Kelab Greenboc |
- Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air Di Balakong Kini Tuntut Air Percuma Di Puchong
- Tindakan JPA Ultra Vires: Mohamad Roslan Kekal Datuk Bandar MBPJ
- [BOHONG LAGI] BN Bohongi Rakyat, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan
- Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat
- Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin
- Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran
Pelakon Hebat Senaman Punggong, Bagi Air Di Balakong Kini Tuntut Air Percuma Di Puchong Posted: 02 Oct 2012 05:11 PM PDT Cukup-cukup hebat manusia yang ini. Anda sudah mengenalinya. Sebelum in i beliau beraksi senaman punggong di rumah Ambiga, selepas itu kami dedahkan tentang pelakon yang dikenalpasti membahagikan air di Balakong, sekarang ia memegang watak utama demonstrasi tuntut air percuma di Puchong Selangor. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom! Gambar tersebut di disiarkan oleh akhbar tempatan dan kita amat cam dengan topi yang digunakan. Cukup hebat beliau dengan topi komandonya itu. Di dalam "filem" terbaru ini, beliau bersama-sama kononnya dengan 5,000 orang (itu angka BERNAMA, sedangkan dalam gambar kelihatan cuma 50 orang saja) penduduk Pangsapuri Putra Perdana mengadakan bantahan menuntut air percuma yang dikatakan telah dijanjikan Kerajaan Selangor. Peguam kepada demontsran ini, Kamarudin Ahmad berkata bahawa "Semua kes diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk diadili dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana kes ini bukan fitnah tetapi berdasarkan bukti (manifesto)." Cukup pelik bagaimana seorang peguam boleh membuat tuntutan dengan bersandarkan "manifesto" sedang manifesto bukanlah satu akujanji atau perjanjian bertulis (kontrak) yang mempunyai kuatkuasa melalui undang-undang. Seperkara lagi, seperti yang diumumkan berkali-kali oleh kerajaan Selangor, mereka yang layak untuk mendapat air percuma ialah mereka yang menggunakan meter persendirian dan bukan meter pukal. Tetapi ada pihak yang sengaja tidak mengindahkan syarat tersebut dan membuat tuntutan tunggakan dengan dibantu oleh agen-agen pembakar sentimen. Pihak mereka terlupa bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai ruang untuk menyaman semula pihak yang melakukan kakacau ganggu (nuisance), fitnah (defamation) dan tanggungan keras/tegas (strict liability) di bawah undangh-undang tort! Jawapan tegas MB Selangor sebelum ini: NTBL (No time bo layan)....terhadap bayar tunggakan air percuma adalah tepat. |
Tindakan JPA Ultra Vires: Mohamad Roslan Kekal Datuk Bandar MBPJ Posted: 02 Oct 2012 06:11 AM PDT Datuk Mohamad Roslan Sakiman masih kekal sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Kenyataan ini dikeluarkan Sekretariat Media Unit Perhubungan Awam MBPJ hari ini. Tulis kenyataan itu lagi, oleh kerana arahan tersebut adalah tidak sah, maka Mohamad Roslan masih lagi merupakan Datuk Bandar MBPJ dan masih boleh berkhidmat di MBPJ. Ini kerana, Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, jelas memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang. Surat itu juga memaklumkan MBPJ tidak bersetuju dengan surat arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kepada Mohamad Roslan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Surat yang bertarikh 27 September 2012 tersebut diterima oleh Majlis pada 28 September 2012 dan arahan penempatan Mohamad Roslan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012. "Dengan ini Majlis dengan tegas membantah arahan tersebut yang ternyata bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan memberi kuasa mutlak kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar Pihak Berkuasa Tempatan. "Arahan pertukaran tersebut adalah tidak sah kerana Mohamad Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya oleh Kerajaan Negeri dan perlantikan itu masih berkuatkuasa, " kenyataan itu dipetik. Kenyataan itu juga memaklumkan pada masa ini MBPJ dalam proses menyediakan bajet 2013 yang mana bertemakan PJ Prihatin. Bajet ini dikemukakan kepada penduduk PJ yang mana kini dalam proses akhir pembentangan bajet yang dijadualkan pada hari Rabu, 3 Oktober ini. "Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan secara serta merta dan tergesa-gesa ini akan menjejaskan proses penyediaan bajet 2013 ini yang melibatkan kepentingan orang awam khususnya rakyat Petaling Jaya juga boleh menjejaskan sistem pentadbiran dan pengurusan MBPJ," kata kenyataan itu lagi. Sehubungan itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan tegasnya menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam memandang serius perkara ini. Kemungkinan perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk satu deklarasi yang menyatakan tindakan arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kepada Mohamad Roslan adalah tidak sah dan ultra vires. -selangorku |
[BOHONG LAGI] BN Bohongi Rakyat, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan Posted: 02 Oct 2012 03:55 AM PDT Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik. Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan. "Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi," jelasnya kepada Keadilan Daily. Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini. "Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet," kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi. Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan. "Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan," katanya. "Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak)," kata beliau sinis. Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50. Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES). Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak. |
Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat Posted: 02 Oct 2012 01:48 AM PDT Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. "Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas. Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik. "Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000". "Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800". "Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi. Rafizi juga mengkritik peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan telefon pintar tersebut, pembeli juga mesti melanggan pakej internet. "Itu bermakna anda tidak boleh lagi menjadi pengguna prabayar yang anda perlukan untuk melanggan pakej internet jika anda mengambil kesempatan daripada rebat, yang pasti kos akan menjadi lebih tinggi. "Ini akan terus meningkatkan perbelanjaan orang-orang yang membeli telefon pintar. Ia adalah ekonomi bodoh Najib. Dia tidak faham? Dia tidak berfikir? " Kata Rafizi. "RM200 tidak mencukupi untuk membeli telefon pintar. Pengumuman adalah hanya untuk menarik pengundi muda. Jika Najib fikirkan dia boleh memenangi pilihan raya umum yang akan datang dengan skim itu, dia akan silap." Beliau menambah bahawa Najib telah menyediakan gula-gula untuk kumpulan sasaran tetapi telah melakukan sedikit untuk wanita dan warga emas dalam Bajet 2013. Dan juga Anak Muda mahukan pendidikan percuma la… bukannya kurangkan harga telefon..... bodoh punya NAJIB... lagi bagus kalau duit itu digunakan untuk buat jalan tar pergi ke ba'kelalan atau buat jalan-jalan lain di Sarawak… ataupun RM300juta itu digunakan untuk manafaatkan rakyat dengan lebih bijak… tak gitu Najib??? -reformasi anak muda |
Yang Kaya Semakin Kaya, Yang Miskin Semakin Miskin Posted: 01 Oct 2012 11:33 PM PDT Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia. Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. "Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk," kata Anwar. Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya. "Keghairahan mengejar unjuran ekonomi tanpa melihat polisi untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dapat dilihat dalam ETP yang dicadangkan perdana menteri," kata Anwar. "Analisis dan perbandingan dalam nilai ekonomi yang dibuat dalam projek ETP dan gaji yang diberi kepada pekerja, bahawa pada tahun 2020 gaji pekerja akan mendapat kurang dari keuntungan syarikat. "Sekarang, ratio gaji dan keuntungan ialah sekitar 28 peratus, di bawah ETP ia akan jatuh kepada 21 peratus," katanya lagi. Anwar berkata, pelan ekonomi nasional harus berubah dari hanya mahu mencapai pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, tetapi harus memastikan pendapatan RM4,000 sebulan kepada seluruh isirumah dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Dia juga berkata pertumbuhan ekonomi harus dijana oleh perniagaan kecil dan sederhana dan bukan "seorang dua bos besar". Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang juga membentangkan Bajet alternatif PR dengan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan isirumah. -TMI
|
Parlimen Mesir Kini Mempunyai 140 Ahli Parlimen Yang Hafiz Quran Posted: 01 Oct 2012 07:47 PM PDT Majlis Rakyat Mesir (Parlimen Mesir) sekarang ini memiliki : - Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran. - Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith. - Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran. - Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran. - Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta. - Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment