SEARCH

Wednesday, January 2, 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[HARI INI] Kes Nizar Saman TV3: Nizar Beri Keterangan Pagi Ini

Posted: 01 Jan 2013 05:15 PM PST

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini, Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang itu merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu.

Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.

Beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.

Nombor pendaftaran WWW1 berjaya dibida Sultan Johor.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Utusan sudahpun didapati bersalah memfitnah Nizar dan telah diperintah membayar gantiirugi kepada bekas MB Perak tersebut.

Sila baca:

[EDISI TERDESAK] UMNO Mainkan Politik Perkauman & Ugama Fitnah ADUN Sekincan

Posted: 01 Jan 2013 03:52 PM PST


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) ini yang sudah dimenanginya selama dua penggal sejak 2004.

Ujar beliau, sebaran risalah dan fitnah yang disebar mendakwa Suee Lim akan 'lari' ke DUN lain adalah strategi terdesak pihak BN yang cuba mengaburi mata rakyat dengan membohongi masyarakat dengan fakta yang tidak berasas.

Pagi ini, masyarakat di Kawasan Perumahan Taman Ria Sekinchan dikejutkan dengan taburan risalah lapan muka surat yang bertajuk 'Dosa-dosa Ng Swee Lim' bagi memburukkan imej Adun Sekinchan itu.

Risalah berbahasa Melayu itu diletakkan di setiap rumah yang dipercayai disebarkan pada waktu malam tahun baru 2013 yang juga dipercayai disebarkan di kawasan lain di DUN Sekinchan.

Ia mengutarakan sembilan isu yang menyerang keperibadian Suee Lim dengan cuba menyalahkan pengundi kerana memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lepas.

"Ia adalah provokasi BN untuk mengelirukan rakyat.

"Dalam tahun baru ini mereka (BN) hilang pedoman di DUN Sekinchan dan Parlimen Sungai Besar serta seluruh Sabak Bernam," kata Suee Lim ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau, kekuatan Pakatan Rakyat (PR) semakin terserlah di Parlimen Sungai Besar, Parlimen Sabak Bernam dan juga Parlimen Tanjong Karang.

"Rakyat semakin hari mempercayai Pakatan Rakyat dan merasai kebahagiaan kepada PR dengan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.

Katanya beliau akan jika dipilih akan terus melakukan kesinambungan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Suee Lim ketika menjawab tuduhan dalam risalah fitnah berkenaan isu Billboard tertera wajah Suee Lim itu adalah disebabkan BN cemburu dengan kejayaan beliau mempromosikan Sekinchan sebagai kawasan pelancongan baru di Selangor.

"Saya hanya mempromosikan DUN Sekinchan sebagai satu destinasi eko-pelancongan.

"Dan rakyat di Sekinchan sudah mengetahui pelancongan di sini telah berkembang dengan pesat dengan ramai pelancong daripada luar negeri datang ke Sekinchan untuk melawat keunikannya seperti bendang padi, perikanan dan industri kecil sederhana.

"Potensi DUN Sekinchan dicungkilkan dengan mengadakan billboard yang besar dan akhirnya kejayaan ini mereka (BN) iri hati dengan kejayaan ini dan mereka menyerang saya dengan isu billboard ini," ujarnya.

Ulasan GB

Budaya samseng, mencarut, memaki, politik perkauman, fitnah... tu semua dah menjadi talian hayat terakhir golongan UMNO BN.

Bukankah itu petanda jelas UMNO BN sudah berada benar-benar di penghujung usianya?

[GEMPAR] Budak 13 Tahun Ditangkap Cuba Rogol Wanita Di Tandas Pam Minyak

Posted: 01 Jan 2013 06:37 AM PST


Di dalam satu kejadian yang agak memeranjatkan seorang budak remaja berusia 13 tahun telah ditangkap kerana cuba merogol seorang perempuan di dalam sebuah bilik air wanita di stesyen pam minyak SHELL Jalan Munsyi Abdullah Melaka.

Perempuan tersebut, Oon Chen berkata, ketika beliau masuk ke bilik air berkenaan, seorang budak berusia dalam lingkungan 13 tahun tiba-tiba menerjah masuk dan menutup mulutnya serta cuba mencabulnya.

Mangsa menjerit meminta pertolongan dengan harapan ada yang terdengar, disamping meronta-ronta untuk melepaskan diri dari budak tersebut.

Mangsa berkata, 'dalamasa melawan hendak melepaskan diri, saya berjaya menggigit jarinya, dan setelah itu, saya terdengar ada seseorang datang ke bilik air.

Pembantu jualan dari stesyen Shell kemudiannya datang membantu, dan budak itu di dalam bilik air tersebut sebelum beliau membuat panggilan polis.

Polis berjaya menahan budak tersebut seperti foto di atas.

sumber Ulasan GB

Moral of the story, terutama kepada kaum wanita, jangan pandang budak berusia belasan tahun kecik anak, dizaman ini, bukan saja orang dewasa, budak belasan tahun pun sudah membawa "iblis" di dalam tubuh badannya.

Berwaspadalah!

[VIDEO] Empangan Paya Peda Besut Pecah, Siapa Bertanggungjawab Bayar Kerugian Penduduk?

Posted: 01 Jan 2013 03:12 AM PST


Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.

Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.

Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan 'Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah'. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.

Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).

Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato' Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.

Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan). Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.

Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ;

Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan

1 Dato' Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2 Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3 Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di
4 Antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5 Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mendesak :

1 Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.

2 Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.

Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Seorang Penduduk Dakwa Kena Tipu RM3,000 Untuk Dapatkan Rumah PPRT

Posted: 01 Jan 2013 12:36 AM PST

Seorang pemilik rumah PPRT merasakan dirinya ditipu apabila diminta menyerahkan RM3000 kepada pihak tertentu bagi pembinaan rumahnya dibawah skim PPRT.

Kisahnnya bermula apabila rumahnya mengalami kebakaran, oleh sebab itu Ketua Menteri Melaka yang juga Adun Bukit Baru memutuskan rumah PPRT akan dibina untuknya.

Pada hari berlakunya kebakaran beliau mendapat derma orang ramai termasuk wakil rakyat dan sebagainya. Tetapi ada seorang pegawai mengakui wakil dari pihak kontraktor datang meminta sebanyak RM3000 untuk membina rumah tersebut.

Beliau telah menyerahkan wang sebanyak RM3000 tersebut.

"Setelah lama memikirkan saya berasa seolah-olah ditipu" ujar Zalina Mohd yang menetap di 554-4 Kg. Bukit Baru Dalam, Bukit Baru yang datang membuat aduan.

Satu perkara aneh terlah berlaku apabila pemilik rumah PPRT diminta oleh pihak tertentu tersebut. Apakah wujud penyelewengan dalam kes ini? Sepatutnya golongan susah dibantu bukan ditipu dan dibebani lagi sehingga menyusahkan mereka.

Ketua Menteri yang juga Adun Bukit Baru perlu turun padang menyiasat sendiri kes-kes penipuan seperti ini. -yusofwahab

[EDISI TERDESAK] Sang Pencacai Kata Ust Azhar Idrus Penyokong UMNO!

Posted: 31 Dec 2012 11:15 PM PST


Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN.

Sanggup tempelkan gambar kehadiran rakyat malam tadi di Dataran Merdeka Shah Alam anjuran kerajaan negeri PKR/PR Selangor dibawah pimpinan Datuk Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, sempena ambang tahun baru 2013.

FITNAH DAN TIPU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN UMNO... -omakkau

[VIDEO & GAMBAR] "Takbir" Sambut Kemeriahan Countdown 2013 - Islam PASTI Menang!

Posted: 31 Dec 2012 09:08 PM PST


Kemeriahan dan sambutan orang ramai lebih 100,000 orang pada malam tahun baru malam tadi di Dataran Shah Alam.

Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam

SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah. -HD











[BERGAMBAR] 30,000 Hadir Ceramah Fathul Bari

Posted: 31 Dec 2012 06:38 PM PST


Begitu menggemparkan malaysia bilamana ulama muda umno yang mengadakan ceramah umum di Bandar Tun Razak telah di hadiri hampir 30 ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk hadir sambil mendengar alunan suara merdu ulama muda umno ini.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, kehadiran Fathulbari yang juga di kenali sebagai ulama tersohor mengkawarijkan Yusuf Al Qaradawi telah di sambut dengan sambutan yang sangat luar biasa, ternyata ulama muda umno ini memiliki karisma yang unik sehingga mampu menarik hampir 30 ribu orang yang hadir.

Setelah kami berfikir sebentar mendengar komen saksi yang hadir itu, kami terfikir sesuatu. Begitu ramai yang hadir jika beginilah keadaannya, pasti Pakatan Rakyat bakal tumbang di Bandar Tun Razak. -tiewnama/erapasca


No comments: