Kelab Greenboc |
- Wan Ji Dipanggil Polis Diatas Dakwaan Hina Sultan
- Koleksi Gambar-gambar Cantik UAI
- Ratusan Mangsa AES Mahu Cabar Kerajaan Di Mahkamah
- Skandal RM40 Juta: Ketua Pendakwa Hong Kong Sedia Buka Semula Kes
- Anak Penasihat Petronas Dapat "Anugerah Projek" Diseret Ke SPRM
- Kenyataan Donald Lim Bukti Nyata Kebodohan BN Mentadbir
- [BONGKAR] Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta
Wan Ji Dipanggil Polis Diatas Dakwaan Hina Sultan Posted: 21 Nov 2012 05:01 PM PST Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Husein dipanggil polis untuk memberi keterengan ekoran dakwaan menghina Sultan Selangor baru-baru ini. Wan Ji ketika dihubungi berkata, beliau berada di Balai Polis Shah Alam kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan mengenai 'posting' beliau di laman sosial Facebook bulan lalu. Katanya, "ada pihak yang membuat aduan mengenai posting saya." "Saya memberi penerangan apa maksud kebebasan kepada anggota polis, yang siasat saya mengenai komen saya ke atas titah Sultan Selangor," kata beliau ketika dihubungi. Wan Ji berkata, beliau telah diminta menyerahkan telefon yang digunakan untuk memuat naik komennya. "Saya akan serahkan telefon saya esok," katanya lagi. Wan Ji menulis di FB berkenaan dengan isu kebebasan bersuara. "Saya juga ada memberitahu pihak polis bahawa saya juga bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan jika diberi perkenan," katanya yang hadir di balai polis seorang diri tanpa ditemani peguam -SH. |
Koleksi Gambar-gambar Cantik UAI Posted: 21 Nov 2012 04:20 PM PST Seperti yang kita tahu, Ustaz Azhar Idrus atau UAI adalah seorang ulamak yang terkenal dengan gaya penyampaian kuliah ilmu yang bukan sahaja menarik, malah disampaikan dengan berani dan diselang-seli dengan lawak. Beliau tidak gentar untuk menegur sesiapa pun termasuk menteri jika dirasakan sesuatu yang dibuat itu tidak tepat. Dan sebagai seorang yang benar-benar memahami ajaran agama, UAI juga tidak pernahlah mendoakan kehancuran sesama umat Islam. Kepandaian beliau menggunakan media sosial seperti Youtube menjadikan beliau bukan sahaja terkenal di kalangan golongan tua tetapi turut diminati golongan muda. Satu yang berbeza dengan UAI berbanding dengan sebahagian ilmuwan Islam yang lain ialah beliau bukan sekadar bercakap mengenai Islam siang dan malam. Seperti manusia lain, beliau ada minat dan hobi kepada perkara lain. Satu contoh yang sepatutnya menjadi ikutan ilmuwan yang lain. Hobi UAI yang paling diketahui ramai ialah minat beliau kepada bidang fotografi. Kalau melihat kepada gambar yang diambil beliau, kita kena angkat topi tabik ustaz seorang ini yang nyata memiliki ketajaman dalam menentukan fokus dan sudut yang terbaik. Lihat beberapa keping hasil kerja beliau di bawah: sumber: -mynewshub |
Ratusan Mangsa AES Mahu Cabar Kerajaan Di Mahkamah Posted: 21 Nov 2012 07:24 AM PST Sekurang-kurangnya 260 mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahu mencabar pelaksanaannya sistem itu dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia. Menyatakan bantahan di kaunter penerimaan saman itu di pejabat Agung PAS hari ini, mereka menjadikan peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) sebagai wakil mereka di mahkamah. "Kase menerima lebih 60 permohonan tidak termasuk melalui emel melibatkan lebih 200 orang. "Tujuan Kase bukan untuk kurangkan nilai saman tetapi bela mereka yang dizalimi sistem AES melalui khidmat guaman percuma," kata Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar. Kes terawal didengar pada 6 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta jam 8 pagi manakala terakhir ialah Januari tahun depan. Mulai 1 Disember ini, Kase akan membuka kaunter setiap dua minggu antara 12 hingga 1.30 tengah hari. Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaim pula, berkata mangsa AES harus berani tampil mempertahan hak mereka. Ini kerana, katanya, saman terhadap Orang Kena Saman (OKS) tidak jelas, selain pelaksanaan AES yang bermasalah. "Saman itu mengelirukan apabila ada saman diterima menggunakan seksyen 79(2) tetapi kesalahan dinyata sebagai melebihi had laju. "Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas," katanya. Mangsa AES, katanya dinasihati tidak bimbang dengan perkataan saman kerana ia adalah saman paling kecil dalam negara. "Kalau bawa ke mahkamahpun, tak perlu duduk dalam kandang. Mereka yang duduk dalam kandang hanya untuk mereka yang terlibat dengan kes jenayah," katanya Beliau mengajak mangsa AES tampil mendaftar dengan Kase untuk mendapat khidmat guaman percuma dan mencabar kes itu di mahkamah. -KD AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai |
Skandal RM40 Juta: Ketua Pendakwa Hong Kong Sedia Buka Semula Kes Posted: 21 Nov 2012 06:01 AM PST Ketua Pendakwa raya Hong Kong, Kevin Zervos sedia membuka semula kes siasatan terhadap skandal RM40 juta melibatkan Umno Sabah. Dalam wawancara bersama Free Malaysia Today (FMT), Zervos berkata, beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) mengalu-alukan bukti baru terhadap kes itu. Katanya, kerajaan Malaysia sebelum ini memaklumkan ICAC bahawa wang itu untuk 'sumbangan politik' hingga memaksa ICAC menghentikan siasatan kerana di luar bidang kuasa mereka. "Wang itu dikatakan untuk 'sumbangan politik', kami tidak diberi maklumat selain itu untuk meneruskan siasatan," katanya dipetik. Terdahulu, Zervos dalam emel kepada FMT, mengesahkan dana dalam akaun bank atas nama seorang warganegara Malaysia disyaki diwujudkan bagi pihak kerajaan Malaysia. Beliau berkata, pihak berkuasa Hong Kong menyekat dana itu menjelang akhir 2008 manakala ICAC dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan bersama. Siasatan itu dijalankan untuk melihat sama ada berlaku pelanggaran terhadap Ordinan Pencegahan Rasuah Hong Kong. "Kemudian, kerajaan Malaysia memaklumkan wang itu untuk sumbangan politik. Kerana tiada maklumat selain itu, tiada bukti untuk bawa kes ke peringkat seterusnya," katanya. Justeru, dana RM40 juta yang disekat kemudian diserah semula pada akhir 2011. Sebelum ini, Michael Chia yang rapat dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta. Taikun balak itu menyatakan wang berkenaan milik Musa Aman tetapi pemimpin Umno terutama Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa ia adalah dana untuk Umno Sabah. KEADILAN kemudian mendedahkan Michael Chia menaja kenderaan mewah, Hummer kepada anak Nazri Aziz yang bermati-mati mempertahankan Michael Chia. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini berlepas ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan membuka siasatan kes itu.
|
Anak Penasihat Petronas Dapat "Anugerah Projek" Diseret Ke SPRM Posted: 21 Nov 2012 03:22 AM PST Gara-gara anak Penasihat Petronas mendapat anugerah projek carigali bernilai ratusan juta di perairan Kelantan, kumpulan anak-anak muda di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar fail SapuraKencana yang ada kaitan dengan Datuk Mokhzani Mahathir dikatakan mendapat projek bernilai RM835.8 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV. Anak bekas perdana menteri itu merupakan Naib Pengerusi SapuraKencana. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti - R) mengesyaki wujud unsur-unsur tidak sihat di atas anugerah projek terbabit. Presidennya, Nazri Deraman berkata, R merujuk laporan kenyataan media Petronas yang menyebut Tun Dr Mahathir merupakan penasihat Petronas sehingga sekarang. Kata beliau projek berkenaan membabitkan pengeluaran gas dari Medan Bunga Kamelia dan Blok PM301 yang terletak 150 km dari pantai Kelantan. Sapura Kencana Petroleum Bhd dianugerah projek terbabit bermula Oktober 2012 sehingga April 2016. "Kami serah memorandum kepada SPRM berkaitan isu berkenaan bagi membolehkan badan itu menyiasat skandal minyak membabitkan keluarga Dr Mahathir. "SPRM perlu menjalankan siasatan ke atas Petronas dan Dr Mahathir kerana kelihatan ada unsur-unsur tidak sihat berlaku," katanya selepas menyerah memorandum tersebut kelmarin. Menurutnya R menuntut SPRM menjalankan siasatan dalam tempoh 30 hari kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi dan sebuah syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan. Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengeluarkan apa-apa jawapan, R akan mengadakan perhimpunan aman di hadapan bangunan SPRM dan membawa kes berkenaan ke peringkat antarabangsa. Nazri turut diiringi 50 aktivis R menyerahkan memorandum kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah di pejabat SPRM di Lundang. Baru-baru ini Dr Mahathir ketika mengulas isu berkenaan seperti disiarkan Malaysiakini dipetik sebagai berkata, "Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak. "Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini. "Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya. "Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik." |
Kenyataan Donald Lim Bukti Nyata Kebodohan BN Mentadbir Posted: 20 Nov 2012 11:00 PM PST Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini membidas kenyataan semberono dan tidak berintegriti daripada Datuk Dr Donald Lim yang mengatakan kerajaan Selangor tidak prihatin masalah rakyat apabila tidak membatalkan kelulusan projek kondominium di Batu Caves sekaligus menyatakan beban kesalahan itu seharusnya ditanggung oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim. Kenyataan Datuk Dr Donald Lim itu nyata tidak bertanggungjawab, apatah lagi sebagai Timbalan Menteri Kewangan, beliau sepatutnya tahu segala prosedur kelulusan yang perlu dilalui sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan. Tindakan beliau menyalahkan Menteri Besar Selangor adalah satu usaha terdesak untuk mengalihkan isu dan tumpuan terhadap kegagalan kerajaan lama Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor. Tindakan Datuk Dr Donald Lim yang juga Pengerusi MCA Selangor mempersoalkan kenapa Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim tidak membatalkan perlaksanaan projek tersebut yang dibentangkan 26 Jun 2002 dan menunjukkan Pakatan Rakyat tidak sensitif dengan isu rakyat adalah melucukan. Sedangkan pelan cadangan datang dari Ahli Majlis Perbandaran Selayang ketika itu. iaitu Senataor A Kohilan Pillay, yang kini menjawat jawatan Timbalan Menteri Luar. Maka jelas sepatutnya pelan cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan lama Selangor inilah yang jelas berpaksikan keuntungan semata-mata, tidak sensitif kepada perasaan penganut Hindu sekitar dan sekarang dengan begitu dangkal cuba menyalahkan kerajaan yang mengambil alih selepas itu. Keputusan-keputusan yang buruk seperti inilah yang mencerminkan kebodohan kerajaan Barisan Nasional terdahulu dalam melaksanakan pembangunan untuk negeri dan rakyat. AMK Selangor melihat ini sebagai satu simbol bahaya dan penanda aras bagaimana salahguna kuasa boleh berlaku sekiranya kuasa dan tanggungjawab dipikul oleh mereka yang tidak layak. AMK Selangor mempersoalkan kebolehan Datuk Dr Donald Lim dan Senator A.Kohilan Pillay sebagai dua Timbalan Menteri, yang memegang portfolio penting dalam negara untuk mengurustadbir permasalahan sekiranya inilah tahap pemikiran yang mereka tunjukkan. Tumpu agenda merakyatkan ekonomi, jangan ikut rentak pembangkang Selangor AMK Selangor percaya kes-kes sentimen dan terpencil seperti ini sengaja ditimbulkan untuk mengganggu kesinambungan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir di Selangor. Malah kecenderungan Barisan Nasional 'mencuci tangan' dengan mudah ini sangatlah dikesali. Sewenang-wenang menyalahkan pihak lain, sedangkan secara terang-terangan mereka yang terlalu rakus semasa memerintah. AMK Selangor yakin dengan kemampuan Menteri Besar Selangor serta barisan Exco untuk terus menumpukan kepada agenda merakyatkan ekonomi dalam pusingan akhir sebelum pilihan raya umum ke-13. AMK Selangor juga meminta rakyat menilai tahap kebolehan wakil-wakil yang dimiliki oleh Barisan Nasional dalam menjalankan urus tadbir negeri. Jika begitu besar kesilapan yang boleh dilakukan sewaktu menjawat jawatan kecil seperti Ahli Majlis, bayangkanlah kerosakan yang boleh dilakukan ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri. Keraguan ini AMK Selangor tujukan kepada Senator A. Kohilan Pillay Natijahnya, Barisan Nasional terlalu memandang enteng keperluan dan kehendak rakyat sehingga mengabaikan perkara yang mendasar. Mereka tidak pernah menjangka rakyat akan menghukum mereka pada 2008 dan masih tidak sedar rakyat mahu terus menghumban mereka pada PRU ke-13 nanti. Cuma apa yang menbimbangkan, betapa banyaklah penyelewengan yang harus ditanggung Pakatan Rakyat atas ketidakcekapan Barisan Nasional apabila mengambil alih Putrajaya kelak? Namun demi rakyat, kemaraan diteruskan. AZMIZAM ZAMAN HURI Ketua AMK Selangor Naib Ketua AMK Malaysia |
[BONGKAR] Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta Posted: 20 Nov 2012 08:52 PM PST Kes pemilikan tanah di Selangor oleh parti komponen Umno-BN akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa terdapat penyalahgunaan kuasa. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata tanah tersebut melibatkan 23 kawasan di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN. Ia melibatkan parti komponen dan pemimpin Umno-BN termasuk Umno, MCA, MIC dan Gerakan di mana parti-parti tersebut hanya dikenakan bayaran premium RM 1 satu meter persegi. Katanya, semua kawasan tersebut melibatkan nilai lebih RM 20 juta dengan saiz setiap lot antara satu hingga tujuh ekar yang mana Umno menerima 14 kawasan, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu). "Kes ini wujud elemen salahguna kuasa dan bagaimana ia diluluskan, kenapa untuk Umno-BN, kita akan minta perkara ini disiasat. "Kita juga akan buat laporan polis dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex sempena sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini. Suee Lim mendakwa kes-kes tersebut melibatkan pemimpin Umno bahagian seperti Selayang, Ampang, Subang, Puchong, Tanjong Karang dan Sungai Besar. "Semua 23 kawasan tanah ini adalah tanah dengan nilai tinggi iaitu tanah komersial. "Semua kegunaan untuk perniagaan seperti rumah kedai dan bangunan perniagaan. Bila mereka dapat tanah ini mereka akan buat usahasama dengan mereka dapat dana keuntungan," dakwanya lagi. "Inilah antara contoh dan wajah sebenar Umno-BN yang beria-ria sekarang serang (Kerajaan PR) sana sini tetapi hakikatnya mereka ialah pihak yang Sapu Tanah Rakyat. "Rakyat didahulukan tetapi dalam kontek di mana Umno, MCA dan yang lain, merekalah yang didahulukan." |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment