Kelab Greenboc |
- Putarbelit Kenyataan Izzah, Media Umno Tak Siuman – Pengerusi Shura
- Isu Nurul Izzah: PAS Sedia Hadap Sultan Jelas Kekeliruan
- [BERSEPAI] Minit Mesyuarat Sahkan MIC Sokong Bina Kondo
- Dr.Asri & Dr.Mujahid Pertahankan Nurul Izzah
- [VIDEO] Obama Kekal Presiden Amerika
- Jika Tiada Fatwa, Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Utusan & Abdullah Sama'ah?
Putarbelit Kenyataan Izzah, Media Umno Tak Siuman – Pengerusi Shura Posted: 07 Nov 2012 04:54 PM PST Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada yang mempertikai akidahnya. Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan raya semakin hampir. "Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang disiarkan mereka. "Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan kenyataan terutama melibatkan soal agama," katanya ketika dihubungi. Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al Baqarah mengenai beragama. "Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak betul kerana isunya sekarang kebebasan agama. "Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula," jelas beliau. Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan rakyat. "Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk burukkan Pakatan Rakyat," ujarnya. |
Isu Nurul Izzah: PAS Sedia Hadap Sultan Jelas Kekeliruan Posted: 07 Nov 2012 02:44 PM PST PAS tidak keberatan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara sebenar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai hak kebebasan memilih agama. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, maklumat sebenar mungkin tidak dijelaskan sepenuhnya kepada Sultan Sharafuddin oleh Majlis Agama Islam (MAIS) menyebabkan baginda memberikan respon sedemikian. "Saya yakin Sultan tidak mendapat kenyataan Nurul yang sebenarnya. Kalau tidak saya sendiri boleh menghadap Sultan untuk memberitahu. "Saya cukup friendly (baik) dengan Sultan. Saya sendiri boleh membawa kenyataan sebenar kepada Sultan," katanya di lobi Parlimen hari ini. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai kenyataan MAIS yang menyampaikan kekecewaan Sultan terhadap isu itu. Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan semalam berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam. Dzulkefly berkata, beliau bersedia menjelaskan perkara yang sebenar kepada Sultan sehingga bagaimana ia boleh diputarbelitkan sehingga ditafsirkan sebagai menggalakkan murtad. Informasi sebenar "Saya ahli Parlimen negeri Selangor dan tentunya saya yakin atas menjaga martabat Sultan saya sendiri boleh mengangkat informasi yang sebenarnya," katanya. Beliau bagaimanapun, berkata tindakannya itu bukan bermakna secara peribadi mahu mempertahankan Nurul Izzah sebaliknya ia soal hukum agama yang sengaja dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. "Saya yakin seperti (Datuk) Hasan Ali dan semua yang buat kenyataan mereka tidak berlaku adil untuk benar-benar tak meneliti apa yang disebutkan Nurul. "Tak bermakna sebagai orang PAS dan Pakatan saya pertahan Nurul tetapi saya mahu suarakan apa yang benar. "Jangan sampai kerana kepentingan politik kepartian sanggup (memutarbelitkan hukum agama)…bayangkan orang yang komited pada agama, sembahyang lima kali sehari boleh dikatakan mengajak orang keluar agama dan dia boleh percaya," katanya. |
[BERSEPAI] Minit Mesyuarat Sahkan MIC Sokong Bina Kondo Posted: 07 Nov 2012 07:02 AM PST Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC. Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007. Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini. MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu. Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu. Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya. Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat. Kohilan, three MIC reps gave nod to Batu Caves project klik untuk baca |
Dr.Asri & Dr.Mujahid Pertahankan Nurul Izzah Posted: 07 Nov 2012 02:40 AM PST Asri bela Nurul Izzah Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membela Nurul Izzah Anwar kerana berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama. Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi. "Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam. "Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut. "Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya dipetik dariSinar Harian Online. Baru-baru ini, sebuah laman portal melaporkan Naib Presiden PKR itu mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu. "Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang dipetik dari portal berita itu. Nurul Izzah menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak. Beliau juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini. Nurul Izzah juga semalam mengumumkan akan mengambil tindakan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana dikatakan memutarbelitkan kenyataannya-TMI. Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid |
[VIDEO] Obama Kekal Presiden Amerika Posted: 07 Nov 2012 12:16 AM PST New York - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan. Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi. Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini. Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih. UNDI PEMILIH: Barack Obama: 281 Mitt Romney: 203 UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah) Barack Obama: 46,088,635 (49.2%) Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%) Lain: 1,367,862 (1.5) Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua. Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney. Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu. Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney. Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus. Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi. Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih. |
Jika Tiada Fatwa, Mengapa Tiada Tindakan Ke Atas Utusan & Abdullah Sama'ah? Posted: 07 Nov 2012 01:00 AM PST Tiada fatwa istilah 'Kafir Harbi', kata Jamil Khir. KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah "Kafir Harbi" yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi. "Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen. Jamil turut menjelaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah dan diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). "Fatwa dan pandangan hukum di negara ini hanya boleh dikeluarkan pihak berautoriti. "Oleh itu, mana-mana pendapat atau institusi selain daripada dua entiti tersebut tidak boleh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya hukuman bersifat peribadi," katanya lagi. Abdul Hadi sebelum ini bertanyakan soalan mengenai tindakan yang diambil terhadap pihak yang menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai Kafir Harbi. Presiden PAS itu juga turut menyuarakan kebimbangan penggunaan istilah sedemikian yang menurutnya boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia. Mengulas berkenaan perkara itu, Jamil Khir berkata tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini. "Walaupun kerajaan meyakini prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara yang berkait dengan isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam," katanya lagi. Akhbar Utusan Malaysia pada Ogos lalu pernah mengeluarkan kenyataan berhubung satu temubual dengan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa'amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam dan turut melabelkan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan gelaran Kafir Harbi. Istilah Kafir Harbi merujuk kepada golongan musuh bukan Islam yang mengancam dan berperang dengan umat Islam yang mana darah mereka halal ditumpahkan. Dalam konotasi suasana perang, ia boleh diistilahkan diperingkat negara kerana golongan Kafir Harbi itu juga turut berusaha untuk membunuh umat Islam. Apa tindakan tuduh bukan Islam sebagai kafir harbi. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment