Kelab Greenboc |
- Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu
- [MACAM-MACAM] ‘Ustaz’ Salah Kiblat, Elak Dicekup Khalwat Isteri Orang
- Kisah Budak Perempuan Berani Kejar Peragut Dengan Motorsikal
- UMNO Cipta Fitnah DAP Anti-Islam Kerana Takut Keakraban PAS-DAP
- [VIDEO] Jingga 13 Lapor Polis Wang Seludup RM40 juta Untuk Umno Sabah
- [VIDEO] Ahli Parlimen Kesal Menteri Wanita Ponteng Sesi Penggulungan
Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu Posted: 17 Oct 2012 05:08 PM PDT KKerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai. Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat. "Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Sebelum itu, dalam perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembinaan lebuh raya itu. Bagaimanapun Shaziman berkata, beliau hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang Exco Negeri Kelantan mengenai majlis pecah tanah untuk projek itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan menutup janji Kerajaan Pusat untuk projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-8(RMK-8). "Kami tidak berpuas hati dengan jawapan menteri itu, dulu Kerajaan Pusat pernah janji pada tahun 1996. "Oleh kerana kami sedar, jadi PAS Kelantan mengambil inisiatif itu," katanya. Beliau menambah setakat ini Kerajaan Negeri Kelantan berjaya mengutip RM4juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya itu. Lebuh raya: Menteri cuba alih kepada air Kelantan Ulasan GB Diskriminasi Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan di negeri Kelantan adalah satu kezaliman dan kekejaman UMNO BN. Dengan sebab kezaliman dan kekejaman itu, hukum kebenaran dan keadilan menetapkan UMNO BN akan dihumban keluar dari Putrajaya. Hanya menunggukan masa dan saat ketikanya!! |
[MACAM-MACAM] ‘Ustaz’ Salah Kiblat, Elak Dicekup Khalwat Isteri Orang Posted: 17 Oct 2012 04:55 AM PDT Gombak: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup kerana berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia didapati tersalah arah kiblat. Gambar hiasan Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup oleh suami wanita berkenaan sendiri selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup. Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi pula. "Mengesyaki ada sesuatu tidak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu. "Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan," katanya. Setelah diperiksa, isteri lelaki malang berkenaan meletakkan nama pasangan khalwatnya di dalam telefon sebagai 'Ustadzah'. Si suami juga mengenali lelaki berkenaan. |
Kisah Budak Perempuan Berani Kejar Peragut Dengan Motorsikal Posted: 17 Oct 2012 02:00 AM PDT Kau silap orang kalau nak ragut' Melaka - "Kau silap orang lah kalau nak ragut," kata seorang remaja perempuan yang berang selepas berjaya menangkap seorang lelaki yang meragut begnya di Telok Emas, di sini, malam kelmarin. Peragut yang salah sasaran bukan sahaja tidak dapat menikmati RM2 hasil aktiviti jenayahnya, malah lebih malang dia turut 'diganyang' mangsa berusia 19 tahun. Mangsa nekad mengejar lelaki terbabit selepas mengejarnya sejauh kira-kira dua kilometer dengan menunggang motosikalnya. Sinar Harian difahamkan, penduduk kampung berhampiran turut membantu mangsa menghalang suspek berumur 21 tahun itu melarikan diri sebelum menghubungi pihak polis. Sementara itu, mangsa ketika ditemui berkata, dia yang mengesyaki sesuatu terus menghafal nombor pendaftaran motosikal suspek sebaik sahaja suspek menutup lampu hadapan motosikalnya ketika di persimpangan lampu isyarat Kandang/Alai. "Saya meneruskan perjalanan dan tidak sedar bila dia menghampiri kerana laluan di situ gelap. Tiba-tiba dia ragut beg saya hingga menyebabkan telefon bimbit saya dalam jaket yang pakai turut terjatuh. "Tanpa berfikir panjang, apatah lagi keselamatan diri, saya terus kejar lelaki terbabit yang melarikan beg saya memasuki simpang ke Taman Seri Emas," katanya. Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, suspek jatuh terpelanting dari motosikal selepas cuba menendang motosikalnya. "Dia cuba tendang motosikal saya tetapi saya dapat elak, malah saya sempat baling air minuman yang saya bawa balik dari tempat kerja. Selepas itu dia jatuh di sebelah longkang. "Mula-mula saya ingat dia sudah mati sebab dia langsung tak bergerak tetapi seorang pakcik memeriksanya berkata dia masih hidup. Saya tidak dapat kawal diri lalu memukulnya. "Ketika itu juga saya berkata 'Kau silap orang lah kalau nak ragut. Kau buat macam ni seolah-olah kau hina perempuan. Kalau perempuan lain mungkin boleh jerit macam tu sahaja tapi dengan aku, aku kejar sampai lubang cacing," katanya. Menurutnya, dia yang masih trauma bagaimanapun menguatkan semangat untuk ke tempat kerja keesokan hari apabila disuruh ibunya dan menasihatkan supaya wanita lain berhati-hati serta tidak cuai sepertinya. "Jangan letak beg dalam raga motosikal kerana memudahkan peragut mencapainya," katanya. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam. Menurutnya, mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Melaka Raya menunggang motosikal sendirian, dalam perjalanan balik ke rumahnya di Serkam, Jasin. Katanya, sebelum kejadian, mangsa menyedari suspek memadamkan lampu motosikal jenis Yamaha ditunggangnya ketika mereka berada di persimpangan lampu isyarat Alai/Kandang sebelum meneruskan perjalanan. "Namun apabila sampai di laluan berbukit di hadapan sebuah sekolah agama, suspek meragut beg mangsa yang diletakkan dalam raga motosikal mangsa jenis Honda EX5. "Mangsa yang berang mengejar suspek hingga ke Telok Emas sebelum suspek terjatuh sendiri ketika cuba menendang motosikal mangsa apabila tiba di laluan mati di Jalan Seri Emas Utama," katanya di sini, semalam. Salehhudin berkata, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kandang, sementara suspek yang cedera seluruh anggota badan dihantar ke Hospital Melaka. "Selain motosikal suspek, beg mangsa mengandungi RM2 dijadikan barang kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, " katanya. |
UMNO Cipta Fitnah DAP Anti-Islam Kerana Takut Keakraban PAS-DAP Posted: 16 Oct 2012 11:54 PM PDT Jangan laga-lagakan Pas dan DAP' DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara. Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online. Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa bahawa MCA sebagai anti-Islam. Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?" Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha. "Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam. "Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," tegasnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara. "Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya. Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus. -SH Ulasan GB Yang sebenarnya, UMNO cukup benci dan sakit hati jika DAP tidak benci Islam, kerana lantarannya ia akan mengurangkan peluru UMNO untuk menyerang PAS. UMNO begitu cemburu keakraban PAS-DAP, dan UMNO tahu bahawa keakraban PAS-DAP bakal menghancurkan BN. Sedangkan hubungan baik PAS-DAP sebenarnya meredakan ketegangan kaum di dalam negara kita (rujuk berita bawah) dan hanya UMNO kini yang sedang membangkitkan isu perkauman sebagai talian hayat terakhir mereka sebelum dikafankan.
|
[VIDEO] Jingga 13 Lapor Polis Wang Seludup RM40 juta Untuk Umno Sabah Posted: 16 Oct 2012 10:01 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus didesak supaya mendedahkan secara terperinci pihak yang menyumbang wang seludup RM40 juta kepada Umno Sabah. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, keengganan Najib mendedahkan perkara itu membuktikan beliau terlibat dalam skandal penggubahan wang haram. "Wujud kesalahan jenayah yang dilakukan Najib apabila bersekongkol dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan hartawan Michel Chia serta Umno dalam aktiviti tersebut. "Selaku Menteri Kewangan, Najib harus sedar tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik adalah satu jenayah. "Justeru kita minta polis siasat isu ini tanpa prejudis agar tindakan undang-undang dapat dikenakan kepada penjenayah tersebut," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung kes itu petang tadi. Pada 12 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong adalah untuk Umno Sabah, bukan milik Musa. Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat mengatakan, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memutuskan tiada elemen rasuah. Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur. Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu. Mengulas lanjut, Fariz yakin SPRM cuba menyelamatkan Musa daripada dikaitkan dengan rasuah konsesi balak di negeri itu. "Hasil siasatan SPRM menimbulkan pelbagai persoalan. SPRM cuba menyelamatkan Musa Aman apabila dikaitkan dengan RM40 juta yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah," katanya. Beliau turut menyelar sikap Umno BN yang cuba menghalalkan penerimaan dana asing selepas mereka dikaitkan dengan penyeludupan wang haram. "Apabila kena pada Umno BN, ia akan menjadi halal. Tetapi bila ia dikaitkan dengan Pakatan Rakyat atau NGO yang tak sehaluan dengan kerajaan, ia menjadi haram. Inilah dwi standard yang berlaku dalam kerajaan," kata Fariz. |
[VIDEO] Ahli Parlimen Kesal Menteri Wanita Ponteng Sesi Penggulungan Posted: 16 Oct 2012 07:48 PM PDT Kuala Lumpur: Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam sesi penggulungan Belanjawan 2013 bagi kementerian itu. Gambar dari carian di google. Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang). Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka. "Saya minta timbalan menteri pedulikan apa yang mereka cakap, teruskan sahaja penggulungan,"katanya dengan lantang. Ekoran kelantangan Halimah itu, Ahli Parlimen Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut memberi respons "Saya sokong Tenggara jadi Menteri Wanita". Sementara itu, Ahli Parlimen Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) yang juga melahirkan rasa tidak puas hati apabila Menteri Wanita yang sepatutnya membuat penggulungan diganti oleh Timbalannya Datuk Heng Seai Kie. Semenjak peletakkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil ekoran kontroversi dalam Pusat Fitlot Kebangsaan (NFC), kementerian itu sehingga kini dipangku oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mencelah ketika penggulungan, Zailah berkata memberi jawatan Menteri Wanita kepada seorang lelaki baginya merupakan satu penghinaan kepada Wanita Umno. "Ramai wanita di dalam Umno yang boleh diangkat menjadi Menteri Wanita. Tidakkah ianya satu penghinaan apabila orang lelaki yang menjadi menteri wanita," katanya. Tambahnya, banyak perkara yang berbangkit berkaitan kepentingan wanita di mana ianya perlu diperkasakan oleh kementerian ini. Zailah juga mempersoalkan Permata negara dan pra sekolah mendapat peruntukan yang besar iaitu Rm1.2 billion sedangkan Kementerian Wanita hanya mendapat RM52 juta. "Adakah Menteri Wanita merasai peruntukan ini mencukupi? Di dalam Laporan Audit turut melaporkan banyak kelemahan. Apakah alasan yang dibuat oleh kementerian bahawa matlamat boleh dicapai,"tegasnya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment