Kelab Greenboc |
- Cukup Sedih & Memalukan: Kerajaan & Polis Malaysia Dipergunakan Untuk Kepentingan Lynas
- [PANAS] Indonesia Buka Siasatan Kes 'Rogol' Rais Yatim!
- [DEDAH] Kerajaan Beli Kamera Perangkap Laju 10 Kali Lebih Mahal
- Di Johor, Penduduk & Kontraktor Bergaduh Kerana Air
- Bernikah Pada Usia 13 Tahun
- Skandal AES: Syarikat Ditubuh Lepas Dapat Kontrak AES
Cukup Sedih & Memalukan: Kerajaan & Polis Malaysia Dipergunakan Untuk Kepentingan Lynas Posted: 22 Nov 2012 05:01 PM PST Keadilan menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan. "Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai? "Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan," tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi. Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal. Fuziah berkata, kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan Lynas, ketika tiga penduduk Kuantan menunggu tarikh sebutan rayuan berikutan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) 8 November lalu. "Dalam konteks undang-undang, TOL telah dilulus. Tetapi pada 10 November, penduduk membuat rayuan dan menunggu tarikh sebutan kes. "Manakala rayuan SLC (Gabungan Bantah Lynas) di Mahkamah Persekutuan hanya akan didengar pada Januari tahun depan. "Inikah yang dikatakan mendengar suara rakyat? Nampaknya kerajaan lebih utamakan keuntungan dan ketepikan kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya. Dilaporkan lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi tiba di Pelabuhan Kuantan tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis. Pemindahan kontena ke loji tersebut, sejauh kira-kira tujuh kilometer (km) dari pelabuhan ke kawasan industri Gebeng bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi diiringi polis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi tadi. Kontena disyaki itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau mengadakan perarakan sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Manakala satu lagi kumpulan, Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) berada di Sydney, Australia untuk menentang loji tersebut ketika Lynas Corporation mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis |
[PANAS] Indonesia Buka Siasatan Kes 'Rogol' Rais Yatim! Posted: 22 Nov 2012 03:45 PM PST Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan. "Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu. "Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia," katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini. Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan. "Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak. "Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil," katanya. Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah. "Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai. "Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini," tegas Fariz. Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia. Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia. Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja. Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -jalanpulang |
[DEDAH] Kerajaan Beli Kamera Perangkap Laju 10 Kali Lebih Mahal Posted: 22 Nov 2012 04:54 AM PST Audit perlu siasat KDN bayar 10 kali ganda beli kamera perangkap laju KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit. Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit. "Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui. Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN," tegasnya kepada Keadilan Daily. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit. "Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda," jelas Mahfuz. Beliau membandingkan sebut harga lebih murah dibeli pihak berkuasa Amerika Syarikat, iaitu di Montana USD 4,995 (RM15,292.59) dan Idaho USD5,057.44 (RM15,483.84) bagi seunit kamera Laser Trucam. Manakala bagi kamera Laser Digicam yang dibeli pihak berkuasa Delaware berharga USD 6,378 (RM19,526.88). "Kenapa perbezaan harga begitu ketara? Kita faham kalau jenama tak sama. Tapi tak masuk akal kalau begitu jauh," katanya. -KD Govt paid 10 times more for speed cameras |
Di Johor, Penduduk & Kontraktor Bergaduh Kerana Air Posted: 22 Nov 2012 02:45 AM PST Johor Bahru – Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan. Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam. Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan. Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air. "Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu. "Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk. "Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini, namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah," katanya pada sidang media, semalam. Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk. "Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa. "Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya. Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan tidak munasabah. "Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja. "Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik. Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini," katanya. Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, dia akan membantu membawa perkara itu kepada pihak berkaitan malah mendakwa isu pampasan pernah diutarakan kepada Kerajaan Negeri, namun tiada reaksi diterima. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi berkata, seramai 15 orang termasuk kontraktor ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. "Manakala lima yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Kita masih menyiasat punca sebenar kejadian," katanya. Ulasan GB Bukan di Kelantan atau di Selangor yang UMNO BN sentiasa manipulasikan berita mengenai air, tetapi apa yang berlaku kini ialah di negeri Johor, negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO.BN. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berlaku - dulang paku serpih, nak mengata negeri orang, rupanya negeri dia yang lebih. |
Posted: 22 Nov 2012 01:01 AM PST Kulim: "Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik," kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu. Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri. Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja. "Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri. "Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri. "Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda. "Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam. Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya. Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia. Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu. "Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua. "Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial," katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu. Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat. Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. "Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan. "Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya. "Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu," katanya. Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500. "Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik," katanya. Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim. "Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008," katanya. -hm |
Skandal AES: Syarikat Ditubuh Lepas Dapat Kontrak AES Posted: 21 Nov 2012 09:23 PM PST MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya mendaftarkan syarikat tersebut selepas memperoleh kontrak untuk memasang sistem itu. Beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan butiran syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Menurut Mahfuz, butiran pada pendaftaran syarikat itu menunjukkan syarikat berkenaan memperoleh kontrak tersebut sebelum syarikat itu didaftarkan lagi. Satu dokumen yang ditunjukkan Mahfuz kepada pemberita, didakwa daripada SSM, menunjukkan ATES Sdn Bhd mendaftarkan syarikat tersebut pada 12 Februari 2009, manakala Beta Tegap Sdn Bhd pula pada 7 Februari 2004. "Bagaimana dua syarikat ini tahu mereka dapat jaminan kerajaan sedangkan Kabinet meluluskan AES pada tahun 2006 dan saringan tender dilakukan pada 2006? "Mereka daftar syarikat semata-mata nak dapatkan tender. "Ini menunjukkan ada perkara yang tak kena. Ini bukan untuk selamatkan nyawa manusia tetapi untuk mengayakan kroni," dakwanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ketika bercakap kepada pemberita selepas itu memberitahu, projek berkenaan dianugerahkan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2008. Namun, kontrak berkenaan hanya ditandatangan "beberapa tahun kemudian", katanya di bangunan Parlimen. Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sebelum ini berkata, kabinet memutuskan untuk menswastakan pemasangan AES sebelum beliau menjawat jawatan itu. Ong berkata beliau turut membangkitkan mengenai penswastaan berkenaan ketika menjadi menteri pada 2008. -mk Dewan kecoh, menteri mengelak jawab AES |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment