Kelab Greenboc |
- Pengerang Oh Pengerang! Ikan Sudah Banyak Mati Terapung Di Pantai
- Mahathir Punca Melayu Hilang Jati Diri
- Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari
- Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib
- Para Remaja Ini Patut Dipuji & Dicontohi ...
- Mahathir Dah Lupa Beliau Dah Lama Bersihkan Nama Soros
Pengerang Oh Pengerang! Ikan Sudah Banyak Mati Terapung Di Pantai Posted: 09 Oct 2012 05:04 PM PDT Pengerang, 8 Oktober - Pada lebih kurang pukul 3 petang semalam, AJK Gabungan NGO Pengerang, Hong Thian Hwa telah menerima panggilan dari penduduk Sungai Buntu, bahawa terdapat sebilangan besar bangkai ikan bertaburan di persisiran pantai. Salah seorang nelayan Melayu berkata, lebih kurang pukul 1 petang, ketika mereka sedang menjalani aktiviti perikanan, didapati sekelompok besar bangkai ikan terapung di laut. Para nelayan kebingungan kerana situasi ini tidak pernah berlaku. Hari ini, Hong Thian Hwa membuat pemerhatian di persisiran Sungai Buntu dan Sungai Kapal dan mendapati bangkai ikan yang terapung semalam telah hanyut ke persisiran pantai. Hong Thian Hwa juga terjumpa bangkai seekor anjing di pantai Sungai Kapal. Menurut penduduk, anjing tersebut masih bekeliaran di tepi pantai pada sebelah pagi. Penduduk mengesyaki anjing tersebut mati selepas termakan bangkai ikan. "Fenomena ini amatlah ganjil. Pada tahun 2010, pernah berlaku kumpulan ikan mati disebabkan oleh tumpahan minyak di lautan berdekatan, tetapi jika dibandingkan dengan kejadian kumpulan ikan mati kali ini, kejadian kali ini jauh lebih serius!" kata Hong Thian Hwa. Berdasarkan maklumat daripada nelayan, Pegawai Jabatan Perikanan telah membuat pemeriksaan terhadap tempat kejadian petang tadi. Setakat ini, Hong Thian Hwa masih menerima panggilan berkenaan kumpulan bangkai ikan di pantai sekitar kawasan penambakan Sungai Buntu yang belum hanyut ke persisiran. Gabungan NGO Pengerang berharap pihak Jabatan Perikanan boleh mengemukakan hasil penyiasatan kejadian ini, supaya nelayan tempatan boleh mengetahui sebab kematian kumpulan ikan, dan mebolehkan mereka mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. -nusajayakini |
Mahathir Punca Melayu Hilang Jati Diri Posted: 09 Oct 2012 05:15 AM PDT Shah Alam: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih mementingkan pembinaan monumen hebat dan bersejarah di zaman pentadbirannya didakwa menjadi punca negara hilang daya saing dalam pelbagai bidang berikutan kemerosotan moral di kalangan rakyat. Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil berkata pembinaan monumen yang dikatakan menjadikan negara lebih maju dan moden berkisar dari segi pembangunan fizikal dan material semata-mata. Katanya, amalan sebegitu yang lebih diutamakan Dr Mahathir menyebabkan negara pada masakini menghadapi masalah moral yang kritikal di samping sistem pentadbiran negara dibelenggu gejala rasuah berleluasa. Menurutnya, pembangunan insan diabaikan menjadi punca umat Melayu beragama Islam hilang jati diri serta tahap kerohanian runtuh dan lemah. "Di zaman Dr Mahathir dulu apa dipentingkan ialah pembinaan monumen-monumen yang dibanggakan hingga apa dikatakan dengan slogan seperti "Bersih, Cekap dan Amanah", "Malaysia Boleh" dan yang lain tinggal slogan sahaja. "Apa ditinggalkan ialah pembangunan dan pembentukan insan yang merupakan asas kekuatan umat Melayu Islam," katanya dalam Bengkel Bedah Buku "Islam & Melayu" hasil karyanya di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan, Dr Halimah Ali dalam ucapan perasmiannya berkata, program diadakan itu adalah program yang mengupas satu isu yang amat penting di kalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini. Beliau berkata, pihak penganjur wajar dipuji kerana mengadakannya dan membincangkan persoalan itu secara ilmiah dan berfakta. "Jati diri Melayu sama juga dengan jati diri bangsa lain, harus dipertahankan dengan masing-masing punya kelebihan dan kelainan. Bagi bangsa Melayu tentunya Islam menjadi paksi jati diri mereka," katanya. Turut hadir, Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad; Dekan Fakulti Perniagaan Unisel, Profesor Dr Mohd Fuad Salleh; Penasihat Editor Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali. |
Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal 2 Hari Posted: 09 Oct 2012 03:32 AM PDT Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan. Secara logik, bagaimana boleh? Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa. Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar. Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan. Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi. |
Orang Cina Sokong PAS, Tak Hairan Dengan Bayaran "One-Off" Najib Posted: 09 Oct 2012 12:11 AM PDT Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu. "Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi. Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN. Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu. Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN. "Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya. Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu. Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya. "Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi. Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka. Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu. "Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya. Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka? "Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad. |
Para Remaja Ini Patut Dipuji & Dicontohi ... Posted: 08 Oct 2012 10:25 PM PDT Generasi anak muda dan remaja yang sentiasa menjaga solatnya adalah golongan yang sedikit. Kelompok anak muda dan remaja yang menjaga solat berjamaah pula adalah satu spesis di zaman moden yang sedikit dan begitu istimewa sekali. Saya berbangga dengan kesungguhan anak remaja ini yang bersolat secara berjamaah sekali pun suasana sekitarnya tidak selesa dan di luar kebiasaan. Saya doakan agar kalian istiqamah dan terus membesar dengan didikan Islam sehingga menjadi pendokong Islam di masa depan. -fb |
Mahathir Dah Lupa Beliau Dah Lama Bersihkan Nama Soros Posted: 08 Oct 2012 07:38 PM PDT George Soros bukan sekutu kami, kata Pakatan Rakyat KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyelar dakwaan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyifatkan undi kepada pembangkang seperti memberi undi kepada penyangak mata wang antarabangsa berketurunan Yahudi, George Soros. Perkara itu sama sekali ditepis pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang menyifatkan Mahathir takut kepada Pakatan Rakyat. "Dia paranoid," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Sementara itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Pakatan sama sekali tidak mempunyai kaitan, malah tidak mengenali individu bernama Soros. "Dia (Dr Mahathir) tidak lagi relevan dalam konflik ini kerana ia hanya kata-kata seseorang yang telah nyanyuk," katanya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu hanya mencemarkan nama baiknya sendiri sebagai negarawan dimata rakyat. Takut bayang-bayang "Pakatan berpendirian tegas mengutuk tindakan kejam Yahudi ke atas rakyat Palestin. Jadi bagaimana beliau boleh kata sebaliknya pula," soalnya. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula menyifatkan Dr Mahathir seperti takut kepada bayang-bayang sendiri apabila menjalin persahabatan dengan Soros semasa menjadi Perdana Menteri dahulu. "Negara kita tak menerima sebarang bentuk penjajahan asing dan kita sama sekali tak akan mengizinkan isu Soros berbangkit," katanya. Manakala Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata Dr Mahathir tidak telus mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman Yahudi apabila membenarkan Malaysia menandatangani Perjanjian Dagangan Antarabangsa (FTA). Menurut Charles, dibawah perjanjian itu Malaysia boleh diheret ke mahkamah antarabangsa oleh firma gergasi antarabangsa yang dikuasai Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) jika wujud sebarang pelanggaran persefahaman yang dimeterai. "Kalau Tun nak timbulkan pasal isu kedaulatan beliau sepatutnya menghalang negara daripada menandatangani FTA," katanya. Isu undi: Mahathir cemas, takut nasib serupa Gaddafi, Mubarak Dr M clears Soros of '97 |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment