Kelab Greenboc |
- Kenapa AES Dipasang Juga Walau Dikritik Hebat Terjawab, Dikuasai Syarikat Kroni UMNO MCA
- Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah
- [TERKINI] Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi
- [IKTIBAR] Mati Melekat Kedua-dua Badan Selepas Melakukan Zina
- [VIDEO] Penyelewengan Daftar Pemilih SPR Bukti Umno BN Penipu Nombor 1
- [BERGAMBAR] Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup
- Soi Lek Hanya Tentang Hudud PAS Tapi Terima Hudud Sebenar?
| Kenapa AES Dipasang Juga Walau Dikritik Hebat Terjawab, Dikuasai Syarikat Kroni UMNO MCA Posted: 05 Nov 2012 05:01 PM PST Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA. Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To'Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim. "Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat. "Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini. Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd. "Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini," soal beliau. Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005. Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta. Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan. Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES. "Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini. "Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini," kata Bendahari Agung KEADILAN itu. Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman. Kroni Umno kuasai tender AES |
| Pemimpin Sabah Cepat-cepat Masukkan RM40 juta Ke Dalam Akaun UMNO Sabah Posted: 05 Nov 2012 04:16 PM PST Ahli Parlimen BN: RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah. Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu. "Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini. "Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan. "Ini kes berprofil tinggi. Hal ini kemudiannya terpulang kepada SPRM. Ada banyak versi berbeza. Kita akan terus menjejak petanda dan akan ada beberapa lagi pendedahan," jelas Rafizi. Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah atau menerima atau bersetuju menerima bagi dirinya atau mana-mana orang lain melakukan kesalahan rasuah. "Sebab itu SPRM dituntut membuat siasatan," tegasnya. Turut hadir bersama Rafizi membuat laporan di ibu pejabat SPRM ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa yang juga Ketua Penyelaras Jingga 13. Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri Ulasan GB Seperti kata Rafizi: Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?" Apakah kerana pemimpin Sabah sudah terhidu bahawa laporan SPRM yang dilakukan oleh Rafizi bakal menjerat mereka, maka sebab itu wang RM40 juta dimasukkan ke akaun UMNO Sabah bagi menjustifikasikan dakwaan bahawa wang tersebut sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah bagi mengelakkan dari siasatan SPRM? Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka cuba menipu rakyat dan sekalipun SPRM enggan untuk melakukan siasatan. |
| [TERKINI] Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi Posted: 05 Nov 2012 07:28 AM PST Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini. Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55. Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terrendah pada RM4.69 pada 10 September lalu. Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65. Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70. Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH. "Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli. Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan. |
| [IKTIBAR] Mati Melekat Kedua-dua Badan Selepas Melakukan Zina Posted: 05 Nov 2012 03:32 AM PST Karawang Raka, Indonesia – Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang. Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu. Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini. Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia. Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya "ujarnya. Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. "Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya," katanya. -halimislam |
| [VIDEO] Penyelewengan Daftar Pemilih SPR Bukti Umno BN Penipu Nombor 1 Posted: 05 Nov 2012 12:07 AM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun. "Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa," katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar. Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN)," katanya disambut sorakan gamat. Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan. September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13. Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat. "Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa," katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara. "(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa," tegasnya lagi. Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan. Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan. Anwar dakwa cubaan tipu senarai daftar pemilih |
| [BERGAMBAR] Cemas: 10 Anggota Bomba Cedera Tangki Minyak Meletup Posted: 04 Nov 2012 09:56 PM PST Kota Bharu- 10 anggota bomba cedera dalam kebakaran yang melibatkan empat tangki minyak di sebuah kilang tayar yang tidak lagi beroperasi di kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Padang Tembak di sini pagi tadi. Anggota bomba berdepan detik cemas selepas dua daripada tangki minyak terbabit yang dipercayai mengalami kebocoran meletup ketika mereka cuba mengawal api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu. Wartawan dan Jurufoto Sinar Harian juga yang turut berada di lokasi kejadian, sempat menyelamatkan diri dari kebakaran itu yang mengambil masa hampir dua jam untuk dikawal. Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan. Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, dalam kejadian itu lima anggota dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala selebihnya menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II. "Buat masa ini tiga mangsa yang cedera parah iaitu Nazah Napi, Abdullah Mohamad, Abdul Razak Abdullah yang bertugas di Balai Bomba Kota Bharu ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). "Selebihnya yang mengalami kecederaan di leher, tangan dan badan menerima rawatan susulan di HUSM dan HRPZ II," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Azmi berkata, ketika kebakaran berlaku lima jentera dengan 39 anggota iaitu dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, dan Darul Naim dihantar ke tempat kejadian. "Ketika cuba memadam api, bomba menghadapi kesukaran disebabkan masalah bekalan air yang tidak mencukupi namun masih berusaha mengawalnya. "Buat masa ini punca kebakaran dan kerugian masih disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit," katanya. -SH
|
| Soi Lek Hanya Tentang Hudud PAS Tapi Terima Hudud Sebenar? Posted: 04 Nov 2012 07:55 PM PST Setelah hina Islam, Presiden MCA hina orang Islam pula Melalui akhbarnya, Mingguan Malaysia, Umno hari ini (semalam) tampil sebagai pembela Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan liputannya yang bertajuk 'Kami hanya tentang hudud versi PAS'. Sebelum ini, musuh Islam itu cerca dan hina Islam dengan kenyataan-kenyataannya mengenai hudud. Kali ini, dia hina umat Islam pula apabila cuba membodoh-bodohkan kita kononnya parti kurang ajarnya hanya menentang hudud versi PAS. Di bawah berita FMT "MCA hanya tentang hudud PAS, kata Chua", saya tulis: Kalau tak suka hudud PAS, maknanya boleh terima hudud Umno la? Siapa yg tulis kat Twitter "The Johor Umno Adun must have run out of ideas and out of his mind to propose hudud in Johor for all. MCA will definitely object to it"? Adakah Adun Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan hudud PAS sehingga Chua menuduhnya hilang akal? (Lihat Malaysiakini 2/7/12 "Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA") Syaitan MCA itu menghina kita seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata. Ketika perhimpunan agung MCA baru-baru ini, syaitan itu yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat (lihat Malaysiakini 23/10/12 "'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'") Adakah negara-negara itu melaksanakan hudud PAS? Celaka sungguh syaitan itu! MCA tolak hudud PAS sahaja? Bukankah Chua sendiri yang menyatakan MCA sanggup berpisah dengan Umno jika parti itu mahu melaksanakan hudud? Adakah Umno mahu melaksanakan hudud PAS? (Lihat Malaysiakini 23/9/11 "Hudud: MCA, Gerakan sanggup tinggalkan Umno") Jelaslah dakwaan terbaru si kutuk itu kononnya dia dan MCA yang dikepalainya hanya menentang hudud PAS adalah tindakan menghina umat Islam seolah-olah kita tak tahu baca dan tak ada otak untuk mengingati apa yang dia kata. Lebih jahat lagi, untuk menipu umat Islam, Umno memanjangkan penghinaan syaitan itu ke atas umat Islam dengan liputan prominent di muka depan Mingguan Malaysia hari ini kononnya musuh Islam itu hanya menentang hudud versi PAS. Jangan lupa, Hata Wahari pernah menceritakan kepada kita bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat Malaysiakini 12/5/11 "Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA"). -penarikbeca Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan Ulasan GB Kata-kata Soi Lek bahawa "MCA hanya tentang hudud PAS" membawa pengertian bahawa yang beliau tentang hanyalah hudud versi PAS, jadi beliau terima hudud lain selain hudud PAS tetapi terima hudud Islam? Hukum kebenaran dan keadilan telah memerangkap beliau melalui perkataannya sendiri! Sedangkan sebelum ini Chua Soi Lek telah pergi jauh, bukan sahaja mengkrtitik hudud yang diperkenalkan oleh PAS, tetapi telah mengkritik Islam dan negara Islam dengan menyatakan negara Islam yang mengamalkan hudud antara yang paling korup di dunia, sekalipun tiada statistik atau bukti yang diketengahkan bagi menyokong dakwaannya itu. Berita di bawah ini membuktikannya: Sejak bila negara-negara Islam yang beliau maksudkan itu mengamalkan hudud PAS? Dan hakikat yang nyata negara yang mengamalkan hudud adalah yang mempunyai kadar jenayah yang paling rendah terutama kes rogol. Bab ini yang Chua Soi Lek tidak suka agaknya kerana beliau pemimpin BN yang pernah mengakui terlibat di dalam video porno! |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















No comments:
Post a Comment