SEARCH

Monday, December 3, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat

Posted: 02 Dec 2012 05:22 PM PST


Sebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

"Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu.

Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku," tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday.

Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum.

Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

"Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

"Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang.

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

"Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku.

"Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini," kata Vethaamoorthy.

Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya.

"Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ," tambahnya.

Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat "amat memalukan" dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969.

[VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka

Posted: 02 Dec 2012 04:13 PM PST


Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk." (SURAH AL-BAQARAH AYAT 150)

Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad saw Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.

Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.

Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama.

Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s.

Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu.

Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: "Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy."

Manakala kaum Musyrikin pula berkata: "Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya." Orang munafik di Madinah turut berkata: "Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu."

Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan.

Di akhir ayat ini, Allah swt membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah swt berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia.

Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya.

Sebab-sebab turun ayat Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad saw memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: "Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita."

Pengajaran

1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah swt dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.Ini kerana Allah swt telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga.

2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah saw iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah swt berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia.

3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah. -mynewshub


1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013

Posted: 02 Dec 2012 07:03 AM PST


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.

"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu.

"Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat.

"Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin.

Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan.

Naib Ketua Wanita Umno Sabah Keluar Parti, Bakal Sertai KEADILAN

Posted: 02 Dec 2012 03:04 AM PST


Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.

"Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

"Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna," katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.

"Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah," jelasnya.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna," tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.

"Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat," kata Azmin.

Tiada Maaf Lagi Bagimu, UMNO-BN Pada PRU-13

Posted: 02 Dec 2012 01:21 AM PST


Maaf?…, tiada maaf bagi mu UMNO-BN, kerana kesalahan yang kamu (UMNO-BN) lakukan bukan sekali malah banyak kali sejak 55 tahun memerintah.

Kalau rakyat masih boleh memaafkan UMNO-BN, bermakna rakyat tidak sensitif atau merelakan apa saja kesalahan yang dilakukan pemimpin UMNO-BN sebelum ini.

Boleh dikatakan hampir setiap kali dalam 12 kali pilihan raya umum pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan pemimpin UMNO-BN, tetapi rakyat masih 'merelakan' UMNO-BN memerintah negara ini.

Ia jauh berbanding sikap rakyat dan pemimpin negara lain, mereka akan tukar kerajaan atau pemimpin meletakkan jawatan jika berlaku dan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa atau rasuah.

Hanya pada PRU-12, hasil kerjasama tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR, DAP dan PAS, menampakkan rakyat semakin sedar dan mahu menukar kerajaan sebab itu UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti.

Kalau tidak lama dulu, UMNO-BN dihantui isu BMF di Hong Kong, kini banyak lagi penyelewengan yang didedahkan menjelang PRU-13 tidak lama lagi, termasuk isu pembelian kapal selam Scorpene, projek ternak lembu NFC (National Feedlot Corporation) dan PKFZ yang membazirkan ribuan juta wang rakyat.

Mungkin rakyat maafkan UMNO-BN kerana mereka tidak faham bahawa duit yang diseleweng atau 'disonglap' pemimpin UMNO-BN itu duit mereka sebab itu UMNO-BN masih dipilih memerintah negara.

Rakyat baru bangkit dari tidur

Bagaimanapun pada PRU-13 nanti mungkin berlainan, rakyat sudah sedar dan faham, mereka dilihat mula bangkit daripada 'tidur' tidak lagi akan mengizinkan wang rakyat dibelanjakan diselewengkan sewenangnya walaupun UMNO-BN mengumpan mereka dengan pelbagai habuan termasuk BR1M, baucer buku 1Malaysia, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan Skim Tayar 1Malaysia untuk pemandu teksi.

Mereka mula yakin kepada Pakatan Rakyat apabila kerajaan negeri yang diperintah PR membuktikan pemimpin mereka bersih, tidak menyeleweng dan rasuah seperti yang diperakui menerusi laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi kewangan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

UMNO-BN lemas, Najib sanggup bersumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib nampak semakin 'lemas' sebab itu merayu supaya rakyat memaafkan mereka sekali lagi pada PRU-13 nanti untuk membolehkan UMNO-BN membaiki kesilapan atau terus sebaliknya terus melakukan kesalahan yang sama.

Rayuan Najib itu bukan pertama kali, malah sudah acap kali dilafazkan termasuk ketika melakukan lawatan rasmi ke Kelantan, Kedah dan Selangor sebelum ini.

Pemimpin PR juga sudah berjanji akan memerintah negara lebih baik daripada UMNO-BN sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dan jika mereka gagal rakyat boleh menumbangnya semula pada PRU-14.

Sekarang rakyat juga sedar, mereka kini dibebani dengan pelbagai masalah termasuk harga barang mahal, minyak mahal, gaji rendah dan pelbagai hutang, tidak termasuk terpaksa membayar cukai, kompaun saman polis, JPJ dan yang termasuk menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diharamkan di negeri yang diperintah PR.

Jauh panggang daripada api berhubung dakwaan UMNO yang mereka membela bangsa Melayu, agama dan negara kerana Kelantan yang diperintah Melayu juga dizalimi, mengutuk pari yang memperjuangkan Islam dan menjahanamkan negara menjadikan wang rakyat macam wangnya sendiri.

UMNO-BN cukup takut kalah PRU-13

Atas alasan itulah menyebabkan UMNO-BN cukup takut akan tewas pada PRU-13 nanti sebab itu mereka bertekad akan melakukan apa saja untuk kekal memerintah negara.

Sebab itu juga mereka mula memainkan sentimen agama, perkauman dan mengugut rakyat supaya takut memilih PR pada PRU-13 nanti.

Sebagai rakyat Malaysia, pencapaian kewangan negara dengan hutang yang begitu banyak tidak langsung membolehkan ia dibanggakan berbanding pencapaian beberapa negara jiran, termasuk Singapura yang tidak mempunyai banyak hasil tetapi sudah begitu jauh meninggalkan Malaysia.

Pada saat genting setelah tahu UMNO-BN akan kalah pada PRU-13, barulah Presiden UMNO sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat rumpun Melayu, membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.

Bagaimanapun, rakyat diharap tidak termakan dengan janji manis UMNO-BN itu, malah membuka pintu hati untuk memberi peluang PR menterjemahkan amanah rakyat dengan lebih baik, termasuk menurunkan harga petroleum, membayar royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, hapus PTPTN yakni pendidikan percuma, gaji minimum RM1,200 sebulan, harga kereta lebih murah dan hapuskan tol. – Roketkini

Bekas Pengerusi MRCB, Bekas CEO Felda Plantations Sertai PAS

Posted: 02 Dec 2012 01:02 AM PST


Batu Pahat: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

(Haji Nasir serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

(Gambar: Haji Ramlan), Bekas Pengarah Pelajaran Johor

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

No comments: