Kelab Greenboc |
- Datuk K Kemalangan Di New Zealand, Siti Batal Konsert
- Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang
- Blogger UMNO Dedahkan Kejahilan Sendiri: Tak Tahu Bezakan Wali Dengan Jurunikah
- Bom Deepak Ketiga: Adik Najib Bayar Bala Untuk SD 2
- [EDISI TERDESAK] Bendera PKR Dibakar, Budaya Politik Samseng Menular
- Tulisan Biadab Bekas Menteri UMNO Di Utusan Malaysia Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia
- Ranking Malaysia Dalam Matematik & Sains Merosot
Datuk K Kemalangan Di New Zealand, Siti Batal Konsert Posted: 13 Dec 2012 04:47 PM PST Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis. Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand). Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan. "Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert. "Beliau terpaksa membatalkan konsert itu," katanya kepada mStar Online ketika di hubungi di sini pada Khamis. Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan. Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku. Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut. Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan. "Salam.... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua "team" konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya," kata Siti menerusi Twitter miliknya. -mstar Datuk K Patah Bahu, Kemalangan Di New Zealand |
Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang Posted: 13 Dec 2012 03:46 PM PST Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru. Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga). "Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan 'made in heaven'. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan," ujar Andy di satu kesempatan. Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya. Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan. Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003). Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa. Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, " Prestasi Zidane: Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis Liga Champions 2002 bersama Real Madrid Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid) La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003. Pemain Terbaik Eropah pada 1998 -republika |
Blogger UMNO Dedahkan Kejahilan Sendiri: Tak Tahu Bezakan Wali Dengan Jurunikah Posted: 13 Dec 2012 06:34 AM PST NNik Aziz Jadi Wali Kepada Apex?.. Bodohnya Pencacai UMNO nie.. Nak kata dia ni bodoh, nampak macam tak lah bodoh sangat pasal dia tahu menulis dan membaca, tapi dari apa yang ditulisnya tu nampak dia bodoh lah pulak.. Sebabnya dari apa yang dia tulis nampak sangat dia tak tahu nak bezakan antara Jurunikah dan juga Wali.. Ada ka patut dia kata Nik Aziz jadi Wali pada Apex pulak.. Lain kali kalau tak tahu, bertanya jangan main tulis membabi buta macam babi yang buta saja.. Apex tu lelaki jadi dia tak perlukan Wali untuk berkahwin, yang perlukan Wali ialah Leuniey dan walinya ialah Ayahnya sendiri.. Dalam perkara ini wali kepada Leuniey iaitu ayah kepada Leuniey telah menyerahkan kepada TG Nik Aziz untuk menyempurnakan pernikahan Apek dan anaknya Leuniey.. TG Nik Aziz telah dijemput sebagai jurunikah yang akan menikahkan mereka berdua… bukannya sebagai wali.. Buat malu orang Penang saja Blogger dari Unit Media Baru ni.. -fb |
Bom Deepak Ketiga: Adik Najib Bayar Bala Untuk SD 2 Posted: 13 Dec 2012 05:10 AM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua. Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Datuk Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim. "Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Datuk Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan. "Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya dalam wawancara dengan Malaysiakini. Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan. Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya. Deepak dalam wawancara semalam mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Datuk Nazim dan sumber-sumbernya". Pada tahun 2009, wartawan Malaysiakini cuba menghubungi Nazim berulang-ulang kali untuk mendapatkan penjelasannya tentang dakwaan tersebut. Malaysiakini berkunjung ke pejabatnya dan menyerahkan senarai soalan untuk dijawab Nazim. Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil sehinggalah wartawan Malaysiakini bertembung dengan Nazim di Masjid Negara selepas solat Jumaat pada Disember 2009. Beliau pada ketika itu baru selesai menziarahi pusara ayahnya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Sewaktu ditanya tentang dakwaan Bala pada ketika itu, beliau hanya menjawab "tiada apa-apa yang perlu diperkatakan". Dalam wawancara semalam, Deepak berkata beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya". -mk Deepak 'mencari kemaafan' dari Altantuya Ulasan GB Bukankah GB selalu katakan pada akhirnya hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh dinafikan dan akan tetap berlaku? Kebenaran umpama sang mentari yang menyinar manakala kebatilan dan kepalsuan adalah awan hitam yang menutupinya. Apabila awan hitam yang tebal bagaimana sekalipun berarak pergi, cahaya kebenaran akan tetap kelihatan dan bersinar akhirnya. Terlalu bodoh untuk sesiapa menolak hukum kebenaran dan keadilan ini. |
[EDISI TERDESAK] Bendera PKR Dibakar, Budaya Politik Samseng Menular Posted: 13 Dec 2012 03:03 AM PST Palong - Gerak kerja PKR yang sentiasa mendapat tempat di kalangan peneroka dipercayai menjadi punca bendera parti itu yang digantung di simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6, di sini menjadi mangsa khianat. Naib Ketua PKR Cabang Jempol, Rebin Birham berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar bendera parti itu, Ahad lalu, bukan saja biadab, malah menunjukkan rasa terdesak segelintir pihak yang cemburu melihat parti itu semakin mendapat sokongan. "Saya lihat perbuatan ini adalah rentetan daripada rasa tidak puas hati pihak berkenaan terhadap PKR kerana gerak kerja dan segala aktiviti kita mendapat tempat di kalangan peneroka. "Namun, peneroka kini lebih bijak menilai dan memilih parti mana yang mereka nampak lebih baik serta mempunyai masa depan untuk membela nasib peneroka," katanya yang juga merupakan Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan. Sementara itu, Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh berkata, tindakan tersebut menunjukkan amalan 'politik samseng' sudah menular di daerah ini, walaupun negara mengamalkan demokrasi membolehkan bebas memilih parti mereka mahu. "Masalah ini bukan saja di Palong, malah kawasan lain turut terkena tempiasnya. "Budaya ini perlu diubah. Kita minta kerjasama polis agar mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan tidak beretika ini," katanya kepada Sinar Harian di sini. Sementara itu, kejadian bendera PKR dibakar, Ahad lalu, disedari Setiausaha Ranting Keadilan Felda Palong 5, Mohd Razali Salleh ketika dia dalam perjalanan ke kebun. "Semasa saya dalam perjalanan ke kebun sekitar 7 pagi, saya dapati satu bendera besar serta dua bendera kecil PKR telah dibakar dekat simpang masuk Felda Palong 4, 5 & 6. "Saya terus buat laporan polis pada hari sama kerana ini adalah kejadian ketiga berlaku. kami tidak puas hati atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya. -SH |
Tulisan Biadab Bekas Menteri UMNO Di Utusan Malaysia Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia Posted: 12 Dec 2012 11:49 PM PST Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan 'sampah' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan.Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang. Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat. Malah tiada permohonan maaf serta sikap berdiam diri Barisan Nasional menggambarkan artikel itu adalah seolah-olah adalah pendirian rasmi regim Malaysia itu, dan tidak menggambarkan langsung usaha Datuk Seri Najib Razak yang berpendidikan terbuka di Britain, untuk membawa satu pembaharuan dalam "tranformasi' yang dilaungkan, dengan cara rendah mengekang pembangkang dalam pilihanraya. Sebagai bekas Presiden Republik Indonesia, Prof. Dr. Ing BJ Habibie pastinya salah seorang tokoh yang membawa imej negara republik itu ke mana-mana sahaja negara yang beliau kunjungi, dan menjadi satu imej terhormat di dalam dunia yang terbuka ini untuk beliau rapat dengan sesiapa sahaja yang beliau inginkan tanpa ada sifat prejudis. Menghina BJ Habibie adalah laksana menghina bangsa Indonesia itu sendiri secara keseluruhannya, meski semasa era pentadbiran beliau tetap menerima kritikan dan perbalahan isu dalam negara, tetapi beliau tetap dihormati sebagai bekas Presiden yang membawa Indonesia melalui zaman reformasi dengan begitu baik, adil dan saksama. Ternyata Barisan Nasional sebagai pemerintah gagal memainkan peranan diplomatik yang diperlukan sebagai sebuah kerajaan berdaulat. Mencipta konfrontasi dengan negara luar apatah lagi di saat banyak isu dua hala yang tidak selesai, menggambarkan kerajaan Najib Razak sudah begitu lemah dan pura-pura bertenaga untuk memimpin lima tahun ke hadapan. AIC bertegas bahawa penulisan dan etika Zainuddin Maidin itu sama sekali tidak boleh diterima, dan hanya mewakili pandangan individu dan parti komponen Barisan Nasional sahaja, jauh sekali menggambarkan pendirian rakyat Malaysia secara menyeluruh. Rakyat Malaysia menjunjung hubungan baik dengan Republik Indonesia sebagai sahabat terdekat, yang sentiasa bersama-sama negara ini dalam suka dan duka sepanjang penubuhannya sejak dulu. Justeru, penulisan Zainuddin Maidin harus dipandang sepi, sebagai satu interpertasi seorang penulis, dan bekas Menteri yang akhirnya telah bertukar menjadi satu penulisan yang cukup bodoh dan kurang ajar, berniat mencemarkan hubungan dua hala semata-mata mencuba untuk memburuk-burukkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia yang sebenar diterima oleh pimpinan dunia terutama di Asean. Saifuddin Shafi Muhammad Presiden AIC Malaysia Ahli MPR Indonesia akan hantar surat bantahan kepada Najib berhubung penghinaan terhadap Habibie |
Ranking Malaysia Dalam Matematik & Sains Merosot Posted: 12 Dec 2012 09:44 PM PST Muhyiddin perlu jelas kemerosotan Malaysia dalam matematik, sains KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER: Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassan digesa memberi penjelasan mengenai kemerosotan berterusan Malaysia dalam subjek matematik dan Sains berdasarkan kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuru Izzah Anwar dan Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming dalam kenyataan bersama hari ini mendakwa jurang markah antara pelajar lelaki dan perempuan dalam subjek berkenaan begitu ketara. Menurut mereka, pelajar Malaysia ketinggalan dalam matematik dan sains berbanding negara lain berdasarkan kajian dua badan pendidikan antarabangsa menunjukkan pencapaian sekolah menengah tahun ini lebih rendah berbanding sebelumnya. Katanya, Malaysia hanya mendapat 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua bersamaan gred lapan di seluruh dunia dan kajian TIMSS pada 2011 dan berada di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei, Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas dunia. "Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pelajar Malaysia dalam matematik merosot daripada 508 mata pada 2003 kepada 474 mata pada 2007, manakala subjek sains merosot daripada 510 kepada 471 dalam tempoh yang sama. Tony Pua berkata, dalam kajian TIMSS 2007 yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat, kemerosotan skor purata pelajar Malaysia 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian. "Kami mahu Muhyiddin memberi penjelasan menyeluruh mengenai kemerosotan itu dan mengambil langkah khusus menangani masalah itu bagi meyakinkan rakyat Malaysia. "Walaupun laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ada membangkitkan isu ini, namun tiada langkah khusus dan terperinci dinyatakan bagi mengatasi masalah itu," katanya. TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian terbabit. -Roketkini Ranking for key subjects worrying, BN blamed |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment