Kelab Greenboc |
- Mahkamah Perintah Blogger Bayar Gantirugi Kepada Husam
- Adam AF2 Berdoa Ditunjukkan Jalan Yang Benar
- [LAGI GAMBAR & VIDEO] Bukti Perhimpunan Hijau Anti-Lynas Aman Bila Tiada Provokasi
- [BERGAMBAR & VIDEO] 20,000 Aktivis Himpunan Hijau Ke Dataran Merdeka (updated)
- Ibu Tergamam Anak Kena Cabul Dengan Polis
- Pencacai UMNO Jahil Agama Cuba Pertikai Solat Jenazah Oleh TG Hj. Hadi
- Usaha Halang Pejalan Kaki Anti-Lynas, Dataran Merdeka Ditutup Tiba-tiba
Mahkamah Perintah Blogger Bayar Gantirugi Kepada Husam Posted: 25 Nov 2012 05:25 PM PST Kota Bharu: Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya. Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk "Husam: A moral for PAS delegates" diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif. Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya. Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian. Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com. Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, "Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik. "Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti." Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS. |
Adam AF2 Berdoa Ditunjukkan Jalan Yang Benar Posted: 25 Nov 2012 03:29 PM PST Kuala Lumpur – Nama penyanyi lelaki, Mohd Aizam Mat Saman atau dikenali dengan nama Adam seakan-akan senyap seketika dari dunia nyanyian jika di bandingkan sewaktu di awal kemunculannya. Penyanyi yang berasal dari negeri Sabah itu dilihat kurang menonjol di kaca televisyen mahu pun acara anugerah yang dianjurkan industri seni tempatan. Adam yang mengakui kurang menonjol di khalayak ramai kerana sedang menjalani kehidupan secara sederhana. Bagi jejaka yang masih muda itu, dirinya ketika ini sedang mendalami ilmu agama dan ilmu perubatan Islam. Pun begitu, Adam masih lagi menerima undangan untuk melakukan persembahan asalkan waktu untuk dirinya mengabdikan diri kepada Tuhan tidak terganggu. "Apapun saya masih menyanyi. Islam tidak menghalang kita melakukan perkara yang disukai asalkan tidak melanggar perintahnya seperti meninggalkan solat lima waktu," kata Adam yang dipetik dari laporan MyMetro. Bukan itu sahaja, untuk memastikan niatnya untuk berubah sejajar dengan tuntutan Islam, Adam banyak membataskan dirinya dari melakukan perkara yang ditegah dalam Islam. "Saya juga menjaga batas pergaulan dengan peminat perempuan dan tidak lagi bersalaman, tetapi kalau nak bergambar dengan saya tiada masalah. Perubahan ini berlaku secara perlahan-lahan kerana tidak mahu menimbulkan rasa riak," katanya. Walaupun Adam masih lagi mendalami ilmu agama, dia tidak mahu dirinya kelihatan riak dengan ilmu yang didapati. Pun begitu, Adam mempunyai pegangan tentang perangai manusia yang dia tidak gemari kerana kemungkinan sikap itu mampu mempamerkan imej umat Islam yang tidak baik. Justeru, Adam akan sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa membimbing dirinya ke arah dan jalan yang benar. "Saya tak berapa berkenan melihat mereka yang baru memakai kopiah dan bertudung terus menjatuhkan hukum kepada orang lain. Janganlah terlalu drastik kerana setiap orang ada bahagian masing-masing dan yang sebaiknya kita doakan agar dia juga turut berubah. "Dalam solat saya mohon petunjuk daripada Allah dan inilah jawapan yang diberikan kepada saya iaitu memandu arah saya belajar perubatan Islam," luah Adam. -mynewshub |
[LAGI GAMBAR & VIDEO] Bukti Perhimpunan Hijau Anti-Lynas Aman Bila Tiada Provokasi Posted: 25 Nov 2012 03:04 PM PST 20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi. Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka. "Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita. "Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya. Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu. Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang. Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar. Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar. Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka. Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur. Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -HD
klik untuk baca |
[BERGAMBAR & VIDEO] 20,000 Aktivis Himpunan Hijau Ke Dataran Merdeka (updated) Posted: 25 Nov 2012 05:16 AM PST Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi' Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut. Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi. Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak. "Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu. "Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong. Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini. Sementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf. Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL. "Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk. "Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka. "Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin. -mk LAPORAN SEBELUM INI: Dianggarkan 15,000 aktivis meneruskan perarakan jalan kaki menuju Dataran Merdeka walau pihak berkuasa melakukan sekatan di kawasan tumpuan popular itu. Perarakan hari ini melibatkan jarak terakhir sejauh 42 kilometer daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak – tempat mereka bermalam pada malam tadi. Ia dimulakan dengan penyertaan seramai 2,000 aktivis, termasuk beberapa keluarga, dikawal anggota unit amal PAS dengan pemerhatian anggota polis. Seorang peserta, BC Tan, 30, dari Pulau Pinang yang menginap di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar malam tadi, beliau berasa terharu apabila mereka disambut baik untuk bermalam di sana. "Bagus. Tempat itu semua kemudahan ada. Kita juga Disambut baik. "Saya terharu dapat duduk sana sebab jarang pergi," katanya yang mula mengikuti perarakan ini dari Taman Rimba, Gombak. Kumpulan itu mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar. Antara yang menarik perhatian orang ramai ialah seorang peserta dari Pahang, yang memulai perarakan dari Kampung Awah di Pahang dengan memusingkan gegelung hula hoop di badannya. Katanya, beliau akan berhenti memusingkan ketika berhenti rehat. "Saya tak berhenti dari Kampung Awah. Saya pusingkan benda ini. Bila makan baru saya berhenti," katanya. Ketika berhenti rehat di Kampung Railway, ketua kumpulan berkenaan Wong Tack dalam ucapannya memberi pesanan bahawa Dataran Merdeka bukanlah destinasi mereka yang terakhir. "Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok," katanya. Beberapa kumpulan lagi menyertai kumpulan besar itu beberapa lokasi sekitar laluan perarakan - menjadikan jumlah peserta bertambah kepada 5,000 orang. Kumpulan berkenaan seterusnya melalui Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak dengan disambut dengan bunyi hon oleh pengguna kenderaan di jalan berkenaan. Kumpulan seramai 5,000 orang itu kemudiannya dianggarkan bertambah menjadi 10,000 orang apabila bergabung dengan satu kumpulan lagi di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail di pusat Bandar Kuala Lumpur. Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada 15,000 orang apabila kumpulan berkenaan tiba di persimpangan Jalan Perak - Jalan Tuanku Abdul Rahman pada kira-kira jam 4.50 petang. Kumpulan berkenaan seterusnnya membanjiri sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan sekitar kawasan Dataran Merdeka memandkan lokasi berkenaan ditutup pihak berkuasa. Turut dilihat dalam perarakan itu ialah dua MP PKR Tian Chua serta Nurul Izzah Anwar dan juga pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga. -mk 15,000 aktivis Himpunan Hijau hampiri Dataran |
Ibu Tergamam Anak Kena Cabul Dengan Polis Posted: 25 Nov 2012 01:18 AM PST Georgetown – Seorang ibu tergamam seketika, selepas anak perempuan bongsunya menceritakan dia dicabul jirannya yang merupakan anggota polis di Air Itam, tahun lalu. Gambar: Mohd Aziri cuba menutup mukanya dengan jaket yang dibawanya.Ibu kepada lima orang anak berkata demikian ketika memberikan keterangan dari kandang saksi di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Menurut wanita itu, insiden itu diceritakan anaknya pada suatu malam. Iaitu lima hari selepas seorang jiran wanita di situ memaklumkan bahawa melihat anggota polis itu memeluk mangsa dengan begitu erat. "Ketika jiran menceritakan hal itu, pada awalnya saya beranggapan, lelaki itu memeluk anak saya kerana dia seorang penyayang dan suka pada kanak-kanak. "Perkara sebenar terbongkar selepas anaknya sendiri menceritakan tindakan anggota polis itu. "Kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 Jun tahun lalu, anak perempuan dan saya berada di rumah. Masa itu, kami mendengar bunyi bising dari luar seperti kemalangan. Kami pergi untuk tengok dan melihat sebuah kereta yang dipandu Koperal Mohd Aziri Sahid," katanya pada hari pertama perbicaraan kes itu dimulakan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam. Menurutnya, selepas itu, dia dan anak perempuannya kembali untuk menonton televisyen. "Kira-kira jam 10.30 malam, saya kata kepada anak sekarang masa untuk tidur. Kami masuk tidur di bilik yang sama. "Masa itulah, anak perempuan saya memberitahu kepada saya bahawa 'pak cik' (Mohd Aziri) memeluk dan mencabulnya. "Saya terkejut dan tergamam selama lima minit memikirkan sesuatu telah berlaku kepada anak saya," katanya. Mohd Aziri yang didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa, di Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, di antara 28 Mei hingga 21 Jun, tahun lalu. Mohd Aziri yang merupakan penjawat awam, kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. Dalam keterangan ibu mangsa, pada 14 Jun tahun lalu, Mohd Aziri datang ke rumahnya dan memegang tangan suaminya dan memohon maaf. "Lelaki itu berkata, dia hanya mendukung anak saya di tangga dan dengan tidak sengaja dia tersentuh tempat sulit anaknya. "Beliau turut memohon maaf dengan saya dan mengatakan sekiranya saya memaafkan dia, saya adalah insan yang paling baik di dunia ini. Dia turut mengambil pistol dan meletakkan di kepalanya menyatakan dia akan mengancam nyawanya sendiri, sekiranya saya membuat laporan polis. "Beliau berkata saya harus bersyukur kepada ALLAH mempunyai seorang anak perempuan cantik," katanya. Sebelum itu, Mohd Aziri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret dari tuduhan mencabul kehormatan mangsa yang sama. Majistret Noor Aini, membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim. Untuk kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, kegembiraan anggota polis itu tidak kekal lama, apabila dia dikejutkan dengan satu lagi tuduhan baru di Mahkamah Sesyen untuk tuduhan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu. Hakim Mahkamah Sesyen, Zanol Rashid Hussain menetapkan 11 Januari tahun depan untuk mendengar keterangan saksi yang seterusnya. Mohd Aziri telah diwakili peguam, Rosli Ismail manakala kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ashikin Mokhtar. -SH |
Pencacai UMNO Jahil Agama Cuba Pertikai Solat Jenazah Oleh TG Hj. Hadi Posted: 25 Nov 2012 12:36 AM PST Gambar Print Screen dari FB ahli Umno tegar yang mempertikai tindakan Hj Hadi solat di Kubur. (Sila klik untuk lebih jelas) Terserlah kejahilan berliau kerana mempersenda tindakan presiden Pas ini dengan mengatakan "Pas semua BOLEH.... tanam dulu baru solat jenazah." Ini akibat malas mengaji ilmu agama, memang bagi orang yang jahil tentang agama mereka akan merasa pelik melihat orang bersolat di kubur kerana benda seperti ini memang jarang2 orang melakukanya. itu yang menyebabkan mereka merasakan ianya janggal dan pelik . Untuk merungkaikan permasalah yang di bangkit oleh saudara jahil dari Umno tergar ini di bawah ada jawapan yang saya petik dari FB ustaz azhar Idrus berserta video mengenai solat ghaib . Moga dengan ini kita dapat sedikit manafaat ilmu dari permasalahan ini. Isu solat jenazah dikubur. Ustaz Azhar Idrus jawab.. ================================== Nas & Hukum Solat Jenazah Di Tanah Perkuburan. Hadis riwayat Abdullah bin Abbas ra.: Bahwa Rasulullah saw. solat jenazah di atas kubur, sesudah mayat dikuburkan. Beliau bertakbir empat kali. (Shahih Muslim No.1586) Hadis riwayat Abu Hurairah ra : Bahwa seorang berkulit hitam yang biasa membersih masjid, suatu hari Rasulullah saw. merasa kehilangannya (sbb tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah saw. menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau solatkan jenazahnya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. -(Shahih Muslim No.1588) Kata Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Pedoman Shalat ms 496 : Para ulama menyukai kita shalat jenazah di perkuburan dengan berdiri di antara kubur-kubur. Begitulah pendapat Imam Atha' , Asy Syafi'y, Ahmad, Ishaq dan Ibnul Mundzir. Beliau juga mengatakan: Pernah hal ini dilakukan oleh Abu Hurairah dan Umar Ibn Abdul Aziz r.a. Hadis yang di rujuk : Ibnu Abbas r.a berkata: " Pada suatu hari Rasullah s.a.w sampai kekubur yang masih basah, maka beliau bersalat baginya dan bersaf-saflah para sahabat di belakang beliau. Rasullah s.a.w. bertakbir 4 kali. ( H.R. Bukhary, Muslim, An-Nail 4:89) Sa'ied ibn Al-Musayyab berkata: "Bahawasanya Ummu Sa'din meninggal sedang Nabi s.a.w tidak ada di kampung. Manakala kembali, beliau bersalat bagi jenazahnya, padahal telah berlalu sebulan lamanya (H.R At-Turmudzy, An-Nail 4:90) Syed Sabiq menambah, menurut satu pendapat dari Ahmad, hal ini tidak ada salahnya, kerana Nabi s.a.w. melakukan solat di suatu kubur yang berada di tengah perkuburan. Dan Abu Hurairah sembahyangkan Aisyah di tanah perkuburan Al Baqi dengan disaksikan oleh Ibnu Umar. Dan Umar Abdul Aziz juga ada melakukannya. Kesimpulannya solat jenazah ditanah perkuburan adalah amalan Rasulullah saw dan para sahabat ketika tidak sempat solat sebelum jenazah dikebumikan. Dipetik dari Ustaz Azhar Idrus ( Original ) -paspb |
Usaha Halang Pejalan Kaki Anti-Lynas, Dataran Merdeka Ditutup Tiba-tiba Posted: 24 Nov 2012 09:21 PM PST Dataran Merdeka tiba-tiba ditutup dipercayai untuk menghalang kemaraan pejalan kaki Anti-Lynas dari memasuki perkarangan tersebut yang dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang ini. Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 semalam telaj memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, lapor malaysiakini. Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas. Keazaman beliau turut disambut empat lagi NGO alam sekitar lain - Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, (Ban Cyanide Committee), gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti-empangan Murum. Kumpulan pejalan kaki ini sedang berehat di plaza tol Gombak sebelum berjalan sejauh lapan kilometer lagi ke Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Esok, mereka akan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dari Gombak sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen yang digesa turun bertemu mereka di dataran. "Hati kami sudah berada di Dataran Merdeka, kerana itulah langkah kaki kami akan menuruti suara hati kami sekarang ini," kata Wong Tack yang kelihatan penat tetapi masih bertenaga.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment