Kelab Greenboc |
- Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat: Pendaftar RoS Perlu Didakwa Di Mahkamah
- Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi
- [EKSKLUSIF] "Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun
- [KERJA BODOH] Kereta Presiden NGO R Disimbah Cat Merah
- Bekas YDP Selayang Dipenjara 3 Tahun & Denda RM132,500
- Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.
- Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar!
Lengahkan Pendaftaran Pakatan Rakyat: Pendaftar RoS Perlu Didakwa Di Mahkamah Posted: 03 Jan 2013 05:13 PM PST Status Pakatan: RoS diam diri, dakwa Saifuddin Meskipun tempoh yang ada sebelum Dewan Rakyat dibubarkan sudah begitu hampir, Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun membuat permohonan mendaftarkan gabungan itu sebagai sebuah entiti yang sah masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS). Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, sehingga ke saat ini, usaha permohonan gabungan itu belum menampakkan hasil. "Kita sudah masukkan pendaftaran baru di mana Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar. "(Tetapi) sampai saat ini, kita tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas," ujar beliau pada sidang mingguan PKR, di sini, hari ini. Meskipun begitu, katanya, Pakatan tidak akan mengambil langkah untuk menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya. "Pakatan Rakyat tidak akan ambil tindakan untuk menekan. "Dalam hal ini, agensi kerajaan yang bertanggungjawab yang mengambil sikap diam diri. Apa yang penting, hasrat kita telah dilaksanakan," ujar Saifuddin lagi. Sebelum ini, RoS telah menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari PR. Saifuddin sebelum ini dipetik sebagai berkata, perkara membabitkan pendaftaran berkenaan telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan dibuat oleh Jawatankuasa Penaja baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti, maka permohonan baru akan dikemukakan. "Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang," ujar beliau. Ulasan GB Melambat-lambatkan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah strategi jahat yang digunakan oleh RoS supaya Pakatan Rakyat tidak dapat menggunakan nama parti itu untuk bertanding di dalam pilihanraya. Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya. ROS, salah satu agensi yang diperalatkan selain dari SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang. Pakatan Rakyat PERLU mengheret RoS ke muka pengadilan dan pihak pendaftar RoS perlu dihukum oleh mahkamah kerana strategi jahatnya itu yang bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih. |
Papagomo Mana Lu Mau Lari, Mahkamah Keluar Sapina Ke Atas Zahid Hamidi Posted: 03 Jan 2013 03:59 PM PST Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini. Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo. "Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily. Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya. Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif. Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif. Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina. Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis; "Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan cerdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni." Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China. Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian. Ulasan GB GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta. klik untuk baca |
[EKSKLUSIF] "Aku Tak Halalkan Duit Pampasan Itu" - Mangsa Buruh Paksa Jepun Posted: 03 Jan 2013 06:40 AM PST SSekretariat "Jejak" buruh paksa landasan maut akan pergi ke kedutaan Jepun untuk mendapat maklumat dan penjelasan kenapa wang RM207 bilion tidak sampai ke tangan mangsa buruh paksa,landasan keretapi maut. Sedangkan negara sperti Indonesia dan Vietnam sudah membayarnya. Menurut DS Nizar pada 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. Ini bermakna, wang RM207 bilion yang sepatutnya diberikan kepada 30,000 mangsa buruh paksa ini telah diterima kerajaan sebelum tarikh 13 Disember 2004 lagi, iaitu kira-kira 10 tahun lalu. 30,000 rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan itu. Sejumlah 60% daripada mereka itu adalah orang Melayu, 20% orang India, dan 15% orang Cina. Selebihnya 5% itu adalah kaum lain". RM207 bilion wang pampasan buruh paksa lesap? |
[KERJA BODOH] Kereta Presiden NGO R Disimbah Cat Merah Posted: 03 Jan 2013 04:22 AM PST Kota Bharu - Dua kereta milik Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (NGO R), Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah dalam kejadian di Nilam Puri pagi tadi. Akibat kejadian itu, Nazri menanggung kerugian lebih RM 3,000. Nazri mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan pihak yang iri hati terhadap perjuangan beliau yang menuntut bayaran royalti minyak ke atas rakyat Kelantan daripada Kerajaan Pusat. Ekoran kejadian itu, beliau akan membuat laporan polis. -SH Rumah, kenderaan Presiden R disimbah cat. Ulasan GB Kerja golongan yang tak bertamaddun. Mereka menyangkakan dengan berbuat demikian orang akan takut. Todak samasekali malah kita akan terus berharap kepada Allah swt untuk pastikan mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat itu akan menerima balasanNya. ,br> |
Bekas YDP Selayang Dipenjara 3 Tahun & Denda RM132,500 Posted: 03 Jan 2013 01:56 AM PST Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri. Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500. Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang. Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama Ulasan GB Alhamdulillah, Allah memakbulkan lagi doa GB. Sebelum ini di SINI, GB telah buat ulasan: Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung. Kita harap lebih ramai lagi nanti yang jahat-jahat dalam UMNO BN ini ditangkap dan dipenjarakan termasuk menteri-menterinya. |
Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO. Posted: 02 Jan 2013 11:34 PM PST Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?. "Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu". Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri. Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. "Hebat Haji Hadi" ujarnya dengan bangga. Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi. Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS! Oleh ~ Rossem Sem. |
Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar! Posted: 02 Jan 2013 09:03 PM PST MMenteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung kes perbicaraan saman terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkaitan isu nombor plat kereta WWW1 berharga RM520 ribu milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Nizar yang ditemani dua orang peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni tiba kira-kira jam 10. 10 pagi tadi dan menyambung keterangannya jam 2.30 petang tadi. Ahli parlimen Bukit Gantang itu turut ditemani Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri. Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh Nizar. Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan. Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas stesen televisyen itu dan produsernya, Rohani Ngah. Ashraf sebelum ini berkhidmat di The New Straits Times Press Berhad (NSTP) sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London. Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat. Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya. -jalanpulang |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment