Kelab Greenboc |
- Kes Altantuya Ditangguh Lepas PRU, BN Takut Pekung Terbongkar
- Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook
- Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia
- Cermin Bas Merdeka Rakyat Pecah Dibaling Samseng Umno
- MP: Jangan Keluar Saman Had Laju Sesuka Hati
- Kuota Wanita : BN Hanya Merapu, Tetapi Melaksakannya, PR Yang Mampu
- Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib
Kes Altantuya Ditangguh Lepas PRU, BN Takut Pekung Terbongkar Posted: 17 Dec 2012 05:05 PM PST Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN. Ini berikutan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu menetapkan 11 Jun tahun depan bagi mendengar rayuan Koperal Sirul Azhar Umar dan Cif Inspektor Azilah Hadri. Altantuya adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian kapal selam Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak Baginda dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau dibunuh secara kejam apabila diletup menggunakan bom C4 di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006. Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28. Mengulas penangguhan itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertegas, kes rayuan tersebut sepatutnya didengar secepat mungkin dan tiada sebab perlu ditunda. "Saya turut terkejut mendengar berita bahawa kedua-dua mereka masih berada dalam tahanan, menunggu untuk buat rayuan, sedangkan keputusan kes telah lama dibuat," katanya ketika dihubungi. Menurut Surendran, ia menimbulkan persoalan adakah keputusan untuk mendengar rayuan itu sengaja dibuat selepas pilihan raya agar rahsia mereka yang terlibat tidak terbongkar. "Kita tak nampak apa-apa sebab munasabah untuk menunda kes itu sehingga tahun depan, apatah lagi bulan Jun, yang umum tahu pada waktu itu, pilihan raya telah selesai," katanya. "Kita tuntut penjelasan berhubung kelewatan pendengaran rayuan tersebut dan desak agar dijalankan segera," tegas Surendran lagi. Kes Altantuya: Rayuan 2 bekas anggota UTK 11 Jun Penangguhan mahkamah selama enam bulan untuk mendengar rayuan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sehingga selepas pilihan raya umum (PRU), membayangkan ketakutan Umno BN. Ulasan GB Gb melihat kes ini akan menjadi serupa dengan kes Jenain. Ditangguhkan lagi kemudian akan dibebashkan. "Yang mengarah" untuk melakukan pembunuhan sendiri sudah lama lepas bebas. |
Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook Posted: 17 Dec 2012 04:25 PM PST Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb. Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai 'playgirl' sebelum ditimpa musibah. Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki. Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri. "Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. "Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan 'enjoy' dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut. "Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani. "Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar," katanya. Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. "Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah 'dijamah' lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai 'mata panda' akibat mengambil dadah berlebihan. "Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku," kata anak kepada pekerja kilang ini. Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah. "Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian," katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. -hm Ulasan GB Ya Allah ya Tuhanku, Lindungi aku dan ahli keluargaku dari perbuatan keji dan mungkar... |
Arab Spring: Najib Cemas & Gerun Dengan Kebangkitan Rakyat Di Malaysia Posted: 17 Dec 2012 07:06 AM PST Generasi muda mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha kerajaan melonjakkan pembangunan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, selain memastikan Malaysia sentiasa dihormati di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, tanggungjawab generasi muda kini bukan sekadar meraih ilmu di pusat pengajian tinggi tetapi perlu mempunyai misi untuk menjadi generasi penyambung yang akan meneruskan usaha generasi sedia ada untuk mempertingkatkan lagi kejayaan dan kemakmuran negara. "Kita perlu sedia yang terbaik untuk mereka dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi dalam menjayakan usaha ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis bersama pemimpin pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Konvensyen Pemimpin Pelajar 2012 di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Najib berkata: "Jika mahu Malaysia dihormati dan disegani di persada antarabangsa, maka kita mesti tampilkan Malaysia sebagai sebuah negara di mana perubahan dan kemajuan sebenar berlaku. " "Tidak perlu kepada fenomena Arab Spring untuk melihat perubahan dalam negara. "Ini adalah kerana negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh," kata Najib. Beliau berkata, kerajaan juga telah melakukan beberapa perubahan bagi memberi ruang yang selesa kepada generasi muda termasuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). Pindaan Auku itu adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda menunjukkan kematangan dan kepimpinan yang mencakupi kepentingan rakyat keseluruhannya, tambahnya. "Kita mesti percaya kepada generasi baharu. Mereka adalah anak-anak kita. Dan hari ini, tiada siapa boleh kata bahawa kita sekat dan cengkam generasi baharu daripada membangunkan intelek dan kepimpinan mereka," katanya. Seramai 600 pemimpin pelajar IPT seluruh negara termasuk pemimpin pelajar dari politeknik dan kolej komuniti menghadiri konvensyen tiga hari, yang bermula semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Konvensyen itu merupakan sebuah wahana pembangunan dan penjenamaan fungsi, peranan serta kaedah strategik bagi meningkatkan kecekapan, tanggungjawab dan halatuju pemimpin pelajar IPT tempatan. - Bernama Ulasan GB Terlalu ketara Najib begitu gerun dengan fenomena "Arab Spring" yang telah menjatuhkan rejim-rejim zalim seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir. Kemudian Naib seperti "menghina" gerakan massa yang telah berlaku dengan menyatakan: negara-negara yang telah berlaku ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak melalui demonstrasi, rusuhan, konflik sehingga terkorban begitu ramai nyawa, rosak harta benda, industri yang maju hari ini lumpuh, Najib tidak ada hak untuk memberitahu rakyat di Tunisia dan Mesir yang telah berjaya menukarkan rejim-rejim zalim itu kepada kerajaan yang baru dengan menuduh kononnya " ledakan sedemikian belum lagi mengecapi dividen dan pulangan daripada perubahan yang begitu mendadak". Pembinaan dan pembangunan semula negara-negara demikian sepastinya mengambil masa kerana keruntuhan dan kezaliman yang telah dilalui oleh rakyat negara berkenaan telah berjalan sekian lama di bawah rejim yang telah dijatuhkan. Yang pasti kehidupan rakyat lebih gembira dan lebih bahagia kini setelah pemerintahan kerajaan berjaya ditukarkan dan mereka tidak lagi hidup dengan ditindas oleh rejim-rejim zalim berkenaan. Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya: Apabila sebuah kerajaan itu zalim dan menipu rakyat, maka rakyat akan bangkit tumbangkannya! Itu sangat jelas. |
Cermin Bas Merdeka Rakyat Pecah Dibaling Samseng Umno Posted: 17 Dec 2012 03:14 AM PST Tapah 17 Dis: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang samseng Umno ketika menuju ke ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak semalam, menyebabkan cermin sisi penumpang di tingkat atas retak dan berlubang. Semasa kejadian, Ketua Umum KEADILAN tidak mengikuti rombongan, sebaliknya hanya lapan kakitangan pejabat parti yang berada dalam bas. Menurut saksi yang juga Setiausaha Pengelola KEADILAN, Raden Shamsul Akmar Raden Shamsuddin, insiden itu berlaku antara 630 petang hingga 6.45 petang, selepas bas bergerak melepasi kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah menuju ke Bandar Seri Iskandar. "Kejadian berlaku ketika bas berada di lebuh raya Kami sendiri tak sedar. Tiba-tiba ada bunyi kuat di cermin. "Cermin retak dan ada satu lubang kecil Saya syak mungkin ia dibaling objek dari atas kerana berdasarkan kerosakan, ia bukan dibaling dari bawah dengan kereta atau motosikal. Mungkin dilastik, kerana atas lebuh raya itu ada satu jambatan," katanya ketika dihubungi. Berikutan insiden itu, menurut Raden, Timbalan Ketua Cabang Tapah memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Tapah, berkenaan perkara tersebut. "Kita tidak buat laporan polis Apa pun kita akan perbaiki dan tukar cermin baru. Lagi pun tiada sebarang kecederaan dan kerosakan lain dalam bas. "Tiada apa-apa pun respon dari polis. Mereka hanya berkawal seperti biasa di tapak ceramah dan bas dibiarkan tanpa iringan," ujarnya. -KD |
MP: Jangan Keluar Saman Had Laju Sesuka Hati Posted: 17 Dec 2012 12:38 AM PST Tawau - Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pihak polis tidak mengeluarkan saman had laju sesuka hati kepada pengguna jalan raya di daerah ini terutama di jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda had laju. Beliau berkata, beliau bukan menentang tindakan polis menguatkuasakan undang-undang tetapi tindakan perlu dilaksanakan secara adil dan tidak menyusahkan rakyat sehingga timbul tanggapan seolah-olah kerajaan cuba mencari keuntungan daripada rakyat khususnya penguna jalan raya. "Selain menerima aduan, saya sendiri nampak ada anggota polis yang bersembunyi di bawah pokok untuk menyaman pengguna atas kesalahan had laju, contohnya di kawasan Jalan Apas dan Jalan Kuhara. "Tapi persoalannya, macam mana pengguna mahu tahu had laju yang ditetapkan sedangkan papan tanda had laju tidak pula tersedia di kawasan berkenaan. Ini seakan-akan menganiaya pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Abdul Ghapur, ramai pengguna yang dikenakan saman dengan kadar yang tinggi berasa kecewa, marah dan keliru lebih-lebih lagi apabila mereka tiba-tiba sahaja menerima surat saman. - Bernama |
Kuota Wanita : BN Hanya Merapu, Tetapi Melaksakannya, PR Yang Mampu Posted: 16 Dec 2012 11:00 PM PST Laungan Umno-BN sebelum ini yang menjanjikan peluang 30 peratus daripada pembuat keputusan tiinggi diisi oleh kaum wanita dilihat gagal diterjemahkan. Perkara ini dilihat apabila hanya seorang sahaja wanita dipilih mengisi jawatan Menteri Kabinet dan lebih menyedihkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak selaku Menteri Wanita Malaysia. Ini berbeza dengan Pakatan Rakyat Selangor, di mana seramai empat orang wanita dipilih menggalas jawatan Exco Selangor, seminggu selepas memerintah pada Mac 2008. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail berkata, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuatan keputusan perlu dikotakan segera. "Sebaik memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco wanita dan seorang Timbalan Speaker wanita. "Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya (sekiranya menang), Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan Menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan media. Katanya, Malaysia hari ini berada di tangga ke 120 daripada 135 negara dalam mengisi wanita sebagai pembuat keputusan berbanding negara Asean seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Jelas Rodziah, apa yang perlu dilaksanakan bukannya mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30 peratus itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik berkuasa (political will). "Pemerintahan Umno-BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet. "Yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50 peratus penduduk di Malaysia." -selangorku |
Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib Posted: 16 Dec 2012 09:33 PM PST Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini. Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius. Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN. Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13. "Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut. Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini. Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini. Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment