Kelab Greenboc |
- [SAH] Himpunan 1 Juta Rakyat 12-01-12 Stadium Merdeka
- Bakso Tidak Ditanggung Halal
- 36 Ditahan Terlibat Kes Gaduh Di Sg Petani
- Apabila HIDUP TAK SEDAR DIRI, inilah yang jadi .....
- Orang Melayu- Teruskan Bersatu Diluar UMNO!
- Insiden Sg Petani: Blogger UMNO Paling Kuat Mainkan Sentimen Perkauman
[SAH] Himpunan 1 Juta Rakyat 12-01-12 Stadium Merdeka Posted: 20 Dec 2012 05:01 PM PST Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka.!!! Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka. Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan. Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu. "Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini. Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara. Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan. "Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya. Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan. "Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan. "Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya. Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain. Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut. "Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais. Mat Sabu: Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. |
Posted: 20 Dec 2012 03:48 PM PST Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi. Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram. "Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal. "Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak," katanya. Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging. "Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi," katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga. Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan. Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan. "MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar," katanya. Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik. Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi. "Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu," katanya. – Kompas |
36 Ditahan Terlibat Kes Gaduh Di Sg Petani Posted: 20 Dec 2012 06:31 AM PST Alor Setar: Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim. Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani. Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan. "Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini. Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan. Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan. Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat. Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial. Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan. "Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta," katanya. Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam. Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu. "Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger," kata Ahmad.-Bernama klik untuk baca |
Apabila HIDUP TAK SEDAR DIRI, inilah yang jadi ..... Posted: 20 Dec 2012 04:29 AM PST Apabila berkata, bercakap, menulis, menaip tak guna akal fikiran, maka akan terserlahlah kebodohan. Allah itu Maha Segala-galanya .... UMNO hanya penyampainya sahaja .... 'Tak Tahu Malu' itu yang hanya boleh dikata Kita org ramai bukan kutuk kerajaan tapi kutuk UMNO. Org ramai kutuk UMNO pasal polisi yang dibuat tidak berdasarkan tuntutan Islam. Halal haram tolak tepi janji dapat duit. Yang haram itu sedikit berbanding yang halal tetapi yang haram itu yang dipilih. Terimakasih Umar Abdul Aziz Khalifah -fb |
Orang Melayu- Teruskan Bersatu Diluar UMNO! Posted: 20 Dec 2012 01:26 AM PST Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air? Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras. Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah. Setalah 55 tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketnggalan dalam ekonomi. 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan. Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata? Kenapa kita mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari memegang kuasa kerajaan. Sebab walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa Melayu. Ketika merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2 1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar. Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat? Daripada RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera. Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu. Sebab itu, 3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk memerikasa kesihatan otak mereka. Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu. Untuk menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa % dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes? Kita tidak tahu. Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno. Hayunan undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata nya, 12.2%. berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi tersebut? Kita mesti faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok, mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa % dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO? Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi. Maka jika masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi. Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi. Maka kita biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat 2/3 kerusi parlimen. Jadi jangan kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi. Dengan 90 kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO, dia akan bersara. Janganlah begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka. Maka tolong faham signifikens perkara ini. orang Melayu bersatu, tapi mereka bersatu tanpa UMNO. -sakmongkol |
Insiden Sg Petani: Blogger UMNO Paling Kuat Mainkan Sentimen Perkauman Posted: 20 Dec 2012 03:49 AM PST Fitnah insiden Sungai Petani, propaganda jahat Umno BN untuk pecah belah kaum Sungai Petani dikejutkan dengan berita kononnya berlaku pergaduhan antara kaum cuba diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan khabar angin pergaduhan besar berlaku di beberapa kawasan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat pemerhatian penuh melalui aktivis SAMM yang menetap di Sungai Petani membuat kesimpulan bahawa, pada permulaannya hanya terdapat pergaduhan kecil membabitkan kumpulan anak muda yang gagal mengawal diri dan tiada sebarang kebencian antara kaum berlaku di sebalik pergaduhan tersebut. Namun campurtangan kumpulan ekstrim kaum merencatkan suasana dan mampu mengundang kecelakaan lebih besar. Semua ini terjadi hasil daripada politik perkauman ekstrem Umno dan Barisan Nasional yang sering melagakan kaum. Poltik perkauman ekstream Umno Barisan Nasional umpama memasang bom jangka di kalangan masyarakat. Inilah yang mereka mahu, pergaduhan antara kaum akan menyebabkan setiap kaum berpaut kepada parti berasaskan kaum bagi berlindung lantas memberi sedikit nafas kekuatan biarpun memberi kesan buruk kepada seluruh kemasyarakatan dalam jangka masa yang panjang. SAMM berpendapat tiada gunanya berbilion wang ringgit dibelanjakan atas nama perpaduan semenjak merdeka. Kewujudan Jabatan Perpaduan contohnya hanya membazir bila regim Umno Barisan Nasional sendiri sentiasa membakar api perkauman. Walaubagaimanapun, keadaan di Sungai Petani terkawal di atas tahap kesedaran yang baik dari kalangan rakyat Malaysia yang belajar betapa pergaduhan antara kaum hanya akan memberi kelebihan kepada parti perkauman seperti Umno. Rakyat pasti tidak sedia untuk memberi nafas baru kepada Umno dan seraya itu menolak sebarang usaha mengembangkan propaganda jahat golongan ini kononnya pergaduhan besar antara kaum berlaku dan merebak ke serata tempat. SAMM dengan segala rangkaian kekuatan bertekad memastikan negara ini stabil lebih-lebih lagi dengan pilihanraya yang menjelang, kesempatan pastinya diambil oleh Umno dan Barisan Nasional. SAMM akan menyekat segenap ruang terutamanya berita yang membangkitkan bibit-bibit pergaduhan antara kaum, ketika kepedulian pihak berkuasa terhadap blog pro-Umno yang membawa propaganda jahat tidak diambil tindakkan malah menjadi bahan berita untuk media perdana yang dikuasai Barisan Nasional. SAMM menggesa orang ramai di seluruh negara khususnya di Sungai Petani bertenang dan tidak menghadam berita yang mengghairah kebencian antara kaum. Yakinlah segala usaha 'orang jahat' itu tidak akan berhasil selagi kita menggenggam pedoman betapa isu perkauman sudah berkubur tidak ada dalam kamus Malaysia baru. Badrul Hisham Shaharin Ketua Penyelaras SAMM Kebangsaan Insiden Sg Petani: Blogger Umno bertanggungjawab sebar fitnahbr> |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment