Assalamualaikum & salam sejahtera Rafi,
Suka saya war-warkan kepada anda kerja sama antara saya dan Asia eUniversity untuk melahirkan lebih ramai usawahan Internet di Malaysia! Sebelum itu, suka saya kongsikan bagaimana permulaannya kerjasama saya dan Asia eUniversity kepada anda...
Saya mula mendapat pendedahan Internet secara formal sejak tahun 1998 di Staffordshire University, United Kingdom di dalam jurusan Multimedia tajaan JPA. Alhamdulillah, pencapaian saya sebagai pelajar multimedia boleh dikatakan membanggakan sehinggakan sebuah syarikat di UK mengambil saya sebagai konsultan sebelum saya menjalankan perniagaan melalui Internet.
Bekerja sebagai konsultan kepada sebuah syarikat di Birmingham, saya mula menjinak-jinak dalam perniagaan Internet dan memulakan perniagaan Internet saya yang pertama.
Namun, walaupun sebagai seorang pelajar tajaan JPA dan mendapat keputusan yang baik ketika di universiti, serta mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat IT terbesar di UK ketika itu, perniagaan Internet saya tetap gagal.
Sepanjang setahun, saya berusaha, tetapi, terus mengalami kegagalan...
Ketika itu baru saya ketahui bahawa apa yang saya belajar di universiti adalah 'teori' dan bukannya 'praktikal' yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Apa yang saya belajar dan ketahui di universiti adalah berbeza dengan apa yang di alami di dunia perniagaan sebenar.
Sejak itu, saya mula menghadiri seminar, workshop, membaca buku dan juga belajar dari mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk mengetahui selok belok, dan 'rahsia' berjaya dalam perniagaan.
"He (Irfan Khairi) is an accomplished business man at a very young age. People like him should be adjunct professors in Universities to teach others how to do business and not those people who come from PHDs from universities teaching business from text book. Because text book knowledge and real street knowledge to be successful is two different things..."
-Prof. Dato Dr. AnsaryDirector of Asia eUniversity
Pertengahan tahun ini (2011), saya mendapat tawaran dari Asia eUniversty dan Prof. Dato Dr. Ansary selaku pengarah Asia eUniversity untuk menghasilkan sebuah modul khas untuk masyarakat Malaysia dan pelajar antarabangsa tentang perniagaan Internet di Asia eUniversity, School of Professional and Executive Education (SPEED).
Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang pendidikan keusahawanan, saya menerima tawaran tersebut dan menghasilkan modul "Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing."
Saya amat teruja atas tawaran Asia eUniversity kepada saya untuk menghasilkan modul keusahawanan Internet bukan sahaja untuk universiti tempatan, tetapi juga bertaraf antarabangsa!
Apa yang paling menarik sekali tentang modul yang dihasilkan ini serta pendekatan Asia eUniversity adalah, ianya 'business based learning', bererti, pelajar pada akhir pembelajaran bukan sahaja akan mendapat sijil atau hanya konvo seperti universiti lain. Tetapi, akan menghasilkan perniagaan sendiri sepanjang modul 9 bulan yang disediakan- Perniagaan yang boleh menjana keuntungan!
Pendekatan universiti ini juga adalah menarik oleh kerana mahukan saya yang berpengalaman dalam perniagaan untuk menjadi tenaga pengajar modul universiti ini. Oleh itu, saya sendiri akan menjadi pensyarah untuk modul keusahawanan Internet ini.
Usahawan & bakal usahawan Internet Intake/batch pertama
Asia eUniversity bersama saya!
Internet dan media sosial telah mengubah bidang perniagaan, korporat dan juga kerajaan. Pengetahuan dan ilmu pemasaran Internet dan media sosial adalah amat penting di zaman IT ini sama ada untuk memulakan perniagaan, meningkatkan keuntungan perniagaan dan juga menambah nilai karier anda.
Sekiranya anda beminat untuk melanjutkan pelajaran sambil bekerja atau berniaga, saya amat mengalu-alukan anda bersama saya untuk pengambilan intake/batch #3 yang akan bermula pada 24 November 2012, Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing di Asia eUniversity.
Antara manfaat program 9 bulan ini adalah:
- Khusus untuk mereka yang bekerja/surirumah yang ingin memulakan perniagaan melalui Internet secara sepenuh masa atau separuh masa!
- Kelas dijalankan sebulan sekali sahaja manakala waktu yang lain adalah secara pembelajaran online!
- Business Based Assignment akan mengembangkan perniagaan yang anda jalankan ke Internet. Sekiranya tiada perniagaan, modul pertama adalah untuk mencari perniagaan terbaik untuk anda!
- Percuma latihan dan konsultansi tambahan daripada Irfan Khairi Sdn Bhd sepanjang pembelajaran untuk mengembangkan perniagaan anda!
- Saya sendiri dan pelatih berpengalaman IKSB akan bersama anda selama 9 bulan membantu perniagaan anda berkembang ke Internet!
- Pembayaran yuran boleh dilakukan dengan pengeluaran KWSP akaun 2.
Hanya 27 tempat sahaja tinggal untuk pengambilan ke #3.
Semoga kita berjumpa lagi,
-Irfan Khairi
Koordinator / Pensyarah
Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ
To unsubscribe or change subscriber options visit: http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jGwM7MwMHGw= |
No comments:
Post a Comment