Kelab Greenboc |
- Rakyat Bentong Bangkit Untuk Pastikan Telinga Adnan Dipotong!
- "Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO!
- [DEDAH] Najib PM Paling Boros Belanja Duit Petronas
- Najib Perlu Berundur Jika Benar-benar Insaf
- [VIDEO] Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene Dilancarkan
- Hishamuddin Didesak Letak Jawatan kerana Campurtangan Dalam Urusan PDRM
- Pak Lah Perlu Jelaskan Isu Penjual Karpet - Mahfuz
Rakyat Bentong Bangkit Untuk Pastikan Telinga Adnan Dipotong! Posted: 30 Nov 2012 05:29 PM PST Rakyat Bentong bangkit dan berarak ke seluruh kawasan parlimen sebagai tindakbalas kepada kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang "mempertaruhkan" telinganya jika DAP menang di Bentong. Di dalam satu jawapan yang cukup dasyat Adnan Yaakob berkata: "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya. Malah beliau dengan sombong dan angkuhnya berkata bahawa sekalipun Lim Guan Eng bertanding di Bentong, beliau akan kalah. Berikut ialah laporan dan video mengenainya: MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong' |
"Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO! Posted: 30 Nov 2012 04:18 PM PST Hari ini dalam sejarah - harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad pertama kalinya ditutup pada paras harga penyenaraiannya (RM4.55). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tiba-tiba melenting dengan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh. "Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga, malaysiakini dipetik. "...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini. "Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini. Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV. TETAPI AHMAD MASLAN TIDAK PULA MENGULAS BAGAIMANA CELUPARNYA PM, NAJIB TUN RAZAK YANG TELAH MENGHARAMJADAHKAN PARA PENEROKA, DAN KINI APA YANG BERLAKU IALAH HARAMJADAH ITU BERBALIK MENIMPANYA SEMULA! - GB Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53. Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV. Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian. Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya. |
[DEDAH] Najib PM Paling Boros Belanja Duit Petronas Posted: 30 Nov 2012 07:01 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan Menteri Kewangan paling boros sehingga memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah negara. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedah, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas kecuali Najib. Berdasarkan sumber Kementerian Kewangan dan Jabatan Statistik memaparkan, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Petronas menyumbang dividen pada kadar RM3.1 bilion dari tahun 1992 sehingga tahun 1997. Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan pula, sebanyak RM9.1 bilion disumbangkan pada tahun 2004, RM11.0 bilion bagi tahun 2005, RM18.0 bagi tahun 2006 dan RM24.0 bilion untuk tahun 2007. Sementara itu, ketika zaman Najib pula, sebanyak RM30.0 bilion dividen disumbangkan secara konsisten dari tahun 2009 hingga tahun 2011. "Tatkala Anwar berusaha mengurangkan hutang negara, berbelanja secara berhemah sehingga pendapatan mengatasi perbelanjaan tanpa membebankan Petronas dan memacu pertumbuhan ekonomi sehingga 10 peratus, Datuk Seri Najib mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang Petronas. "Hutang negara meningkat lima kali ganda, bajet defisit berlarutan selama 14 tahun dan pertumbuhan ekonomi tetap lembap pada kadar sekitar empat hingga lima peratus sahaja," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR. Azmin tampil hari ini mempertahankan kreadibiliti dan kemampuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi ekonomi negara ekoran serangan Najib semalam dalam perhimpunan agung Umno. Jelas Azmin, pencapaian ekonomi Najib tidak pernah sekalipun mengatasi pencapaian Anwar yang berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9-10 peratus dalam tempoh menjadi Menteri Kewangan. Manakala Najib yang mula menjawat jawatan Menteri Kewangan sejak tahun 2009 membawa ekonomi ke arah sebaliknya dan menjurus kepada kegawatan sedangkan negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat. Selain itu, Najib Razak juga gagal mengatasi masalah hutang walaupun ditinggalkan Anwar dalam keadaan cukup baik. Azmin turut menegaskan, modus operandi serangan terhadap Anwar mengenai kreadibiliti pentadbiran ekonomi kembali digunapakai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya negara akan muflis jika Umno-BN tidak diberikan kuasa memerintah. "PRU-13 rakyat tetap memilih Pakatan Rakyat. Maknanya rakyat yang matang tidak akan terpengaruh dengan propaganda politik Umno-BN yang meremehkan keupayaan rakyat untuk menilai pencapaian ekonomi negara dibawah kepimpinan Anwar sebagai Menteri Kewangan. "Sekali lagi saya yakin rakyat pastinya menolak 'politics of fear' yang dibawa oleh Presiden Umno," katanya. |
Najib Perlu Berundur Jika Benar-benar Insaf Posted: 30 Nov 2012 04:11 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya. Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf. Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara. "Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan. "Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain," kata beliau kepada Harakahdaily. Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju. Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat. Katanya, pimpinan Umno hanya sibuk menghentam Pakatan Rakyat dan tiada langsung usaha gerak kerja dan strategi yang dicadangkan serta dibincangkan untuk menghadapi PRU13. "Semua perwakilan daripada pemuda, wanita dan pimpinan tertinggi hanya menghentam dan memfitnah sebaliknya tiada langsung idea, strategi, dan gerak kerja yang bernas dilontarkan daripada perwakilan," katanya ketika ditemui Harakahdaily hari ini. Menurutnya, perwakilan seharusnya menggunakan perhimpunan kali ini untuk memuhasabah diri dan mencari punca kenapa sokongan masyarakat kepada parti itu semakin berkurang. Fakhrulrazi berkata, pemimpin Umno seolah-olah meragui akan kesetiaan ahli sendiri apabila terus menyarankan agar tidak mempercayai agenda Pakatan Rakyat. "Mereka seolah-olah tidak yakin dengan sokongan ahli sendiri dan berusaha untuk memberi kepercayaan tinggi ahli kepada Umno," kata beliau lagi. Beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, suasana ini menggambarkan Umno semakin terdesak untuk meraih sokongan termasuk ahli sendiri. |
[VIDEO] Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene Dilancarkan Posted: 30 Nov 2012 02:22 AM PST Kartunis politik, Zulkiflee Anwar Haque atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau bersama Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan terus berjuang menentang kerajaan Umno BN melalui kartun. Menyifatkan ia sebagai tanggungjawab sosial kartunis, kata Zunar, beliau ingin menggunakan bakatnya untuk menyumbang kepada rakyat dan negara. "Kartun saya bukan sekadar untuk gelak, tetapi untuk 'gelak guling-guling'. Maknanya lepas kita ketawa, kita gulingkan kerajaan Umno BN," katanya disambut sorakan 150 hadirin di majlis pelancaran buku terbaru beliau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Pelancaran itu disempurnakan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Buku 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' itu mengandungi 32 muka surat hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram). Skripnya ditulis Suaram berdasarkan kes pembelian kapal selam Scorpene yang kini dibicarakan di Mahkamah Perancis dan kisah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Ia bertujuan memberi pemahaman kepada orang ramai berkenaan kes tersebut. Menurut Zunar, perjuangan melalui kartun antara cara paling berkesan dalam menentang kezaliman Umno BN. "Kalau kita berdemonstrasi, mereka akan tangkap kita dan sekat jalan. Kalau kita bawa usul di Parlimen, Speaker Dewan Rakyat akan tolak. Tapi kalau kita ketawakan Umno BN, mereka boleh buat apa? "Takkanlah nak gubal Akta Ketawa Negara?" sinis Zunar. Program yang bermula kira-kira jam lapan malam itu dimulai dengan tayangan video taklimat peguam Scorpene, Apoline Cagnat di Hotel Changi, Singapura Selasa lalu. Sebelum ucapan Zunar, Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menyampaikan kata-kata aluan. Turut menarik perhatian, persembahan ala boneka oleh KKI. Antara tokoh yang hadir adalah bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib dan karyawan Pyanhabib. 'Hikayat Pak Monggol dan Scorpene' dijual dengan harga RM5 dan seluruh hasil jualan akan disumbangkan kepada Suaram. Tempahan awal boleh dibuat di sini. -KD |
Hishamuddin Didesak Letak Jawatan kerana Campurtangan Dalam Urusan PDRM Posted: 29 Nov 2012 11:48 PM PST Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didesak letak jawatan atau digantung tugas dan perlu ada siasatan terbuka ke atasnya. Ia ekoran dakwaan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan menyatakan Hishammuddin campur tangan dalam tugas polis. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pendedahan Musa. "Ini satu yang serius, rakyat dan warga asing yang mahu berurusan dalam negara ini sudah tentu tergugat kepercayaannya terhadap institusi polis negara ini. Sesuatu harus dilakukan segera," kata Pengarah Seketeriat SAMM Kebangsaan, Norazizi A Aziz. Musa dalam sidang medianya Rabu lalu, menyatakan dengan jelas tuduhan bahawa Menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai KPN dan mendakwa ia masih berlanjutan. Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Hishammuddin sebagai antara ahli politik itu dan mendakwa keengganannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak. Menurut Musa, tindakan Hishammuddin itu bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (KPN) sahaja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan. Berikutan itu, SAMM dan sekutu akan mengadakan himpunan ringkas, sidang media serta akan menfailkan satu laporan polis berkenaan perkara ini. Ia akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11. 50 pagi ini. Laporan polis dan himpunan tersebut akan diketuai oleh Penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin. -KD |
Pak Lah Perlu Jelaskan Isu Penjual Karpet - Mahfuz Posted: 29 Nov 2012 09:56 PM PST Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut penjelasan daripada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu penjual karpet Deepak Jaikishan yang didakwa ditipu oleh pemimpin Wanita Umno kerana perkara itu berlaku pada zaman pemerintahan beliau. Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, menegaskan perkara tersebut yang berlaku pada tahun 2007 dan pada ketika itu, Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah merupakan perdana menteri. "Pak Lah perlu beri penjelasan.... kita percaya semua dalam pengetahuan beliau, kenapa beliau serah kepada (Perdana Menteri Datuk Ser ) Najib (Razak)," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. Deepak sebelum ini mendedahkan pada tahun 2007 beliau telah bersetuju untuk membeli tiga bidang tanah dengan harga RM 13 juta dengan disertai jaminan RM72 juta jaminan bank dari seorang Ketua Wanita Umno. Ketua Wanita Umno itu jelas Deepak telah dianugerahkan projek penswastaan bernilai RM100 juta untuk membangunkan pusat penyelidikan pertahanan yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas). "Seperti ada perjanjian antara Pak Lah dengan Najib," soal Mahfuz. Deepak membawa perkara itu ke mahkamah dan dan menamakan Awan Megah Sdn Bhd bersama Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Development Sdn Bhd dalam pendakwaan kerana didakwa menipunya untuk projek tanah bernilai jutaan ringgit. -TMI Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment