Kelab Greenboc |
- [LIVE] Sambutan Ambang 2013 Di Dataran Shah Alam
- 2012 - Tahun Pendedahan Skandal & Salah Tadbir BN
- Banglo Milik Zuhasnan & Jamaluddin Jarjis Mungkin Dirobohkan
- Wang Hantaran Mahal Punca Perkahwinan Gagal
- Selangor Cemerlang Dibawah Pakatan Rakyat, UMNO BN Cemburu & Sakit Hati
- Selangor Akan Halang Perjanjian Tanah LTAT, Siasat Segera Siapa Arah Beli Syarikat Deepak
[LIVE] Sambutan Ambang 2013 Di Dataran Shah Alam Posted: 31 Dec 2012 05:12 PM PST |
2012 - Tahun Pendedahan Skandal & Salah Tadbir BN Posted: 31 Dec 2012 04:33 PM PST Terlalu banyak skandal UMNO BN terdedah di dalam tahun 2012. Berikut ialah sorotan dari Keadilandaily terhadap sebahagian daripada skandal-skandal tersbut. Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) - Ibu segala skandal melibatkan dana sejumlah RM250 juta. - Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil didakwa mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada syarikat suaminya. - Perdana Menteri Najib Razak pada 2007, ketika projek NFC diluluskan adalah Pengerusi Projek Impak Tinggi Negara. Timbalannya, Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan dana kepada NFC. - Projek NFC hanya menternak sejumlah 8,016 ekor lembu dalam tempoh 2008 – 2010. Sepatutnya projek itu menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun. - Sebahagian besar dana didakwa dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, percutian dan mendanai perniagaan keluarga Shahrizat di Singapura. Demonstrasi Lynas, Kuantan - Kumpulan anti kilang radioaktif Lynas membentuk NGO Himpunan Hijau. - Pada februari 2012 demonstrasi di beberapa buah Bandar utama dilakukan. - Demonstrasi terbesar di Kuantan, mengumpul 20,000 peserta. Manakala himpunan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 3,000 peserta. - Perjuangan menolak kilang nadir bumi melibatkan pemfailan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mahkamah menolak semua kes. - Kerajaan memberi kelulusan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas dan pada November 2012, loji Lynas menerima bahan mentah untuk diproses biar pun rakyat Malaysia menentang keras. Demonstrasi Bersih 3.0 - Dianjur pada 28 April 2012. - Menggesa 8 tuntutan dipenuhi agar pilihan raya ke 13 berlangsung dalam suasana bersih dan adil. - Mengumpul 300,000 peserta di pinggir Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah. Ia dicemari dengan keganasan berleluasa polis pada sebelah petang ketika menyuraikan peserta demonstrasi. Skandal Scorpene - Skandal pembelian Scorpene lanjutan dari pendedahan tahun 2008. Skandal terbongkar meluas melalui siasatan oleh hakim penyiasat Perancis Roger Le Loire. Najib adalah Menteri Pertahanan pada 2002 ketika Scorpene dibeli. - Pada Mei 2012 Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan beberapa dokumen yang diperolehi dari peguam William Bourdon and Joseph Breham yang dilantik NGO itu untuk membuka kes rasuah pembeliankapal selam di antara syarikat Perancis DCNS dan syarikat kroni Najib, Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda. - Sejumlah dokumen ditemui pendakwa awam Perancis mengesahkan Menteri Pertahanan ketika itu, Najib meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) daripada DCNS (anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN) untuk Perimekar. - Turut didedahkan Dokumen 87, Dokumen 97 dan Dokumen 136 yang mendedahkan mengenai urusan pemberian komisyen. Didedahkan Umno adalah penerima terbesar komisyen. Skandal penyenaraian FGVH - Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad dibongkar oleh pengerusi Anak Mazlan Aliman pada April 2012. - Penyenaraian didakwa melibatkan penggadaian 360,000 hektar tanah milik Felda seperti Felda Plantation dan tanah peneroka dicagar selama 99 tahun. - FGVH tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk mencagarkan tanah tersebut sebagai modal saham. Tanah di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) adalah milik kerajaan negeri. - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia disalahguna dalam usaha meneruskan penyenaraian pada Jun 2012. Tanpa persetujuan pemilik tanah suruhanjaya sepatutnya menolak penyenaraian FGVH. Skandal AES - Skandal didedahkan pada Oktober 2012 . - Melibatkan dakwaan pemberian tender mengoperasikan sistem AES kepada syarikat kroni Beta Tegap Sdn Bhd. - Pemegang saham terbesar syarikat tersebut ialah To'Puan Rozana Redzuan anak bekas Ketua Bahagian Umno parit Sulong, manakala kedua terbesar Andreas Teoh yang didakwa rapat dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek. - Sementara Ates Sdn Bhd pula didakwa dimiliki oleh kroni Najib, Tan Sri Azman Yahya. Skandal Musa Aman - Skandal paling memalukan Musa Aman adalah penangkapan adik angkatnya Micheal Chia di lapangan terbang Hong Kong pada 2008 ketika membawa pulang wang RM40 juta ke Malaysia. - Dalam soal siasat ICAC Hong Kong, Chia mengakui wang tersebut milik Musa. - Wang RM40 juta itu diakui untuk disumbangkan kepada Umno Sabah. Bagaimanapun pemimpin kanan Umno Sabah seperti Lajim Ukin tidak tahu mengenainya. - Skandal turut melibatkan Menteri Undang-undang Nazri Aziz. Beliau mempertahankan 'sumbangan politik' Musa. - Siri pendedahan seterusnya berjaya mengesan kenderaan mewah yang digunakan Nedim, anak Nazri. Iaitu, jenis Hummer bernombor pendaftaran WNX 9776 didakwa didaftar atas nama Michael Chia (Chia Tein Foh). Skandal akuan bersumpah - Deepak menutup tahun penuh skandal BN dengan kejutan dramatik pada November 2012. Beliau mendedahkan mata rantai yang hilang (missing link) dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan misteri kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam. - Deepak mendedahkan hubungannya dengan Rosmah dan pertolongan perniagaan yang diperolehi dari keluarga Najib. - Keluarga Najib didedah terlibat secara langsung dalam menarik balik akuan bersumpah Bala. - Menurut Deepak sekiranya akuan tidak ditarik maka seseorang akan mendedahkan siapa memberi arahan membunuh Altantuya. - Deepak mengatur pertemuan antara adik Najib, Nazim dan Bala. Beliau mendakwa Nazim membayar Bala sejumlah wang daripada RM5 juta yang dijanjikan untuk membuat akuan kedua yang menafikan akuan pertama. -KD |
Banglo Milik Zuhasnan & Jamaluddin Jarjis Mungkin Dirobohkan Posted: 31 Dec 2012 04:57 AM PST Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran. Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut. "Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini. Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit. "Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya. Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad. "Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya. Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama |
Wang Hantaran Mahal Punca Perkahwinan Gagal Posted: 31 Dec 2012 03:25 AM PST Ramai pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata. Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri. "Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak. "Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang," ujar beliau. Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak. "Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar. "Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu," jelas Hushim. Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit. "Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta.Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci. "Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai. "Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri. "Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai," akhiri beliau. -SH Ulasan GB GB pernah ulas satu ketika: Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu. klik untuk baca ![]() |
Selangor Cemerlang Dibawah Pakatan Rakyat, UMNO BN Cemburu & Sakit Hati Posted: 31 Dec 2012 12:21 AM PST Tatkala tirai 2012 hampir dilabuhkan, Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan kemampuan mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya dengan pelbagai kejayaan membanggakan di sepanjang memerintah. Antara pencapaian yang dianggap sebagai mercu tanda kejayaan negeri PR pada 2012 termasuklah pengkiktirafan Ketua Audit Negara yang dikepalai Tan Sri Ambrin Buang terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lalu, jelas membuktikan pengurusan kewangan di negeri PR jauh lebih baik meninggalkan negeri ditadbir Umno-BN. Antara yang mendapat pujian dalam laporan LKAN, kutipan yang diperoleh Kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Negeri Selangor turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat kali pertama, rizab Kerajaan Negeri itu mencecah lebih RM2.5 bilion. Selain itu, sambutan rakyat Selangor terhadap pelbagai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri juga semakin dicemburui Umno-BN. Sehingga 30 September 2012, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM766,913,379 bagi menjayakan 16 program bantuan atau skim bantuan untuk rakyat Selangor sejak program tersebut dilancarkan. Dalam tempoh sama, seramai 166,441 rakyat Selangor dan 1,303,601 isi rumah menerima pelbagai manfaat dari program-program tersebut. Antara program yang diperkenalkan, Pemberian Air Percuma, Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Tuisyen Rakyat, Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan lain-lain. Umno-BN Melawan Dengan Fitnah Maka, tidaklah menghairankan apabila Umno-BN semakin menggila menyerang dengan memfitnah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tampuk pentadbiran negeri terkaya itu kembali ke pangkuan mereka. Antara tindakan luar kewarasan yang diambil Umno-BN termasuklah projek pembikinan iklan fiksyen 'krisis air Selangor' yang diadakan di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada 24 September lalu. Bagaimanapun tembelang politik tidak bermoral ini terburai juga setelah beberapa media termasuk TV Selangor sendiri berjaya menghidu kegiatan tersebut. Ketika di lokasi penggambaran, TV Selangor sempat diberitahu oleh beberapa pelakon bahawa mereka dibayar RM50 untuk menjayakan beberapa adengan yang menggambarkan 'krisis air Selangor'. Penggambaran tersebut juga tampak lucu apabila lori tangki yang kononnya membekalkan air kepada 'mangsa krisis air' itu bukan sahaja tidak membawa hatta setitik air, malah 'mangsa-mangsa' itu sendiri mengambil air paip sebelum diisi ke dalam baldi-baldi yang dibawa sebagai prop penggambaran. Penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut juga memberitahu kediaman mereka tidak pernah mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang mahu digambarkan dalam filem fiksyen itu. Manakala pada Oktober lalu, penduduk Taman Medan Cahaya turut menjadi mangsa politik kotor Umno-BN apabila mereka diperalat untuk menyertai demontrasi menuntut 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam dan penduduk Blok H, pangsapuri terbababit, A Ramlee Yahaya, memberitahu pangsapuri terlibat sudah menerima bekalan air percuma sejak 2011 lagi. Selain itu, Mohamad Fuad turut memberitahu sebelum demontrasi diadakan, persatuannya dimaklumkan penganjur demontrasi, tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk. Politik Ganas Berleluasa Oleh kerana tekanan memuncak untuk kembali berkuasa di negeri PR dan mengekalkan kuasa di Putrajaya, Umno-BN berterusan menggila dengan bertindak ganas bagi menghalang kemaraan PR. Beberapa insiden ganas melibatkan serangan penyokong Umno-BN terhadap penyokong PR di tapak ceramah samada di Selangor mahupun di negeri-negeri lain turut menjadi antara topik hangat diperkatakan di sepanjang 2012. Terbaru, dalam kejadian di Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dan pengsan selepas dipukul dengan sebatang kayu tajam oleh penyokong Umno-BN dalam Konvoi Kembara Oren pada 23 Disember baru-baru ini. Manakala, dua penyokong PR turut mengalami kecederaan akibat diserang dengan satu senjata tajam oleh penyokong Umno-BN dalam ceramah PR di Gombak pada 4 Disember lalu. Insiden keganasan Umno-BN lain yang paling diperkatakan di sepanjang 2012, siri serangan terhadap konvoi 'Jelajah Merdeka Rakyat' termasuk bas 'Merdeka Rakyat' yang dinaiki Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih malang lagi, polis sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentangani isu keganasan politik ini sekaligus menjadikan ia berlarutan. Gadai Tanah Rizab Melayu Selain bertindak ganas terhadap penyokong parti lawan, Umno-BN juga tidak segan silu memainkan isu perkauman bagi menakutan pengundi Melayu yang kononnya bakal kehilangan kuasa politik mereka. Bagaimanapun malang bagi Umno-BN, usaha-usaha mereka tidaklah mendatangkan kesan maksimum seperti yang mereka harapkan apabila tindakan ganas itu turut dicemuh masyarakat umum. Selain itu, tindakan 'patriotik' Umno-BN itu juga disia-siakan dengan pembongkaran tindakan khianat parti tua itu menjual tanah milik Kerajaan Negeri dan tanah rizab Melayu sendiri. Di Selangor sahaja, dari 1999 hingga 2008, dianggarkan tidak kurang 24 Lot tanah milik Kerajaan Negeri dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, yang diperolehi Umno-BN ketika era pentadbiran Umno-BN dijual pada harga rendah atau bertukar tangan kepada pihak ke-tiga. Umno-BN juga bijak mengaut keuntungan mudah dengan menyelitkan kepentingan mereka dalam setiap urusniaga penjualan tanah tersebut kepada pihak ke-tiga. Oleh demikian, rakyat Selangor harus bijak membuat pilihan dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada 2013 nanti. Jika dinilai dari segi prestasi, ia bukanlah suatu pilihan sukar buat rakyat Selangor kerana rekod lebih empat tahun prestasi pentadbiran PR Selangor dan rekod pentadbiran 55 tahun Umno-BN menceritakan segalanya. |
Selangor Akan Halang Perjanjian Tanah LTAT, Siasat Segera Siapa Arah Beli Syarikat Deepak Posted: 30 Dec 2012 10:16 PM PST Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan akan mencuba sedaya upaya untuk menghalang rancangan Putrajaya membeli bidang tanah di Bukit Raja yang didakwa ada kaitan dengan penyalahgunaan kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti didakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid, Faekah Husin berkata negeri itu telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Galian Selangor untuk meneliti perjanjian tersebut bagi menyiasat sama ada berlakunya pelanggaran peraturan. "Kami tidak teragak-agak untuk menghalang mereka. "Kerajaan negeri berpendapat transaksi itu adalah serius melibatkan penggunaan dana awam daripada dana pencen angkatan tentera," katanya dalam satu kenyataan. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), melalui unit pelaburannya Bousted Holdings Berhad, Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk memiliki 200 ekar tanah daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah. Selain itu, dana itu turut digunakan untuk membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd pada harga RM 30 juta, yang mana dakwa pembangkang sebagai "rasuah" dan tindakan untuk menutup mulut peniaga karpet itu daripada terus mendedahkan penyelewengan kerajaan. Pada hari yang sama, Deepak turut menarik balik saman yang dikenakannya terhadap Putrajaya atas kesalahan pelanggaran perjanjian terhadap tanah di Bukit Raja. Faekah hari ini mendedahkan penyiasatan awal pihaknya mendapati tanah itu telah pun diserahkan kepada Suruhanjaya Tanah Negara untuk digunakan bagi membina pangkalan tentera. Beliau berkata ianya amat mencurigakan bagaimana tanah yang itu dikomersialkan sedangkan ia telah digazetkan sebagai tanah tentera, dan merasakan ia hanya boleh dilakukan melalui campur tangan pegawai tinggi dalam kerajaan. "Kerajaan negeri juga akan menyiasat jika tanah itu kemudiannya ditransaksikan kepada Raja Ropiah pada RM7 sekaki persegi atau RM72 juta dan dakwaan beliau telah menjual sebahagian tanah itu kepada syarikat lain pada harga RM16 sekaki persegi untuk mendapatkan keuntungan mudah. "Kami akan meneliti kesemua dokumen, satu persatu," katanya. Deepak sebelum ini memfailkan saman terhadap Awan Megah terhadap pelanggaran perjanjian jual beli ke atas tanah 200 ekar tersebut, dan menamakan firma tersebut, Kementerian Pertahanan, unit hartanah kerajaan Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam samannya. Astacanggih Sdn Bhd bersetuju untuk membeli tiga bahagian tanah itu pada 2007 untuk RM13 juta dan RM72 juta jaminan bank untuk bon tanah daripada Raja Ropiah, yang diberikan RM100 juta perjanjian penswastaan untuk membangunkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). Tanah itu sepatutnya diletakkan di bawah syarikat bertujuan khas Cebur Megah kerana kerajaan tidak membenarkan tanah yang diswastakan dijual kepada pemenang. Tanah masih lagi dalam tangan kerajaan kerana projek itu akan dilaksanakan. Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah pada RM2 juta tubai dan RM16 juta fasiliti overdraf dalam "kerjasama" dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus kepada barangan plastik. -TMI Siasat siapa paksa LTAT beli syarikat Deepak |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment