Kelab Greenboc |
- Penipuan Pilihanraya: Mereka Ingat Mereka Boleh Menipu Tuhan!
- Isu Pemecatan Qatrun Nada: Tindakan JAWI Diselar
- Taklimat Kes Scorpene Oleh Peguam Perancis Di Singapura Esok
- Skandal RM40 Juta Musa Aman Tersiar Dalam Akhbar Terbesar Hong Kong
- Pelaburan Selangor RM6.9 bilion, Rekod Tertinggi Banding Negeri Lain
- Kerajaan Takut Pemerhati Luar Kerana Pilihanraya Kotor - MAFREL
- MURSHID Juga Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi
- Doa Kehancuran Dibolehkan Jika Dizalimi - Dr.Asri
| Penipuan Pilihanraya: Mereka Ingat Mereka Boleh Menipu Tuhan! Posted: 26 Nov 2012 05:33 PM PST Mahathir: Taktik pembangkang tuduh kerajaan tipu PRU13 KUALA LUMPUR - Malaysia tidak lagi bebas jika pihak luar dibiar campur tangan dalam menentukan kerajaan yang memerintah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Riba Dunia Ketiga hari ini, Dr Mahathir mendakwa hasrat pembangkang menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihan raya umum ke-13 sebenarnya bertujuan menuduh kerajaan menipu dalam pilihan raya. "Tujuan satu sahaja, dia (pembangkang) kalah dia nak buat demonstrasi tentang penipuan dalam pilihan raya. Kerajaan tipu sebab itu parti kerajaan menang. Itu sahaja. "(Pembangkang) Nak buat rusuhan macam di negeri Arab supaya dapat jatuhkan kerajaan di luar daripada sistem pilihan raya," katanya apabila ditanya mengenai tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia Senator Bob Carr meminta negara itu membantu memantau pilihan raya di Malaysia. Ditanya mengenai pemerhati bebas yang dijemput semasa pilihan raya umum lepas, Dr Mahathir berkata: "Secara rasmi kita tak jemput, tapi kalau dia nak datang dan tengok, tengoklah. "Tak ada negara yang mana parti kerajaan boleh kalah di lima buah negeri... tak dapat dua pertiga kerusi di Parlimen. Kalau betul-betul dia (kerajaan) nak tipu, saya ingat parti lawan (pembangkang) tak boleh menang lima buah negeri," katanya. Persidangan Riba Dunia Ketiga membincangkan isu riba dan kaitannya terhadap kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan, inflasi dan pergolakan sosial yang melanda dunia ketika ini. Persidangan dianjurkan oleh Thinkers Trends Malaysia Resources dengan kerjasama Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pusat Al Ghazzali untuk Sains Islam dan Pembangunan Manusia (Australia). - Bernama. Jangan buat andaian, SPR nasihat Selangor Ulasan GB Mereka (Mahathir, SPR & UMNO) ingat mereka boleh menipu Tuhan dengan menafikan wujudnya penipuan di dalam daftar pemilih. Jika benar tiada penipuan mengapa kerajaan begitu takut dengan tuntutan BERSIH yang mahu daftar pemilih dibersihkan? Mengapa takut dengan pemantau asing bagi memantau pilihanraya yang bakal diadakan? Mengapa tiada Suruhanjaya Diraja dibentuk di atas dakwaan wujudnya konspirasi di antara SPR dan JPN terhadap pendaftaran PATI sebagai pengundi? Kamu boleh menipu sekalian rakyat, tetapi usah lupa bahawa kamu-kamu tidak akan dapat menipu Tuhan. Tuhan tidak bodoh dan tidak buta. Tuhan itu sifatnya Maha Mengetahui dan Maha Melihat terhadap apa yang berlaku dan apa yang dilakukan oleh SPR. Justeru itu sebarang penipuan yang dilakukan akan tetap "memakan diri" pihak yang melakukan penipuan itu sendiri. Tuhan itu juga sifatnya Maha Bijaksana - yang membalas segala tipudaya pihak berkenaan. Surah Ali Imran : 54 Allah swt berfirman: Ertinya : "Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya". Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar terlupa semasa beliau mengaturkan penipuan untuk membantu UMNO BN merampas negeri kelahirannya, Terengganu dari PAS pada pilihanraya 2008, apa yang berlaku alah Allah membalasnya dengan mengurniakan Pakatan Rakyat empat negeri lain selain Kelantan. Justeru itu kita akan saksikan pada pilihanraya kali ini, bagaimana nanti Tuhan membalas segala tipudaya. Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman: ![]() Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43] |
| Isu Pemecatan Qatrun Nada: Tindakan JAWI Diselar Posted: 26 Nov 2012 03:22 PM PST Jangan pecat kerana fahaman politik, Jawi PETALING JAYA: Sebuah NGO, Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) hari ini mengkritik tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan kerana memecat kakitangan atas alasan politik. "Insan menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jawi. Sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat berkecuali dan profesional dalam tatakelola pengurusan. Campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam. "Kegagalan Jawi memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi telah dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri. "Perkara ini jelas bertentangan dengan visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam. "Insan juga mengecam tindakan Umno yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan. Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitik adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," kata Penyelaras Insan, Mohd Faris Abdullah dalam satu kenyataan media. Beliau berkata begitu ketika mengulas pemecatan kakitangan sementara Jawi yang bertugas sebagai guru, Qatrun Nada Latfi. Qatrun menerima notis pemecatan sebulan yang berkuatkuasa pada 1 Disember pada 24 Oktober. Beliau menerima notis tersebut kerana menghadiri ceramah Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu. Menurut Faris, notis yang diterima Qatrun pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci. Faris turut mendedahkan bahawa Qatrun menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober. Pemanggil tersebut telah memberi amaran kepada Qatrun agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang. Pejabat Jawi Labuan telah menyiasat kegiatan luar Qatrun pada 22 Oktober.
|
| Taklimat Kes Scorpene Oleh Peguam Perancis Di Singapura Esok Posted: 26 Nov 2012 07:12 AM PST Taklimat kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen esok dipinda ke Hotel Changi di Singapura berikutan arahan daripada Speaker Dewan yang enggan membenarkan kehadiran peguam Perancis. Taklimat akan bermula pada 11 pagi sehingga 2 petang esok dan dijangka akan dihadiri majoriti ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Tambahan, taklimat yang sepatutnya dilakukan oleh dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Brohem terpaksa dibatalkan dan hanya diwakili peguam bersekutu mereka, Apoline Cagnatn. Cagnatn dikatakan sudah berlepas daripada Perancis pukul 3 petang tadi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura pada pukul 7 pagi esok. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam responnya berkata, keputusan itu dibuat beradasarkan kuasa mutlaknya untuk menentukan, memberi kebenaran atau arahan bagi membolehkan seseorang masuk ke kawasan Parlimen. Menurut Pandikar, keputusan itu turut dilakukan kerana mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara. "Kalau pun ada bukti baru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli Parlimen, pada hemat saya, ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat fan berunsur politik yang bukan 'bipartisan'. "Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan pendirian BNBBC jika agenda peribadi ini hendak diperjelaskan, bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia. "Keputusan muktamad ini juga sejajar dengan keputusan saya dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 November 2012 mengenai 'Isu Keselamatan Parlimen Malaysia dan Penggunaan Ruang Sidang Media' dengan mengambil kira keistimewaan dan hak ahli Parlimen dibawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia terpelihara sepanjang masa," katanya. Tambah Pandikar, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi yang diterimanya, sebaliknya hanya surat makluman mengenai hasrat untuk membawa tetamu undangan (peguam Perancis) masuk ke Parlimen. Pandikar berkata demikian dalam satu surat jawapan rasmi kepada pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dalam sidang media berkata, William dan Joseph tidak dapat hadir kerana enggan mengambil risiko yang tinggi apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memberikan sebarang jaminan keselamatan kepada mereka. "KDN kata tertakluk kepada syarat-syarat imigrasi yang akan ditentukan Jabatan Imegresen…tugas mereka hanya nak masuk dan buat taklimat ringkas. Mereka tak berminat nak buat kecoh pun," katanya. Sehubungan itu Tian Chua berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen BN termasuk ahli Senat ke Singapura esok dan berusaha untuk menyiarkan taklimat tersebut secara langsung termasuk melalui laman sosial Facebook. Sementara itu, Ahli Parlimen Subang R Sivarsa berkata keputusan Speaker itu merupakan langkah terbaru untuk mengurangkan ruang bagi rakyat menyuarakan pendapat dalam Parlimen. "Secara langsung menunjukkan adaperkara yang tak mahu didedahkan. Ada perkara yang mereka tak mahu rakyat tahu," katanya. -FMT Dihalang masuk M'sia, peguam Perancis beri taklimat Scorpene di Singapura esok |
| Skandal RM40 Juta Musa Aman Tersiar Dalam Akhbar Terbesar Hong Kong Posted: 26 Nov 2012 04:55 AM PST Skandal rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia mendapat liputan akhbar berbahasa Inggeris terbesar di Hong Kong – South China Morning Post City. Akhbar tersebut melaporkan pertemuan delegasi KEADILAN dengan pihak berkuasa dan Ahli Parlimen Hong Kong untuk menggesa siasatan terhadap kes rasuah itu supaya dibuka semula. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang ketika dihubungi memberitahu, terdapat sekurang-kurangnya lima media cetak Hong Kong membuat liputan terhadap kes berkenaan. "Ia menunjukkan media antarabangsa memandang berat isu ini," katanya. Akhbar lain yang membuat liputan kes rasuah itu antaranya Hong Kong The Sun, AM730, Hong Kong Oriental Daily dan Hong Kong Singpao. "Selain media, pihak berkuasa di sana juga sangat mengambil berat isu ini. Jika betul tiada kes, mana mungkin media nak buat liputan," kata Lih Kang. "Kita harap agensi kerajaan di Malaysia juga dapat mengambil tindakan sewajarnya," sambung beliau. Sebelum ini, Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong kerana terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta. Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa tetapi pemimpin Umno terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah. Lih Kang bersama Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian ke Hong Kong selama dua hari, bermula 21 November lalu. Delegasi terbabit juga ditemuramah khas oleh Reutera-Bloomberg yang mengikuti perkembangan kes tersebut. Kes rasuah RM40j kecoh di Hong Kong, KL pula senyap – Anwar KUALA LUMPUR 26 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pelaksanaan sistem tidak adil oleh institusi kerajaan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). |
| Pelaburan Selangor RM6.9 bilion, Rekod Tertinggi Banding Negeri Lain Posted: 26 Nov 2012 02:24 AM PST Selangor merekod jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri lain, dengan catatan RM6.903 bilion, melibatkan 170 projek perkilangan diluluskan, sepanjang Januari hingga Ogos. Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, jumlah itu mewakili sebanyak 23.18 peratus daripada RM29.786 bilion keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di negara ini, sepanjang tahun ini. "Daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak RM 5.237 bilion adalah daripada pelabur tempatan, manakala selebihnya RM 1.665 bilion adalah pelaburan asing. "Sebanyak 14,630 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan," katanya ketika sesi penggulungan Belanjawan 2013 Selangor, pada Sidang Dun Selangor, kelmarin. Menurutnya, sebanyak 101 projek diluluskan itu adalah projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM4.112 bilion, manakala 69 lagi merupakan projek pengembangan pelaburan berjumlah RM2.792 bilion. "Jumlah ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan di Selangor dan masih berkeyakinan dengan senario pelaburan semasa serta dasar pelaburan berkonsepkan mesra pelabur yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat," katanya. Dalam pada itu, Teresa berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan program pertemuan, lawatan dan kunjungan hormat ke kilang dan kawasan industri yang beroperasi di Selangor bagi mendapatkan maklum balas, selain meninjau masalah yang dihadapi. -SH Ekonomi Cemerlang: Negeri BN Gagal Saingi Selangor. |
| Kerajaan Takut Pemerhati Luar Kerana Pilihanraya Kotor - MAFREL Posted: 26 Nov 2012 12:10 AM PST Kerajaan Umno BN tidak perlu takut dengan kehadiran pemerhati antarabangsa dalam pilihan raya umum (PRU) jika yakin sistem pilihan raya di negara bersih, kata Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh. "Kalau kita yakin proses demokrasi kita baik, tak perlu takut dan bimbang untuk benarkan pemerhati luar (memantau PRU). "Dari dulu lagi Mafrel konsisten tentang isu ini. Ia perlu dilihat dengan positif kerana pemerhati luar boleh beri perspektif dan cadangan yang baik. "Jadi, (kerajaan) patut alu-alukan kedatangan mereka. Seolah-olah nak takutkan orang ramai, bahawa 'ini negara kita, orang lain jangan terlibat'," katanya ketika dihubungi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan kehadiran pemerhati antarabangsa pada PRU ke-13 akan memalukan negara. Najib turut menuduh pemerhati luar sebagai 'campur tangan asing' dan kononnya merosakkan masa depan negara. Menyangkal tuduhan itu, Syed Ibrahim menjelaskan, peranan pemerhati luar semasa pilihan raya di mana-mana negara biasanya berpandukan prosedur dan peraturan yang ditetapkan. "Mereka bukan sewenang-wenangnya buat laporan (untuk burukkan negara). Jadi tak perlulah takut sangat untuk benarkan pihak lain beri pandangan tentang negara kita," kata beliau. Menurutnya, Mafrel akan menjadi pemerhati dalam PRU 13 untuk memantau sebarang cubaan penipuan dan penyelewengan. "Mungkin dalam masa terdekat, kami akan umumkan (penubuhan) gabungan dengan badan bukan kerajaan (NGO) lain untuk buat pemerhatian yang lebih baik dan meluas," jelasnya. Sejak 2005, Mafrel menjadi pemerhati di beberapa pilihan raya kecil, Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 2006, termasuk PRU 2008. Mafrel juga mengambil bahagian sebagai pemerhati antarabangsa di beberapa negara, antaranya Hong Kong, Pakistan, Thailand dan Bangladesh. SPR sendiri jadi pemerhati negara lain – Bersih klik untuk baca ![]() |
| MURSHID Juga Kata Tak Salah Doa Hancurkan Organisasi Posted: 25 Nov 2012 09:55 PM PST Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan. Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa. "Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan. "Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi," katanya dipetik Sinar Harian. Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka. Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini. Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang. Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi. Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi. "Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam," katanya dipetik akhbar itu lagi. Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik). klik untuk baca ![]() |
| Doa Kehancuran Dibolehkan Jika Dizalimi - Dr.Asri Posted: 25 Nov 2012 07:13 PM PST Kota Bharu - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi. Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi. "Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta. "Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno. "Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka? "Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam," katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu. Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik). Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah. "Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman," katanya. Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan. "Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara," katanya. "Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama," katanya. klik untuk baca ![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












No comments:
Post a Comment