Kelab Greenboc |
- Isu Ayatullah: Kita Harap Dr.Asri Tidak Bertapi-tapi Untuk Sertai Wacana Jemputan PAS
- Muka MCA Labuh, Nik Aziz Kata Tutup Aurat Untuk Orang Islam!
- Petani Dari Tiga Bangsa, Melayu Cina Dan India Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar
- Kereta Terbakar Ketika Isi NGV
- [BERGAMBAR] 2 Kes Lembu Korban Mengamuk & Menanduk
- Skandal Pelaburan Emas Genneva Beri Tekanan Pada Pentadbiran Najib
- Kes Lelaki 11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya
Isu Ayatullah: Kita Harap Dr.Asri Tidak Bertapi-tapi Untuk Sertai Wacana Jemputan PAS Posted: 29 Oct 2012 05:05 PM PDT Asri dijemput berwacana bersama Ulamak PAS KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menjemput Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyampaikan pandangan dan kritikannya kepada dewan itu dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak. "Saya merujuk kepada kebimbangan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ulama-ulama dalam PAS dibimbangi tidak boleh ditegur apabila memerintah kerajaan pusat nanti dalam satu wacana baru- baru ini," kata setiausahanya, Dr Mohd Khairuddin A. Razali kepada Harakahdaily. Menurutnya, oleh kerana kebimbangan tersebut dilontarkan dalam wacana awam yang disiarkan isinya dalam media perdana dan mendapat respons umum pula, maka sayugia Dewan Ulamak PAS Pusat menyatakan pandangan balas terhadap kenyataan tersebut. Jelasnya, Dewan Ulamak PAS Pusat sentiasa berlapang dada dengan sebarang pandangan, teguran dan kritikan luar terhadap apa jua tindakan yang diputuskan secara jamaei dan pandangan yang dilontarkan oleh Dewan Ulamak dengan merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijma dan Qias di samping pandangan dan ulasan ulamak-ulamak muktabar sepanjang zaman. Hal ini, katanya sesuai dengan akhlak Islam yang menganjurkan konsep nasihat-menasihati dan arahan agar berbincang sesama muslim, antaranya Alllah berfirman yang bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia pasti dalam kerugian melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr) Selain itu, katanya Dewan Ulamak PAS Pusat berbesar hati menjemput Dr Asri untuk menyampaikan pandangan dan kritikan beliau terhadap Dewan Ulamak PAS Pusat dalam wacana ilmu bersama ahli-ahli Dewan Ulamak sebagai satu medan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan. Tambahnya, tarikh wacana boleh diberikan berdasarkan kelapangan masa Dr Asri. "Saya akan berhubung dengan Dr Asri secara personal untuk urusan lanjut wacana tersebut. Semoga dengan itu kita boleh terus membudayakan akhlak berbincang dan bertukar-tukar pandangan seperti dianjurkan oleh Islam," ujarnya. Ulasan GB Demikianlah. Kita berharap tiada banyak alasan dan tepisan untuk Dr.Asri menerima jemputan PAS untuk berwacana. Berani cakap beranilah tanggung. Kita berhujjah bersama-sama. Bukankah Islam dan kebenaran itu tertegak dengan hujjah? |
Muka MCA Labuh, Nik Aziz Kata Tutup Aurat Untuk Orang Islam! Posted: 29 Oct 2012 08:02 AM PDT Saya sebut tutup aurat untuk Islam – TG Nik Aziz KOTA BHARU: "Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat "padanlah" kalau kena rogol pun. "Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam. Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya. Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung. Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. "Apabila Umno tolak Islam, takkan pula MCA nak bantu Islam. Dengan automatik parti itu akan buat perkara-perkara yang melemahkan Islam. "Jadi mereka tidak layak memimpin negara. Negara barat marah kepada Islam, Umno pun begitu juga. Jadi apa beza Umno dengan pandangan barat," ujarnya. Sementara itu ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti, katanya ia terletak kepada keputusan parti dan dirinya sendiri. "Kalau saya rasa boleh bertanding, saya bertanding, namun kena dengar dahulu keputusan parti. "Apabila parti buat keputusan bertanding maka bertandinglah kecuali saya kata tak boleh bertanding lagi kerana masalah kesihatan atau sebagainya. "Tetapi selagi saya berasa masih boleh bertanding dan parti pun setuju maka saya bertandinglah," katanya. Menurutnya tidak ada had umur dalam perjuangan gerakan Islam kerana penamatnya ialah mati. Mengenai calon dalam PRU-13, beliau berkata, PAS akan bertindak secara rapi dan berhati-hati berdasar kepada pengalaman lalu. Ini kerana menurutnya negara ini bukan demokrasi sebenar sebaliknya hanya demokrasi buat-buatan sahaja. "Kami tidak diberi lesen mengendalikan radio, surat khabar harian pun tak diluluskan permit, demikian juga dengan televisyen. "Akses media sangat tidak adil. Ini kerana mereka tahu perjalanan gerakan Islam adalah pada landasan yang betul. "Apabila diberi peluang mendapat tempat dalam suratkhabar menyebabkan rakyat sedar dan menolak fahaman kebangsaan. Namun mereka sekat supaya rakyat terus jadi bodoh," kata beliau. -HD |
Petani Dari Tiga Bangsa, Melayu Cina Dan India Buat Laporan Polis Terhadap Noh Omar Posted: 29 Oct 2012 06:04 AM PDT Petani di Sekinchan membuat laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tender pemberian benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria tender. Menurut laporan polis yang dibuat petani itu semalam, mereka mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014. Laporan polis oleh Misran Serman, Loo Kim Yong dan S Ragavan di balai polis Sekinchan itu antaranya mendakwa lebih separuh kuota subsidi benih padi sah setahun berjumlah 80,000 tan metrik dianugerahi kepada syarikat kroni. Antara lain kandungan laporan polis itu juga menyebut kebimbangan sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat ditangani syarikat terbabit sehingga mengancam bekalan benih padi sah. Noh pada 18 Oktober bagaimanapun mendakwa isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata". Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang. -mk |
Kereta Terbakar Ketika Isi NGV Posted: 29 Oct 2012 03:44 AM PDT Batu caves - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin. Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV. Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak. "Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta. "Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian. Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan. "Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku. "Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran," katanya. Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian. Anggota bomba dengan kekuatan seramai 11 orang mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran. Ketua operasi, Nasir Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran gas. |
[BERGAMBAR] 2 Kes Lembu Korban Mengamuk & Menanduk Posted: 29 Oct 2012 12:49 AM PDT Georgetown - Mungkin kerana 'takut' dijadikan korban, seekor lembu yang baru sahaja diikat hampir menanduk beberapa kanak-kanak. Gambar lembu cuba melompat dan menanduk kanak-kanak berkenaan dirakam pembaca Sinar Harian, Mohd Ali Talib, 28, di salah sebuah masjid di Jelutong. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak sedang asyik memerhatikan lembu korban berkenaan. "Ketika itu saya hanya berniat untuk merakam suasana korban kerana lembu tersebut dikorbankan atas nama anak saya. "Jadi niat saya ingin tunjukkannya kepada anak dan juga isteri, tetapi tidak sangka ia mengganas dan nasib baik ahli kariah sudah biasa dan menguruskannya dengan baik," katanya. Mohd Ali berkata, setiap kali Hari Raya Aidiladha menjelma, dia bersama adik beradik tidak akan melepaskan peluang untuk melihat orang ramai menyembelih lembu dan juga kerbau untuk dijadikan korban. Menurutnya, namun kali ini ia adalah pengalaman manis yang dilalui sepanjang hidupnya. "Bukan mudah hendak uruskan lembu-lembu yang hendak dijadikan korban ini, mungkin ia juga berdebar, selain kejadian hampir ditanduk lembu, ada juga lembu yang berdegil tidak mahu turun dari lori," katanya. Selain Mohd Ali, Yusri Suhaimi juga sempat berkongsi pengalamannya ketika menyertai suasana gotong-royong menyembelih daging korban. "Kejadian berlaku ketika hari raya pertama Aidiladha apabila saya dan anak-anak menunggu lembu turun dari lori. "Mungkin terlalu seronok mahu melihat lembu yang akan dikorbankan atas nama saya, kedudukan saya pada masa itu begitu dekat dengan lori sehinggalah kaki lembu yang dibawa turun menendang bahu saya sendiri. "Sakitnya bukan kepalang tapi mungkin itu pengalaman terawal dan terakhir ditendang lembu kerana saya tidak mahu ia berlaku lagi," katanya. -SH
|
Skandal Pelaburan Emas Genneva Beri Tekanan Pada Pentadbiran Najib Posted: 28 Oct 2012 10:26 PM PDT Tindakan terhadap syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia, telah menyebabkan tekanan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyelesaikan kontroversi yang telah mempertaruhkan 300,000 kehidupan rakyat. Ia juga boleh memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang mesti diadakan menjelang April depan iaitu kurang daripada enam bulan dari sekarang. Laman berita The Malaysian Insider difahamkan bahawa Putrajaya juga menyedari potensi kejatuhan politik ekoran skandal itu. Sekitar 60,000 penjual dan pembeli kini di ambang kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200 kilogram emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta ($16 juta) dari premis di Jalan Kuchai Lama, pada 1 Oktober lalu. Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte Ltd di Singapura. Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun. Bank Negara juga telah membekukan akaun, cek Genneva Malaysia dan lain-lain aset, kerana mengesyaki syarikat melanggar pelbagai undang-undang perbankan dan kewangan. Sehingga kini, Bank Negara masih belum mendakwa pengarah syarikat tersebut. "Kami mahu Bank Negara melepaskan Genneva Malaysia dan 200 kilogram emas bulion disita supaya syarikat itu boleh memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan," kata seorang pesara, Cik Shereen Lim, yang merupakan salah seorang mangsa skim itu. Kerajaan bagaimanapun telah menyatakan bahawa ia tidak mungkin akur kepada permintaan mangsa. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, telah memberitahu Parlimen pada 23 Oktober lalu bahawa liabiliti Genneva Malaysia melebihi asetnya - menunjukkan syarikat itu tidak dapat membayar pulangan kepada pelabur. Datuk Awang Adek berkata, mustahil bagi Bank Negara, yang sedang mempertimbangkan apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap Genneva Malaysia, membayar balik pelanggan syarikat dengan nilai pelaburan mereka. "Kita tidak boleh mengatakan pelabur tidak bersalah sama sekali, mereka yang telah melabur dan tentunya terdapat risiko. "Namun, syarikat yang terlibat memang patut dipersalahkan. Mana ada skim yang boleh memberi pulangan baik serupa itu. Jika ia terlalu baik untuk menjadi kenyataan, maka ia tidak benar," kata Datuk Awan Adek. - Agensi. |
Kes Lelaki 11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya Posted: 28 Oct 2012 07:41 PM PDT Kuala Lumpur: "Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan." Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah. Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini. "Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka. "Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah," katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini. Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah. Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan 'Abdullah', malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha. Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya. "Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang," katanya. Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran 'ustaz' disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna. Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment