Kelab Greenboc |
- Besarnya Bendera PAS Orang Cina Ini Kibarkan!
- Ada Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR
- [PANAS] Samseng Rosakkan Kereta, Simbah Asid Di Himpunan Pengerang
- [VIDEO] Ribuan Protes Projek Petronas Bernilai RM60b Di Pengerang
- [VIDEO] Pesawat 202 Bravo Terhempas Semasa Pertunjukan Aerobatik, 2 Maut
- [BERGAMBAR] Siapa Gerangan Yang Datang Bersahaja Kunjungi TG NIk Aziz Itu?
- Anwar: Kita Wajib Menang Untuk Selamatkan Negara
Besarnya Bendera PAS Orang Cina Ini Kibarkan! Posted: 30 Sep 2012 04:42 PM PDT |
Ada Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR Posted: 30 Sep 2012 06:17 AM PDT Beberapa pemimpin kanan BN Sabah dijangka akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen BN Sabah yang meninggalkan parti sebelum ini. Bayangan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini. "Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang akan jadi agen kita," kata Azmin. Azmin ketika memberikan penjelasan lanjut kepada TV Selangor mendakwa, pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah. "Memang ada perbincangan dijalankan dengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak tentang bagaimana mereka boleh mainkan peranan untuk membawa perubahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak. "Ini soal startegi, jadi tak semestinya kita umumkan semuanya serentak, kita tunggu masa yang sesuai, tetapi seperti saya nyatakan tadi, akan ada lagi pimpinan kanan, penting tempatan yang akan sertai kita," kata Azmin sebaik selesai rapat tersebut. Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah. Selain itu, Azmin berkata perkembangan terkini di Sabah dan Sarawak menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan dan marah. "Isu ini menjadi kemarahan PM Datuk Seri Najib, sebab itulah dalam belanjawan baru-baru ini tiada peruntukan yang benar-benar menggembirakan rakyat Sabah kecuali menyentuhnya secara pinggiran sahaja," ujar Azmin lagi. Sebelum ini, baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk menyertai PR. Tindakan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut menyebabkan BN mulai kehilangan pengaruhnya terhadap masyarakat tempatan di beberapa kawasan kubu kuat mereka sendiri. -selangorku |
[PANAS] Samseng Rosakkan Kereta, Simbah Asid Di Himpunan Pengerang Posted: 30 Sep 2012 04:07 AM PDT Johor: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini. Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang. Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan. Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini. Kejadian yang disedari sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit. Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas. Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi. -KD kereta dinaiki Salahudin dipecah |
[VIDEO] Ribuan Protes Projek Petronas Bernilai RM60b Di Pengerang Posted: 30 Sep 2012 01:34 AM PDT Johor Bahru: Beribu-ribu orang menyertai Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit Pengerang, hari ini. Himpunan yang amat besar ertinya bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid) ini ditangani oleh gabungan NGO dari seluruh negara. Himpunan yang turut disokong PAS itu diadakan memandangkan pembangunan projek itu telah menimbulkan berbagai konflik dan tanda tanya yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang. Projek Rapid ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan tradisi di kawasan perairan Pengerang. Sekiranya projek yang bernilai RM68 bilion ini diteruskan juga maka berbagai kemudahan awam termasuk warisan sejarah akan musnah antaranya, enam masjid, surau (11), sekolah kebangsaan (5), sekolah agama (5), sekolah jenis kebangsaan Cina (3) serta 3 rumah kakitangan kerajaan. Turut musnah ditelan projek mega yang bakal dibangunkan itu 3 klinik desa, balai polis (2), perkuburan islam (11), jirat cina (7) serta 9 balai raya. Protes menentang projek Petronas bernilai RM60b di Pengerang bermula |
[VIDEO] Pesawat 202 Bravo Terhempas Semasa Pertunjukan Aerobatik, 2 Maut Posted: 30 Sep 2012 12:00 AM PDT Jakarta : Sebuah pesawat 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show (BAS) 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas pada Sabtu, mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut. Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan PembangunanAngkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU. Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.42 pagi, iaitu lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik di pertunjukan udara itu. Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukanudara seterusnya sebagai tanda berkabung. Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 KotaBandung yang memasuki hari ketiga pada hari ini, diteruskan hanya dengan acarapameran. Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika dan Australia mengambil bahagian dalam acara pertunjukan udara yang dijadual berlangsung empat hari mulai 27 September. – BERNAMA |
[BERGAMBAR] Siapa Gerangan Yang Datang Bersahaja Kunjungi TG NIk Aziz Itu? Posted: 29 Sep 2012 10:02 PM PDT Tuanku Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota menziarah Menteri Besar di Pulau Melaka. Selepas bertemu Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota sempat mendirikan solat berjemah bersama-sama Tok Guru di masjid Pulau Melaka. Biarlah orang kata Kelantan negeri miskin, janji rakyat Kelantan dapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat dengan tinggi perkerti agama serta kerajaan yang dipemimpin oleh seorang ulamak yang kaya dengan akhlak dan ilmu. Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz. |
Anwar: Kita Wajib Menang Untuk Selamatkan Negara Posted: 29 Sep 2012 07:25 PM PDT Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen parti itu bukan sahaja mahu menukar kerajaan sedia ada tetapi adalah merubah sistem nilai yang lebih baik kepada negara. "Sudah sampai waktunya Umno-BN berundur dan kita mengambil kuasa, kita akan lawan kezaliman," katanya di Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre di sini. Anwar berkata komitmen dan iltizam diperlukan semua di peringkat kepimpinan bagi menggembeling kekuatan melaksanakan agenda perubahan yang digariskan oleh Pakatan Rakyat. "Untuk Selamatkan negara ini kita wajib menang, untuk menang kita kena kerja kuat dalam lawan tetap lawan," tegas Anwar. Tambahnya, jentera parti perlu menyiapkan seluruh kekuatan untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja. Dalam amanatnya itu, Anwar juga meminta perwakilan mengangkat martabat minda seperti mengangkat budaya ilmu dengan membahaskan buku-buku baru serta seminar membentangkan kertas kerja yang melibatkan kepentingan rakyat. Kira-kira 1500 perwakilan daripada seluruh negara hadir dalam rapat itu hari ini yang dihadiri oleh pimpinan tertinggi parti. - selangorku |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment