Kelab Greenboc |
- Niat Nurul Izzah Berdakwah Kepada Bukan Islam
- Saham FGVH Jatuh Bawah Harga Senarai, Isa Samad Didesak Letak Jawatan
- BN Mengada-adakan Ancaman Kebangkitan ‘Malay Spring’!
- Mayat Wanita Berulat Dalam Bas!
- Dakwaan Polis Merogol: Tubuh IPCMC Segera!
- [VIDEO] Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria
- [VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi
| Niat Nurul Izzah Berdakwah Kepada Bukan Islam Posted: 12 Nov 2012 05:12 PM PST Shah Alam - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini. Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik. "Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama. "Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya. ".... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid. Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa? Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?". Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". "Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata. Ulasan GB Apa yang nyta di dalam isu Nurul Izzah ini ialah: terdedahnya kumpulan jahil ugama dan buta Al-Quran yang terdiri dari kaum pemimpin UMNO dan para pencacainya! Kerana nak sangat mempolitikkan apa juga isu bertujuan untuk memburukkan pemimpin parti Pakatan Rakyat dengan cara memutarbelitkan ucapan dan kenyataan mereka, tetapi kumpulan berkenaan tidak menyedari membuka kebebalan sendiri tentang "la iqra hafiddiin" - tiada paksaan orang di dalam beragama. Kalau nak kira murtad, orang UMNOlah yang telah ramai dan telah lama murtad - dengan tak payah isytihar keluar ugama tetapi cukup bersandarkan dengan pegangan mereka yang berjuang di atas dasar kebangsaan (assabiyah). Sabda Rasulullah s.a.w. : "Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah" (Hadith Riwayat Abu Daud) Kedua: Demi bangsa Melayu, UMNO menggunakan "assabiyah", cuba untuk mengubah fakta kebenaran mengikut hawa nafsu mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan". Namun yakinlah bahawa usaha mereka itu akan sia-sia. Tuhan tidak sekali-kali akan mengizinkan kebatilan dan kezaliman mengatasi kebenaran dan keadilan. Kita nasihatkan kepada warga UMNO supaya membaca Al-Quran dan menuntut lebih dalam lagi di bidang agama. Apa yang dilakukan oleh orang-orang UMNO kini, boleh menjejaskan pengucapan dua kalimah syahadat sendiri. Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu: Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti : • Hukum apa ini ? • Hukum ini sudah lapuk. • Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan. • Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong). • Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya? • Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. • Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. • Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju. • Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan). • Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah. • Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. Itu baru ungkapan yang contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad. Bukan GB yang kata tetapi dari kitab MESTIKA HADITH keluaran Jabatan Perdana Menteri sendiri! |
| Saham FGVH Jatuh Bawah Harga Senarai, Isa Samad Didesak Letak Jawatan Posted: 12 Nov 2012 02:41 PM PST SSaham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) merosot ke paras paling rendah sejak disenaraikan pada 28 Jun lalu. Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham. Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari. Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara 'paksa' tanah-tanah peneroka sebagai modal. "Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik. "Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN. "Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan," kata Rebin ketika dihubungi. Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut. "Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif," katanya. Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka. |
| BN Mengada-adakan Ancaman Kebangkitan ‘Malay Spring’! Posted: 12 Nov 2012 06:35 AM PST Chandra Muzaffar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia dan juga 'pemikir' agung BN, telah dipaparkan pada muka hadapan media-media cetak arus perdana dengan mengeluarkan amaran mengenai 'rancangan kuasa luar' untuk memporak-perandakan kerajaan dan juga ancaman kepada 'keselamatan global'! Dalam proses itu dia telah mengaitkan BN dengan beberapa diktator, yang mana masyarakat dunia telah menyaksikan kejatuhan mereka beberapa bulan yang lalu, dan mengatakan bahawa menyingkirkan Mubarak, Gadaffi, Ben Ali dan yang lain adalah tidak baik kerana ianya akan 'menggugat' Malaysia! Dengan menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang seharusnya mendukung aspek-aspek utama seperti kebebasan akhbar, hak pada kebebasan bersuara dan hak pada kebebasan perhimpunan aman, Chandra juga menyatakan penentangannya pada beberapa organisasi pro-demokrasi, seperti Yayasan Open Society dan National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Washington. Chandra telah mengutuk keras penyaluran dana-dana asing kepada pertubuhan-pertubuhan sivil seperti Bersih dan Suaram dan kumpulan-kumpulan lain yang bekerja keras untuk menentang rasuah dan penindasan rakyat di Malaysia. Namun, bagai mana pula dengan jumlah wang yang teramat besar yang disalurkan oleh UMNO/BN ke dalam akaun Yayasan 1Malaysia? Dan bagai mana pula dengan jumlah wang haram yang teramat besar yang telah dibolot secara rahsia dari simpanan negara untuk menyokong kegiatan-kegiatan parti politiknya untuk bertahan pada kuasa selama lebih 50 tahun? Kealpaan dan double-standard pada Dr. Chandra Muzaffar amatlah dikesali oleh sesiapa yang meneliti pendedahannya itu. Namun, pandangan peribadinya yang diada-adakannya adalah mengenai 'kesan merbahaya' dari dana kecil dari organisasi-organisasi seperti NED itu, telah digunakan oleh rakyat di negara-negara yang pro-demikrasi seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria. Jelaslah, Dr Chandra telah menganggap kritikan terhadap pemerintah kuku besi adalah sekadar alasannya semata-mata. Bagi Chandra, kerajaan tidak boleh ditentang atau dikritik oleh mana-mana pertubuhan yang memperjuangkan kebenaran. Dengan kata-kata sedemikian, Chandra telah menyamakan BN seperti rejim-rejim Libya, Tunisia dan Mesir dan dia juga bersimpati dengan saki-baki pemerintahan kuku besi seperti Syria dan Russia. Apa yang lebih utama, dia telah memberikan isyarat bahawa dia takut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya akan menyingkirkan BN sama seperti kebangkitan Arab Spring! Pada hari ini, Ketua PKR Sarawak yang juga ADUN, Baru Bian, seorang pengamal undang-undang, telah membantah serangan berhisteria Dr Chandra terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia. Chandra Muzaffar telah memperkecilkan dirinya sendiri dan juga Yayasan 1Malaysia dengan kenyataan-kenyataan ini kerana secara tidak langsung dia telah mendedahkan betapa takutnya gabungan parti-parti BN yang kini terlalu kaya dan dahagakan kuasa bertindak ke atas pertubuhan-pertubuhan kecil ini, yang hanya bersenjatakan kebenaran. Malaysia akan menghadapi piliharaya umum tidak lama lagi. Tidak perlulah kita takut pada apa yang dianggap Kebangkitan Melayu atau kacau bilau atau apa-apa juga bentuk darurat yang tidak masuk akal sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan gerombolan BN. Peralihan kuasa kerajaan secara normal tidak seharusnya dihalang, selagi BN tidak berkelakuan sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan melanggar peraturan dalam percubaan mereka untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi! Jika tercetusnya darurat dan kacau-bilau nanti maka BN harus dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dunia dan bukannya kerana pertubuhan-pertubuhan pro-demokrasi yang kecil-kecil itu. Sumber : Sarawak Report |
| Mayat Wanita Berulat Dalam Bas! Posted: 12 Nov 2012 04:12 AM PST Kajang – Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila menemui mayat wanita dalam keadaan kembung dan berulat di dalam sebuah bas yang tidak digunakan di dalam kawasan kompaun Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ, pagi ini. Kejadian disedari jam 10.30 pagi oleh pengawal keselamatan, Santra Morgan yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pada Khamis lalu salah seorang mekanik MPKJ mengadu terlihat seseorang sedang tidur dalam bas berkenaan ketika ditugaskan memeriksa nombor chasis. "Mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian seluar pendek ketat berwarna hitam dan tshirt berwarna merah," katanya. Menurutnya, turut ditemui tuala dan pisau pendek, namun dokumen pengenalan diri gagal ditemui. "Mangsa dipercayai mati lebih empat hari, motif dan punca kematian masih disiasat. Siasatan turut menjurus kepada jenayah atau sebaliknya," katanya. Mayat dibawa ke hospital Serdang untuk dibedah siasat. -SH |
| Dakwaan Polis Merogol: Tubuh IPCMC Segera! Posted: 12 Nov 2012 12:40 AM PST Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah. "Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku, sekaligus membasmi salah guna kuasa. "Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan," "Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis," ujarnya ketika dihubungi. Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut. "Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita," tegasnya. Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat. Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. klik untuk baca ![]() |
| [VIDEO] Pembaca Berita Sebak & Menangis Lapor Berita Kekejaman di Syria Posted: 11 Nov 2012 09:40 PM PST Pembaca berita televisyen ini tidak dapat menahan kesedihan apabila membacakan berita berkenaan seorang anak kecil, Muhammad Dhiya' yang ditembak oleh Rejim Bashar. Ayah Muhammad Dhiya' menjerit-jerit supaya Rejim Bashar berhenti daripada menembak untuk menyelamatkan anaknya, namun permintaannya itu tidak dipedulikan hingga anaknya terbunuh dengan kejam. Sama-samalah kita doakan semoga umat Islam di Syria diselamatkan dari kezaliman pemimpin dan pemerintahan yang zalim. -halimislam |
| [VIDEO] Zulfahmi Naik Podium Lagi, Lari Dari Semburan Arak Lagi Posted: 11 Nov 2012 07:31 PM PST Zulfahmi akhiri musim 2012 dengan podium kedua di Valencia PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin mengakhiri musim MotoGP Dunia 2012 dengan penuh bergaya selepas menaiki podium buat kali kedua pada Grand Prix Valencia di Sepanyol semalam. Pelumba sensasi pasukan AirASia-SIC-Ajo, yang memulakan perlumbaan ke petak ke-17, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan hanya ketinggalan 0.114 saat di belakang juara Danny Kent daripada pasukan Red Bull Ajo. Kent, pelumba Britain, mencatatkan masa 45 minit 5.891 saat manakala juara dunia baru Moto3, Sandro Cortese dari Jerman, yang juga rakan sepasukan Kent, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.056s. Muhammad Zulfahmi, yang baru memenangi anugerah 'Pelumba Kelas Moto3 Paling Meningkat 2012', berkata keputusan tersebut sukar dipercayai kerana terpaksa mengharungi keadaan sukar pada sesi latihan bebas Jumaat lepas dan sesi kelayakan semalam. "Bermula dari petak ke-17 dan mengakhiri di tempat ketiga merupakan keputusan hebat.... saya tidak boleh percaya bahawa saya berjaya menaiki podium. Saya amat bangga untuk memenangi podium kedua dalam karier perlumbaan," kata Muhammad Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sepang International Circuit (SIC). "Saya tidak sabar untuk saingan tahun depan dan ia akan menjadi lebih berdaya saing tetapi saya akan bersedia," kata pelumba berusia 21 tahun yang menduduki tempat kedua pada MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Sepang, bulan lepas. "Saya juga berasa begitu gembira apabila mengetahui SIC, promoter MotoGP Grand Prix Malaysia, memenangi anugerah 'Acara MotoGP Terbaik 2012'," katanya. - Bernama KEPUTUSAN PENUH MOTO3 RACE: (24 laps = 96.12 Km) POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP 1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 / 2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056 3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114 4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431 5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371 6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605 7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931 8 / Maverick VIÑALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495 9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18 10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245 11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532 12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331 13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255 14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66 15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522 Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24 Circuit Record Lap: New category Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012 FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:> 1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÑALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.
|
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







No comments:
Post a Comment