SEARCH

Sunday, October 28, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih

Posted: 27 Oct 2012 04:47 PM PDT


Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


Peniaga Serah Memo, Kecewa Dengan Projek Naik Taraf Pantai

Posted: 27 Oct 2012 07:08 AM PDT


Seremban – Lebih 100 peniaga kecil termasuk pengusaha bot di pantai Teluk Kemang kecewa terhadap projek naik taraf pantai di pantai Teluk Kemang Batu 8, Port Dickson.

Harian difahamkan, projek tersebut yang kini dihentikan sementara memberi kesan kepada peniaga terbabit.

Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang, Shaharudin Abd Talib ketika ditemui berkata, mereka gembira sejak dimaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa pantai tersebut akan dinaik taraf dan dijadikan pusat utama pelancongan antarabangsa.

Namun katanya, mereka tidak menyangka projek tersebut memberi kesan kepada laut dan juga pendapatan diperoleh berikutan kerja yang dilaksanakan itu memberi gambaran kurang menyenangkan.

"Indah khabar daripada rupa, lain yang diberitahu lain pula yang jadi.

Kami tidak menjangkakan projek ini memberi kesan buruk kepada semua penjaja kecil mahupun pengusaha bot di sini.

"Lebih memburukkan keadaan, pantai yang dikorek menjadi semakin dalam dan kita bimbang ia akan memberi impak kepada pengunjung, seperti yang berlaku di pantai Batu 4 yang kerap terjadi kes lemas kerana pantai yang semakin dalam," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru katanya, pihaknya membantah projek berkenaan kerana tidak mahu keaslian pantai tercemar. "Biarlah pantai Teluk Kemang ini tidak 'disentuh' bagi membolehkan keaslian dan kecantikan pantainya kekal seperti sebelumnya," katanya.

Serah memorandum bantahan

Pendapat sama turut dipersetujui peniaga, Mariah Bachik, 67, yang membantah projek tersebut sejak awal lagi.

Menurutnya, sejak awal perbincangan bersama PBT lagi, mereka tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri yang cuba mengubah keadaan pantai berkenaan.

"Bagi saya, daripada mereka mengubah keaslian pantai ini, lebih baik mereka (PBT) mengubah struktur bangunan gerai niaga kami yang kini uzur dan perlukan perubahan.

"Jangan buang masa buat perkara yang tidak berfaedah semata-mata mahu melebarkan pantai kerana kesannya, peniaga di sini yang gigit jari," katanya.

Sehubungan itu, satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada wakil Menteri Besar, Zulkifli Awang di Wisma Negeri semalam, bagi mendesak supaya Kerajaan Negeri menghentikan projek tersebut, sekali gus membantu peniaga kecil terbabit.

Tiada isu kemusnahan laut

Dalam pada itu, Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak supaya isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera kerana ia membabitkan banyak pihak.

Katanya, bukan setakat alam sekitar tercemar tetapi hak peniaga juga terjejas akibat daripada projek yang dilaksanakan itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak pernah timbul isu kemusnahan laut berlaku kerana setiap projek yang dijalankan mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Alam Sekitar mahupun pihak berkaitan.

Katanya, keadaan di kawasan berkenaan nampak terganggu berikutan projek dihentikan sementara kerana masalah kekurangan pasir. "Apabila semuanya telah selesai dan berjalan semula, maka keadaan pantai akan menjadi lebih cantik.

"Kita hanya mahu memberi wajah baru kepada pantai yang sedia ada dan mengindahkan lagi pantai Teluk Kemang, tidak pula timbul isu peniaga teraniaya, kemusnahan pantai atau sebagainya," katanya.

Ayoyo Samy Vellu, Sendiri Lulus Sendiri Demo Bantahkah?

Posted: 27 Oct 2012 05:00 AM PDT


Demonstrasi yang diketua bekas Presiden MIC, Samy Vellu yang berlakon sandiwara kononnya membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor berhampiran dengan patung Lord Muruga, semalam, diberitakan tak sampai 300 saja yang turun berikan sokongan!!!!!

Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.

Sepatutnya jika diukur dari kata-kata besar berdegar-degar para pemimpin MIC, paling koman, sengkek dan kokak pun 30,000 kaum India/Hindu yang wajib hadir kerana MIC telah mainkan isu agama Hindu tergugat demi meraih simpati dan sokongan. Namun hambar!!!!!

Mengapa boleh jadi sebegini rupa?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.

Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy Vellu dalam ucapannya yang berapi-rapi membidas pedas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar, pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kononnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Tan Sri Khalid Ibrahim pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

SENDIRI LULUS SENDIRI BANTAH DAN TUDUH KERAJAAN PR YANG LULUS!!!!! CUBA NAK HERET ISU AGAMA DENGAN PATUNG LORD MURUGA DAN BATU CAVES TEMPAT PERAYAAN THAIPUSAM DIJADIKAN BAHAN NAMUN WARGA INDIA/HINDU TIDAK TERMAKAN.

INI PETANDA JELAS YANG MENGATAKAN UNDI KAUM INDIA SUDAH BERPINDAH KE BARISAN NASIONAL HANYALAH OMONG-OMONG KOSONG!!!!

MESEJNYA, DATANG PRU 13 NANTI UNDI KAUM INDIA AKAN BERADA DITANGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!! -omakkau




[VIDEO] Subhanallah! Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives

Posted: 27 Oct 2012 01:01 AM PDT


CCahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil 'bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO

Saksikan video di bawah

Tindakan Polis Geledah Rumah Tanpa Waran Adalah Salah

Posted: 26 Oct 2012 11:05 PM PDT

Sentul - Seorang peniaga terpaksa membuat laporan polis selepas rumahnya diserbu oleh beberapa individu yang mengaku sebagai polis.

Mangsa, Soh Jo Nian, 25, berkata, dalam kejadian jam 1 petang pada 22 Oktober lalu, pintu jeriji rumah turut dipecahkan sebelum kumpulan terbabit menggeledah di dalam rumahnya.

Menurutnya, seorang daripada individu terbabit menunjukkan kad kuasa kononnya mereka adalah anggota polis untuk mengarahkannya membuka pintu.

"Saya tidak mahu buka pintu menyebabkan seorang daripadanya memotong mangga pintu dan menerjah masuk ke dalam dan menggeledah di dalam dua bilik tidur tanpa sebarang bukti atau waran yang menunjukkan mereka adalah benar-benar anggota polis," katanya kepada pemberita semalam.

Jo Nian berkata, setelah gagal menemui apa yang dicari, kumpulan itu pergi begitu sahaja dan enggan memberikan identiti masing-masing ketika dipinta.

"Mereka tengking saya bila saya banyak tanya, malah mereka juga tidak benarkan saya membuat sebarang panggilan telefon," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia tinggal bersama adik perempuan berusia 17 tahun manakala kedua ibu bapanya tiada di rumah.

"Apa yang berlaku benar-benar membuat kami sekeluarga trauma malah tindakan individu yang mengaku polis itu menggeledah rumah membuatkan kami terpaksa menanggung malu dengan jiran," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang hadir pada sidang media yang sama berkata, jika benar individu terbabit adalah anggota polis tindakan menggeledah tanpa waran di kediaman mangsa itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan di bawah Prosedur Kanun Acara Jenayah (Pindaaan 1999).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung laporan yang dibuat mangsa.

Isu air: NGO Solidariti Hijau Sokong Kerajaan Selangor

Posted: 26 Oct 2012 09:08 PM PDT


Shah Alam - Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran Negeri Selangor terutama pertikaian isu air, semalam 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.

Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Omar berkata, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu dalam pemberian infrastruktur yang lengkap.

"Saya harap isu air tidak dipolitikkan kerana ia adalah hak asasi manusia dan dalam usaha mencapai taraf negara maju, isu air harus diselesaikan terlebih dahulu," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri itu dalam usaha meringankan beban rakyat.

"Usaha ini wajar dipuji dan dicontohi Kerajaan Negeri lain dalam memberi kemudahan air kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluahkan rasa terharu dan berbesar hati terhadap sokongan yang diberikan Solidariti Hijau ini.

"Sokongan ini bagaikan suntikan motivasi kepada Kerajaan Negeri agar terus berusaha merakyatkan ekonomi dan jika kita diberi peluang dalam pilihan raya akan datang kita akan merakyatkan ekonomi negara," katanya ketika sidang media, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Negeri komited mendahulukan kepentingan rakyat dan terus memberi sumbangan kepada rakyat.

"Jika kita berjaya membolosi rintangan ini, tidak mustahil kita dapat pecahkan banyak lagi tembok lain," katanya.

Dalam majlis sama, satu deklarasi air juga disampaikan kepada Menteri Besar sebagai tanda sokongan padu Solidariti Hijau terhadap usaha murni Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan air percuma. -SH

No comments: