Kelab Greenboc |
- [BONGKAR] Pemimpin Umno Antara Pemilik Banglo Di Templer Park
- Isu AES & Lynas Permudahkan UMNO BN Kalah Dalam PRU
- Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah
- ADUN UMNO Keluarkan Kata Lucah Dan Seksis Dalam Dewan
- Siapa Gerangan Yang Berkopiah Putih Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini?
[BONGKAR] Pemimpin Umno Antara Pemilik Banglo Di Templer Park Posted: 23 Nov 2012 05:01 PM PST Beberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam. Ahli Exco, Elizabeth Wong memberitahu dewan bahawa beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN. "Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah," katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri. Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4. Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit. Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. |
Isu AES & Lynas Permudahkan UMNO BN Kalah Dalam PRU Posted: 23 Nov 2012 03:35 PM PST AES mudahkan BN kalah PRU13 NASIB baik ada juga rakyat cerdik yang memenangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pada pilihan raya umum lalu. Kalau tidak, sudah pasti nasib mereka juga sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) akan menjadi mangsa 'penghisap darah' menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). 'Penghisap darah' AES itu tidak dapat menguatkuasakan sistem itu di empat negeri berkenaan kerajaan negeri PR berjaya menghalang dengan tidak membenarkan kamera itu dipasang. Bagaimanapun, rakyat di negeri yang diperintah PR tidak terlepas, sebaliknya turut dikenakan saman jika mereka pergi ke negeri yang diperintah BN yang pasti banyak dipasang kamera AES. Walaupun BN menang dalam pengundian untuk melaksankan AES di Dewan Rakyat, tetapi wakil rakyat pembangkang sudah berusaha untuk menghalang sistem itu dilaksanakan. Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan itu diluluskan selepas 78 Ahli Parlimen bersetuju, cuma 49 yang tidak bersetuju. Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempertikaikan AES. Keadaan itu mencetuskan kekecohan berikutan Cho Ha dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian pengguna jalan raya. Situasi menjadi semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor (Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Mengikut Mahfuz melalui maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ATES Sdn Bhd adalah syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009 dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik. Manakala Beta Tegap Sdn Bhd didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan perkhidmatan, menguji, serta memasang AES. Yang dipertikaikan Mahfuz macam mana dua syarikat ini boleh dapat jaminan tender daripada kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada 2006 dan saringan pemilihan tender dilakukan pada 2008. "Ini menunjukkan ada yang tidak kena… ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia tapi untuk mengperkayakan kroni dengan merompak wang rakyat. Ini perompak jalanan namanya," katanya. Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan juga bangun mencelah dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat itu dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi didedahkan kepada umum. Apabila AES dikuatkuasakan nanti tidak tahu nasib rakyat yang menjadi mangsa. Sudahlah sekarang rakyat dibebani dengan pelbagai saman termasuk oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tidak lama lagi akan dibebankan dengan saman AES pula. Ramai juga yang berang dengan keputusan meneruskan AES dan mereka mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasang kamera AES di Pekan dan Pagoh. Sekarang rakyat boleh berfikir sendiri, apa sebenarnya yang UMNO-BN dewa-dewakan sehingga menarik balik penangguhan AES. Ini satu lagi membuktikan UMNO-BN lebih utama memperkayakan kroni daripada membela nasib rakyat. Walaupun rakyat diberi pelbagai 'gula-gula' pilihan raya termasuk BR1M untuk memenangkan BN, tetapi habuan itu dengan sendirinya akan terhapus apabila mereka terpaksa membayar saman AES nanti. -rkoetkini 'Semoga berjumpa lagi di bumi M'sia tanpa Lynas!' |
Ketua Pemuda Umno Ditahan Polis Bersama Arak, Dadah Posted: 23 Nov 2012 06:09 AM PST Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu. "Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak," kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily. Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator. Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik. "Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil. Polis dapat bertindak tegas tanpa mempeduli tekanan politik Umno," kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu. Sebelum ini, beliau berkata, banyak kes salah laku pemimpin Umno disenyapkan tanpa diambil tindakan ekoran tekanan kepada pihak berkuasa. "Pernah kes seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) salah guna senjata, lepaskan tembakan kerana berbalah dengan orang, laporan dibuat tetapi kes ditutup," katanya. -KD |
ADUN UMNO Keluarkan Kata Lucah Dan Seksis Dalam Dewan Posted: 23 Nov 2012 03:00 AM PST ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli. Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong. Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan. "....(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi. Beliau sebelum itu mencabar Elizabeth supaya mengemukakan saman terhadap akhbar The Star berhubung laporan mengenai dakwaan pencerobohan ke atas kawasan rizab hutan Taman Templer. Wong ketika menyambung ucapannya selepas itu menyifatkan kenyataan Isa itu sebagai cubaan untuk bertindak "nakal-nakal" terhadapnya. "Tak apalah. Ini adalah perangai Umno-BN. Kita sudah sedar, tak payah jawablah. "Anda dan saya tahu. Tak apa, nak hina wanita, hinalah.Ini Umno-BN," kata Wong. Dalam satu sidang media selepas itu, Wong berkata golongan wanita perlu menolak wakil rakyat BN atas sikap yang ditunjukkan oleh Mohd Isa. Isu berkenaan turut dibangkitkan exco hal ehwal wanita Rodziah Ismail dalam perbahasannya selepas itu, dengan menyifatkan kenyataan Mohd Isa sebagai "seksis dan lucah" dan menggesa Isa dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan. |
Siapa Gerangan Yang Berkopiah Putih Sambut Jenazah Di Lubang Kubur Ini? Posted: 23 Nov 2012 12:04 AM PST Siapakah gerangan yang memakai berbaju putih, berkopiah putih yang turut membantu lakukan pengebumian seorang hamba Allah di dalam gambar ni? Langsung tidak kisah baju berwarna putih itu kotor terkena tanah? Jangan terkejut! Kerana dia adalah... Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) !!! Allahuakhbar! sumber:fb |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment