Jawatan kosong Juruteknik IT.. Mohon maklumkan kepada saudara mara..
Iklan Jawatan Kosong - Pentadbir Sistem/Juruteknik IT
Date: 04/09/2012
Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan Pentadbir Sistem/Juruteknik IT.
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Mempunyai Sijil dari Politeknik tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam jurusan Teknologi Maklumat atau Sains Komputer (Minimum CGPA 3.00)
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
Bahasa Inggeris
Matematik
Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
Boleh bekerja dalam satu pasukan
Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
Keutamaan adalah kepada calon lelaki
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara on-line. Sila layari
http://emadis.tnb.com.my/ Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui 'link' di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
Tarikh tutup permohonan: 17 September 2012
Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
En Mohd Noh Mohd Hamzah
Tel : 03-21802288 samb 2236 Emel : nohh@tnb.com.my
Puan Azizah binti Haji Abdullah
Tel : 03-21802288 samb. 6104 Emel : azizahha@tnb.com.my
No comments:
Post a Comment