SEARCH

Thursday, December 13, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Papagomo Pendusta: Deepak Tak Sebut Pun Nama Anwar Ibrahim!

Posted: 12 Dec 2012 05:01 PM PST


Tuduhan Papagomo kononnya Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan berkaitan Najib Tun Razak serta Rosmah Mansur kerana beliau ditaja oleh Anwar Ibrahim. Papagomo juga menyiarkan satu rakaman video yang kononnya menunjukkan Deepak menyebut nama Anwar Ibrahim.

Namun Deepak menafikan tuduhan Papagomo ini sama sekali. Mengikut laporan Freemalaysiatoday, antara hujjah Deepak adalah beliau tidak menyebut nama Anwar Ibrahim pun dalam rakaman video yang disiarkan.

Dan kalau kita lihat rakaman video tersebut pun, yg meletakkan nama Anwar Ibrahim adalah Papagomo (yakni di dalam tulisan berwarna kuning - lihat gambar di atas). Deepak sendiri tak sebut Anwar Ibrahim.

Deepak juga berkata rakaman ini dibuat di rumah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO sewaktu beliau bertemu.

Jelas dari rakaman tersebut, Deepak menyebut berkenaan kes beliau dan bagaimana peguam2 beliau menyuruh beliau memberi keterangan2 yang akan menguntungkan beliau.

Apa yang kita boleh harap dari Papagomo ni?

Blog dia sendiri pun dia tak mau mengaku. Boleh ke kita percaya cakap2 kotor si Papagomo ni?

TULANG BESI



Deepak: Anwar is not behind me KUALA LUMPUR: Carpet dealer Deepak Jaikishan today denied that his recent revelations about Prime Minister Najib Tun Razak and wife Rosmah Mansor were engineered by Opposition Leader Anwar Ibrahim, saying that his mention of the latter in a video footage was taken out of context.

Speaking to FMT today, he claimed that his detractors cooked up a story from the video footage that showed him mentioning several PKR leaders, including Anwar.

The footage (photo: below) has been widely circulated by pro-Umno bloggers.

"I did not say that I met Anwar," he said.

"What I said and what was written (in the blog) are two different things.

" He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said.

Last week, pro-Umno blogger Papa Gomo posted a two-minute clip in which Deepak is seen speaking to a few people off camera.

Aside from Anwar, Deepak also mentioned Subang MP R Sivarasa and PKR vice-presidents N Surendran and Nurul Izzah in the video.

"So he said I give you the place, whatever you want to do I help you, but you have to help me lah. Of course it is understood lah," said the man in the video.

The video, according to Papa Gomo, was proof that Deepak had met with Anwar before he began his attacks against Najib and his wife Rosmah Mansor on Nov 27.

Video take at Umno leader's house

Responding to the allegations, Deepak said he was not working with anybody but was merely "seeking justice" for himself.

"I didn't know Anwar. And Sivarasa only came in for my court case at the last juncture. I never met Anwar in regard to this matter."

The 40-year-old businessman also told FMT that the video was recorded at the house of an Umno supreme council member who, he claimed, had tried to "silence" him.

Without disclosing his name, Deepak claimed that the Umno leader was the one who met him on Nov 30 and asked him not to make any further statement until Umno's annual general assembly was concluded on Dec 1. Deepak had made his first exposé on Nov 28.

He said he was not a member of any political party and that his only interest was business.

He claimed the government had caused a lot of disruption to his business after a land dispute involving him and Umno senator Raja Roopiah Abdullah.
-FMT

Syahid 16 Tahun Lalu, Jenazah Seperti Baru Dikebumikan

Posted: 12 Dec 2012 03:20 PM PST


Khalil al-Syarif - Khalil meninggal dunia pada 16 tahun yang lalu. Dia berasal dari Palestin. Dia syahid ketika sedang menentang tentera yahudi laknatullah.

Dulu kawasan kubur Khalil tanpa sengaja tergali. Sudah menjadi kebiasaan di Palestin menyatukan jenazah para syuhada di kubur yang sama.

Juga menjadi kebiasaan di Timur Tengah dan Arab mengebumikan jenazah di liang lahad yang telah lama digunakan.

Namun, semua orang terkejut apabila mereka mendapati jenazah Khalil yang tidak dimamah oleh tanah dan masih utuh.

Jenazahnya bahkan seperti baru sahaja dikebumikan satu jam lalu.

Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud dalam solat.

Detik Islam

[BERGAMBAR] "Najib Penipu!" Jeritan Peserta Tuntut Kerakyatan

Posted: 12 Dec 2012 07:02 AM PST


Ratusan pemegang kad pengenalan merah berhimpun di Putrajaya, JPN tutup pintu

PUTRAJAYA, 12 Dis — Sekumpulan hampir 300 orang peserta "Himpunan Duduk Bantah" yang menuntut kad pengenalan biru dan hak kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Putrajaya pagi ini.

Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah persiaran daripada seluruh negara mula berkumpul di lapangan tempat letak kereta berhampiran seawal jam 9 pagi sebelum bergerak ke JPN pada pukul 11 pagi.

Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah.

Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.

"Najib kata 9,000, beliau menipu!

"Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,"
kata Surendran.

Sepanjang perarakan kumpulan tersebut ke JPN, para peserta bersorak "Najib tipu", "Hishammuddin tipu", "JPN tipu" dan "hidup rakyat", serta membawa sepanduk dan replika kad pengenalan merah bergambar Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Naib presiden PKR tersebut kemudiaan mengecam pentadbiran Najib yang memberikan kerakyatan kepada warga asing tetapi tidak lihat kepada rakyat Malaysia yang lahir dan membesar disini.

"Beliau (Najib) boleh bagi kepada warga asing kad pengenalan biru, tapi kepada rakyat sendiri sangat susah nak beri.

"Mereka ini lahir disini, bercakap bahasa Melayu dan membesar disini tapi tidak diberikan kad pengenalan," tambah beliau.

Selepas selesai ucapan, beberapa ahli parlimen (MP) PR turut memberikan ucapan antaranya MP Subang (PKR) R. Sivarasa, MP Kapar (PKR) S.

Manickasavagam dan bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng.

Selain itu, turut bersama-sama dalam perhimpunan hari ini MP PAS iaitu Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Samad.

Tepat jam 11 pagi, semua peserta perhimpunan bergerak ke pejabat JPN dengan kawalan lalu lintas dipantau oleh beberapa sukarelawan daripada Unit Amal PAS serta polis trafik.

Setengah jam kemudiaan, para peserta tiba di perkarangan hadapan pejabat JPN yang dikawal oleh sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan polis bantuan, tetapi pegawai JPN menutup pintu bagi menghalang peserta daripada masuk.

Surendran, Dzulkefly dan Chua kemudiaan berunding dengan salah seorang pegawai JPN diperkarangan pejabat dan kemudiaan membenarkan mereka masuk bertemu dengan ketua pengarah JPN, Datuk Jariah binti Mohd Said.

Selepas perbincangan itu, pemimpin PR keluar dengan sejumlah borang untuk diedarkan kepada orang ramai dan JPN membuka kaunter pendaftaran diluar pejabat untuk memproses permohonan peserta yang datang hari ini.

Surendran jangkakan 300 permohonan akan dibuat pada hari ini sambil tidak menolak akan ke JPN sekali lagi jika Najib tidak menyelesaikan masalah kerakyatan ini dengan segera.

"Saya jangkakan hari ini kita akan buat 300 permohonan dan akan lebih banyak lagi selepas ini.

"Kalau JPN tidak selesaikan masalah ini, saya tidak tolak akan ada satu lagi perhimpunan seperti ini," tambah beliau.

Isu kerakyatan dibangkitkan oleh pemimpin PKR tersebut yang mendakwa terdapat seramai 300 ribu masyarakat India tidak memiliki kewarganegaraan pada minggu lalu.

Namun Najib membidas kenyataan tersebut dalam perhimpunan agung MIC hujung minggu lalu apabila mengatakan tuduhan pembangkang sebagai menipu dan bertujuan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Najib juga berkata berdasarkan perbincangannya dengan menteri sumber manusia Datuk Dr S. Subramaniam, hanya seramai 9,000 sahaja kaum India yang membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan dan bukannya 300,000 sepertimana yang didakwa oleh pihak pembangkang.

"Saya diberitahu Subramaniam bahawa hanya 9,000 orang sahaja yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,000 sudah diberikan kad pengenalan dan sijil kelahiran manakala selebihnya masih lagi dalam proses," terang Najib lagi. -TMI









[VIDEO] Bom Kedua Deepak Meletup: SD 2 Bala Untuk Sekat Siapa Bunuh Altantuya Terbongkar

Posted: 12 Dec 2012 04:45 AM PST

Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.

Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya.

Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga.

Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya.

Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan.

Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu.

Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (reverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.


Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja".


-HD

TGNA Akan Nikahkan Apex, Leuniey

Posted: 12 Dec 2012 01:49 AM PST

Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.

Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri. -SH

Parlimen Indonesia Kecam Zainuddin Maidin Dan Utusan Malaysia

Posted: 12 Dec 2012 12:20 AM PST


DMetrotvnews.com, Jakarta: Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.

Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. "Koran (akhbar) Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperialism," ungkapnya.

Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN. "Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia," kata Teguh.

Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. "Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?," tanya Pramono. Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini)

Koran (Akhbar) Malaysia Sebut Habibie Pengkhianat dan Anjing Imperialisme

Jakarta, Indonesianway.com - Artikel Tajuk Rencana atau Editorial di sebuah akhbar milik Malaysia, 'Utusan Malaysia' yang terbit pada Isnin (10/12/2012) menyebut mantan presiden Indonesia, BJ Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa' dan 'the dog of imperialism' atau terjemahannya, anjing imperialisme.

Artikel yang ditulis bekas Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin itu mengupas soal persamaan Habbibie dengan tokoh oposisi Anwar Ibrahim. Di salah satu bahagian tulisan itu dikatakan, Habibie merupakan sosok egois dan memualkan.

Akhbar ini merupakan salah satu media yang dikawal langsung oleh pemerintah Malaysia.

Zainuddin menuding Habibie sebagai "'Presiden Indonesia ketiga yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir karena mengkhianati negaranya".

Selain itu, katanya, Habibie telah 'menggunting dalam lipatan' pemerintah Soeharto.

Apa yang dilakukan Habibie, menurut Zainudin, sama dengan yang dilakukan Anwar terhadap pemerintahan Mahathir Mohammad.

Ia mengatakan, Habibie menjadi pengkhianat bangsa dengan menuruti kehendak Barat untuk melepas Timor Timur. Sementara Anwar dituduh pengkhianat karena keinginannya menyerahkan persoalan ekonomi kepada IMF.

"Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia," tulisnya.

Ia pun menyebut, "Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada "The Dog Of Imperialism."

Untuk diketahui, memang Habibie dan Anwar memiliki kedekatan. Anwar — yang hendak mengikuti Pilihanraya Umum Malaysia 2013 — mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis, (6/12/2012) lalu. Sementara pada Rabu, (28/11/2012), Anwar datang ke Jakarta untuk menghadiri 'Celebrating The Habibie Center's 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period.
(RD)
Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan p[un berjalan.

Kerana terlalu ghairah untuk menghentam Anwar, Utusan yang menyiarkan tulisan Zainuddin Maidin telah menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang sebelum ini disebabkan angkara dakwaan kes tiga orang polis merogol seorang amah Indonesia.

Laporan terkini mendapati Utusan sudah memadamkan tulisan berkenaan dari pautan akhbar onlinenya, tetapi yang bercetak akan tetap ada sebagai saksi dan buktinya.

Memang kedua-dua (zainuddin dan Utusan) yang merupakan lidah UMNO itu akan terus terhukum lantaran fitnah dan kebatilan yang mereka bawa...

...apabila kebenaran telah datang, yang batil pasti lenyap.....

Utusan dan UMNO BN tetap binasa!

Isu Khalwat: The Star Jatuh Martabat Macam Utusan Malaysia

Posted: 11 Dec 2012 09:34 PM PST

Akhbar milik MCA, The Star sudah sama tarafnya dengan Utusan Malaysia apabila ia mensensasikan berita yang mengelirukan bertujuan untuk menakutkan pembaca khusus di kalangan masyarakat bukan Islam.

Ia berikutan tajuk muka depan akhbar itu semalam 'Khalwat issue heats up' dengan liputan tiga muka surat bertujuan memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran beramanah Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiusaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata, perkara sebenar yang berlaku hanya berkaitan perlakuan tidak bermoral di kawasan awam di mana tindakan akan dikenakan melalui peraturan pihak berkuasa tempatan sedia ada dan langsung tidak ada kaitan dengan undang-undang Islam seperti yang didakwa akhbar berkenaan.

Katanya, tindakan The Star itu adalah satu perbuatan yang memalukan, tidak bermoral dan penuh muslihat.

"Mereka cuma mahu menggambarkan kepada orang bukan Islam bahawa PAS adalah parti politik yang ekstrim, begitu juga Utusan Malaysia yang menakutkan orang Melayu terhadap DAP," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi.

Eksploitasi isu itu, tambah Chin Tong secara langsung menjatuhkan wibawa dan maruah The Star kerana membenarkan diri mereka dijadikan alat propaganda jahat politik menyebar api kebencian dan perkauman sama seperti Utusan Malaysia,

"The Star mengeksploitasi kekeliruan pembaca di kalangan bukan Islam mengenai perbezaan ketara antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Sepatutnya sudah tidak ada isu yang boleh dibangkitkan lagi kerana ia sudah dijawab dengan sangat jelas oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada sebarang kes khalwat berlaku." ujarnya.

Menyifatkan ia sebagai taktik kotor BN untuk menang pilihan raya, Chin Tong berkata, media kawalan BN sudah bersedia mencipta dan mensensasikan berita dengan membelakangkan fakta dan kebenaran menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk itu, beliau berharap seluruh pendokong parti dalam Pakatan Rakyat berpegang teguh kepada Kerangka Dasar Bersama dan Buku Jingga agar tidak mudah dikelirukan atau terperangkap dengan jerat BN.

-Roketkini

No comments: