Kelab Greenboc |
- Ponteng, Najib & MP BN Tidak Hormat Parlimen - Parlimen Pun Tidak Akan Terima Mereka Lagi!
- Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari Daripada Isu Pokok
- [BONGKAR] BN Lancar ‘Skim Jual Negara’
- [BONGKAR] Kredibiliti Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin Berkecai
- [LIVE] TERBUKTI Najib Pengecut & Bacul, Tidak Hadir Sessi Perbahasan Bajet 2013
- Sengaja Berbogel Depan Rumah
- [HANGAT] Mahathir Pernah Kata BR1M Najib Menghampiri Beli Undi
Ponteng, Najib & MP BN Tidak Hormat Parlimen - Parlimen Pun Tidak Akan Terima Mereka Lagi! Posted: 01 Oct 2012 05:11 PM PDT Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk Has Najib no respect for Parliament? Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini. Ingat satu masa dulu, seorang MP yang tidak menghormati parlimen - bercakap sesedap hati, mengeluarkan bahasa lucah dan komen seksisnya terhadap seorang Ahli Parlimen wanita dari DAP. Apa berlaku kepada beliau? Parlimen tidak lagi berkenan menerima kehadirannya. Apa yang berlaku pada hari ini jelas bahawa BN sudah berada di penghujung usianya sebagai pemerintah di negara ini. Ia dibenarkan sendiri oleh tindak-tindak mereka yang tidak menghormati parlimen. Kamu-kamu tidak hormat parlimen, parlimen pun berkata SELAMAT JALAN kepada kamu semua. InsyaAllah kita akan mendapat kerajaan yang baru tidak berapa lama lagi. |
Miliki Tanah 30 Ekar, Noh Jangan Lari Daripada Isu Pokok Posted: 01 Oct 2012 08:39 AM PDT Datuk Seri Noh Omar dinasihati agar tidak cuba lari daripada isu pokok dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat exco dan Borang 5A bagi tanah 30 ekar yang dimilikinya kini "Noh tidak boleh alih isu ini, rakyat tertanya dia sebagai pemimpin Umno dapat tanah 30 ekar, sedangkan rakyat biasa sekangkang kera pun tak dapat," dakwa Adun Sekinchan, Ng Sue Lim. Kedudukan dan pengaruh Noh dalam Umno juga dikatakan mampu mempengaruhi keputusan mesyuarat exco Kerajaan Umno-BN ketika itu. "Walaupun ketika keputusan mesyuarat exco dibuat Noh belum jadi Ahli Parlimen, tetapi saya percaya dia menjawat jawatan berpengaruh dalam Umno Tanjong Karang dan juga mengenali dengan baik ahli-ahli exco mesyuarat tersebut. "Sekurang-kurang pun mesti sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian, kalau tidak tak kanlah dia dipilih jadi calon Ahli Parlimen Tanjong Karang," kata Sue Lim lagi. Sue Lim juga mendakwa Menteri Pertanian dan Asas Tani itu yang memiliki tanah seluas 30 ekar sebelum borang 5A dikeluarkan merupakan suatu amalan yang salah. Menurut Sue Lim mengikut amalan lazim, seseorang rakyat biasa hanya dapat mengesahkan permohonan tanah mereka diluluskan setelah menerima borang tawaran terima iaitu Borang 5A. Beliau juga memberitahu, keputusan meluluskan permohonan tanah dalam mana-mana mesyuarat sebelumnya juga boleh dipinda selagi borang tawaran itu tidak dikeluarkan oleh Pejabat Tanah. "Sebelum Borang 5A yang sah dari Kanun Tanah Negara tidak berada dalam tangan, selagi itulah rakyat di bawah tidak dapat mengatakan 'sipolan bin sipolan' dapat tanah. "Melalui mesyuarat exco, dari segi pentadbiran dan pengurusan mengiktiraf mereka memiliki tanah tersebut apabila Borang 5A dikeluarkan kepada rakyat," kata Sue Lim. Sue Lim turut memberitahu, rakyat biasa hanya mengetahui permohonan tanah mereka sudah diluluskan apabila mereka menerima Borang 5A kecuali bagi pihak yang mempunyai hubungan atau pengaruh dengan pihak yang membuat keputusan tersebut. -selangorku |
[BONGKAR] BN Lancar ‘Skim Jual Negara’ Posted: 01 Oct 2012 06:01 AM PDT Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal. "Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. "Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini," kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?," soal beliau. Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara. Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. "Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. "Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? "Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?," soalnya. Beliau menambah, "lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah. "Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri," terangnya. Ujar beliau lagi, "bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara. "BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh. "Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?," soal beliau. |
[BONGKAR] Kredibiliti Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin Berkecai Posted: 01 Oct 2012 03:03 AM PDT Kredibiliti Hamidzun Khairuddin sebagai Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dipertikai apabila beliau sendiri pernah didakwa terlibat dengan satu kejadian pecah amanah di Selangor. Pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Zamri Ibrahim & Co. Penyelewengan itu didakwa melibatkan kepentingan PKNS dan pembeli-pembeli projek perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu. Demikian menurut satu sumber yang dihantar kepada TV Selangor hari ini. Menurut sumber itu lagi, kejadian tersebut menyebabkan wang pemegang amanah berjumlah RM152, 610 yang diserah pembiaya kepada peguam untuk dibayar kepada PKNS bagi pihak pembeli rumah bagi projek rumah teres satu tingkat di Taman Permai Jaya, Cheras lesap. Manakala wang duti setem berjumlah RM46, 626.15 yang sepatutnya dibayar kepada Lembaga Hasil sebagai pendaftaran pindah milik pangsapuri Danau Mas di seksyen 7 Shah Alam turut dilesapkan. "Rentetan itu, para pembeli rumah terlibat membuat aduan kepada PKNS pada 28 Mac 2011 berhubung kelewatan urusan tersebut," menurut sumber itu. Berdasarkan aduan yang dterima PKNS, PKNS dikatakan membuat siasatan di Majlis Peguam dan di pejabat Zamri Ibrahim & Co. Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, pejabat firma guaman itu ditutup dan Hamidzun selepas itu didapati menubuhkan sebuah firma lain iaitu Hamidzun and Co yang beroperasi secara bersendirian dari rumah. Setelah PKNS mengambil beberapa tindakan termasuk dua surat amaran, Hamidzun akhirnya menjelaskan bayaran duti setem pindah milik berjumlah RM46,626.15 kepada PKNS pada 6 Jun 2011. Bayaran Duti Setem tersebut sepatutnya dibuat kepada Lembaga Hasil pada tahun 2009 lagi. Manakala wang pemegang bernilai RM152,610 yang sepatutnya dijelaskan pada 2010 hanya dilangsaikan pada 24 Januari 2011. "Walaupun Hamidzun membuat bayaran terhadap tuntutan di atas, namun yang nyata berlaku kejadian pecah amanah kerana beliau gagal menyempurnakan bayaran dan juga urusan pindah milik dalam tempoh yang sepatutnya. "Kegagalan dan keengkaran beliau ini menyebabkan kesusahan kepada banyak pihak khususnya pembeli-pembeli rumah PKNS," menurut sumber itu lagi. Pemimpin NGO didakwa pecah amanah Ulasan GB Patutlah terpekik terlolong selama ni di Selangor. ..anti-penyelewenganlah konon... rupa-rupanya nak tutup penyelewengan diri sendiri. GB dah pesan kepada puak-puak UMNO ni berkali-kali.. jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan.... kelak seluar kamu terlucut... itu tak apa lagi... kalau diberikan hukuman/balasan atau ujian patah riuk kena langgar lori balak atau steamroll.. lagi parah..... Bertaubatlah kamu wahai UMNO! |
[LIVE] TERBUKTI Najib Pengecut & Bacul, Tidak Hadir Sessi Perbahasan Bajet 2013 Posted: 01 Oct 2012 12:01 AM PDT Anwar bahas Bajet 2013 tanpa kehadiran Najib KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini. Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang. -SH Najib pengecut, gagal sahut cabaran Anwar debat Bajet 2013 klik untuk baca Live video for mobile from Ustream |
Posted: 30 Sep 2012 10:01 PM PDT Seremban – Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Gambar fail Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah. Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak tenteram dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya. Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah. "Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya. "Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku. "Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan," katanya. Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung berkenaan sering berkeliaran setiap malam. "Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk. "Kami bimbang dengan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang sering berjalan kaki pulang ke rumah," katanya. Menurutnya, ketiadaan polis peronda bagi mengawal keselamatan penduduk juga amat mendukacitakan. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, aduan mengenai masalah itu telah diajukan kepada pihak berkenaan. "Saya harap polis melakukan rondaan secara berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini. "Saya juga berharap, Jabatan Imigresen dapat melakukan siasatan terhadap warga asing di sini, sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak," katanya. -SH |
[HANGAT] Mahathir Pernah Kata BR1M Najib Menghampiri Beli Undi Posted: 30 Sep 2012 07:43 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat kepada pembelian undi. Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya. "Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan. "Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini," kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana. "Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu," katanya, untuk ketawa daripada penonton. Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, satu langkah yang dipercayai bertujuan meningkatkan Najib dan penilaian terhadap pakatan BN menjelang pemilihan dijangka tidak lama lagi. Pusingan pertama pemberian tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga dan wang pembayar cukai berkos RM2.6 bilion telah dilihat penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan dari miskinisi rumah. Sepanjang ucapannya, Dr Mahathir berulang kali menyebut pemberian wang tunai pentadbiran Najib, pada satu titik walaupun mengatakan bahawa "beliau (Najib) mempunyai wang yang banyak". "Sekarang kita mempunyai seorang lelaki baru sebagai ketua (kerajaan)," katanya apabila mengingatkan penggantian perdana menteri selepas dia meletak jawatan pada tahun 2003. "Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang buruk mengenai beliau kerana saya menyokong BN. "Satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang. "Pada masa saya, saya tidak memberikan wang saya dapat telah pun diberikan wang untuk diri sendiri tetapi saya tidak. Saya rasa saya membuat kesilapan di sana," katanya secara berseloroh. Najib akan membentangkan Bajet pada 28 September dan selain pemberian BR1M kedua, beliau dijangka mengumumkan langkah-langkah lain untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan ekonomi dalam usaha untuk menuju prospek ekonomi semakin teruk kerana dia bersedia untuk memanggil pilihan raya pertama beliau. Ekonomi berkembang pada kadar yang mengejutkan sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua, bertiup dari jangkaan ekonomi 'dan berpotensi menimbulkan faktor rasa-baik menjelang pilihan raya umum. Tetapi berita baik dijangka adalah tidak untuk bertahan sebagai prospek global berkemungkinan akan menjejaskan eksport Malaysia. Menghairankan pertumbuhan pada suku kedua ekonomi walaupun eksport lemah adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh penampan projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian tunai kerajaan, berkata ekonomi, yang boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang. -TMI (19/9/2012) BR1M is merely designed for political mileage.Ulasan GB Semalam Najib tidak mahu mengakui bahawa tindakan beliau memberikan BR1M sebagai satu tindakan populis untuk meraih undi dari rakyat. Malah beliau menyatakan pemberian tunai sedemikian pernah dilakukan di Singpura dan Indonesia. Kita ingin menyatakan benar bahawa kerajaan Singapura dan Indonesia pernah memberikan tunai kepada rakyatnya TETAPI ia tidak dilakukan di pejabat-pejabat parti pemerintah sebaliknya diagihkan kepada rakyat melalui kementerian mereka. Itu perbezaan yang ketara. Itu sebab sebelum ini di SINI GB menyatakan Maka sebab itu timbul bajet "populis" untuk menarik hati rakyat melalui pemberian RM250 dan RM500 tunai yang merupakan satu kaedah paling buruk dan bangang untuk sesebuah kerajaan lakukan di dalam usaha untuk mempertahankan kuasanya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment