Kelab Greenboc |
- [RELOADED] Daim Kata UMNO BN Hanya Menang 3 Negeri Dalam PRU Akan Datang
- Gambar Menarik Hari Ini - Isu Debat
- Nasha Sengaja Cari Pasal Supaya Dipecat Dari PAS
- Pemandu Teksi Desak Syed Hamid Albar Letak Jawatan Dari SPAD
- Terbukti SPRM Alat UMNO BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah
- Najib, Mahathir Hipokrit, Sembunyi Jumpa Soros
[RELOADED] Daim Kata UMNO BN Hanya Menang 3 Negeri Dalam PRU Akan Datang Posted: 13 Oct 2012 04:24 PM PDT Bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno BN hanya menang di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan selainnya dimenangi Pakatan Rakyat. Daim berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar harian Cina, Nanyang Siang Pau yang diterbitkan awal tahun ini, seperti dilaporkan Malaysiakini. Daim turut dipetik sebagai berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kini umpama "jeneral tanpa askar" dalam berdepan cabaran PRU. "Perdana Menteri dan pemimpin utama lain sudah pun melakukan lebih dari cukup. Maka situasi semasa mereka umpama 'jeneral tanpa askar'. "Di manakah askar-askar BN? Pemimpin di peringkat cawangan dan bahagian perlu lebih proaktif melibatkan diri dengan orang ramai," kata Daim. Daim turut meramalkan agak sukar untuk Umno BN mengekalkan Sabah dan Terengganu ekoran krisis dalaman parti itu di kedua-dua negeri itu. Mengenai Negeri Sembilan, Daim tidak menolak bahawa Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang di situ ekoran gabungan KEADILAN, PAS dan DAP hanya memerlukan sekurang-kurangnya enam kerusi untuk membentuk kerajaan. Selain itu, kata Daim, Umno juga terpaksa mencari calon sesuai untuk menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika ini, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijangka bertanding kerusi Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan. Mengenai Perak yang dirampas Umno BN yang diketuai Najib sejak Februari 2009, Daim melihat agak sukar untuk Umno BN kekal di negeri itu. Sementara Kelantan dan Pulau Pinang, Daim yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah di kedua-dua negeri itu. Menjelang PRU 8 MAc 2008, Daim pernah meramalkan Umno BN akan kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun tiada siapa melihat dengan serius ramalan beliau. Sehinggalah keputusan 8 Mac diumum yang yang menyaksikan Umno bukan sahaja kalah di negeri itu, kecuali Terengganu, malah buat pertamakali dalam sejarah BN hilang 2/3 kerusi Parlimen. Ulasan GB Ramalan Daim di atas boleh jadi kenyataan JIKA tiada unsur penipuan dari SPR. Berdoalah kepada Allah swt agar Dia mendedahkan dan menggagalkan segala tipu daya yang dilakukan SPR di dalam PRU akan datang ini. |
Gambar Menarik Hari Ini - Isu Debat Posted: 13 Oct 2012 08:03 AM PDT |
Nasha Sengaja Cari Pasal Supaya Dipecat Dari PAS Posted: 13 Oct 2012 04:03 AM PDT Nik Aziz sifatkan Nasha 'lidah panjang' KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin 'lidah panjang' ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti. Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas. "(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang'," kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini. -SH Nasha mahu dipecat PAS kerana tidak berani langgar 'Bai'ah' |
Pemandu Teksi Desak Syed Hamid Albar Letak Jawatan Dari SPAD Posted: 13 Oct 2012 12:51 AM PDT Badan Bertindak Pemandu-pemandu Teksi Bermeter (BBPTB) mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) gagal berfungsi menjalankan tanggungjawab meningkatkan mutu perkhidmatan teksi dan menggesa pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan. BBPTB menggariskan lima faktor kegagalan SPAD yang menyebabkan kemarahan pemandu teksi tidak dapat lagi dibendung dalam kenyataan oleh pengerusinya, Amran Jan kepada The Malaysian Insider. Perkara tersebut ialah gagal mengiktiraf mahupun melantik wakil pemandu teksi di dalam jawatankuasanya, gagal memansuhkan sistem kupon, gagal mengeluarkan permit khas kepada Duta Kecil Pelancongan seperti yang diminta sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, gagal menangani kemelut perkhidmatan teksi yang berlarutan sejak berpuluh tahun dan gagal melaksanakan langkah satu warna untuk teksi bermeter walaupun cadangan itu sudah lama diutarakan. "Kelima-lima kegagalan ini jelas membuktikan SPAD adalah sebuah badan yang gagal. "Syed Hamid perlu meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya," kata Amran. Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, Amran juga menyelar kenyataan presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Kuala Lumpur, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah yang menyokong perkhidmatan percuma bas Go-KL. Sikap dan kecenderungan Aslah yang sering memihak kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan gagal membela kebajikan pemandu teksi menyebabkan kredibilitinya dipertikaikan rata-rata pemandu teksi. Amran juga memberi amaran kepada SPAD untuk mengambil serius perkara ini sambil mengugut untuk menggunakan "media" terbesar di ibu kota itu untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan. "SPAD dan kerajaan perlu ingat, pemandu teksi adalah "media" terbesar di ibu kota. Kalau mereka abaikan, tanggunglah akibatnya nanti. "Kami boleh sampaikan perkara buruk dan baik mengenai kerajaan," tambah Amran lagi. Pada Selasa minggu lalu, 250 pemandu teksi bertindak mengadakan piket di Jalan Bukit Bintang ekoran tidak puas hati dengan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa menyebabkan kemerosotan pendapatan sehingga 70 peratus. Himpunan secara aman itu bermula kira-kira jam 2 petang hingga 7.30 malam membabitkan sekitar kawasan pusat beli-belah Pavillion hingga ke Lot 10. Perbuatan pemandu terbabit yang kebanyakannya ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur menyebabkan kawasan di sekitar Bukit Bintang sesak teruk apabila laluan digunakan untuk melakukan bantahan itu terpaksa ditutup. Berdasarkan laporan polis yang dibuat persatuan itu kelmarin, perhimpunan juga dibuat sebagai bantahan terhadap masalah ulat teksi "Arab" dan perkhidmatan teksi sapu serta beberapa tindakan SPAD yang mereka anggap menekan pemandu-pemandu teksi berlesen. |
Terbukti SPRM Alat UMNO BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah Posted: 12 Oct 2012 10:26 PM PDT BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta? Kuala Lumpur: "Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?" tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura. Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa. "Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?" soalnya dalam satu kenyataan. Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura. Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN. "Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN," katanya. Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia. "Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod. Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan. Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD
|
Najib, Mahathir Hipokrit, Sembunyi Jumpa Soros Posted: 12 Oct 2012 07:02 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail. "Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara. "Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain. "Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu," kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York 27 September 2010. Saifuddin turut menempelak pertemuan pemimpin Umno dengan agen Yahudi. "Dalam episod boneka asing, Dr Mahathir sendiri membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi, Jack Abramoff hanya untuk bertemu Presiden Amerika. "Terbaru Dr Mahathir mengatakan Soros akan melantik Perdana Menteri boneka, walhal beliau sendiri pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga Perdana Menteri Israel yang berbeza," katanya. "Beberapa tahun sebelum itu, Menteri Luar, (ketika itu) Datuk Seri Syed Hamid Albar turut bertemu David Levy (Menteri Luar Israel)," kata Saifuddin. Perkara itu merujuk pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Ogos 1999 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan pungutan dana untuk Umno dalam persediaannya menghadapi pilihan raya umum ke-10. "Pendedahan terbaru ini akan menyebabkan rakyat lebih kenal wajah pemimpin Umno yang bermuka-muka," tegas Ahli Parlimen Machang itu lagi. Sementara itu, Naib Presiden, Tian Chua mendedahkan pertemuan sulit tersebut adalah untuk meyakinkan Soros bahawa Najib seorang yang mengambil pendekatan sederhana dalam pentadbiran. "Kononnya negara (Malaysia) diancam kumpulan ekstrim dan (Najib) nak dapatkan sokongan (Soros). Adakah Utusan (Malaysia) dan media arus perdana diberitahu? Kemudian beranikah media ini menyerang mereka?" soal Tian. "Mereka serang orang lain kononnya pengkhianat. Mereka menuduh orang lain tanpa asas. Sedangkan Dr Mahathir dan Najib menipu untuk mengekalkan kuasa," tegas Ahli Parlimen Batu itu.
Ulasan GB Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Terdedah tembelang pemimpin-pemimpin UMNO. Menunjuk jarinya ke arah Pakatan Rakyat ada hubungan dengan Soros sedangkan mereka tidak menyedari empat jari yang lainnya menunjuk ke arah mereka sendiri. Itulah yang dinamakan hipokrit yang tak terkata dasyatnya! UMNO tetap binasa. Hanya menunggu detik dan ketikanya! klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment