Kelab Greenboc |
- Indonesia Protes Keras Kepada Malaysia Atas Dakwaan Polis Rogol Amah
- 3 Anggota Polis Yang Didakwa Merogol Bakal Didakwa
- Di Negeri PM Sendiri (Pahang) Tak Cukup Bekalan Air, Nak Bekal Air Ke Selangor?
- PKNS Serang Balas Zaini Hassan & Utusan Malaysia
- Tangisan Bayi Bongkar Kisah Remaja Tkn 4 Bersalin
- [Edisi Terdesak] Najib Perdaya Artis Untuk Tarik Sokongan Melalui YA1M
- Selangor Beri Tempoh 14 Hari Tanggalkan Kamera AES
| Indonesia Protes Keras Kepada Malaysia Atas Dakwaan Polis Rogol Amah Posted: 13 Nov 2012 05:01 PM PST Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar menyatakan beliau telah mengirimkan surat kepada Kerajaan Malaysia memprotes keras atas dakwaan pemerkosaan yang dilakukan tiga polis negara Malaysia terhadap seorang tenaga kerja Indonesia (TKI), demikian lapor kompas.com "Kita sudah menyampaikan protes supaya pelaku dihukum seberat-beratnya," kata Muhaimin sebelum Rapat Koordinasi tentang Perburuhan, di Pejabat Menteri Kordinator Bidang Perekonomian di Jakarta, Isnin (12/11/2012). Muhaimin, surat protes tersebut disampaikan melalui Satuan Tugas Tenaga Kerja Indonesia-Malaysia. Sebelumnya, pada Sabtu (10/11/2012), media Malaysia, Sinar Harian, menyiarkan berita seorang TKI perempuan diperkosa oleh tiga orang polis Malaysia di Balai Polis Polisi Bukit Mertajam, Penang, Malaysia. Mangsa yang mempunyai singkatan nama "SM" (25), menyatakan, pemerkosaan terjadi pada Jumaat (9/11/2012), ketika dirinya diperiksa oleh polis Malaysia. SM mengakui, dia tidak memiliki dokumen lengkap kerana hanya menunjukkan salinan fotokopi pasport sehingga dibawa ke balai polis. Ketika itu, mangsa minta dilepaskan, tetapi tidak dibenarkan. Beliau mendakwa diperkosa oleh tiga anggota polis dan kemudian baru dibebaskan. Muhaimin menyatakan, berdasarkan laporan dari KBRI di Malaysia, suspek pemerkosaan sudah ditangkap. "Selanjutnya, kami sudah melakukan tindakan untuk menjaga psikologis mangsa, termasuk menyediakan peguam," ujarnya. Ia mengingatkan, para TKI harus waspada dengan menyiapkan dokumen-dokumen. "Perlengkapan dokumen ialah agar TKI tidak diremehkan dan memiliki harga diri di Malaysia," ujarnya. Ulasan GB Menjadi-jadi nampaknya kes ini semenjak seorang menteri dilepaskan oleh mahkamah dari dakwaan merogol seorang amah juga. |
| 3 Anggota Polis Yang Didakwa Merogol Bakal Didakwa Posted: 13 Nov 2012 04:33 PM PST Tiga anggota polis yang dikatakan merogol seorang warga Indonesia berkemungkinan akan didakwa. Pihak polis juga telah menyerahkan kertas sisasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan seterusnya. , Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika sidang media berkata tiga suspek berkenaan akan akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rogol sebaik sahaja pihak polis menerima keputusan akhir daripada Peguam Negara. "Tiga saspek telah ditahan kerja setelah direman bermula 16 November untuk siasatan lanjutan. " Ketiga-tiga saspek telah ditahan kerja untuk siasatan lanjutan dalam kes ini dan akan hanya menerima gaji setengah bulan. Pasukan polis telah membentuk pasukan khas untuk melancarkan siasatan terhadap kes ini, katanya. Sebanyak 10 kenyataan telah dirakamkan dan mangsa berusia 25 tahun itu telah diletakkan di bawah jagaan konsulat Indonesia. Abdul Rahim turut berkata anggota polis tersebut adalah anggota berpangkat rendah, dan berjanji akan menjalankan siasatan tanpa sebarang kompromi. "Kami harap orang ramai tidak mensasikan isu ini dan biarkan kami menjalankan siasatan terhadap kes ini," katanya lagi. Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak keterlaluan kerana ia akan menjejaskan hubungan negara antara Malaysia dan Indonesia. Konsulat sementara Indonesia, Sofiana Mufidah, yang turut hadir semasa sidang media berkenaan berkata mereka percaya polis Malaysia akan melakukan tindakan yang tepat untuk menyelesaikan kes ini. "Saya turut menyeru rakyat Indonesia di Pulau Pinang, Malaysia dan di Indonesia untuk bertenang," katanya. Menurutnya, ramai yang kecewa kerana ia berlaku kepada rakyat Indonesia, namun mengharapkan mereka memberikan kuasa undang-undang negara ini untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab. Jumaat lalu, seorang rakyat Indonesia berumur 25 tahun meminta bantuan Koordinator Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan untuk membuat laporan polis berikutan didakwa dirogol bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di Balai Polis Prai. Pekerja restoran tersebut mendakwa dia di bawa ke balai polis selepas ditahan anggota berkenaan di Megamall Pulau Pinang sekitar jam 6.30 pagi ketika menunggu teksi. Wanita itu turut mendakwa dia tetap di bawa ke balai polis walaupun setelah menunjukkan salinan passport dan didakwa dirogol di sebuah bilik di balai polis berkenaan. Menurut Abdul Rahim mereka menerima laporan polis pada jam 3.06 petang hari yang sama dan ketiga-tiga suspek ditahan jam 5.45 petang. Suspek kemudiannya di bawa ke Mahkamah Majistret pada Sabtu dan mahkamah mengeluarkan tahanan reman selama seminggu. -TMI klik untuk baca ![]() |
| Di Negeri PM Sendiri (Pahang) Tak Cukup Bekalan Air, Nak Bekal Air Ke Selangor? Posted: 13 Nov 2012 07:30 AM PST 42 hari tanpa bekalan air Temerloh - Seramai 250 penduduk Kampung Teris, dekat sini, mengalami masalah terputus bekalan air selama 42 hari. Penduduk, Zulkifli Mahmud, 48, berkata, masalah tersebut sudah dilaporkan kepada pihak berkenaan namun hingga kini masalah paip pecah itu masih belum dibaiki. Menurutnya, penduduk terutama yang tinggal di kawasan tinggi tidak mendapat bekalan air dan itu menimbulkan masalah kepada penduduk untuk mencuci pinggan mangkuk, membasuh pakaian, mandi, solat dan sebagainya. "Air sungai pula jauh terletak kira-kira lima kilometer dan kami tidak akan mengambil air sungai itu kerana ia tercemar dengan aktiviti pertanian. "Untuk mendapatkan bekalan air bersih kami beramai-ramai terpaksa berkongsi mengambil air di tiga perigi milik penduduk kampung ini. Itulah air yang selamat untuk kami gunakan," katanya kepada Sinar Harian. Seorang lagi penduduk, Mohd Syuhadi Shamsuddin, 28, berkata, air di kawasan paip pecah itu terbiar begitu sahaja mengalir masuk ke dalam paya berdekatan tanpa dibaiki dan ia sangat membazir serta merugikan kerana penduduk tidak dapat menggunakan air bersih itu. Menurutnya, apa yang lebih menimbulkan kemarahan penduduk apabila bil air mereka turut melambung kerana terpaksa menanggung kos air yang tidak digunakan mereka. "Kampung ini kerap mengalami masalah paip pecah. Sebelum ini terdapat dua paip pecah dan pihak berkenaan membaiki salah satunya. Namun, paip di kawasan ini tidak dibaiki menyebabkan penduduk tidak dapat bekalan air yang sempurna," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Hashim Mahusin berkata, pihaknya sudah melaporkan masalah itu kepada pihak berkenaan. Bagaimanapun katanya, pihak berkenaan memberitahu mereka tidak dapat melepaskan air dalam tekanan yang kuat kerana akan berlaku banyak paip pecah. "Kalau itu masalahnya sampai bila penduduk di sini akan terus mengalami masalah terputus bekalan air. Saya juga sudah pergi ke pejabat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) Temerloh untuk melaporkan masalah itu. "Kami di sini bukan membayar bil air tetapi bil angin. Ini kerana angin lebih banyak daripada air dan ia membebankan penduduk," katanya. |
| PKNS Serang Balas Zaini Hassan & Utusan Malaysia Posted: 13 Nov 2012 04:01 AM PST Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia. Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag. Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor. Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan "Best SEDC" pada tahun 2011. Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun. Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu. PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International. Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011 telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya. Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7 bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra. Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020. Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Kumpulan Talam. Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip hutang daripada Talam. UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor. Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan demo terhadap PKNS saban hari. Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor. Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri. Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri. Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi memajukan politik perkauman sempit mereka. Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat Negeri Selangor. Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS. Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya? Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat? Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra? Jawapannya amat jelas, terang dan nyata. Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd |
| Tangisan Bayi Bongkar Kisah Remaja Tkn 4 Bersalin Posted: 13 Nov 2012 03:38 AM PST Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka. Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka. Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan. "Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal," katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam. Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil. Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci. -SH |
| [Edisi Terdesak] Najib Perdaya Artis Untuk Tarik Sokongan Melalui YA1M Posted: 12 Nov 2012 10:18 PM PST Pengacara, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN. Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik. "Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak gunakan artis. "Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada kepentingan," tempelaknya. Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN. Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni. "Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal. "Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu," tegasnya ketika dihubungi. Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS. Selain Bob Lokman, terdapat beberapa artis lain yang menyertai Pakatan Rakyat antaranya pelakon Hairie Othman, penyanyi Dayangku Intan, Noryn Aziz dan Yatt Hamzah. Sementara itu, Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Tengku Intan Tengku Abd Hamid atau Dayangku Intan menyifatkan tindakan terdesak Najib itu kerana sedar beliau akan kalah dalam PRU 13 sehingga terpaksa bergantung kepada artis. "Ini semua kerana mereka takut kalah PRU 13, baru mereka tahu bagaimana artis boleh mempengaruhi rakyat dengan hasil seni mereka. "Kalau mahu bercakap mengenai royalti, perlindungan kepada artis, ini bukan perkara baru. Sudah bertahun kita perjuangkan. Kenapa baru sekarang mahu jaga artis," kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang. Kata artis veteran itu lagi, Umno sebenarnya ketandusan idea kerana terpaksa meniru apa yang dibuat Pakatan Rakyat. "Kalau mahu tarik sokongan artis, Umno sebenarnya sudah terlambat kerana Pakatan lebih dahulu memahami artis. "Semuanya ditiru, dari (jelajah) bas, sehinggalah beri peluang kepada artis ke pentas ceramah (Umno). Sudut ini pun kita boleh tengok Pakatan lebih dekat dengan artis," ujarnya. |
| Selangor Beri Tempoh 14 Hari Tanggalkan Kamera AES Posted: 12 Nov 2012 07:19 PM PST Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu. Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian. Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang. Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976. "Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya. Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








No comments:
Post a Comment