Kelab Greenboc |
- "Kami Mintak Maaf, Talian Terputus..."
- [VIDEO] Hassan Ali Dibelasah Bekas Mufti Dalam Bual Bicara TV Al-Hijrah
- Ada Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar
- [VIDEO] PR Jangka PRU13 Pada November, TGNA kata Tak Kisah, Janji Undi PR
- Padah Jalin Hubungan Dengan Isteri Rakan
- Pembaca Bertudung Pertama Di Mesir
- Dulu Orang Najib Asak Pak Lah Turun, Kini Orang Muhyiddin Asak Minta Najib Turun
- Kemunculan Daniyar Menjadi Tandatanya, Najib Perlu Beri Penjelasan
"Kami Mintak Maaf, Talian Terputus..." Posted: 04 Sep 2012 05:20 PM PDT Kahkahkahkahkah......siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP. Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan.......menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb. Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insiden kencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku. Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus.... dan pengacara mengatakan "KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS"......kahkahkahkahkahkahkah.....Nampak sangat tak dapat terima kenyataan..... P/S : Sekarang ni zaman IT sekejap jer maklumat tersebar..... rakyat tak mudah ditipu lagi.....credit pada kawan admin sebab sampaikan berita ni... hehehehehe... ~ Pakatan Rakyat Supporters |
[VIDEO] Hassan Ali Dibelasah Bekas Mufti Dalam Bual Bicara TV Al-Hijrah Posted: 04 Sep 2012 04:15 PM PDT Semalam, iaitu pada jam 10 malam.. Addin berkesempatan menonton TV Al-Hijrah. Menerusi program Bicara telah menjemput Dr. Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis dan Dr. Hassan Ali. Dalam bual bicara Dr. Asri telah menyindir Dr. Hassan Ali. Menurut Dr. Asri, beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam mengikut bangsa. Dr. Asri menyatakan agama Islam adalah bukan hak eksklusif bangsa Melayu. Agama Islam adalah universal, tanpa sempadan dan boleh di anuti oleh semua bangsa. Dalam konteks Malaysia, kegagalan penyebaran agama Islam dikalangan bukan Melayu adalah kerana Melayu menganggap Islam adalah hak eksklusif bangsa Melayu itu sendiri. Manakala, kelihatan ucapan Dr. Hasan Ali berkisar tentang keistimewaan bangsa Melayu, masih menebal dengan sikap rasisnya. Apapun pertembungan Dr. Asri dan Dr. Hassan Ali boleh di ibaratkan buku dengan ruas.. -addin77 Gambar ~pejuang rakyat |
Ada Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar Posted: 04 Sep 2012 07:06 AM PDT Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa). Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu. Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu. Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus. "Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya. "Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya," kata beliau. Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar. Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat. Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, satu tayangan video telah dipertontonkan kepada para wartawan membuktikan tiada sebarang tindakan provokasi terhadap Perkasa oleh para jemaah yang mengikuti tazkirah di Masjid Al-Hussain itu. Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar juga langsung tidak menyentuh isu-isu berkaitan politik melainkan perkara yang menyentuh ajaran agama Islam semata-mata. Bagaimanapun, kehadiran Anwar di masjid tersebut untuk sembahyang berjemaah bersama masyarakat setempat dan menyampaikan tazkirah telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan ahli dan penyokong pertubuhan Perkasa. -selangorku
|
[VIDEO] PR Jangka PRU13 Pada November, TGNA kata Tak Kisah, Janji Undi PR Posted: 04 Sep 2012 06:01 AM PDT PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik' KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini. "Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau. Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa. Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999. "Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -SH Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR |
Padah Jalin Hubungan Dengan Isteri Rakan Posted: 04 Sep 2012 03:33 AM PDT Petaling Jaya – Akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah selepas dia ditemui berdua-dua dalam bilik. Dalam kejadian di Apartmen Idaman petang semalam, warga Bangladesh itu ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba. Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang. "Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan," katanya. Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia. "Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan," katanya Lelaki itu yang cedera di bahagian muka dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. -SH |
Pembaca Bertudung Pertama Di Mesir Posted: 04 Sep 2012 01:32 AM PDT Mesir – Fatma Nabil menjadi wanita pertama yang bertudung di Mesir menjadi pembaca berita dengan televisyen Channel 1,selepas pihak berkuasa memansuhkan larangan terhadap wanita bertudung daripada membaca berita sejak berdekad-dekad lalu. Dia muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung berwarna kuning cair dan mula membaca berita semalam. Keadaan ini sekali gus menunjukkan perubahan dalam pemerintahan di negara itu selepas tumbangnya bekas Presiden Hosni Mubarak. Bagi stesyen televisyen di negeri-negeri yang masih mengekalkan polisi yang sama pula, tindakan saman telah diambil oleh pembaca berita, dan mereka berjaya menang dalam proses tersebut. Dalam pada itu, seorang pegawai di sebuah stesyen televisyen, Mohammed Fathi berkata, penampilan Fatma akan memberikan galakan kepada wanita lain yang bertudung untuk menceburi bidang penyiaran. Sebelum ini, wanita terbabit tidak dapat membaca berita dengan memakai tudung kerana bimbang kehilangan pekerjaan. Perubahan itu berlaku selepas rejim Hosni ditumbangkan oleh Presiden Mohamed Mursi. "Akhirnya revolusi telah menunjukkan perubahan,'' kata Fatma kepada akhbar harian Ikhwanul Muslimin . Selain Fatma, empat lagi penyampai berita bertudung telah mendapat kebenaran untuk muncul di kaca televisyen dengan seorang di Channel 1 manakala tiga lagi di Nile News. Pembaca kelima, yang juga bekerja di Nile News, kini telah menghantar permohonan untuk menjadi penyampai berita selepas memakai tudung baru-baru ini. -mynewshub |
Dulu Orang Najib Asak Pak Lah Turun, Kini Orang Muhyiddin Asak Minta Najib Turun Posted: 03 Sep 2012 11:32 PM PDT Panas! Poster Lobi Muhyiddin Jadi PM Tersebar! Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib Altanuya ternyata benar! Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu. Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib Altantuya dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara. Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib Altantuya tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia. Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan. Sementara Najib Altantuya memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi. Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman. -jalanpulang Ulasan GB Tidak menghairankan. GB sudah membuat pemerhatian satu ketika dulu di SINI. Petikan: Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara. Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam). Dan kini Najib berkuasa. Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib. Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah. |
Kemunculan Daniyar Menjadi Tandatanya, Najib Perlu Beri Penjelasan Posted: 03 Sep 2012 08:11 PM PDT PM mesti jawab isu sorok bakal menantu KUALA LUMPUR 3 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kemunculan bakal menantunya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan, Pahang, 26 Ogos lalu. Anak Najib, Noryana Najwa (tengah) bersama tunangnya, Daniyar (kanan) pada majlis sambutan Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang. Penerangannya, Lee Khai Loon berkata, Najib perlu menjawab dan menjelaskan kedudukan sebenar bakal menantunya, yang sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa. "Najib perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung isu ini, bakal menantu beliau bukan orang biasa kerana terlibat dalam jenayah berprofil tinggi. "Rakyat juga berhak mengetahui siapa bakal menantu beliau kerana Najib merupakan pemimpin tertinggi negara. "Kita tidak mahu nama negara terjejas di mata dunia kerana menyembunyikan seorang penjenayah," katanya ketika dihubungi. Bakal menantu Najib, Daniyar Nazarbayev sebelum ini dilapor menghilangkan diri kerana diburu pihak berkuasa antarabangsa berhubung penipuan terhadap bapa tirinya, Bolat Nazarbayev melibatkan seunit kondominium mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Keadilan Daily sebelum ini juga melaporkan seorang lelaki menyerupai Daniyar sedang menjalani latihan ketenteraan dengan lengkap berseragam seakan-akan tentera Malaysia di kem askar Port Dickson. -KD klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment