SEARCH

Tuesday, October 9, 2012

Rafi, Artikel Pilihan: Wang bukan segala-galanya!? & MasterClass *terbaru*

Salam Rafi!

Kandungan menarik email kali ini:

  1. Artikel pilihan: Aku tak mahu KAYA?!
  2. Kelas Malam di IKSB - Pelanggan Tanpa Had! - menggunakan FB & Twitter
  3. Sesi Percuma di KUALA LUMPUR: Perniagaan Internet  Pantas, Mudah & Murah


Wang Bukan Segalanya
Oleh: Irfan Khairi
Ekstrak dari artikel Irfan Khairi di Metro Ahad, Majalah M setiap minggu...

Oleh Irfan Khairi

Saya pernah dengar seseorang meluahkan "Wang bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya memerlukan wang". Ada betulnya juga kenyataan itu. Sememangnya kita tidak mahu menjadi seorang yang materialistik dan mata duitan, tetapi, tidak dinafikan, wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita. 

Ada juga yang mengatakan, prioriti utama hidup bukanlah pada wang, atau matlamat hidup bukan mengejar wang. Saya amat hargai konsep tersebut, tetapi,  walaupun ia bukan prioriti utama, wang tetap memainkan peranan dalam hidup anda. Oleh itu, mengetahui strategi kewangan pastinya dapat membantu gaya hidup kita.

Jadi, persoalannya adalah apakah matlamat kewangan anda? Apabila kita mempunya matlamat kewangan, ia akan memudahkan kita menghasilkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa tiang gol. Pastinya tidak ke mana perlawanan tersebut kerana tiada sasaran. Jurulatih juga tidak tahu cara menyusun strategi untuk menang bila tiada tiang gol.

Dimanakah anda lihat keadaan kewangan anda pada hujung bulan ini? Atau 6 bulan akan datang? Atau tahun hadapan? Adakah anda berpuas hati dengan keadaan atau anda ingin meletakkan matlamat kewangan yang lebih tinggi?

Bagaimana pula gambaran kewangan anda 3 tahun akan datang? Atau 5 tahun akan datang? Atau 10 tahun akan datang? Adakah anda melihat diri anda seperti keadaan sekarang, atau ingin melihat diri anda mempunyai progres yang berlipat kali ganda dan mengubah keadaan kewangan kearah yang jauh lebih baik?

Semua ini memerlukan strategi dan strategi bermula dengan matlamat anda hari ini. Ambil pen dan kertas, tuliskan matlamat kewangan anda. Apakah matlamat kewangan jangka pendek anda, dan apakah matlamat jangka panjang anda. 

98% dari orang dewasa tidak mempunyai matlamat kewangan. Jangan jadikan anda sebahagian dari statistik ini oleh kerana mereka yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai matlamat dan strategi mencapai matlamat tersebut.



MASTERCLASS - Kelas Malam di IKSB!
Cara pendapatkan PELANGGAN TANPA HAD! 

Pada minggu lepas saya telah mengumumkan siri MasterClass yang merupakan kelas malam (2 jam) berkongsikan teknik dan strategi menjana pendapatan melalui Internet. Dalam masa 2 hari sahaja, 3 sesi MasterClass telah dipenuhi untuk tajuk "Buat Duit Tanpa Modal"!

Terima kasih atas sokongan anda.

Kali ini, saya ingin memperkenalkan satu lagi topik MasterClass terbaru bertajuk "Pelanggan Tanpa Had"! Sesi ini telah dibuka untuk pendaftaran dan cepat, seperti MasterClass yang lain, tempat adalah eksklusif untuk 9 peserta sahaja!

Setiap sesi akan menyampaikan topik-topik yang berbeza. Sesi "kelas malam" ini diberi nama MasterClass@IKSB dan akan diadakan di Mutiara Damansara (berhampiran IKEA). 


MasterClass dijalankan di IKSB Signature Classroom - eksklusif & selesa!

Apa yang menarik adalah, sesi MasterClass:

  • Hanya 2 jam (8 malam - 10 malam) dan dipenuhi maklumat yang padat dan praktikal untuk peserta terus aplikasi selepas tamat kelas
  • Disampaikan oleh trainer IKSB yang bertahun-tahun berpengalaman dalam bidang perniagaan Internet dan training.
  • Setiap kelas hanya terhad kepada kurang dari 10 peserta sahaja! Untuk memastikan apa yang disampaikan mudah difahami dan menggalakkan interaksi bersama penyampai.
  • Harga yang amat hebat! Sebagai harga pengenalan, sesi MasterClass di mana anda akan mendapat banyak ilmu dan manfaat cara menjana pendapatan hanya berharga RM50 buat masa ini!
  • Sesi ini bukanlah sesi preview dimana kami akan menjual seminar yang lebih mahal *seperti sering berlaku*, tetapi sesi kelas lengkap berdasarkan modul yang disampaikan.
Rafi, MasterClass akan dijalankan pada hari Selasa, 16hb Oktober ini, dengan tajuk "Pelanggan Tanpa Had". Pelajari kaedah bagaimana anda boleh mendapat dan menggandakan pelanggan baru tanpa had menggunakan hanya media sosial!

Hari ini, menjadi semakin sukar mendapatkan pelanggan untuk perniagaan. Ini kerana, ramai yang masih menggunakan cara old-school dan bukan menggunakan teknik dan strategi perniagaan Internet yang efektif. MasterClass "Pelanggan Tanpa Had" akan mendedahkan cara bagaimana anda boleh melipatkali gandakan pelanggan anda dengan hanya menggunakan teknik Media Sosial. Sertai Hari ini!

Untuk maklumat lanjut MasterClass ini, lawati link di bawah! 


Ikhlas,

Irfan Khairi
Kuala Lumpur

 

"Perniagaan Internet dan Media Sosial- Pantas, Mudah dan Murah" bersama Irfan Khairi
 
Bersama Irfan Khairi *PERCUMA*
Ahad, 14hb Oktober 2012
9.30 pagi- 11.30 pagi
Vistana Hotel, Kuala Lumpur
 
Saya telah menjalankan perniagaan Internet sejak tahun 2000 dan mencapai RM1,000,000  keuntungan dari Internet pada awal penglibatan saya dalam bidang perniagaan Internet. Sehingga kini telah mendidik dan membantu beribu usahawan Internet di Malaysia memulakan perniagaan yang berjaya. 


Rafi, sebagai pembaca setia email saya, pada hari Ahad 14hb Oktober, saya ingin menjemput anda, ke sesi"Perniagaan Internet dan Media Sosial- Pantas, Mudah dan Murah" di Vistana Hotel, Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepada anda, beberapa teknik dan strategi perniagaan Internet dalam menjana pendapatan kepada beribu usahawan Internet Malaysia yang telah saya bantu.

Oleh kerana sesi seminar ini ditaja oleh Exec. Diploma in Internet & Social Media Marketing, Asia eUniversity, ianya adalah PERCUMA khas untuk anda!



 

Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), 16-2, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 PJ

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?TOzMrOxMtMysLIxMjKwstEa0jGwMDOxsbJw=

No comments: