SEARCH

Friday, October 5, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Artis Bertudung Perdalami Ilmu Islam Melalui Usrah Fitrah

Posted: 04 Oct 2012 05:01 PM PDT

Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.

Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.

Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.

Antara selebriti yang mengikuti program ini adah Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.
Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat sambutan.

"Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan 5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang guru.

"Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion lain," katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.

Antara artis yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan Enot.

Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah Ustaz Azhar Idrus.

Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong perjuangan Islam.

Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.

"Sebagai contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain," katanya.

-mynewshub

Muhyiddin Terlupa Najib Pernah Minta Maaf Dengan Rakyat Selangor

Posted: 04 Oct 2012 08:31 AM PDT

Muhyiddin: 'Di Selangor, lebih banyak politik dari bekerja'

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor.

Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku.

Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.

"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.

Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.- Bernama.

Ulasan GB

Muhyiddin terlupa pada suatu masa yang belum berapa lama, PM sendiri, Najib Tun Razak telah memohon maaf kerpada rakyat Selangor kerana kerajaan BN yang lalu telah banyak melakukan kesilapan.



Kesilapan-kesilapan UMNO BN di Selangor tidak mudah untuk dilupakan malah sehingga sekarang pun UMNO BN terus mahu menipu dan mengkhianati rakyat Selangor dengan melakukan hal-hal yang tidak demokratik serta membelakangkan semangat federalisma.

Politiking berlebihan di Selangor adalah kerana UMNO BNlah yang mencetuskannya apabila beberapa isu yang besar dipolitikkan sedemikian rupa untuk cuba menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seperti isu-isu air, Langat 2, Talam dan sebagainya.

Rakyat Selangor tidak semudah itu untuk diperbodohkan dan tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali.

PKNS Ambil Tindakan Terhadap NGO Hasut Penduduk

Posted: 04 Oct 2012 06:01 AM PDT

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenal pasti terbabit dalam demostrasi di hadapan Ibu Pejabatnya baru-baru ini.

Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, NGO terbabit dilihat memperdayakan penduduk dengan menghasut supaya penduduk membuat tuntutan yang tidak berasas.

Pihaknya percaya penduduk terbabit dipergunakan untuk mencapai agenda tertentu dan menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.

"Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berpengalaman 48 tahun dalam pembangunan hartanah, PKNS tidak akan sewenang-wenangnya membuat keputusan yang boleh membawa kerugian atau tanggapan negatif terhadap syarikat itu.

"Kami tidak menyalahkan penduduk berkenaan. Mereka sebenarnya diperdayakan NGO-NGO tertentu yang menyakinkan mereka kononnya PKNS perlu mengambil alih hutang rumah mereka.

"Namun, kami ingin menasihatkan semua penduduk perumahan PKNS supaya jangan terperdaya dengan hasutan ini kerana ia adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan media.

Norita menegaskan bahawa PKNS tidak pernah mengeluarkan walau sesen untuk menyelamatkan Talam Corporation seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Selain itu, PKNS turut mengingatkan semua penduduk perumahan PKNS agar tidak memberikan maklumat peribadi mereka seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan dan nombor telefon kepada NGO terbabit.

"Kami melihat adanya borang yang diedarkan oleh NGO tertentu yang meminta penduduk mengisi maklumat peribadi mereka sebagai desakan kepada PKNS untuk melangsaikan hutang rumah mereka. NGO itu juga dipercayai mengutip RM10 bagi setiap borang.

"Kami tidak mahu maklumat itu akan disalahguna. Jika ada mana-mana penduduk yang keliru mengenai isu ini, sepatutnya mereka datang terus ke PKNS dan kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Tidak perlu melalui orang tengah atau berdemonstrasi kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan," katanya.

Baru-baru ini, seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.

[WASPADA] Taktik Syaitan Dikenali Untuk Mengkhayalkan Mangsa

Posted: 04 Oct 2012 04:01 AM PDT



Satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali, lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa.

Ulasan GB

Begitulah Bajet 2013.

Disuntikkan ke dalamnya beberap hal yang mengkhayalkan rakyat dengan pelbagai "pemberian" seperti rebat untuk smartphone, bayaran one-off dan lain-lain.

[BONGKAR] Usaha BN Rampas Kedah, 200,000 Pengundi Baru Didaftarkan

Posted: 04 Oct 2012 02:07 AM PDT

Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu," katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor.

"Ia kononnya untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat Kedah bahawa mereka mampu mentadbir semula negeri itu, tetapi saya tahu, rakyat Kedah kini bijak menilai," kata Zakaria.

"Mereka bukan sahaja terdesak merampas semula Selangor, malah Kedah juga," tambah beliau.

Sehingga Ogos lepas, dilaporkan jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta berbanding 873,000 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

Umno BN Kedah telah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi sejak tahun 2008 hingga Ogos lepas.

Manakala di Selangor pula, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk suku ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. -KD

Mahasiswa Pro-M Sujud Syukur Di Atas Kemenangan Dalam Pilihanraya Kampus

Posted: 03 Oct 2012 11:03 PM PDT



Apabila kemenangan diselari dengan tarbiah Islam. Sujud syukur tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.


Ulasan GB

Tiada apa yang lebih manis di dunia ini - selain dari kemenangan Islam.

Di mana-mana pun kini tatkala kumpulan yang memperjuangkan Islam diberikan kemenangan, kita dapat menyaksikan umat Islam bersujud syukur...

Bukan disambut dengan berpesta-pestaan yang menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan kehancura.

Tahniah mahasiswa Pro-M UIAM!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[BUKTI] Surat Jabatan Kerajaan Sempena Perkahwinan Anak Ali Rustam Tersebar..

Posted: 03 Oct 2012 08:54 PM PDT



Daripada gembira menyambut menantu, kini Ali Rustam bagai dikejar hantu. Semuanya gara-gara satu mesej di Twitter oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendedahkan sehelai surat dari muka surat dua oleh Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang membuktikan bahawa Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam menyalahgunakan kedudukannya untuk tujuan peribadi dan bukannya majlis rasmi kerajaan.

Perkahwinan anak lelakinya yang mencetuskan kontroversi kerana memecah rekod The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai majlis perkahwinan teramai di negara ini ekoran perbelanjaan melampau dan menggunakan kemudahan kerajaan mula terbongkar satu persatu.

Shamsul dalam satu mesej bergambar di Twitter sebentar tadi menulis:

@shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja M'ka ? Majlis perkahwinan anak hinggakn Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat?

[ @shamsuliskandar Ali Rustam fikir dia Raja Melaka? Majlis perkahwinan anak hinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka perlu bermesyuarat? ]


Surat tersebut dipercayai bertarikh minggu lalu ditujukan kepada Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Kamaruddin Mat Shah, Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin, Setiausaha MPAG, Shahdan Othman, Setiausaha MPJ, Ainu Nizla Kasman dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal, Zainuddin Samad mengarahkan mereka semua menghadiri mesyuarat tersebut.

Surat tersebut bertajuk "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" dipercayai dibocorkan sesetengah pihak yang tidak mahu penyelewengan Ali Rustam berterusan.



Antara kandungan surat tersebut menyatakan bahawa satu mesyuarat mengenai majlis persiapan tersebut akan diadakan beberapa hari sebelum majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung pada 30 September lalu.

Shamsul juga mengulangi janjinya untuk hadir bersama pemimpin Pakatan Rakyat negeri membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 11 pagi esok bagi mendedahkan lebih lanjut bukti penyalahgunaan kuasa oleh Ali Rustam termasuk menggunakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penyelaras trafik dan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditugaskan menyelia kehadiran hadirin dan keselamatan semasa majlis tersebut yang berlangsung selama lapan jam.

Terbaru, Ali Rustam mengaku membelanjakan sebanyak RM600 ribu bagi mengadakan majlis tersebut yang didakwa dihadiri kira-kira lebih 100,000 orang yang kebanyakannya diangkut menggunakan bas yang disewa dari seluruh negeri itu.

Timbul pula persoalan sekiranya jumlah itu saja yang didakwa digunakan Ali, dari mana datangnya wang sebanyak itu kerana gaji dan elaun sebagai ketua menteri hanya kira-kira RM40 ribu sebulan. ~jalanpulang

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka



Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

Mahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.
-mk





No comments: