Kelab Greenboc |
- UMNO Dulu Kini Dan Selamanya Parti RASUAH
- [EDISI TELOR PECAH] Najib & UMNO Tiru PAP Singapura Lafaz Ikrar Setia Kepada Parti!
- "Kami Mahu Jenain Datang Bersemuka Dengan ibu" - Kakak Aminulrasyid
- [VIDEO] Najib Panggil Naib-naib Presiden UMNO "Tiga Ekor" Yang Patuh
- Insiden Felda Selasih; Biar Rakyat Menilai Perangai Hodoh Pemimpin Umno
- [WASPADA] Bil Eletrik Naik 41% Jika BN Kekal Perintah Malaysia
- Allah Lebih Menyayanginya... Bekas OCPD Slim River Kembali Ke Rahmatullah
UMNO Dulu Kini Dan Selamanya Parti RASUAH Posted: 08 Dec 2012 05:11 PM PST .BARU-BARU ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor. Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor. Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit. Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu. Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat. Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka. Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu .. dulu.. kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa. Persoalan yang menarik di sini ialah; Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN? Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu? Sudah berapa ratus juta mereka 'meratah' wang daripada hak rakyat ini? Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor? 'Projek rembat tanah rakyat' UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing . Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu). Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan 'merasuah' MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak. Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah. Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahawan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini 'masyuk'? Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah. Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat. Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul. Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah. Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah! Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama 'merembat' hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN. - Roketkini. |
[EDISI TELOR PECAH] Najib & UMNO Tiru PAP Singapura Lafaz Ikrar Setia Kepada Parti! Posted: 08 Dec 2012 03:30 PM PST |
"Kami Mahu Jenain Datang Bersemuka Dengan ibu" - Kakak Aminulrasyid Posted: 08 Dec 2012 06:32 AM PST Shah Alam: "Kami mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu dan cerita mengapa dia tergamak buat begitu," luah Aisyah Amzah iaitu kakak kepada Aminulrasyid, 15, yang ditembak mati pada kejadian dua tahun lalu. Aisyah yang turut hadir bersama ibu, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya Norazura Amzah sayu mengenangkan kejadian malang itu lebih-lebih lagi apabila mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada hukuman penjara lima tahun berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Menurut Aisyah mereka sekeluarga sudah memaafkan Jenain dan redha dengan kejadian yang menimpa adiknya. Namun Aisyah menggesa agar Jenain bersemuka dan menemui ibunya untuk memohon maaf ke atas kejadian tersebut. Bagaimanapun, Norsiah yang ternyata sebak menceritakan kejadian dua tahun lalu itu berkata, sehingga kini Jenain tidak pernah menemuinya untuk membuat sebarang permohonan maaf. Malah beliau nyata terkilan kerana kematian anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. "Saya minta siasatan dibuka semula kerana keputusan yang dikeluarkan mengejutkan kami sekeluarga. Seolah-olah anak saya bersalah 100 peratus. Kesalahan hanya tiada lesen memandu tapi meninggal kerana tembakan. "Jenain juga tidak pernah datang kepada makcik untuk memohon maaf sehingga kini. Yang makcik tahu permohonan maaf itu dibuat melalui media sahaja. "Jika penghakiman kata dapat pengurangan kita boleh terima. Tapi tertuduh dilepaskan," katanya dengan nada terkilan sewaktu sidang media bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam. Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. |
[VIDEO] Najib Panggil Naib-naib Presiden UMNO "Tiga Ekor" Yang Patuh Posted: 08 Dec 2012 04:36 AM PST Heboh diperkatakan mengenai ucapan penggulungan presiden Umno, Najib yang memakan masa selama lebih dua setengah jam pada Sabtu lalu yang menggelar ketiga-tiga Naib Presiden parti reput itu menggunakan penjodoh bilangan yang salah sama ada disengajakan atau sebaliknya. Najib menggunakan bilangan "ekor" dan bukannya "orang" bagi menggantikan nama Zahid Hamidi, Shafie Apdal termasuk sepupunya sendiri Hishamuddin Hussein. Perwakilan yang hadir dalam perhimpunan itu seperti dijangka ketawa terbahak-bahak hingga ada yang menitiskan air mata kerana teramat lucu lawak jenaka yang dihidangkan kepada mereka. Bagaimanapun ada yang seakan tidak percaya melihat begini teruk hinaan yang dilakukan Najib walaupun mungkin niatnya sekadar lelucon semata-mata bagi meredakan keresahan perwakilan parti reput itu yang kini berada di ambang kehlilangan kekuasaan di Putrajaya. Ini bukan kali pertama Najib berucap dengan gaya tidak cerdik malah sehingga ke tahap memaki hamun apabila peneroka Felda yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat digelarnya sebagai 'haram jadah' (haram zadah dalam bahasa Arab bermaksud anak haram) 8 Mei lalu di Jerantut, Pahang. Jika beginilah kelakuan yang ditunjukkan seorang pemimpin yang kunun mengutamakan Islam sebagai teras perjuangannya, jangan salahkan rakyat yang menyaksikan video di bawah ini menyokong Pakatan Rakyat disebabkan kebodohan Najib sendiri! -jalanpulang |
Insiden Felda Selasih; Biar Rakyat Menilai Perangai Hodoh Pemimpin Umno Posted: 08 Dec 2012 02:14 AM PST Kuala Terengganu - Konvoi Kembara Oren - Selamatkan Felda, yang diadakan pada Jumaat 7 Disember (semalam) tidak menghadapi sebarang masalah setelah melalui tiga hentian; Felda Kerteh 2, Felda Jerangau dan Felda Bukit Bading Namun, perarakan aman kembara Oren yang telah mendapat kebenaran pihak polis, bertujuan menyampaikan maklumat kepada warga Felda telah di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Justeru sepanjang perjalanan Kembara Oren yang bermula jam 8 pagi dari Felda Ketengah Jaya itu mendapat kerjasama baik daripada pihak polis. Sebaliknya, Umno Felda Selasih, yang merasakan partinya terancam dan semakin kehilangan sokongan telah memperalatkan penduduk, majoriti 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, majoriti kelompok yang menghalang ketibaan Kembara Oren di Felda Selasih, adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun. "90% adalah adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut 'undur Isa Samad, bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....," "Budak-budak sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal,"ujar Mazlan. Mazlan mendakwa, Insiden di hadapan pintu masuk Felda Selasih adalah satu bukti Umno sebenarnya telah kehilangan sokongan dan terpaksa memperalatkan budak-buak sekolah. Katanya, Umno telah mengajar budak-budak sekolah terbabit memaki hamun para peserta Kembara Oren dengan tidak rasa segan silu di hadapan Pengerusi JKKK dan polis yang turut disertai Ketua Polis Daerah Besut. "Umno berjaya tarbiyyah budak-budak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk, akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang. "Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara,"tambah Mazlan Berikut adalah adalah catatan Setiausaha Kembara, yang juga Setiausaha Persatuan Anak Terengganu, Naraza Muda; [Lihat Video Rakaman Skuad Media DUN Jabi di bawah] Pada kira-kira Jam 5.50 pm Konvoi Kembaraa Oren Tiba di sekatan pintu masuk. Pihak keselamatan PAS, saya berunding dengan 'samseng upahan' yang menghalang pergerakan. Mereka bawa kami berjumpa ketua peneroka JKKR, Selelah 5 minit kata sepakat di capai untuk benar kami masuk solat asar. Tapi benteng manusia terdiri dari wanita dan kanak tidak membuka laluan apabila pihak umno enggang terima keputusan rundingan. Pihak polis dari Balai Jabi dirujuk dan mengaku 'puok' itu tiada hak untuk sekat.... tapi tidak berusaha menberitahu puak umno yang menghalang. Setelah 20 minit kecoh dengan pandangan berbeza, saya menawarkan tawaran rempuh. Saya minta izin dari Dr. Azman, Pengerusi MTD Jabi untuk rempuh. Atas pertimbangan dr azman kita bertenang dan mengammbil sikap berlembut. Kami konvoi akur dan mohon di beri rusng untuk membuar pusingan U. Tetapi mereka tetap enggan memberi laluan. Sekitar jam 6.40 petang semua 80 kenderaan bersama 240 peserta beredar. -buletinonline |
[WASPADA] Bil Eletrik Naik 41% Jika BN Kekal Perintah Malaysia Posted: 08 Dec 2012 12:01 AM PST Petaling Jaya, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj. "Rakyat akan sengsara dengan kenaikan 41 peratus kadar bil elektrik bagi tempoh empat tahun seterusnya," kata Wong, serta menambah kenaikan pertama tarif elektrik sudah pun dilaksanakan pada Jun tahun lalu. Jelas beliau, melalui cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk menyemak semula kadar pulangan atas pelaburan (ROI) untuk Pembekal Kuasa Bebas (IPP) pada kadar purata 10 peratus berbanding 19 peratus sekarang, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mampu untuk menjimatkan bayaran kapasiti sebanyak RM2.6 bilion setahun. "Kadar 10 peratus ini adalah penanda aras global yang digunakan di peringkat antarabangsa, malah PR juga akan menguruskan rizab margin pada kadar optimal 20 peratus, berbanding sekarang, 38 peratus. "Bagi setiap 1 peratus, sejumlah RM483 juta hilang sebagai pelaburan terkandas, oleh itu pengurangan 18 peratus rizab margin dapat menjimatkan pelaburan terkandas sebanyak RM8.7 bilion, dan dengan bayaran kapasiti 10 peratus ROI, TNB dapat jimat sebanyak RM870 juta setahun. "Dengan merundingkan semula IPP pada kadar 10 peratus (RM2.6 bilion) dan mengurangkan rizab margin kepada 20 peratus (RM870 juta), keseluruhan penjimatan TNB adalah RM3.47 bilion setahun," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Menurut Wong lagi, purata keuntungan TNB sekarang adalah RM2.14 bilion, dan melalui penjimatan bayaran IPP sebanyak RM3.47 bilion, TNB akan memperolehi keuntungan mencecah RM5.61 bilion setahun. "Keuntungan yang tinggi ini akan mampu mengurangkan hutang TNB ... dan yang paling penting, dengan keuntungan tinggi ini TNB tidak lagi perlu meningkatkan tarif elektrik yang akan membebankan pengguna," katanya. Beliau turut menjanjikan kerajaan PR akan memberikan jaminan, sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13, 10 peratus saham TNB yang dimiliki Khazanah akan dipertimbangkan untuk dijual kepada kesemua 30,000 pekerja TNB. "Ini adalah sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" kita untuk mewujudkan kelas menengah pengurus-pemilik dan juga mengurangkan penglibatan kerajaan di sektor swasta," katanya lagi. Beliau sebelum ini mendakwa, keluarga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui program penggantian meter analog kepada elektronik TNB, apabila syarikat milik Noor Asiah Mahmood, adik kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarhmah Tun Endon Mahmood, memiliki 15 peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd, salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik tersebut kepada TNB. Wong turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88 bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun. -FMT |
Allah Lebih Menyayanginya... Bekas OCPD Slim River Kembali Ke Rahmatullah Posted: 07 Dec 2012 10:01 PM PST Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River, Abdullah bin Omar telah kembali kerahmatullah jam 6 pagi tadi di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak. Allahyarham yang juga bekas ketua cawangan khas (SB) Perak merupakan ahli dan aktivis PAS selepas beberapa tahun bersara sebagai anggota polis. Maklumat ini disampaikan menerusi kiriman di Facebook sebentar tadi. Allahyarham adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu. Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin dijangka akan menziarahi Allahyarham di kediamannya dan jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini. Kehilangan Allahyarham sebagai seorang ahli PAS amat dirasai kerana sehingga kini pendedahannya langsung tidak dijawab Umno mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjadi antara agensi pelaksana kegiatan jahat tersebut Jalan Pulang dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang soleh. AL FATIHAH sumber: jalanpulang |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment