SEARCH

Wednesday, December 19, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Samseng UMNO: Mengapa Polis Tidak Bertindak?

Posted: 18 Dec 2012 05:22 PM PST

PKR mengesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera menangani budaya politik samseng yang semakin berleluasa berlaku di negara ini.

Malah Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nor Manuty berkata sikap pihak berkuasa itu yang kelihatan 'berdiam diri' berhubung isu serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR menggambarkan ketidakadilan pihak tersebut ke atas Pakatan Rakyat dengan tiada sebarang tindakan dilakukan biarpun beberapa laporan dibuat mengenainya.

Terbaru jelasnya, bas tersebut diserang dipercayai menggunakan batu atau lastik hingga cermin sisi bahagian belakangnya pecah ketika dalam perjalanan di kawasan lebuhraya Utara-Selatan untuk program sambutan Deepavali PKR Tapah dan program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Perak pada Ahad lalu melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Peristiwa ini kali keempat berlaku dan kita membuat laporan polis meminta Ketua Balai Polis Tapah untuk mengambil tindakan dan mereka berjanji untuk bertindak tetapi difahamkan hingga ke saat ini tiada apa-apa dilakukan PDRM.

"Kita ingin menyatakan rasa kesal kerana dalam sebuah negara demokrasi yang dicanangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pimpinan Umno-BN yang lain namun keganasan politik masih terus berlaku tanpa sebarang kawalan oleh PDRM yang sepatutnya neutral.

"Setakat ini tiada perkembangan mengenai insiden ini dilaporkan termasuk yang berlaku sebelum ini seperti simbahan cat di Kelantan dan Kedah serta balingan batu di Johor dan Melaka,"
katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Kepenggunaan PKR, Mohd Yahya Mat Sahri.

Muhammad Nor Manuty yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, PDRM perlu bertindak segera dengan siasatan dibuat untuk memberhentikan sama sekali kegiatan keganasan ke atas parti politik terutama PKR yang sering menjadi sasaran sejak kebelakangan ini.

Insiden tersebut tambahnya memberikan satu gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia bukan kembali ke arah hala tuju yang baik tetapi ia dalam keadaan membimbangkan.

"Fenomena budaya samseng ini semakin menjadi-jadi dalam negara kita sekarang.

Seperti yang berlaku di Gombak pada minggu lalu dan ini saya lihat satu insiden berdarah serius yang boleh memberi kesan buruk kepada keselamatan negara pada masa depan.

"Kerajaan terutamanya pucuk pimpinan Umno-BN perlu mengotakan apa yang mereka jamin kepada rakyat yang mana mereka mahu rakyat hidup dalam aman damai," katanya.

Katanya, apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini diyakini tindakan terdesak Umno-BN yang mana rakyat memberi petanda bahawa mereka mahukan perubahan berlaku dalam kepimpinan negara serta menunggu-nunggu bila Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) akan dilangsungkan.

Petunjuk Besar Pilihanraya: Peguam Negara Arahkan Saman AES Dibekukan

Posted: 18 Dec 2012 03:40 PM PST


Jabatan Peguam Negara beku saman AES

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.

Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

"Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.

" Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut.

"Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas," kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.

"Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan," tambahnya.

Dalam laporan The Malaysian Insider hari ini, Putrajaya dikatakan akan membekukan kamera AES untuk mengelakkan saman berganda dengan sistem saman polis yang boleh menambahkan kesusahan kepada pengguna jalan raya.

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis yang menguatkuasakan undang-undang hadlaju, berkata mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek denda dua kali bagi pemandu ingkar.

"Kerajaan sedang mempertimbangkan membekukan pelaksanaan AES disebabkan pertindihan sistem saman. Ini akan menyebabkan kesusahan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga menyatakan beberapa ahli parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga meminta kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan sehingga semua pandangan dipertimbangkan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut menuntut JPJ memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera AES selepas membawa kes tersebut ke mahkamah.

Ahli parlimen Pokok Sena itu mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah. -TMI

Kase desak kerajaan umum batal saman AES

KUALA LUMPUR: Pihak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak kerajaan mengumumkan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana masalah teknikal.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar menyatakan demikian berdasarkan kepada beberapa orang kena saman (OKS) yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, beliau berkata pihak pendakwa telah mengambil surat saman AES daripada OKS berkenaan dan mengarahkan pulang.

"Perkembangan ini sangat mengejutkan kerana tanpa penerangan yang jelas tentang saman yang dikeluarkan.

Kita minta pendakwa raya seharusnya memberi penjelasan tentang kedudukan saman AES yang ditarik balik.

Ini menunjukkan ada yang tidak betul dalam proses mengeluarkan saman," katanya.

Jelas Mahfuz sepatutnya kerajaan mengumumkan secara rasmi bahawa 26,899 saman yang dikeluarkan harus dibatalkan oleh kerana pendakwa telah menarik balik saman ke atas OKS.

Malah katanya, kerajaan digesa mengembalikan semula wang saman AES OKS sama ada melalui bayaran denda atau bayaran kompaun.

"Bagi mereka yang bayar kompaun RM300 atau didenda, surat saman mereka sudah tidak betul kerana masalah teknikal, jadi wang yang dibayar kepada kerajaan adalah haram dan kerajaan wajar bayar balik kepada mereka.

Kerajaan seolah-olah pengutip wang haram," katanya.

Bukan itu sahaja, katanya kerajaan juga harus membatalkan semua waran tangkap yang dikeluarkan kepada OKS yang tidak menghadirikan diri ke mahkamah.

Sementara itu, di Mahkamah Putrajaya, peguam Kase Zulhazmi Sharif memberitahu pendakwaraya mengumumkan semua saman AES ditarik balik kerana terdapat kesilapan teknikal.

Manakala di Mahkamah Kuala Lumpur pula, beliau dimaklumkan pegawai pendakwaraya hanya mengutip saman daripada OKS kemudian mengarahkan mereka pulang.

"Pada 4 Disember lepas, seorang OKS tidak mengaku salah dan sepatutnya hari ini pendakwaraya menyerahkan dokumen tetapi pendakwa pula memohon tangguh sebulan kerana dokumen tidak lengkap," tambah beliau.

Beliau percaya apa yang berlaku hari ini kemungkinan besar ekoran bantahan yang Kase diadakan pada 10 Disember lalu.
-HD



Ulasan GB

GB melihat keputusan kerajaan "menangguhkan" (bukan membatalkan) saman AES adalah kerana pengumuman tarikh pilihanraya semakin hampir.

Kerajaan melihat dan mengakui dua kes besar ini (AES dan Lynas) sebagai bencana yang bakal menimpa UMNO BN kerana rakyat seluruh negara didapati menolak secara berterusan terhadap dua kes ini.

Ia akan dilaksanakan semula, malah mungkin dengan kadar lebih dasyat selepas pilihanraya jika UMNO BN berjaya lagi. Oleh itu rakyat jangan mudah terpedaya dengan taktik licik UMNO BN ini yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan mereka menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

[BONGKAR] Bekas Pegawai Tinggi Polis Miliki 10 Aset Rumah

Posted: 18 Dec 2012 07:28 AM PST

Keadilan hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

"Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka," katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pegawai tersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Miharja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

"Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai tinggi polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah," kata Yahya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

"Justeru, kita mintak penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut," sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

"Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti," jelas Yahya.

Presiden Indonesia Selar Tulisan ZAM Di Utusan, Anggap Tidak Wajar & Tidak Beretika

Posted: 18 Dec 2012 05:17 AM PST

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.

Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.

Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.

Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.

Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.

Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu - Bernama

16 Kuil Dirobohkan Semasa Era BN, Kenapa MIC Membisu?

Posted: 18 Dec 2012 03:35 AM PST


Enam belas (16) kuil Hindu telah dirobohkan di Lembah Klang dalam masa 2 tahun semasa era BN.

(senarai ini tidak termasuk seluruh Malaysia)

{SEKARANG MIC NAK TUNJUK HERO DLM KES SEPANG?!!}

1. Kuil Sri Ayyanar Sathiswary Alayam (lebih daripada 65 tahun) Jalan Davies telah dirobohkan pada 22/02/2006 dan patung dikebumikan di tapak.

2. Pantai Malaimel Sri Selva Kaliamman Temple (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan pada 17/042006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3. Vaalmuniswarar Rajaamman Kovil (lebih daripada 60 tahun) di Hospital Lady Templer dirobohkan pada 03/052006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. Sri Kaliamman kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam (lebih daripada 100 tahun) telah dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Shah Alam pada 09/05/2006.

5. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak (lebih daripada 60 tahun) sebahagiannya telah dirobohkan pada 11/05/2006 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

6. Sri Balakrishan Muniswarer kuil di Setapak telah dirobohkan dan dewa dipecahkan pada 08/06/2006.

7. Sri Kaliamman dirobohkan kuil di Midlands Estate, Seksyen 7, Shah Alam telah dirobohkan untuk kali kedua pada 12/06/2006 di mana 3 Hindu dewa utama telah dibelasah dan dihancurkan sehingga keping dengan tukul eretan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam.

8. Pada 01/08/2006 Om Sri Sakti Nagamma Allaya Kuil Hindu di Taman Sri Manja, PJS 3/30 Petaling Jaya, Selangor telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

9. Demolishment kuil Sri Subramaniam di Country Homes, Rawang, Selangor, Malaysia pada 29/09/2006.

10. Pada 31/10/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan.

11. The demolishment Devi Sri Karumaniamman Hindu Temple, Petaling Jaya Utara, Seksyen 21, Kampung Taman Aman pada30/11/2006.

12. Pada 29/12/2006 Sri Muniswarar Temple (lebih daripada 100 tahun) yang telah dibina di atas tanah swasta di Bandar Rinching, Semenyih Selangor telah dirobohkan.

13. Pada 22/2/2007 Sri Maha Nageswari Kuil Hindu di Taman Cahaya 7, Ampang, Selangor Darul Ehsan telah dirobohkan.

14. Pada 15/05/2007, JKR Sri Muniswarar Hindu Temple, Jalan Kapar, Klang telah dirobohkan.

15. Pada 13/06/2007, Kaliaman Sri kuil Hindu di Midlands estet Shah Alam telah dirobohkan.

16. Pada 30/10/2007 Kampung Rimba Jaya Shah Alam @ Padang Jawa (100 tahun) Maha Kuil Mariamman telah dirobohkan tengah-tengah konfrontasi ganas sejurus sebelum Deepavali pada tahun 2007

Tangkap Musa Aman, Selamatkan Duit Rakyat Sabah!

Posted: 18 Dec 2012 12:53 AM PST


Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik silih berganti membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Aman.

Kelmarin, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah Boby Lewat @ Ewat membuat laporan SPRM bagi pihak anak muda Sabah terhadap Musa yang didakwa menerima wang sebanyak RM40 juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi.

"Kami merujuk kepada kenyataan bersumpah (Ahli Parlimen Beaufort dan juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Datuk Seri Lajim Ukim pada 11 Disember lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

"Ini berikutan pendedahan dari pelbagai sumber media bahawa anak Nazri, Nedim Nazri dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

"Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG," katanya.

Lesen pembalakan

Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa.

Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012, Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Musa dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.

"Ini adalah atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

"Namun kenyataan bersumpah Lajim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri di Parlimen.

"Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?," soal Boby.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah, menurut Lajim.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta.

Pengumuman Nazri juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.

"Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.

"Kesediaan Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM," ujar Boby. -FMT

KOBAT Persoal Rosmah Lancar Kapal TLDM

Posted: 17 Dec 2012 09:13 PM PST

Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.

"Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.

"Dia (Rosmah) memang 'muka tebal', tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak)," katanya ketika dihubungi.

Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. 'Samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.

"Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?" soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang. -KD

No comments: