Kelab Greenboc |
- [VIDEO & GAMBAR] HKR Perak - Dibasahi Hujan Tetapi Ribuan Bertekad Tumbangkan BN
- Lelaki Jaja Batu Petir Jual Nama Haron Din
- [LIVE - Kemaskini] Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak
- Ratapan Orang UMNO Berbeza-beza
- [VIDEO] Pendedahan NUBE: CIMB Bank Dituduh Zalimi Pekerja Di Malaysia
- Gerakan Kecam Ibrahim Ali Mainkan Isu Perkauman
[VIDEO & GAMBAR] HKR Perak - Dibasahi Hujan Tetapi Ribuan Bertekad Tumbangkan BN Posted: 16 Dec 2012 05:04 PM PST Parit: Sambutan rakyat terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat terus mendapat sambutan apabila hampir 20,000 orang memenuhi Padang SEDC Seri Iskandar, malam tadi, kata pengarah program, Dr Kharuddin Abdul Malek. Walaupun hujan renyai-renyai turun sekitar jam 9.30 malam sekitar 20 minit, namun orang ramai masih berkumpul di kawasan padang untuk mendengar pidato daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Orang ramai semakin bertambah apabila hujan mulai reda dan mereka duduk di hadapan pentas untuk mengikuti persembahan daripada NGO dan ceramah para pemimpin Pakatan Rakyat Antara yang berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw. -HD |
Lelaki Jaja Batu Petir Jual Nama Haron Din Posted: 16 Dec 2012 02:18 PM PST Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin. Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis. Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000. Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan 'batu petir'. -HM |
[LIVE - Kemaskini] Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Perak Posted: 16 Dec 2012 08:16 AM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) peringkat negeri Perak diadakan pada hari ini bermula jam 3 petang tadi sehinggalah 12 malam, bertempat di Bandar Seri Iskandar, Perak. HKR Perak adalah siri himpunan rakyat terakhir sebelum Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Nasional yang akan berlangsung pada 12 Januari 2013. Antara matlamat himpunan adalah sebagai persediaan untuk himpunan yang lebih besar dan utama di Kuala Lumpur, membawa masyarakat memahami isu-isu utama negara menjelang PRU13 dan menggerakkan jentera parti dan NGO ke arah menyuntik semangat perubahan dalam masyarakat. ATURCARA MALAM INI Bermula jam 8.30 malam pula, Pentas NGO akan memaparkan ceramah dan ucapan-ucapan daripada kumpulan Bersih, Anak, Kerabat, Royalti, SAMM, ABU, Bukit Merah Community, Save Teluk Rubiah dan lain-lain lagi. Jam 9.30 malam, persembahan artis daripada Ito Blues Gang, Nik Jidan, Sivaguru dan lain-lain. Pidato Pimpinan Rakyat dan penyampaian hadiah pertandingan akan bermula sekitar jam 10 malam sehinggalah berakhirnya pada jam 12 tengah malam. |
Ratapan Orang UMNO Berbeza-beza Posted: 16 Dec 2012 03:00 AM PST Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya. Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO. Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan? Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia? tidak ada yang terpinggir dan tidak yang ditinggal? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang cakap besar mengenai model ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang bercakap besar mengenai ETP, GTP, NKRA nya dan lain2 singkatan kata2? Semua nya sudah dihumban keluar. Kehdupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi selama ini akan berakhir. Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada majoroti orang Melayu, kehidupan salaam 55 tahun dibawah penjagaan dan perlindungan UMNO menyebabkan 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM 1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya, rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minima tanggung jawab mana2 kerajaan dalam dunia. Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih berbeza bagai bumi dengan langit daripada kehidupan yang dilalui oleh rakyat biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hidup istimewa. Pemimpin UMNO hidup sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasi. Kita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang lain2. Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza. Pemimpin, golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna kedudukan, kehdupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan istimewa dan aristocrat politik UMNO yang membudak budakkan dan membodohkan orang Melayu akan berakhir. Kehidupan golongan elit yang dibangunkan diatas pembohongan bahawa orang Melayu terancam yang telah membolehkan golongan yang bercakap menegnai ancaman tersebut, akan berakhir. Itu yang golongan elit dan yang Dato Najib tangiskan dan pekikkan. Rakyat biasa hanya manangisi kepada metos kehidupan yang telah direka oleh golongan elit UMNO. Yakni suatu hidup yang senentiasa terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55 tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyngkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah mereka lakukan? Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi pemusnahan metos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya reality hidup yang selama ini mereka palsukan. -sakmongkol |
[VIDEO] Pendedahan NUBE: CIMB Bank Dituduh Zalimi Pekerja Di Malaysia Posted: 16 Dec 2012 12:06 AM PST Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital. Satu laporan polis telah pun dibuat. Dengar dan lihat pula video kedua dibawah bagaimana wakil NUBE menjawab semua tuduhan terhadap pekerja bank CIMB. Menurut video tersebut hanya pihak atasan CIMB shj mendapat faedah tinggi. (NUBE) Malaysian Made Slaves By CIMB Bank Union busting by Hamidah Naziadin, Head of Group Corporate Resources, CIMB Group. She was lying to Young Corporate Malaysians (YCM) on 2nd December 2011 at Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur. ~CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk 'Golf - CIMB Classic 2012' dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya |
Gerakan Kecam Ibrahim Ali Mainkan Isu Perkauman Posted: 15 Dec 2012 09:58 PM PST Gerakan: Ibrahim Ali malukan diri sendiri dakwa masyarakat Cina ancaman KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memalukan diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi. Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai "benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum" di Malaysia. "Orang seperti Ibrahim Ali adalah pihak yang bertanggungjawab menggagalkan usaha 1 Malaysia .... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha keras untuk menyatukan semua bangsa di Malaysia dan kita patut komited membantu usaha perdana menteri," kata Mah. Beliau menjelaskan ahli politik tidak seharusnya memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan politik yang mana akan menghancurkan negara. "Masa depan negara lebih penting daripada mengejar undi," kata Mah dalam satu kenyataan hari ini. Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. "Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu. "Ada pihak menuntut pada sesuatu perkara yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau tuntutan yang bertentangan dengan dasar-dasar nasional," kata beliau dalam wawancara eksklusifnya dipetik Sinar Harian Online. Tambah Ibrahim, jika benar beliau adalah seorang rasis, mengapa sepanjang beliau menjadi pemimpin semenjak 1986 sehingga menjawat jawatan timbalan menteri, beliau tidak pernah dituduh rasis. Ibrahim turut mempersoalkan mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut lebih rasis kerana membuat tuntutan bertentangan dengan perlembagaan. "Tidak pernah dalam sejarah sejak saya tubuhkan Perkasa, pernahkah saya mengeluarkan kenyataan yang menyuruh jangan bantu orang India, jangan bantu orang Cina?," tambah beliau. Menurut Ibrahim, dalam mempertahankan Perlembagaan negara, mereka bukan sahaja mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedaulatan Raja Melayu, hak Melayu termasuk juga hak kerakyatan semua warganegara. Ibrahim memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS pada pilihan raya umum 2008. Beliau bagaimanapun mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO yang digelar Perkasa. Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menggugat kepentingan Melayu dan bumiputera sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. -TMI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment