Kelab Greenboc |
- Indeks Bursa Saham Capai Paras Tertinggi, Tetapi Saham Felda Terus Merudum
- BN Mengggelupur Apabila Majalah Antarabangsa Samakan Najib Dengan Gordon Brown
- Kes Polis Minta Rasuah Drp Deejay Suria.FM: Terbukti Ia Bukan Persepsi, Tapi Realiti
- Prosedur Kompaun AES Kelirukan Rakyat
- [ZALIM] Kerajaan Umno Roboh Rumah Rakyat Di Kuala Besut
- Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah!
Indeks Bursa Saham Capai Paras Tertinggi, Tetapi Saham Felda Terus Merudum Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770 Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV. Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas. FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau. Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit. "Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren. "Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara. |
BN Mengggelupur Apabila Majalah Antarabangsa Samakan Najib Dengan Gordon Brown Posted: 06 Oct 2012 07:37 AM PDT Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut. Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010. "Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. "Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama. "Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?" Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain. "Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat," kata Mugilan. "Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya." The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti. "PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan," kata Tengku Adnan lagi. "Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang." Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti. "Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN," kata Mugilan. "Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri. No time like tomorrow Ulasan GB Mungkin benar, politik Britain tak sama dengan politik Malaysia. Diantaranya: 1) Kerana terlalu lama berkuasa, mudah bagi BN mencari dan mewujudkan ruang untuk melakukan penipuan. 2) SPR di dalam tangan UMNO BN, tidak berkecuali sepenuhnya seperti di Britain. 3) Polis & SPRM masih boleh diperkudakan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mereka yang tidak menyokong BN. 4) Media massa arus perdana boleh diperalatkan untuk menabur fitnah dan memburukkan lawan. 5) Gangsterism - halal untuk UMNO BN. 6) Politik wang - halal untuk UMNO BN dan bermacam-macam lagi. |
Kes Polis Minta Rasuah Drp Deejay Suria.FM: Terbukti Ia Bukan Persepsi, Tapi Realiti Posted: 06 Oct 2012 03:32 AM PDT Ketua Polis Negara Kecewa Anggotanya Minta Rasuah Dari Deejay Suria FM Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas. Ismail berkata, perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai radio itu. "Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah," katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini pada Khamis. mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu di sekitar jalan Sunway dekat sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar wang ataupun dikenakan saman. Bagaimanapun anggota polis tersebut melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya. Sementara itu Tyzo yang dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons terhadap aduan tersebut. Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan terhadap perkara itu. "Saya juga akan ke Bukit Aman hari Jumaat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media. "Insya-Allah, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan," katanya - Mstar
|
Prosedur Kompaun AES Kelirukan Rakyat Posted: 06 Oct 2012 01:01 AM PDT Kerajaan Pusat diminta memperkenalkan satu mekanisme baru berkenaan notis kompaun pesalah trafik Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini supaya tidak membebankan rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, prosedur yang jelas mengenainya perlu ada agar tidak timbul kekeliruan di kalangan orang ramai. "Bila rakaman imej itu diperolehi, kerajaan kata akan terus keluarkan notis saman sedangkan notis itu sebenarnya adalah notis bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta kepastian samaada betul atau tidak betul imej yang dirakam itu adalah pesalah yang sebenar. "Maka kerajaan tidak boleh terus mengatakan bahawa individu itu mesti ditawarkan kompaun. Tidak boleh begitu, ia mestilah selepas ada pengesahan bahawa seseorang itu mengaku itu imejnya barulah individu terlibat boleh ditawarkan untuk bayaran kompaun atau didakwa di mahkamah," katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri bahawa AES sudah merakamkan 63,558 imej pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di 14 lokasi panas dari 23 September hingga 30 September lalu. Abd Rahim juga menjelaskan semua imej tersebut sedang dalam proses semakan dan pengesahan JPJ sebelum saman dikeluarkan. Mahfuz berkata, persoalan mengenai pelaksanaan AES itu sudah dibangkitkan banyak kali terhadap kerajaan di Parlimen namun sehingga kini ia belum diperjelaskan. Katanya, pengguna kebiasaan menghadapi masalah ketika waktu puncak di mana anggota polis mengawal lalu lintas serta persimpangan lampu merah. "AES yang dipasang di simpang lampu merah, bagaimana pada waktu puncak dan ada empat simpang serta polis akan datang untuk mengawal laluan. Lampu tidak digunakan dan pengguna jalan raya perlu mengikut arahan polis. "Pada waktu itu ada lampu yang berwarna merah, kalau kita langgar lampu merah bermakna kita melakukan kesalahan. Kalau polis suruh jalan waktu lampu warna merah dan kita tidak ikut arahan polis, kita juga dianggap salah. Ini satu penganiayaan kepada pengguna," katanya. Beliau seterusnya berkata, kerajaan juga diminta menjelaskan berhubung status AES tersebut dan pihak mana yang mengelola atau mengawalnya. Tambahnya, kerajaan menetapkan Kementerian Pengangkutan dan JPJ adalah sebagai pemilik maka ia melibatkan penggunaan wang ringgit sedangkan sebelum ini kerajaan mengatakan tidak mengeluarkan satu sen pun sebaliknya ia dilakukan secara penswastaan kepada dua syarikat. "Sehingga hari ini kita masih belum mendapat kepastian tentang dua syarikat tersebut maka kerajaan harus beritahu secara jelas apa kedudukan sebenarnya mengenainya. Jika ia dibangunkan oleh dua syarikat in maka sudah tentu ada satu perjanjian antara kerajaan dengan mereka," katanya. |
[ZALIM] Kerajaan Umno Roboh Rumah Rakyat Di Kuala Besut Posted: 05 Oct 2012 10:41 PM PDT Besut - PAS menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu merobohkan rumah-rumah rakyat ketika penghuninya tiada di rumah sebagai tindakan zalim yang mengambil kesempatan atas kesusahan hidup rakyat. Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, kerajaan tahu, pemilik rumah-rumah terbabit adalah terdiri daripada mereka yang susah yang mendirikan rumah tersebut secara berdikit-dikit. Walau pun begitu, beliau berkata, kerajaan terus menekan dan memburu rakyat miskin, sehinggalah rumah mereka di robohkan. "mereka membangunkan rumah itu sehari demi sehari, secara berdikit-dikit sehingga ada yang telah siap dan ada masih dalam pembinaan, di Rancangan tanah Berkelompok Kuala Besut adalah "rombongan yang datang semalam, merobohkan rumah tersebut berlaku (ketika) penghuninya tiada di rumah...betapa zalimnya kerajaan yang tidak bersama kehidupan rakyat, "mereka tahu rakyat hidup susah (tetapi) mereka terus menekan, memburu, memaki dan menghamun.....dalam keadaannya semahu-mahunya, sehinggalah rumah mereka (di)roboh dan runtuh,"tegasnya. Beliau berkata, antara rumah yang terlibat adalah rumah penerima bantuan yang juga seorang ibu tunggal. Katanya, beliau dimaklumkan, pihak berkuasa merancang pelan untuk merobohkan kesemua rumah yang dibina diatas tanah tersebut yang berjumlah sebanyak 84 lot. "penjelasan dari satu pegawai (terbabit) ada pelan A, pelan B dan pelan C (untuk merobohkan semua rumah) dalam lot tanah sekitar 84 buah, "opereasi (roboh) dibuah dalam (keatas) rumah yang sedang dibina dan ada yang telah siap......dan ada yang telah duduk barang-barang penuh dalam rumah (diroboh) berselerak, "ada satu (sebuah rumah milik) ibu tunggal yang dapat peruntukan (bantuan) peringkat awal dulu di buat rumah sikit-sikit (akhirnya) (di)roboh semua"jelasnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Jabi, dekat sini pada Jumaat, 5 Oktober. Oleh itu, Wan Azhar mendakwa, tindakan tersebut adalah cubaan untuk menghapuskan semua bahan bukti kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PAS. Menurutnya, dengan merobohkan rumah-rumah itu, Umno-BN harap rakyat akan lupa kepada jasa-jasa kerajaan PAS Sehubungan itu, beliau menyeru setiap rakyat supaya merekodkan setiap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dan membuat perbandingan diantara zaman pemerintahan kerajaan Umno-BN dengan kerajaan PAS. Kata beliau, pihaknya akan memikirkan samada satu tindakan tuntutan melalui mahkamah adalah diperlukan, kerana katanya, dalam perkembangan mutakhir tindakan-tindakan Umno-BN adalah berdasarkan perkiraan politik. "kita akan ambil sikap tengok dan lihat dulu sebab perkembangan diperingkat akhir ini, dia ( tindakan Umno-BN) tidak akan lari dari tindakan politik "pendekatan mahkamah kita akan terus tengok pada masa yang sama kita akan 'mobilise' (menggerakkan) rakyat untuk (kerana) ia adalah lebih cepat untuk proses keadilan apabila kerajaan bertukar,"katanya. Beliau berjanji sekiranya PAS dapat megambil alih kuasa di peringkat negeri Terengganu, rumah-rumah yang dirobohkan di Rancangan Tanah Berkelompok Kuala Besut itu, akan dibangunkan semula dalam tempoh seratus hari. -buletinonline |
Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah! Posted: 05 Oct 2012 07:33 PM PDT DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah. Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa. Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah. "Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media. Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah. Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan "Malaysian Book Of Record" anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini. "Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut," tambah Guan Eng. Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit. "Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia. " Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu. "Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka," ujar Guan Eng lagi. -TMI Kabinet bayangan kata orang kabinet bayangan kata Najib |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment