Kelab Greenboc |
- Skandal Scorpene ‘Bapak’ Segala Jenayah Di Malaysia
- [VIDEO] Deepak, Kawan Rosmah, Dedahkan Diberi Amaran Untuk Tidak Dedahkan Perkara Sebenar
- Najib Kini Mengemis Undi?
- Kempen Tipu Rakyat Sebab S’ngor Tolak Langat 2 - MB
- SUK Perak Antara Bakal Diheret Ke Mahkamah Kerana Arah Robohkan Billboard
- "Syaitan" Itu Kepanasan Apabila Dibacakan Doa & Ayat Quran Ke Atasnya
- Kerajaan Dicabar Dedah Konsesi AES Kepada Umum
| Skandal Scorpene ‘Bapak’ Segala Jenayah Di Malaysia Posted: 27 Nov 2012 05:25 PM PST Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah 'bapak' kepada semua kes jenayah di Malaysia. Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia, rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana itu rakyat perlu tahu mengenainya. "Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7 bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ," katanya. "Sebab itu pelbagai usaha kita buat agar rakyat celik tentang isu ini, termasuk membawa masuk peguam dari Perancis ke Parlimen, namun akhirnya dihalang kerajaan," jelasnya kepada kepada Keadilan Daily dalam program tayangan secara langsung taklimat Scorpene yang dibawakan oleh SAMM di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) tengahari tadi. Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Changi Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu berlangsung dua jam. SAMM dan kerjasama dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini komited memberi pendedahan berhubung kes itu kepada masyarakat pedalaman dengan mengadakan ceramah dan jelajah. "Puak-puak Umno kemudian membuat pelbagai cerita kononnya tidak ada perbicaraan tentang kes itu di Perancis. Tapi bila kita nak bawa masuk (peguam) untuk jelaskan, mereka (kerajaan) takut pula nak bagi (masuk)," kata beliau. Sehubungan itu, menurutnya, SAMM akan melancarkan buku bertajuk 'Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia' pada bulan depan. "Dalam buku tersebut ada semua dokumen lengkap dan telah disahkan mengenai pembelian kapal selam itu. "Jadi komitmen kita ialah turun kepada rakyat dan memudahkan pemahaman mereka," jelas Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu. -KD |
| [VIDEO] Deepak, Kawan Rosmah, Dedahkan Diberi Amaran Untuk Tidak Dedahkan Perkara Sebenar Posted: 27 Nov 2012 03:29 PM PST Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya. Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak. Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib. Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib. Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan. Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib. "Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily. Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau. Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)? Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah. Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau? Hubungan.... saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau. Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia? Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri Pertahanan. Bisnes apa yang saudara buat dengan dia? Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja. Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain? Ya boleh dikatakan begitu. Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat? Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile. Sebelum ini tidak ada apa-apalah? Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes. Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai? Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita. Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah. Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau.... Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib. Saudara memang kenal Bala? Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini.... its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat. Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular? Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi. Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah? Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya. Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu? Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah. Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu? Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih.Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri. Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri? Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori. Jadi apa tindakan saudara? Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam. Apa tindakan selepas itu? Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka. -HD Deepak kesal terlibat dengan SD Bala |
| Posted: 27 Nov 2012 07:08 AM PST Sejak kebelakangan ini, kempen politik semakin hangat dan agresif, apatah lagi detik masa untuk Parlimen dibubar boleh berlaku pada bila-bila masa saja daripada sekarang. Kempen di pihak PR kelihatan agak fokus iaitu menjelaskan kepada rakyat mengenai masalah korupsi dan kepincangan sistem urus tadbir kerajaan BN, sambil menyebarluaskan kejayaan atau pencapaian negeri yang diperintah PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang. Bagi PR, dua negeri itu menjadi permata dan 'benchmark' untuk mereka berkempen. Itu jelas dan ianya memang diakui satu strategi yang mudah difahami rakyat. Manakala bagi BN, kempen mereka sangat ketara dengan 'komisyen' untuk mendapatkan sokongan rakyat. Ini terbukti dengan segala bantuan yang mencurah-curah turun, malah bukti ini menjadi semakin jelas berdasarkan belanjawan BN baru-baru ini. Jumlahnya, silalah anda kira sendiri. Kempen berupa 'komisyen' ini apabila diterjemahkan dalam bahasa demokrasi ia sebenarnya adalah rasuah. Namun, budaya UMNO-BN, telah menukar istilah rasuah ini menjadi 'komisyen', semuanya berlaku apabila dasar DEB diperkenal dan yang terbaru apabila rasuah kapal selam scorpene digunakan menjadi 'komisyen'. Berbalik kepada kempen 'komisen' UMNO-BN ini, jka kita lihat gaya atau strategi Najib Razak, PM yang tidak pernah dilantik oleh rakyat, beliau dengan ketaranya menggunakan pendekatan 'mengemis'. Mengemis ini dari segi bahasanya memang tidak enak didengar. Namun itulah hakikatnya. Sebelum ini Najib mengemis sokongan kaum Melayu dengan kempen 'komisyen'. Kemudian beliau mengemis lagi kepada anak muda dengan kempen AUKU yang bersifat kosmetik termasuk kempen komisyen dengan bantuan RM200 untuk telefon bimbit 3G. Baru-baru ini Najib mengemis lagi kepada Hindraf, dan terkini dengan kaum India. Jika kita lihat semua senario ini, kelompok Melayu, anak muda, pertubuhan Hidraf dan India tidak dipedulikan sama sekali oleh beliau. Kaum Melayu khsusnya yang berpendapatan rendah tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Anak muda pula disifatkan sebagai 'masalah sosial' kepada BN, pertubuhan Hindraf pula dilabel sebagai pertubuhan haram, malah tuntutan Hindraf tidak langsung dipedulikan. Begitu juga dengan kaum India, baik aspek pendidikan, perumahan dan pekerjaan, kelompok ini memang terabai sejak awal lagi. Tetapi mengapa kini Najib sanggup kembali mendekati mereka? Inilah satu pendekatan yang dilihat sebagai mengemis sokongan. Apabila sudah tersepit, barulah Najib mahu memberi pelbagai komisyen. Barulah Najib nak bertemu untuk berbincang dengan Hindraf, barulah Najib minta mempertimbangkan jasa BN kepada kaum India. Gaya kempen politik sebegini menjadi petanda bahawa Najib amat terdesak untuk memastikan sokongan rakyat kepadanya terus kekal. Malah, kempen beliau ini tidak begitu menonjolkan parti beliau sebaliknya lebih menfokus kepada dirinya. Entah UMNO sedar atau tidak, tidak pula dapat dipastikan. Strategi Najib ini pastinya mendapat ilham daripada strategi kempen Barack Obama, namun sayang, mungkin beliau terlupa bahawa kempen Obama itu tidak menjadikan 'komisyen' sebagai modal memancing undi. Kita amat bimbang, jika UMNO menang, rakyatlah yang terpaksa menanggung kos kempen 'komisyen' Najib ini. Kita amat sedar bahawa belanjawan baru-baru ini, Najib menggunakan berbilion ringgit hanya untuk 'one off' bantuan kepada rakyat. Kos berbilion itu, jika Najib menang pastinya akan di 'claim' kembali oleh UMNO-BN menerusi pelbagai cara, antaranya saman AES, Tol dan pelaksanaan GST. Kos ini semestinya menjadi tanggungan langsung rakyat. Sepatah kata Theodore Roosevelt, Presiden US ke-26 – "A vote is like a rifle: its usefulness depends upon the character of the user." ( Undi itu seperti senapang, kegunaannya bergantung kepada karektor penggunanya) Jika kempen komisyen Najib ini berjaya, memang rakyat akan terpesona dengan lunak kata-kata "Melayu masih pegang kuasa, UMNO akan teruskan agenda bela bla bla bla...". Tetapi harus diingat bahawa kos kemenangan itu akan dibayar oleh rakyat, suka atau tidak, tiada lagi jalan keluar. Rakyat di sini maksudnya – kita, termasuk rakyat yang menyokong UMNO dan ahli UMNO di kampung. Masa ini tiada gunanya. Sepatah kata budak muda... " Nah hambik kau.." (Nah, ambil kau). – Roketkini |
| Kempen Tipu Rakyat Sebab S’ngor Tolak Langat 2 - MB Posted: 27 Nov 2012 05:13 AM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kempen kekurangan air di Selangor oleh pihak-pihak tertentu adalah kempen tipu rakyat ekoran penolakan kerajaan negeri terhadap projek Langat 2. "Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai dua tahun akan datang (selepas ia selesai). "Lebih baik buat kempen kurangkan air tidak ada hasil (dari kempen tiada air)," katanya. "Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik. "Jika ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air di Selangor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat," katanya dipetik Harakah Daily pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) pagi semalam. Khalid berkata, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri. "Kita tidak buat dengan betul. Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (value for money)," katanya. Beliau mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN supaya tidak menjadi wakil rakyat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Beliau berkata demikian ketika berhujah dengan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak yang lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat. Ia dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Talha. Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid meminta beliau menjelaskan benar atau tidak kerajaan negeri menyekat Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water – NRW). Khalid menjelaskan, pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu. Tegas beliau, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat, mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstrukturkan semula pekhidmatan air di Selangor. "Masalah besar kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini adalah lebih kepada 'contract management' bukannya 'resource management'. "Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada," katanya. |
| SUK Perak Antara Bakal Diheret Ke Mahkamah Kerana Arah Robohkan Billboard Posted: 27 Nov 2012 03:14 AM PST Semua pihak yang bertanggungjawab merobohkan papan iklan KEADILAN di Lebuh Raya Utara Selatan akan diheret ke muka pengadilan, kata Pengarah Kempen Pilihan Raya KEADILAN Perak, Shahbudin Abdul Khatab. Papan iklan yang tertera gambar Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan slogan 'Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat' itu didirikan pada 20 November lalu, di Kilometer 383 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran kawasan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Behrang. Ia dibina oleh Shahbudin di atas tanah miliknya. Menurut Shahbudin, kejadian tersebut disedari beliau pada 4.30 petang Sabtu lalu, apabila mendapati pagar antara sempadan papan iklan dan lebuh raya dirobohkan. "Saya dapati tiang papan iklan turut digergaji," jelasnya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Beliau percaya perobohan itu atas arahan pimpinan Umno BN. Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu. Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu. "Saya memaklumkan kepada Propel Slim River dan terkejut dengan dakwaan Propel yang menyatakan pihaknya terpaksa merobohkan papan iklan tersebut atas arahan dari Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Shahbudin. "Laporan polis telah dibuat pada malam kejadian, 25 November, jam 1.35 pagi. Kita mahu polis siasat dan bertindak segera ke atas pencerobohan tersebut. "Kita juga menuntut ganti rugi kepada pihak yang berkenaan antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Daerah kerana merobohkan pagar dan papan iklan yang saya dirikan di tanah milik saya," sambung beliau. Naib Pengerusi KEADILAN Negeri, Madhi Hasan yang hadir sama dalam sidang media itu menempelak tindakan kerajaan menghalang kempen tersebut. "Apakah dengan hanya pemasangan satu papan iklan ia telah menggugat kestabilan negara?," soalnya. "KEADILAN melihat ini adalah manifestasi dari ketakutan luar biasa pihak berkuasa Umno dalam menghadapi kebangkitan rakyat. "Jelas, Umno BN sedang meneruskan budaya politik samseng yang kotor dan tidak bertamadun," kata Madhi. Sementara itu, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa Umno BN menghentikan strategi politik kotor terhadap pembangkang. "Sesungguhnya, pemikiran dan kematangan rakyat telahpun jauh berubah. Marilah kita bersama mengamalkan budaya politik waras dan beradab," katanya dalam kenyataan. Iklan tersebut merupakan satu program awal KEADILAN untuk mendirikan papan iklan serupa di tempat-tempat strategik yang dikenal pasti di seluruh negara untuk memberi penjelasan mengenai perjuangan Pakatan Rakyat dalam membela nasib seluruh rakyat seperti mana yang tertera dalam Buku Jingga. -KD |
| "Syaitan" Itu Kepanasan Apabila Dibacakan Doa & Ayat Quran Ke Atasnya Posted: 27 Nov 2012 12:23 AM PST Antara Doa PAS dan Tindakan Umno Oleh Mat Zahari Ali KOMENTAR: Selepas tamat Muktamar Agung PAS ke-55 hampir dua minggu lalu, Umno agak kecewa kerana dua isu yang diharap akan memerangkap parti Islam itu tidak mengena. Isu tersebut mengenai Hudud dan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung murtad. Tindakan bijak perwakilan PAS yang lebih memberi tumpuan untuk menguatkan jentera dalaman dan media parti Islam itu dalam menghadapi PRU13 nanti langsung tidak menarik minat mereka. Usaha untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu yang membabitkan PAS-PKR di lihat ruangnya apabila seorang perwakilan memberikan pandangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di lantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya kuasai Putrajaya. Malangnya isu tersebut tidak mendapat respon dari PR samaada dari PAS-PKR-DAP termasuk dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu tersebut tenggelam apabila PAS dan Abdul Hadi sendiri menyatakan setiap perwakilan berhak meluahkan pandangan bagi membuktikan PAS sebuah parti yang menerima pandangan dari semua pihak. Begitu juga dengan Anwar yang membuat kenyataan bahawa perkara tersebut boleh dibincang dan belum diputuskan. Sebelum ini hampir dalam setiap ceramah yang dihadiri pemimpin DAP dan PAS pun kenyataan untuk melantik Anwar menjadi PM bukanlah suatu polimik yang besar. Doa hancurkan Umno Ironisnya, dalam situasi kenazakan isu menjelang PRU-13 ini, Umno gagal mendapatkan sasaran untuk dihala kepada PAS bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. Umno amat kecewa selepas PAS menolak kerajaan perpaduan yang dianjurkan selama ini. Lebih membimbangkan setelah melihat orang Melayu semakin banyak yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Malah kempen besar-besar supaya orang Melayu berpindah dari Umno kepada PAS kerana perjuangan Umno tersasar dan memberi kesan yang amat besar kepada parti Islam tersebut. Inilah juga kebimbangan kronik yang ada pada Umno. Begitu juga dengan pelbagai isu yang memberi aib kepada Umno serta pemimpinnya. Isu NFC dan terbaru membabitkan wang haram RM40 juta yang melibatkan pemimpin Umno akan mengikis keyakinan orang melayu kepada parti tersebut. Ini tidak termasuk isu rasuah, pembaziran wang negara sebanyak RM28 bilion setahun sebagaimana diumumkan Ketua Audit Negara. kenaikan harga barang dan pelbagai lagi yang mencerminkan kelemahan pentadbiran dan pengurusan oleh pemimpin negara yang diterajui Umno Umno mendapat nafas lega apabila isu bacaan doa oleh adik kepada Mursyidul Am PAS itu, Nik Razi Nik Mat sempena majlis solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam 16 November lalu 'dicuba' dipasarkan dalam pemikiran orang Melayu. Doa tersebut mengandungi ungkapan supaya Umno-BN dihancurkan kerana terlalu banyak kezaliman dilakukan ke atas rakyat terutamanya rakyat Kelantan. Majlis Solat hajat itu juga di adakan ekoran tuntutan keengganan kerajaan pusat memberikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Setelah itu, seperti jangkaan media ekletronik dan cetak milik Umno akan cuba menyelesaikan sebaik mungkin. Dari ulama Umno sampai ke pada ketua bahagian dan lebai di kampung semuanya menghentam PAS. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberikan persepsi kepada orang Melayu bahawa PAS sebuah parti yang hanya menjadikan agama untuk tujuan politik. …dan isu 'doa PAS' cuba dijadikan asas untuk membuktikan tanggapan tersebut. Penulis tidak mahu mengulas berhubung hukum hakamnya kerana banyak diperkatakan. Tetapi lebih adil untuk juga dihakimi sekiranya isu disebalik persoalan timbulnya doa tersebut dibincangkan. Pokok kepada persoalan doa itu adalah "menghancurkan Umno". Umno pula adalah sebuah parti politik. Dalam isu menghancurkan Umno ini, PAS menggunakan cara doa. Cuba kita lihat cara Umno pula untuk 'menghancurkn PAS dan PR". Mereka menggunakan seluruh kekuatan kuasa seperti media, polis, FRU, sistem perundangan, tekanan, fitnah, sekat kebebasan media, sekat ceramah,ISA dan pelbagai lagi untuk "menghancurkan' lawan politik mereka. Umno pula menggunakan kuasa 'tindakan' dengan kekuatan kuasa, wang dan media yang dimiliki untuk 'menghancurkan PAS dan PR'. Jadi apakah bezanya?. Sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai kekuatan sebagaimana di miliki Umno, PAS menggunakan kaedah berdoa kerana PAS dan PR merasakan mereka telah dizalimi oleh Umno sejak sekian lama. Lagi pun apalah kekuatan yang ada pada pembangkang selain doa dan terus berdoa. PAS yang juga sebuah parti Islam telah menggunakan 'kekuatan' mereka iaitu doa sebagai wadah kekuatan perjuangan sejak sekian lama. Setiap kali Nik Aziz atau Hadi tamat berucap, dua pemimpin ini akan berdoa dan para hadirin akan mengaminkan doa tersebut. Begitu juga dengan kebanyakan majlis solat hajat yang dianjurkan akan disertai doa berpaksi kepada usaha menumbangkan Umno dalam pilihanraya akan datang. Kaedah ini telah digunakan PAS sejak awal penubuhannya hingga ke saat ini. Malah persoalan doa dan majlis solat hajat telah berpuluh kali di adakan dan tidak pernah pun menjadi isu sehangat ini. Isu Perhimpunan Agung Umno Dalam konteks politik, pemimpin Umno seharusnya mencari suatu 'ikon' sebagai suatu bahan isu untuk dibawa dalam Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung hari ini hingga Sabtu ini. Kepimpinan Najib yang tidak pernah mengadakan pemilihan baru dalam Umno sejak Mac 2009 dibayangi dengan pelbagai kebimbangan dari desakan 2,674 perwakilan yang bakal bersidang. Lebih 'gayat' lagi bagi Najib apabila PRU-13 yang bakal di adakan. Justeru isu 'doa PAS' tersebut boleh dijadikan bahan pelarian untuk dijadikan topik hangat untuk dibincangkan perwakilan. Najib bimbang berikutan tarikh PRU-13 yang seharusnya diadakan masih samar. Ini memberi imej serta persepsi buruk kepada Umno serta perwakilan. Tempoh tamat untuk dibuat PRU hanya April tahun depan sedangkan siap calon yang bakal bertanding belum di putuskan. Tempoh lima bulan bukanlah lama kerana calun perlu membuat persediaan untuk mendekati pengundi. Najib juga tahu sekiranya calun telah di pilih perhimpunan kali ini akan menjadi medan tikam belakang dan pergaduhan sesama sendiri. Tidak hairan juga sekiranya Najib akan mulai menggunakan isu doa ini dalam ucapan dasar beliau nanti. Sentiman doa ini kemudiannya akan terus meracau-racau dalam media dan akan terus menjadi hangat dikalangan perwakilan. Apa pun bagi umat Islam doa itu merupakan suatu kekuatan. Kekuatan dari hamba yang sentiasa mengharap bantuan dari Sang Penciptanya. Ulama juga mengqiaskan bahawa orang yang sombong adalah mereka yang tidak berdoa. Khazanah sombong itu adalah sifat-sifat syaitan. Syaitan pula apabila dibacakan doa dan atau ayat-ayat Quran akan meracau-racau sebab kepanasan. |
| Kerajaan Dicabar Dedah Konsesi AES Kepada Umum Posted: 26 Nov 2012 09:59 PM PST Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat konsesi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan sebagai dokumen awam. Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu bahawa perjanjian itu tidak boleh dikeluarkan kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Bagaimanapun menurutnya, tiada keperluan perjanjian itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi kerana tidak mengandungi perkara rahsia mengenai keselamatan yang perlu dilindungi daripada pengetahuan umum apatah lagi musuh negara. "Kerajaan perlu ada ketelusan dalam mengendalikan urusan negara kerana ia berkaitan dengan pembayaran yang dibuat kepada syarikat ini daripada wang rakyat yang dikatakan melakukan kesalahan,"katanya pada sidang media di sini, semalam. Beliau berkata, sama seperti duit tol yang dibayar kepada syarikat konsesi, saman berkenaan dibayar kepada syarikat konsesi AES daripada kesalahan iaitu kompaun atau denda seperti diputuskan mahkamah, seharusnya rakyat perlu mengetahui butiran perjanjian antara kerajaan dan kedua-dua syarikat tersebut. Katanya, kerajaan mempunyai kuasa dan hak untuk mengeluarkan dokumen ini dari klasifikasi OSA menjadi dokumen awam yang boleh dimiliki dan diteliti oleh semua orang khususnya Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dalam negara ini. "Bagi saya banyak perkara perlu diteliti, bagaimana syarikat yang mendaftar pada 2004 sudah tahu bahawa pada 2007, 2008 dan 2009 mendapat kontrak AES. "Ada juga syarikat yang mendaftar pada 2009 iaitu selepas menerima kontrak ini. Situasi ini menimbulkan kontroversi kepada projek tersebut yang menyentuh soal kepentingan rakyat," katanya. Dalam perkembangan lain, sehingga kini sebanyak 300 saman AES seluruh Malaysia telah dikemukakan kepada Kase, 30 daripadanya di Perak. Kase akan mengendalikan kes pertama AES pada 6 Disember ini di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. -SH |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







No comments:
Post a Comment