SEARCH

Monday, November 26, 2012

Rafi , Artikel Pilihan: Kesan Fikiran Negatif" & PowerBoost di MAHA

Salam Rafi, 

Beberapa hari sahaja lagi akan masuk bulan terakhir tahun ini. Waktu-waktu begini ada baiknya untuk kita cerminkan kembali pencapaian yang telah kita lalui pada tahun ini dan mula pula untuk merancang tahun hadapan.

Tahun ini, berbagai-bagai aktiviti  saya telah jalankan serta dapat bertemu dan membantu berpuluh ribu ushawan dan bakal usahawan di serata Malaysia dalam membawa perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah, amat suka saya diberi peluang tersebut! 

Tahun ini juga saya telah menjalankan beberapa projek baru seperti Majalah IK - Inspirasi Kejayaan, yang kini sudah masuk isu yang ke-7, dapatkan di kedai-kedai majalah serata Malaysia! Juga, memulakan jaringan perniagaan produk kesihatan Power Boost, yang kini sedang dipromosikan di MAHA 2012 (maklumat lanjut di bawah), tak lupa juga menjalankan program "Diploma Eksekutif Pemasaran Internet dan Media Sosial" bersama Asia eUniversity, yang kini telah penuh untuk pengambilan ke-3 dan terbuka untuk pengambilan ke-4 pada tahun 2013 (klik di sini).

Di TV juga, jangan ketinggalan slot mingguan saya di TV2, Hello On Two setiap Selasa jam 8.00 pagi serta diberi kepercayaan menulis kolum mingguan WANG ANDA setiap Ahad di Metro Ahad, Majalah Metro, jangan lepaskan!

Tahun 2012 memang padat dengan aktiviti dan harapan saya tahun 2013 dapat lagi bersama anda membantu dalam bidang perniagaan, kewangan dan juga motivasi.
Image

Rafi,  sesuatu yang amat menarik juga bakal dilancarkan pada bulan hadapan (tak lama lagi) oleh kerana atas permintaan ramai, ramai yang ingin pelajari teknik dan strategi menjalankan perniagaan Internet dari rumah. Dalam beberapa hari sahaja lagi, saya akan umumkan pelancaran sebuah produk set DVD belajar-dari-rumah bernama "JUTAWAN INTERNET 2.0" khas untuk anda yang ingin pelajari cara menjana pendapatan dari keselesaan rumah. Tunggu ya!

Artikel saya kali ini adalah sedikit peringatan kepada anda dan diri saya sendiri juga tentang bahayanya berfikir negatif!

Mudahan memberi manfaat kepada anda...

Ikhlas,

Irfan Khairi
Kuala Lumpur

*********
PowerBoost di MAHA 2012
23hb Nov - 2hb Dec 
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor, Malaysia

Ingin memulakan perniagaan produk kesihatan POWERBOOST? PowerBoost kini telah membantu beribu pengguna dalam menambahkan tenaga dan stamina menjalankan aktiviti harian yang kian mencabar hari ini. Peluang stokis bandar PowerBoost terbuka. Temui kami di MAHA:

POWERBOOST I
BOOTH lot 198, HALL C. Agrobazaar.
Contact : Kak Shiroh - 0133945153

POWERBOOST II
BOOTH lot 46, at HALL D - 
Contact Pn Radziah 0123890920


*********

Artikel Pilihan: KESAN FIKIRAN NEGATIF
Oleh: Irfan Khairi

Kita sedia maklum bahawa untuk berjaya perlu berfikir positif. Sehingga bagaikan satu cliché sering disebut oleh pakar-pakar motivasi bila berceramah. Namun, berfikir positif setiap masa bukannya perkara yang mudah.

Berfikir negatif  ada tempatnya juga, bukan setiap masa perasaan berfikir negatif seperti marah, sedih, cemburu, duka, bengang dan seumpama dengannya tidak akan terlintas dalam diri kita. Sebagai manusia, pastinya kita akan merasa juga perasaan-perasaan ini.

Image

Apa yang penting adalah untuk kita menyedarinya dan dengan pantas, alihkan fikiran tersebut supaya fikiran negatif tidak memakan diri kita sendiri. Dengan menyedari dan mengetahui apakah kesan-kesan negatif yang akan terjadi pada diri kita, ia merupakan langkah awal untuk kita alihkan tumpuan kepada perkara yang lebih positif.

Negatif terhadap diri
Negatif terhadap diri sering dikaitkan dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri. Kita akan sering melihat orang lain lebih berilmu, lebih berpengalaman dan lebih bagus dari kita, dan sering memperlekehkan kupayaan diri kita sendiri.

Kelemahan utama diri kita sebenarnya bermula dalam minda. Sekiranya minda sudah mengalah pada awalnya, maka, sebelum mengambil apa jua tindakan, badan kita sudah tidak bertenaga kerana tidak yakin dengan apa yang kita boleh lakukan.

Untuk mengubah kejayaan kita, kita perlu mengubah aksi diri kita dan aksi diri kita bermula dengan minda kita supaya tidak berfikir negatif!

Negatif terhadap orang lain
Tidak cukup dengan negatif pada diri sendiri, sesetengah kita sering memandang negatif terhadap orang lain. Mungkin perasaan buruk sangka, iri hati atau atau tidak puas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh orang lain.

Apa yang akan terjadi adalah secara tak sedar, kita akan kaitkan "kejayaan" dengan perkara-negatif oleh kerana itu yang telah dikaitkan pada orang lain. Ertinya, minda kita akan rasa sekiranya kita mencapai kejayaan, orang lain akan buruk sangka pada kita, iri hati dan tidak berpuas hati- dan ini akan menghampakan diri kita untuk mencapai kejayaan sendiri.

Pastinya dengan perasaan sebegini secara tak sedar, kita juga tidak 'mahu' untuk capai kejayaan dan sering menyalahkan orang lain!



Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jGysrIycrGw=

No comments: