambahnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang. -kosmo


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Nik Aziz Tempelak UMNO Tergamak Jalinkan Hubungan Dagang Dengan Israel

Posted: 21 Feb 2012 07:51 PM PST

Nik Aziz: Beza atau tak, PAS tetap tak iktiraf Israel

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.

Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.

Nik Aziz sebaliknya mengambil peluang menempelak "pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi" tetapi tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis!" katanya merujuk dakwaan kapal Israel dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang.


NGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.

Bagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat. -mk

Ulasan GB

Dimanakah suara-suara kumpulan agamawan di dalam UMNO seperti Menteri Agama dan para mufti?

Dimanakah suara jaguh-jaguh UMNO yang sebelum ini mengkritik Anwar Ibrahim ekoran kenyataannya di Wall Street Journal?

Laporan sebelum ini
klik untuk baca





No comments: