SEARCH

Wednesday, November 21, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Akhirnya Ahli Umno Ini Memohon Maaf

Posted: 20 Nov 2012 05:03 PM PST


Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah.

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta mempersendakan kalimah syahadah.

Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Pepatah melayu ada menyebut telajak perahu boleh di undur tetapi kalau telajak menulis jika tak sempat delete maka ini lah padahnya.

Saya penulis pun tak terlepas dengan perkara seperti ini. mohon dijauhkan dari Allah. amennnn. -batuvskayu

Sejak Bila Di Atas Dunia Ini Ada Undang-undang Halang Orang Berdoa?

Posted: 20 Nov 2012 03:00 PM PST


Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis

KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.

Ketika ditemui, Zarina berkata, mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.

"Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.

Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap Umno kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh Umno murtad.

Di IPD yang sama, Majlis Veteran Umno Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.

Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.

"Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini," katanya.

Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.

Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya Umno hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa Umno murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam. - Bernama

Ulasan GB

Sejak bila di dalam dunia khuususnya di Malaysia ini wujudnya undang-undang yang menghalang seseorang daripada berdoa?

Apabila laporan polis dibuat kerana ada orang berdoa (tak kira apa pun doanya) maka ia menunjukkan kebebalan UMNO sendiri dan agensi berita yang melaporkannya semata-mata untuk mensensasikan isu berkenaan.

Sebelum ini GB pernah menulis menyatakan bahawa DOA adalah hak individu/kumpulan. Orang berdoa kepada Tuhan untuk apa juga tujuan dan adalah hak Tuhan untuk memakbulkan doa seseorang sepertimana firmannya yang bermaksud:

"Dan tuhanmu berfirman: 'berdoalah kepadaku nescaya akan kuperkenankan bagimu.' Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)

Tiada siapa yang boleh menghalang doa seseorang - apatah lagi jika doa itu doa yang dibaca secara sirr (di dalam hati)

Nak ditangkapkah keseluruhan 40,000 orang ahli PAS yang mengaminkan doa KO BN di Stadium Sultan Muhammad IV itu dan kita mengalu-alukan jika polis bersedia untuk menahan keseluruhan mereka yang berdoa itu.

Cuma yang GB nak tanya, dibawah fasal mana, seksyen berapa - undang-undang di dalam negara ini yang ada memperuntukkan menghalang seseorang daripada berdoa?

Belum pernah ada sebarang kes di dalam mahkamah seluruh dunia sejak dulu sampai sekarang yang melibatkan penghalangan seseorang daripada berdoa.

Kemudian tentang isu murtad. Perlu dinyatakan secara khusus dan teliti bilakah masanya Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz memurtadkan UMNO? TG Nik Aziz hanya menyatakan bahawa mereka yang memperlekehkan Islam boleh menjadi murtad, berdasarkan kitab Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Yang UMNO terasa sangat perkataan itu ditujukan kepada mereka, kenapa? Sudah termakan ladakah sehingga terasa pedasnya?

Masalah utama kini ialah orang UMNO sendiri tidak memiliki dan tidak membaca kitab Mestika Hadith yang kata-kata aluannya ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri ketika buku itu diterbitkan iaitu Dr. Mahathir Mohammad!

AES Guna Kenderaan Berlogo JPJ - KASE Buat Laporan Polis

Posted: 20 Nov 2012 06:23 AM PST


PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Mereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.

Kase lapor polis pengendali AES menyamar penjawat awam


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini membuat laporan polis berhubung dengan tindakan dua syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang telah menyamar sebagai penjawat awam.

Laporan polis terhadap syarikat tersebut dibuat secara berasingan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Menurut Mahfuz, laporan ini dibuat apabila dua syarikat pengendali kamera AES telah bertindak menyamar sebagai penjawat awam iaitu dengan mewarnakan kenderaan milik syarikat dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Saya mengesyaki kedua-dua syarikat tersebut telah melakukan kesalahan yang amat serius apabila menyamar sebagai penjawat awam dengan mewarnakan kenderaa milik mereka menyerupai warna kenderaan JPJ.

"Mereka melakukan penyamaran ini sewaktu mengendali kamera mobile AES di beberapa lokasi," jelasnya.

Tambahnya lagi, hasil carian yang dibuat melalui JPJ dan Polis mendapati kedua-dua kenderaan tersebut adalah milik ATES Sdn Bhd dan Preferred Synergy Sdn Bhd yang beralamat di Petaling Jaya dan bukannya milik JPJ.

"Perkara ini merupakan satu kesalahan yang amat serius dan pihak polis perlu mengambil tindakan segera atas penyamaran tersebut.

"Kita tidak mahu sesuatu berlaku atas kekeliruan penyamaran itu dan rakyat terus menjadi mangsa dalam pelaksanaan AES," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu, peguam Kase, Zulhazmi Sharif juga turut hadir sewaktu laporan dibuat.

Laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamari penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat untuk menipu.

Sementara itu, kira-kira 30 anggota NGO Aktivis Bantah AES (Bantah AES) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi memberi amaran kepada kerajaan agar membatalkan AES dengan segera.

Himpunan tersebut diketuai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja.

Jurucakap Bantah AES, Saifullah Zulkifli berkata, jika kerajaan enggan berbuat demikian, himpunan besar-besaran bagi membantah AES akan diadakan.

"Hari ini hanya wakil sahaja yang datang menyerahkan memorandum dan mendesak Kementerian Pengangkutan membatalkan AES.

"Kami bagi amaran, jika kerajaan tidak juga menghiraukan bantahan kami, himpunan lebih besar akan diadakan melibatkan semua rakyat," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Turut bersama dalam himpunan tersebut Tian Chua (PKR-Batu), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) dan Jeff Ooi (DAP-Jelutong).
-HD


Laporan sebelum iniklik untuk baca

PKNS Nafi Tuduhan Liar & Fitnah Noh Omar

Posted: 20 Nov 2012 02:54 AM PST

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.

"PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

"Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat," katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

"PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media," katanya lagi. -pkns

SPR Akui Terdapat Pelbagai Kesilapan Dalam Daftar Pemilih

Posted: 20 Nov 2012 12:46 AM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan terdapat pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

"Semua kebimbangan dan keraguan kami terbukti adalah benar. Ia bukan satu tuduhan liar, tapi ia berdasarkan penemuan sah yang disahkan sendiri oleh SPR," kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada wartawan selepas mesyuarat dengan SPR bersama 40 ahli parlimen (MP) hari ini.

"Mereka kata mereka juga manusia. Tidak sempurna.

"Tolong sampaikan kebimbangan ini dan tolong beri kami satu jaminan bahawa anda tidak boleh mengadakan pilihan raya sehingga semua perkara ini diselesaikan," kata beliau.

MP PKR, Fuziah Salleh dan DAP, Anthony Loke yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut juga mendedahkan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih yang diakui sendiri oleh SPR sendiri hari ini.

Fuziah berkata terdapat 40 ribu pengundi yang nama mereka hilang dalam daftar pemilih disebabkan status kematian mereka tetapi mereka kemudiannya didaftarkan sekali lagi.

Beliau menambah terdapat pengundi meragukan yang berumur melebihi 90 tahun.

Menurut Fuziah lagi, SPR memberitahu bahawa peraturan pilihan raya menyatakan mereka tidak dibenarkan untuk membuang nama melainkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pengundi tersebut meninggal dunia.

Fuziah juga berkata terdapat 2, 709 kes di mana pengundi yang ditempatkan semula di negeri yang salah lokalitinya walaupun alamat mereka menetap masih sama.

"SPR berkata mereka telah berhenti melakukannya, tetapi penemuan kami menunjukkan mereka masih terus melakukannya lagi," dakwa Fuziah.

Dalam pada itu juga, Fuziah mendakwa seramai 7, 958 pengundi baru yang ditemui "muncul tiba-tiba" dalam daftar pengundi tanpa dipaparkan terlebih dahulu sambil mengatakan perkara tersebut berdasarkan data-data terbaru daripada Disember 2011 hingga suku hujung tahun ini.

Loke pula berkata rekod menunjukkan hampir 300 ribu pengundi yang telah mendaftar sebelum berusia 21 tahun, umur yang wajib untuk mengundi.

Belia berkata SPR telah mengakui dan membetulkan "kesilapan kemasukkan data" tetapi menyimpan nama dalam daftar pengundi memandangkan semakan SPR mendapati pengundi ini telah mendaftar selepas melepasi umur 21.

Pemimpin PR dan kumpulan aktivis Bersih 2.0 telah lama meminta daftar pengundi yang bersih menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Antara tujuh permintaan lain Bersih 2.0 adalah mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, minimum tempoh berkempen 21 hari, kebebasan media, memperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuan dan tamatkan politik kotor.

Terasa Pedasnya Cili, Utusan Fitnah TG Nik Aziz Lagi

Posted: 19 Nov 2012 10:21 PM PST


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN), Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata: "Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas". -SH

Ulasan GB

"FITNAH" - talian hayat terakhir UMNO untuk survive.

Cukup jelas di dlam laporan semalam dimana begini laporan dari harakahdaily:

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.


Amat nyata di dalam ayat itu, TGNA tidak menuduh UMNO murtad TETAPI yang nyata UMNO perlekeh Islam dan yang perlekeh Isla, BOLEH JADI murtad. TGNA menghuraikannya berdasarkan kitab Mestika Hadith yang diterbitkan oleh Jabatan Perdana Menteri sendiri.

Mengapa tidak ditimbulkan kitab yang disebutkan oleh TGNA itu?

Apakah kerana sudan terpentong ke batang hidung maka isi kandungan kitab itu cuba diselindungkan?

Apakah kerana sudah tergigit cili dan merasa pedasnya maka dituduhnya TGNA telah berkata UMNO murtad?

Jelas, TGNA tidak menyatakan UMNO murtad, namun, yang nyata, hukum kebenaran dan keadilan dari Tuhan akan tetap terdedah nanti samada UMNO yang perlekehkan Islam itu murtad atau pun tidak.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

No comments: