SEARCH

Saturday, September 8, 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Royalti Tak Bayar, Kebas Pula Minyak Kelantan Didaratkan Di Terengganu

Posted: 07 Sep 2012 04:45 PM PDT

Kelantan dakwa gas di zon Bunga Kamelia didaratkan di Terengganu

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mendakwa gas di Blok PM301 dari zon Bunga Kamelia yang terletak berhampiran perairan negeri itu akan didaratkan di Kemaman, Terengganu.

"Walaupun ia lebih dekat dengan negeri Kelantan, paip sebesar 15 inci dipasang untuk mendaratkan gas tersebut di pelantar di Kemaman, sekali lagi Kelantan terlepas," kata Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau, Petronas akan mendaratkan gas dari zon Bunga Kamelia itu pada bulan Jun tahun depan dengan kapasiti 110 juta kaki padu sehari.

Katanya, jika harga gas dalam anggaran USD12 hingga USD14 sekaki persegi bermakna jumlah royalti ialah antara RM400 dan RM547 juta setahun.

Petronas, kata Husam telah menemui enam kawasan minyak baru di BLok PM301 sejak tahun 2001.


Husam memberitahu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menambah anggota jawatankuasa khas tuntutan petroleum kerajaan negeri Kelantan dengan mengundang penyertaan golongan profesional, NGO serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan.

Jawatankuasa ini berbeza dengan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus berhubung pembayaran hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Najib mengenai tuntutanronyalti gas tetapi belum ada jawaban.

"Kita berharap Perdana Menteri memberi jawaban sama ada menolak tuntutan itu atau mempertimbangkannya," kata Husam.

Rakyat Biadab Kerana Umno Gurunya

Posted: 07 Sep 2012 06:33 AM PDT

PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya.

Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.

Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20 April 2000, di mana Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS.

"Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang," katanya.

Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut.

Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali.

"Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah," soalnya.

Akhbar ini, katanya, sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar.

"Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka," katanya.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan.

"Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah?" soalnya lagi.

Hak Safee Sali Untuk Sokong Atau Sertai Mana-mana Parti Politik

Posted: 07 Sep 2012 03:34 AM PDT

K etua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

"Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

"Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru, atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan", katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, "itu kena tanya dia sendiri."

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemuai peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu. -FMT

[VIDEO] Kemalangan Amat Ngeri Di Arab Saudi

Posted: 07 Sep 2012 12:51 AM PDT

Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.

Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.

Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!

Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh.

Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.

Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.

Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta.

Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.

Saksikan video ini untuk pengajaran kita semua. -mynewshub



HMO: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah: 195)

[DASYAT] Bayi Dibunuh Sebaik Dilahir

Posted: 06 Sep 2012 11:32 PM PDT

Kuantan: "Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas."

Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

"Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.

"Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu," katanya. -HM

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital

KUANTAN — Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof berkata, berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.

"Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.

Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.
— BERNAMA


Dua Pengurus FELDA Meninggal Dunia

Posted: 06 Sep 2012 08:38 PM PDT

Raub – Dua pengurus Felda Gugusan Tersang meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan jip Jabatan Perhutanan di Kilometer 327 Jalan Raub-Tersang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri majlis sempena meraikan bakal haji di samping sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut.

Pengurus Felda Tersang Dua, Abdul Rahim Mat Jabri, 50-an, mengalami kecederaan parah, tetapi sempat dibawa ke Klinik Kesihatan Tersang terlebih dahulu sebelum meninggal dunia di sana, sementara Pengurus Felda Tersang Tiga, Abd Jalil Jamaluddin, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kenderaan dipandu Abdul Jalil bersama Abdul Rahim bertembung dengan jip dinaiki empat kakitangan Jabatan Perhutanan yang dalam perjalanan dari arah Tersang.

Menurutnya, pertembungan dipercayai berlaku apabila kenderaan mangsa terbabas ke laluan bertentangan selepas melalui satu selekoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang tiba di pekarangan Rumah Mayat Hospital Raub ketika ditemui berkata, baru sahaja beberapa hari lalu beliau menemui mangsa dalam majlis keraian.

Katanya, berita kematian diterimanya itu amat mengejutkan dan tidak diduga, tetapi beliau pasrah dengan ketentuan ALLAH.

"Saya dimaklumkan Abd Rahim akan menunaikan ibadah haji pada pertengahan bulan ini, tetapi hasratnya tidak kesampaian.

"Kedua-dua mangsa juga difahamkan baru pulang daripada majlis sempena meraikan bakal haji di samping Sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut," katanya.

Beliau berharap keluarga kedua-dua mangsa tabah menghadapi dugaan itu dan dapat menempuhi hari mendatang dengan sabar.

Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Johor sebaik sahaja selesai bedah siasat.

Sementara itu, Penyelia Felda Tersang Dua, Mohd Izmi Deraman berkata, Abd Rahim seorang ketua berdedikasi dan komited terhadap sebarang tanggungjawab dipikulnya.

Menurutnya, setiap program yang memerlukan kehadiran dan perhatiannya pasti akan cuba dilaksanakan sebaik mungkin.

"Kami benar-benar kehilangan. Setiap ilmu serta pengalaman ketika bersamanya akan menjadi bekalan meneruskan amanah.

"Diharapkan roh kedua-dua ketua berdedikasi ini mendapat rahmat ALLAH dan bersama golongan mukmin," katanya.

Mohd Izmi berkata, lazimnya Abd Rahim akan memintanya memeriksa jadual aktiviti setiap hari dan memaklumkan semula untuk tindakan lanjut.

Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan ketuanya itu untuk memaklumkan program yang perlu dihadiri dekat Lurah Bilut.

"Saya ada memeriksa jadual dan mengesahkan terdapat program pada hari ini (semalam), lalu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memaklumkannya.

"Selalunya dia akan balas SMS saya walaupun pada sebelah malam, tetapi tidak pada malam tadi (kelmarin). Dia hanya senyap sehingga saya mendapat tahu mengenai kemalangan menimpanya," katanya.

Sinar Harian yang tiba di pekarangan rumah mayat Hospital Raub mendapati ramai tetamu terdiri daripada pemimpin setempat menziarahi jenazah termasuk Pegawai Daerah, Datuk Ismail Mohd Ali; Pengarah Hospital Raub, Dr Kamariah Ghazali dan Adun Batu Talam.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir, Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Jahya Janal; Timbalan Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Jariah Hashim. -SH



Saham FGVH Terus Alami Kejatuhan Parah

Posted: 06 Sep 2012 06:31 PM PDT


Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan yang amat parah apabila setelah jatuh di bawah paras psikologi RM5 kelmarin dan semalam jatuh lagi apabila ditutup pada harga RM4.78.

Harga tersebut hanya 0.8 sen lagi ke paras bahaya - menurut penganalisa jika turun ke RM4.70 seunit, peneroka akan menangung kerugian.

Koordinator Gerakan Selamatkan Felda, Sdra Mazlan Aliman di dalam kenyataannya menyatakan:

"Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000.

Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard... adat main saham, ada untung ada rugi!"

Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard...adat main saham, ada untung ada rugi!

Masa ghairah promote FGVH,...apa yang pemimpin Umno tak jamin?

Bulan, bintang....masyaallah.

Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, bodoh, ......

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dalam FB pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!

Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....

Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.

Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.

GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.



No comments: