SEARCH

Sunday, October 28, 2012

Jutawanemas.com: Seminar bulan November 2012: Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas dan Bagaimana Mengelakkan Diri Dari Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?

Jutawanemas.com: Seminar bulan November 2012: Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas dan Bagaimana Mengelakkan Diri Dari Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?


Seminar bulan November 2012: Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas dan Bagaimana Mengelakkan Diri Dari Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?

Posted: 27 Oct 2012 10:01 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian?

Saya doakan anda semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

First sekali,  ramai peserta hadir ke seminar saya di Ampang dan Sunway pada 18 dan 19 Oktober yang lalu.

Terima kasih kepada mereka yang hadir.

Saya dapati ramai yang berminat untuk mengetahui @ mendengar cerita daripada Saudara Muhamad Hazwan Yunus tentang bagaimana beliau dan keluarga beliau telah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan emas dengan nilai RM280,000 (klik sini)

Untuk pengetahuan anda, saya menjemput khas saudara Muhamad Hazwan untuk berkongsi pengalaman beliau di dalam seminar saya. Bagi saya pengalaman beliau amat berharga untuk dipelajari dah dijadikan iktibar untuk setiap orang yang ingin membuat pelaburan emas.

Pengalaman ditipu skim pelaburan emas.

Di dalam sesi perkongsian pengalaman ini saudara Hazwan banyak menceritakan pengalaman pahit manis, ayat-ayat manis, janji-janji manis dan akhir sekali bagaimana agen skim pelaburan emas melesapkan diri dan tidak bertanggungjawab dengan pelabur mereka.

Saudara Muhammad Hazwan juga telah berkongsi satu kata kunci penting yang membezakan diantara skim pelaburan emas dan pelaburan emas yang betul.


Gambar: Saudara Muhamad Hazwan sedang berkongsi pengalaman

Beliau menceritakan “Sekarang saya sudah tahu, pelaburan emas yang tulen TIDAK menjanjikan pulangan bulanan sebaliknya untung rugi pelabur bergantung kepada kenaikan harga emas di pasaran dunia. Kalau tuan-tuan dan puan puan beli emas kat kedai emas dan bank. Ada tak mereka janji untuk memberi pulangan bulanan, diskaun berjadual, hibah atau elemen-elemen seperti itu?

Sudah tentu tidak ada. Nothing, zero, nada”  ujar beliau

“Skim pelaburan emas pula menggula-gulakan bakal pelabur dengan menjanjikan pulangan bulanan yang tetap. Pelabur tak perlu tengok harga emas. Duduk diam-diam ajer dapat duit. Lepas tu syarikat akan melesapkan diri (seperti yang beliau dan keluarga kena tipu) ataupun syarikat diserbu oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia.

Memandangkan sambutan yang hangat diberikan terhadap seminar saya dan perkongsian pengalaman terjebak dengan skim pelaburan emas oleh saudara Hazwan Yunus, saya mengambil keputusan untuk membawa saudara Hazwan ke seminar-seminar saya bagi bulan November 2012 untuk berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Anda boleh hadir dan mendengar dan berinteraksi dengan beliau.

Untuk seminar bulan November, tajuk seminar saya adalah:

1. Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas? oleh Syukor Hashim

Anda akan didedahkan dengan SEBAB kenapa anda perlu menyimpan emas, bagaimana membuat pelaburan emas yang betul, tepat, selamat dan menguntungkan dan peluang membuat keuntungan sebagai agen Public Gold.

2. Pengalaman Ditipu Dengan Skim Pelaburan Emas dan Bagaimana Anda Boleh Mengelakkan Diri Terjerat Dengan Skim Pelaburan Emas oleh Muhamad Hazwan.

Saudara Muhamad Hazwan akan mendedahkan bagaimana beliau boleh tertipu, apakah modus operandi skim pelaburan emas dan bagaimana beliau  belajar mengenai pelaburan emas yang betul.

Ini adalah jadual seminar saya bagi bulanNovember 2012.

Sila ambil maklum tentang MASA seminar. Ada seminar dibuat pada waktu PAGI dan ada seminar dibuat pada waktu MALAM.

p/s: Untuk mereka yang tinggal di kawasan Klang. Berita baik untuk anda. Public Gold cawangan kelang akan beroperasi bermula 1 November 2012. Jadi seminar saya di Kelang adalah untuk kali pertama. Untuk warga Klang, kita jumpa di Klang :)

Jadual seminar November 2012.

(Untuk lihat versi besar, klik sini)

 

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

Seminar ini adalah PERCUMA .

Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.

Untuk hadir ke seminar ini, anda perlu sms ke h/p saya: 013-3819901 butiran-butiran berikut

1. Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Contoh SMS:

SEMINAR: Ahmad bin Abu, 18/11/2012, Ampang.

Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:

SEMINAR: tempah 2 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob,  18/11/2012. Ampang

 


Gambar: Contoh format sms yang betul

Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas.  Kenapa anda perlu menyimpan emas? Bagaimana membuat pelaburan emas yang betul, tepat, selamat dan tidak boleh ditipu.

Kemudian anda akan mendengar pengalaman bagaimana saudara Muhamad Hazwan dan keluarga ditipu, kaedah penipuan dan bagaimana anda boleh mengelakkan diri dari ditipu oleh skim-skim pelaburan emas ini.

Ok, jumpa anda di seminar :)

p/s: Jika anda ingin mendapat maklumat mengenai pelaburan emas atau seminar, anda boleh melanggan newsletter blog jutawanemas.com. Ianya PERCUMA. Masukkan email anda di dalam kota di penjuru kanan blog ini.

p.p.s: Jika anda ingin mendapat mendapat ilmu pelaburan emas dengan cara terpantas, anda boleh mendapatkan ebook saya yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” .

Lepas baca saya gerenti anda akan celik pelaburan emas :)

Klik sini untuk mendapatkannya (klik)

 

 



Tags:  


Facebook
TweetThis

  
Copyright © www.jutawanemas.com [Seminar bulan November 2012: Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas dan Bagaimana Mengelakkan Diri Dari Terjebak Dengan Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?], All Right Reserved. 2012.
Powered by Readers From RSS 2 Blog


No comments: