Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Tahniah SPRM - Malaysia Dikenali Juara Dunia Dalam Rasuah!
- [VIDEO & GAMBAR] Pekerja CIMB Tibai Adik Najib, Nazir Razak, Dakwa Penipu Rakyat Malaysia
- DAP Anggap PAS Rakan Sekutu Penting Dalam PR
- 10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui
- NGO Desak Najib, Rosmah, Nazim Disiasat Ekoran Pendedahan Deepak
- Deepak Lari Ke Myanmar, Tulis Buku Dedahkan Penglibatan Rosmah Dalam Kes Bunuh Altantuya
[VIDEO] Tahniah SPRM - Malaysia Dikenali Juara Dunia Dalam Rasuah! Posted: 15 Dec 2012 05:01 PM PST Kuala Lumpur 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu. Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus. "Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan. "Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu. Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah. Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum. "Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik. Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi. Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah. Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu. |
[VIDEO & GAMBAR] Pekerja CIMB Tibai Adik Najib, Nazir Razak, Dakwa Penipu Rakyat Malaysia Posted: 15 Dec 2012 03:39 PM PST Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB. KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka. Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka. Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat. "Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). "Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya. Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap. "Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya. Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik. "Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama ~CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk 'Golf - CIMB Classic 2012' dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya Ulasan GB Bagaimana abang begitulah adiknya... bila kena maki macamtu, alamat pendek umur... |
DAP Anggap PAS Rakan Sekutu Penting Dalam PR Posted: 15 Dec 2012 06:19 AM PST PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat. Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP. "PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping PKR," katanya. Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara. "DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini. Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak. Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan. "Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya seperti dipetik agensi itu. -mk
|
10 Taktik Kotor UMNO/BN Yang Rakyat Wajib Ketahui Posted: 15 Dec 2012 04:34 AM PST Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon membongkarkan 10 taktik kotor UMNO/BN untuk terus berkuasa di tanahair kita. Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) merupakan satu persimpangan sejarah penting bagi semua rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan keangkuhan kuasa UMNO/BN lebih daripada 55 tahun. Keinginan rakyat berjuang untuk perubahan di Malaysia semakin kuat. Rakyat mahu selamatkan Malaysia daripada masalah politik, ekonomi, sosial serta pendidikan yang kian hari kian serius. Kehidupan rakyat juga dalam keadaan yang susah di mana beban yang semakin berat. Dalam PRU13, sebanyak 13,052,374 pengundi yang akan menentukan masa depan negara kita. Samada negara kita akan mengembalikan hak kepada rakyat, banteras rasuah dan menubuhkan Malaysia yang baru yang berasaskan dengan prinsip kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia. Sebagai seorang pengundi yang bijak maka perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat yang tepat. Oleh itu, semua pengundi perlu mengetahui 10 taktik kotor yang seringkali dipergunakan oleh UMNO/BN sejak dulu lagi agar tidak tertipu lagi. Taktik KOTOR 1: Tidak Berupaya Bezakan Negara dan Parti. Sebagai balasan perjuangan kemerdekaan, UMNO/BN telah rampas tanah rakyat dengan terang-terang. 24 keping tanah komersial di Selangor telah dijual dengan RM1 persegi menunjukkan keangkuhan kuasa yang ada pada UMNO/BN. Taktik KOTOR 2: Salahguna Kuasa Untuk Kepentingan Politik. Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan menuduh Menteri Dalam Negeri campur tangan politik ke atas pasukan polis. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dipergunakan untuk menyiasat badan bukan kerajaan NGO SUARAM yang menfailkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menukar dan memindah kakitangan awam di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat untuk menjejaskan urus tadbir kerajaan negeri. Semua adalah contoh salahguna kuasa yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Taktik KOTOR 3: Politik Perkauman. Walupun negara telah merdeka lebih 55 tahun, tetapi UMNO/BN masih mewarisi politik 'pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British. Dengan politik perkauman sempit seperti kuasa orang Melayu tergugat dan Insiden Mei 13 mungkin berulang yang dibawa oleh PERKASA dan Pemuda UMNO, maka konsep 1 Malaysia hanya menjadi satu slogan kosong yang tidak bermakna sahaja. Taktik KOTOR 4: Politik Wang. Presiden MCA Chua Soi Lek menyatakan bahawa politik wang bukan rasuah. Keluarga PM Najib Razak terlibat dalam projek Kementerian Pertahanan yang melibatkan sebanyak RM100 juta. Ketua Menteri Musa Aman yang terlibat secara langsung dalam RM40 juta wang seludup. Kesemua ini hanya merupakan sebahagian kecil politik wang dan rasuah UMNO/BN. Kredibiiti dan kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bankrap. Taktik KOTOR 5: Penipuan dalam Pilihanraya. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didapati adalah ahli UMNO. Senarai pengundi yang tidak bersih serta mempunyai pengundi hantu. Media tidak bebas, masa kempen terlalu singkat serta peraturan yang berat sebelah. Walaupun BERSIH 2.0 telah mendesak kerajaan untuk menjalankan reformasi sistem pilihanraya tetapi tiada perkembangan yang positif. Taktik KOTOR 6: Akta Zalim Menindas Hak Asasi. Walaupun PM Najib Razak berjanji untuk mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO), tetapi diganti dengan dua akta yang terus membenarkan kerajaan membuat penahanan tanpa perbicaraan. Akta Hasutan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Perhimpunan Aman adalah akta-akta zalim yang dijadikan alat kepada UMNO/BN untuk mencabuli hak asasi rakyat. Taktik KOTOR 7: Menguasai Media dan Putar-Belit. Utusan Malaysia, TV3 dan RTM yang dikuasai oleh UMNO/BN telah menjadi alat politik untuk menyerang Pakatan Rakyat. Liputan yang berat sebelah serta putar-belitkan sesuatu isu telah menyebabkan media massa tersebut hilang kredibiliti dan profesionalisme. Media massa tersebut juga tidak berupaya membuka minda masyarakat umum. Taktik KOTOR 8: Fitnah dan Aibkan Pembangkang. Tuduhan fitnah yang sering dibuat oleh UMNO/BN ke atas Pakatan Rakyat seperti hasut rakyat guling kerajaan melalui demonstrasi atau belajar dari Arab Spring, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Peserta demonstrasi didakwa membawa senjata atau menyerang polis adalah taktik kotor UMNO/BN yang tipikal. Taktik KOTOR 9: Budaya politk samseng dan ganas. Banyak ceramah umum Pakatan Rakyat telah diganggu dan diserang oleh penyokong UMNO/BN. Politik samseng seperti baling batu, rosakkan banner, bakar bendara parti serta SMS ugutan sering diamalkan oleh UMNO/BN yang tidak berani untuk berdebat atau berhujah. Puak samseng tersebut masih bermaharajarela sampai hari ini. Taktik KOTOR 10 Alih Fokus dan Tipu Helah. Apabila ditentang kuat oleh masyarakat sivil seperti BERSIH 2.0 dan Himpunan Hijau, UMNO/BN akan mengalih fokus untuk meredakan bantahan daripada masyarakat umum. Dalam isu Lynas, kerajaan UMNO/BN sanggup menipu rakyat dengan menyatakan produk sisa radioaktif akan dihantar keluar ke luar negera walaupun dilarang oleh Waigani Convention. Kesemua ini adalah tipu helah UMNO/BN. Oleh itu, AMK menyeru kepada semua pengundi khasnya pengundi baru mesti mengetahui 10 taktik KOTOR UMNO/BN. Jangan kita terpedaya dengan manfaat segera yang berjangka masa pendek atau terperangkap oleh UMNO/BN yang telah pecah amanah yang diberikan oleh rakyat. Marilah kita bersatu untuk menolak politik perkauman dan UMNO/BN untuk mendirikan sebuah Malaysia Baru yang bebas, adil dan demokrasi. LEE KHAI LOON Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia |
NGO Desak Najib, Rosmah, Nazim Disiasat Ekoran Pendedahan Deepak Posted: 15 Dec 2012 01:16 AM PST NGO Jingga 13 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Mohammad Nazim Razak disiasat mengenai pendedahan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Ini kerana Deepak dilaporkan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut terlibat dalam usaha merangka Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang dilakukan penyiasat persendirian P Balasubramaniam. SD2 merupakan satu dokumen yang berkait rapat dengan kes pembunahan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Oktober 2006. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, satu siasatan wajar dilakukan berkaitan pendedahan Deepak mengenai penglibatannya untuk membuat SD2 yang bertujuan untuk menyekat pendedahan yang lebih besar. Oleh itu Fariz berkata Polis dan Peguam Negara didesak supaya membuka balik kes pembunuhan yang ternyata wujud saksi baru di dalam kes itu. "Penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis. "Satu tindakan salah guna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka," katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini. Beberapa portal berita telah menyiarkan pendedahan terperinci Deepak yang mengatakan beliau mengaku bercakap dan bertemu Najib dan Rosmah di kediamannya bagi mencari jalan untuk berjumpa Balasubramaniam. Perjumpaan tersebut bertujuan membatalkan pengakuan bersumpahnya yang pertama (SD1). Deepak mendakwa Nazim dihantar bagi mewakili Najib dan perbincangan dilakukan termasuk merasuah Balasubramaniam bagi membatalkan SD1 dan membuat SD2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Selain itu, Deepak turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk disiasat namun beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil. |
Deepak Lari Ke Myanmar, Tulis Buku Dedahkan Penglibatan Rosmah Dalam Kes Bunuh Altantuya Posted: 14 Dec 2012 09:23 PM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan bercadang untuk menerbitkan buku setebal 26 halaman bagi mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kontroversi berhubung model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh. Buku itu katanya, akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita semalam. SD kedua itu menyebabkan Balasubramaniam menukar keterangan dalam SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya. "(Ia akan memuatkan kisah) dari hari pertama saya terima panggilan sehingga ke hari ini – semua kebenaran, semua fakta. Saya akan rampaikan semua SMS dan panggilan yang saya terima," katanya dipetik Malaysiakini. Buku itu akan dilancarkan Isnin depan dan boleh diperolehi secara bercetak dan dalam talian, tambahnya. Selain itu, beliau juga akan menerbitkan autobiografinya sendiri, susulan kepada penerbitan biografi Rosmah – yang didakwa sebagai seorang kawan baik wanita itu sebelum ini. "Datin Seri Rosmah membuat keputusan bijak untuk menerbitkan autobiografinya. Atas cadangan seorang rakan media, pagi tadi (semalam) saya bersetuju untuk menerbitkan dua buku ini," katanya. Atas rasa hormat kepada Rosmah, kata Deepak, beliau akan melancarkan buku autobiografi tersebut sehari selepas pelancaran buku isteri perdana menteri itu. Buku tulisannya itu akan digarap bagi mengisi masa lapangnya apabila beliau mula menetap di Burma tidak lama lagi. -KD |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment