Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Wakil Bukan Islam Puji Kesederhanaan PAS
- Aspan Alias: "The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional"
- Pelik Bila Pemuda PAS Tolak BERSIH 4.0!
- "Tawan Putrajaya Dahulu, Bukan Tentukan Siapa PM" - Hadi
- [VIDEO] Benar, UMNO Kini Sasau, Meroyan & Nyanyuk...
- Imej Bayi Maut Dapat Simpati Dunia
- [BERGAMBAR] "Orang Minat Agama Mesti Memilih PAS" - Bekas Pengarah JAIM
[VIDEO] Wakil Bukan Islam Puji Kesederhanaan PAS Posted: 17 Nov 2012 05:01 PM PST Seorang wakil bukan Islam di Muktamar PAS ke-58 hari ini memuji kesederhanaan PAS, dan menolak dakwaan BN bahawa parti itu sebagai ekstremis. Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) K Deepakaran berkata stigma terhadap PAS itu perlahan-lahan terhakis sejak pilihan raya umum 2008. "Sebelum 2008 apa yang terjadi, apa pandangan tentang PAS daripada masyarakat lain, terutamanya India dan Tiong hua. "Kamu nak masuk masuk PAS ke?.... Kalau kamu sokong, kamu kena peluk agama Islam, macam-macam lagi.... kena potong (bersunat) itu," katanya disambut gelak ketawa perwakilan "Kalau kamu sokong PAS, tiada tempat ibadat untuk Hindu dan Tiong hua. Apa jadi sekarang? Yang Berhormat kita, sampailah tok guru, sampai pemimpin sekarang tak ada masalah boleh masuk kuil, duduk satu meja bincang. Kenapa? (Kerana) kita sudah ditarbiyahkan," katanya yang sekali lagi mencuit para hadirin. -mk |
Aspan Alias: "The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional" Posted: 17 Nov 2012 04:11 PM PST Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk ke Putrajaya Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU di adakan jika pilihanraya benar-benar akan di adakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya. Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat. Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN. UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah di curi secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah diperingkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan. TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah on line. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini. Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR. TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini. UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi. UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka. Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara 'detail' terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk di selesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti. Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini. Sempena muktamar ini juga telah di adakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya. PAS yang di fahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu 'ambience' politik yang baru itu. PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan 'coalition' yang lebih baik dari BN. Seperti yang saya sebutkan selalu, 'the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional'. Yang 'perfect' hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja. |
Pelik Bila Pemuda PAS Tolak BERSIH 4.0! Posted: 17 Nov 2012 07:25 AM PST Pehimpunan 1 Juta Orang Pakatan Rakyat 24 Januari akatan Rakyat akan mengadakan pehimpunan besar-besaran membabitkan kira-kira 1 juta orang membabitkan orang politik dan NGO di ibu negara 14 Januari tahun depan. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini. Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih. "Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan.Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember). "Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi," kata beliau. Bagaimanapun, tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya. Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan. "Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya," katanya lagi. Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini. Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut. -FMT Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRUUlasan GB GB bersetuju dengan perhimpunan 1 juta orang untuk menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih dan tidak bersetuju dengan keputusan yang diakatakan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu yang menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang. Nampaknya Pemuda PAS tak tahu yang mana lebih aula. Sebabnya: apa ertinya PRU jika pilihanraya itu masih kotor dan tidak adil? Justeru itu sepatutnya kita hendaklah pastikan semua jenayah penipuan SPR itu ditangani segera sebelum PRU dipanggil. Jika tidak hasrat dan harapan kita ke Putrajaya hanya mimpi kosong yang tak berjejak di bumi nyata. Seorang teman membisik kepada GB: Pemuda kita masih begitu sifatnya... nafsunya besar .. putrajaya nak ditawan, tapi sayang ilmu dan akalnya masih kurang! |
"Tawan Putrajaya Dahulu, Bukan Tentukan Siapa PM" - Hadi Posted: 17 Nov 2012 05:49 AM PST Saya tak minta jadi PM - Presiden PAS KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan. Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya. Beliau berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri. "Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya. "Apa yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk rakyat. "Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sanggup jadi nelayan balik. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi khadam rakyat," kata beliau pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 di Putik hari ini. Beliau juga berkata, PAS merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi apabila memberi ruang kepada perwakilan menyuarakan pandangan dan kritikan. "Demokrasi dalam PAS, kita membenarkan orang bercakap dalam muktamar dan kita akan gulung dan jawab. Ada yang wajar, ada yang tak wajarlah. Ada batasnya. "Apa lagi sekarang ini zaman terbuka, bukan sahaja yang lidah panjang tapi tangan panjang tulis macam-macam pandangan dia dalam blog dan sebagainya dan orang ambil pandagannya," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali memberitahu, pembahagian kerusi antara PAS dan Pakatan Rakyat sudah selesai 90 peratus. "Pembahagian kerusi dengan Pakatan Rakyat lebih 90 peratus selesai tapi kita tak boleh sebut lagi kerusi-kerusi tersebut," katanya sambil menambah, terdapat wakil Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) akan bertanding.
|
[VIDEO] Benar, UMNO Kini Sasau, Meroyan & Nyanyuk... Posted: 17 Nov 2012 01:46 AM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad. "Umno kini sasau, meroyan dan nyanyuk.... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita. "Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR. Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya. Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini. Ketua pembangkang itu menegaskan dakwaan tersebut tidak benar memandangkan terbukti sebelum ini hutang negeri Kelantan yang ditinggalkan oleh Umno sebelum ini, dibayar oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat. Malah, terkini berlakunya lebihan pendapatan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM2.4 bilion dan Pulau Pinang sebanyak RM2 bilion kerana dipimpin oleh Pakatan Rakyat. "Jadi MB tak pandai sebab lebihan pendapatan?" soal Anwar sambil menjelaskan hutang kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Tun Razak kini mencecah RM538bilion. Merujuk ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum itu yang menekan soal etika, sistem nilai dan tatakelola kerajaan, Anwar yakin Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya sekalipun pilihan raya umum diadakan pada Disember atau Januari tahun depan. Sementara itu, Abdul Hadi pula cuba meyakinkan puluhan ribu penonton di stadium itu mengenai kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya dengan adil, amanah dan bersih. "Kalau ada rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin kerajaan yang rasuah," katanya sambil menegaskan rakyat, harta negara dan pentadbiran adalah amanah dan Allah melaknat orang yang mengamalkan rasuah. Mengulas mengenai kerajaan yang adil, Abdul Hadi memberi contoh pentadiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang menulis surat kepada gabenornya yang gagal bersikap adil atau berdepan risiko dipecat. "Negara lain, kalau pemimpin mereka silap, akan dipecat. Seluruh dunia berlaku, kita bila lagi. Pecat kerajaan yang ada, gantikan dengan kami, Pakatan Rakyat. Kita laksana pentadbiran yang baik," katanya. Turut hadir dalam himpunan tersebut, Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang serta wakil NGO BERSIH, ANAK, Lynas dan Royalti. -mk |
Imej Bayi Maut Dapat Simpati Dunia Posted: 16 Nov 2012 11:45 PM PST Gaza – Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet. Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan. "Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin" demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut. Selain itu, media portal Al-Bawaba turut menghentam keras BBC kerana melaporkan Israel melakukan serangan itu bagi mensasarkan pengganas di Gaza. "BBC gagal melaporkan bahawa bayi berusia 11 bulan itu juga merupakan antara kanak-kanak yang maut dalam serangan berkenaan,'' kata media tersebut. Sejurus menerima kecaman bertali arus itu, BBC telah membuat penerangan bahawa pada mulanya berita kematian bayi berkenaan tersebar dalam badan penyiaran berkenaan sahaja. Malah editor BBC World, Jon Williams telah menghantar memo mengenai kematian bayi tersebut kepada semua rakan sekerjanya. "Kami bersama dengan Jihad dan seluruh pasukan di Gaza. Ia merupakan satu detik yang amat menyedihkan dan sukar bagi seluruh pasukan di Gaza. Kami bernasib baik kerana mempunyai pasukan yang berani di sama. Ia merupakan satu peringatan kepada cabaran yang terpaksa dialami oleh rakan sekerja di sana. Satu artikel dalam laman web BBC juga turut menyiarkan video Jihad bersama anaknya dengan keterangan `Apa yang anak saya lakukan hingga menerima nasib sebegini rupa'. Bayi tersebut, Omar, maut selepas bedilan ganas Israel telah terkena rumahnya. Omar merupakan antara 16 penduduk di Gaza yang meninggal dunia, dua hari lalu akibat kekejaman Israel itu. Sejak Rabu juga, zionis terus membedil penduduk di Gaza dengan alasan memburu pejuang Hamas selepas berjaya membunuh komander Hamas, Ahmed Jaabari. – Mynewshub.my |
[BERGAMBAR] "Orang Minat Agama Mesti Memilih PAS" - Bekas Pengarah JAIM Posted: 16 Nov 2012 08:44 PM PST Bekas pengarah JAIS dan JAIM sertai PAS Kota Bharu: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS. Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini. Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam. Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar. "Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya. "Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya. Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang. Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya. Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment